Salam,
Tadi masa lepas sahur, duduk-duduk tengok Nur Kasih. Cerita ni pernah ditayangkan dulu dan biasalah cerita yang mendapat sambutan hangat ni pasti akan ditangkan semula. Cerita adamaya bila lagi? Tertarik dengan kata Adam pada isteri dia 'memang kita tak boleh jadi orang lain, tapi boleh jadi orang yang lagi baik'
Perubahan
Kalau mahu belajar, mesti ada suara yang berkata 'belajar lah betul-betul, nanti boleh jadi macam anak jiran kita tu, pandai betul!' Kalau mahu mulakan perniagaan, mesti ada suara yang berkata 'buat bisnes betul betul, nanti baru boleh jadi kaya macam Mokhtar Bukhari' Meneliti suara-suara ini sememangnya membuatkan diri rasa mahu berubah jadi seperti orang lain dan wujudlah selepas itu suara-suara halus yang katakan, ko tak leh jadi macam orang lain yang akhirnya membawa kepada tidak melakukan perubahan!
Ada satu hadith mengenai kelebihan menjadi manusia yang Kuat
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata :” Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :” Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. ”
Dalam segala aspek, orang yang kuat adalah lebih baik di sisi Allah!
- Orang yang kuat beribadah, akan lebih baik disisi Allah.
- Orang yang lebih banyak bersedekah, akan lebih baik di sisi Allah
- Orang rajin dan selalu pertingkatkan dirinya dengan ilmu agama, akan lebih baik di sisi Allah
Solat tiang agama
Kuat yang dinyatakan dalam hal di atas adalah segala perbuatan baik. Tidak termasuk perbuatan jahat dilakukan. Sesungguhnya Islam tidak mengajar umatnya menjadi orang yang jahat dan ia dilarang sama sekali dalam agama kita
Berubah menjadi lebih kuat
Jika kita mengambil hadith di atas, sudah pasti ia akan membakar semangat untuk menjadi orang yang lebih kuat, lebih baik dari segala aspek. Dorongan ini jika disertakan dengan niat untuk mendapat keredhaanNya sudah pasti kesannya akan di balas olehNya nanti. Jangan wujudkan dalam diri mahu menjadi lebih baik kerana mahu menjadi lebih hebat dari si A. Berbaliklah pada tujuan asal, berubah menjadi lebih kuat kerana mahu menjadi orang yang lebih baik disisi Allah!
pss : Hari ini akan lebih baik dari semalam, adakah kita berusaha untuk melakukannya?
15 ulasan:
perubahan perlu kan niat.
kalau ada niat insyaallah apa sahaja boleh diubah. asalkan cekal dan tabah dalam dugaan.
selamat berpuasa!
perubahan perlu kan niat.
kalau ada niat insyaallah apa sahaja boleh diubah. asalkan cekal dan tabah dalam dugaan.
selamat berpuasa!
perubahan perlu kan niat.
kalau ada niat insyaallah apa sahaja boleh diubah. asalkan cekal dan tabah dalam dugaan.
selamat berpuasa!
thanx tazkirah!
semoga Allah memudahkah segala urusan kita di dunia dan di akhirat. Perubahan bermula dengan akal dan pemikiran yang betul..
@Muhammad Azli Shukri
jgn lupa nilai dalam islam
dan lebih baik kalau berubah itu sebab kesedaran diri sendiri kan?
kalau disebabkan ikut orang lain, takut perubahan itu tidak akan kekal.
terima kasih berkongsi Joe.
:)
@LORD ZARA 札拉
sama2 zara
;)
InsyaAllah saya usaha untuk lakukaknnya...
New Entry Prof-Hariz
Adab-adab berpuasa
insyaAllah..sama2 usaha spy blh menjadi lebih kuat..dr setiap aspek.. =)
@bARdbOO
jom cik bard
terima kasih atas tazkirah ni..:)
salam ramadhan Joe, selamat menjalani ibadah puasa
thanks bro atas tazkirah ni :)
@Kancilbiru
sama2
=)
Catat Ulasan