Share

18 Kematian di jalan raya setiap hari!

Salam,

Tengah mencari mood untuk berblog ini, maklumlah, hujung minggu ni sangat jarang orang update blog, terjumpa satu iklan di nuffnang pasal satu pertandingan short film yang bertemakan Attitudes on Roads – A Malaysian Journey.


Bagi yang berbakat besar dalam menghasilkan filem filem ni, bolehlah masuk ya pertandingan ni. Manalah tahu ada rezeki boleh menang duit besar. rezeki, siapa yang tahu kan? Penyertaan bermula pada 16 ogos ini dan boleh ke laman web mereka untuk ketahui secara lanjut


Gambar dari nuffnang


18 kematian sehari di jalan raya

Ishh, fakta yang aku ambil dari website MUFORS ni memang sangat menggerunkan. Hampir setiap jam akan ada orang mati di jalan raya! Contoh entry ini dihasilkan hampir sejam, nak menyiapkan entry ini dah ada seorang yang mati di jalan raya. Sedih!

Inilah realiti yang harus kita hadapi. Realiti yang terhasil disebabkan kelalaian pihak yang membawa kereta. Aku tak kata aku pandai dalam bawa kereta, tapi sekarang ni sebab selalu bawa kereta di jalan raya dan pendapat peribadi melihat orang kita bawa kereta, memang sangat sedih!


Cepat vs lambat


Banyak faktor yang membawa kepada eksiden ini berlaku. Ada orang nak cepat bawa laju pun boleh eksiden dan ada orang bawa lembap macam kura-kura pun boleh berlaku eksiden! Sekarang ni kalau semua follow peraturan di jalan raya, sudah pasti angka ini dapat dikurangkan. tetapi, siapa yang nak follow peraturan yang dirasakan temeh ini? tanyalah diri sendiri!


Bawalah berhemah, mulakan dengan diri sendiri dahulu!


pss : Ke hospital hari ni, orang terdekat kena operation!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Bibik-bibik di Malaysia bakal kaya?

Salam

Tadi terdengar di berita Buletin Utama TV3 tajuk utama iaitu gesaan kerajaan Indonesia terhadap penyelarasan gaji pembantu rumah indonesia aka bibik iaitu sebanyak RM 800. Wow, banyak tu! Memang dengan gaji sebanyak itu, memang kayalah bibik yang bekerja di Malaysia nanti


Walaubagaimanapun, hal ini masih diperingkat perbincangan dan pendapat peribadi, memang mustahil untuk cadangan ini diterima. Seperti siapa entah bagitau tadi, pengerusi PAPA yang menyatakan bahawa di Malaysia tidak mengamalkan gaji minumum dan tidak adil bagi sektor lain jika hal ini dilaksanakan di peringkat pembantu rumah sahaja


Sumber Google : Dapat bibik macam ni 'ok' jugak



Gaji minimum


Nak cerita sikit pengalaman bekerja sebagai floor engineer di UK. (Boleh baca disini untuk baca kisah aku mengorat dengan awek mat saleh ketika bekerja mencari duit di UK) Kebanyakan negara membangun seperti UK, memang mereka mengamalkan gaji minimum. Sebab itulah walaupun bekerja sebagai cleaner, mereka dapat survive, siap dapat bercuti keliling dunia lagi. Hari tu masa aku naik tram, konduktor tram tu siap bgtau nanti dia akan ke asia untuk bercuti. haa, kaya ke? tak, ini adalah kesan gaji minimum dilaksanakan


Seperti aku, memang student tak dibenarkan kerja lebih 20 jam seminggu. Ini mengikur perjanjian dengan pihak sponsor. yelah, datang untuk belajar, bukan cari duit kan? kerja sebagai floor engineer ni, gaji aku 7.5 pound sejam, kerja 10 jam seminggu, dapatlah 75 pound atau rm 375 seminggu. kalau sebulan? RM seribu lebih jugak. bolehlah buat duit untuk hantaran kawin kan? ekeke


Kisah Bibik


Berbalik pada tajuk, aku dengan abang aku tadi bersetuju kalau benda ini dilaksanakan di Malaysia, tetapi kita charge benda lain. Contohnya tempat tinggal, makan minum, pakaian, bil lektrik, air semua dan charge-charge benda lain lagilah. Baru boleh bagi gaji RM 800 kat dieorang. heh, aku rasa kalau kenakan charge seperti ini, memang bibik2 ini akan bertambah miskin adalah. huhu


Bibik dirumah aku dibayar dengan RM 500 tapi semua makan minum ditanggung. Penginapan pun siap dapat bilik lagi. heh, memang heaven kot bagi mereka kalau nak compare dengan yang banyak lagi warga indonesia yang mengemis di negara sendiri. Hari tu pergi ke Bali, tanya driver taxi tu, gaji dia di bawah RM 1000. tolak makan minum lagi, memang sangat sedikit dapat simpan. Sebab itu aku kata bibik di Malaysia ni memang dah kaya-raya dah.


Bibik ooh bibik


Apa-apa pun, kita tunggu dah lihatlah hasil perbincangan isu ini. Kalau dilaksanakan juga, kita tengok adakah mereka akan bertambah kaya, atau semakin miskin. hehe


psss : Best hari ni. Dah ada 18 peserta yang join, memang sangat meriah!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Selamat bertunang coursemate!

Salam,

WOh! Siapa yang nak bertunang ni? haha. kakak aku cakap, orang yang lahir tahun 1988 ni memang semua gatal-gatal. Semua nak kahwin cepat cepat je. Hehe, walaupu tahu itu hanya statistik yang diperolehnya melalui spupu spapat aku yang sebaya kawin dan bertunang awal, tapi ada betul jugak. entahlah, ada kawan-kawan korang yang lahir 1988 ni dah kawen?


Yana dengan Iman


Cik yana ni pernah keluar dalam beberapa entry aku sebelum ni. Dialah yang perkenalkan aku dengan herbalife dan banyak ajar selok belok perniagaan ni selain dari cik mira wardiah. Sifu aka mentor. Paling penting, kawan satu course! dan petang ini, dia akan langsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan, encik iman


Encik iman yang tidur sebilik dengan aku memang seorang yang baru saja jumpa tempoh hari di Bali. Sempat berbual sikit-sikit saja dengan dia, maklumlah tak rapat sangat dan aku tahu dia lelaki baik. acececeh, ku puji ko ni man. hehe.


gambar nak jiwang je


Jadi, dikesempatan ini, joegrimjow ingin mengucapkan, selamat bertunang kepada cik yana dan juga encik iman. semoga pertunangan ini membawa anda berdua memahami erti tanggungjawab terhadap pasangan masing masing sebelum kahwin yang sebenar. ayat power =)




Student VS Kahwin

Dah ramai sangat sebenarnya kawan aku yang kawin + bertunang semasa student lagi ni. Masa kat Sheffield hari tu, ada 3 4 majlis aku terima undangan. Aigoo, sekarang ni memang dah musim mengawan, eh, musim kahwin awal. kan kan? Aku ni memang semangat nak kawin awal, tetapi macam mana kesudahan cerita tu, tak payah la buat masuk blog. Tak sesuai untuk tatapan orang. hehe. doakan terbaik sudah ya


apa-apa pun, congrat kat 2 2 kawan aku ni, semoga terus kekal sampailah kawen nanti.


pss : faridah, ko bile lagi? wakaka

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW