Share

Cara 'berbaik' dengan bibik

Salam,


Pengalaman mempunyai 3 bibik memang sesuatu yang cukup berharga untuk dikongsi. Kali ni tergerak untuk buat entry pasal bibik disebabkan semalam bibik terbaru di rumah ni mengadu kat tuan dia di indonesia sana yang rumah ni tak makan nasi. Bila dah tak makan nasi, tanak nasi pun dah kurang lah kan? hehe, bibik moden zaman sekarang, memang pandai mengadu. Tapi, sebab rumah aku sekarang ni semuanya on diet, memang jumlah nasi tu aku jaga. Memang selalu membazir nasinya, sebab tu tanaknya pun jadi sikit



Gambar google

Berbalik pada tajuk, aku akan share pengalaman mempunyai 3 bibik yang silih berganti ini agar lepas ini kalau ada yang ingin mengambil bibik dan tidk tahu atau tidak ada pengalaman untuk berurusan dengan bibik ini, adalah yang bermanfaat nanti. Ready?



1 - Sediakan jadual yang lengkap

Ini memang permulaan kena sediakan jadual yang lengkap kepada bibik anda. Pagi buat apa, petang buat apa dan malam buat apa. Kena ingat, jadual tu takdelah jadual untuk robot, tapi jadual yang sesuai untuk manusia. Tak terlalu berat dan tidak terlalu ringan. Jangan anggap bibik ni hamba, dia pun manusia jugak



2 - Arah dengan tegas, bukan emosi

Jika bibik buat kesilapan, pastikan tegur dengan tegas, biar teguran itu tepat dan difahami oleh bibik supaya nanti tidak berulang lagi. Sesetengah orang, suka menjadikan bibik untuk melepaskan kemarahan. Bila buat salah, terus marah-marah dengan gila-gila. Last-last, bibik tu lakukan kesilapan yang sama lagi sebab dia tidak fahamkan dengan arahan yang diberikan. Siapa yang rugi?


3 - Mereka pekerja bukan hamba

Perlu dibezakan yang bibik merupakan pekerja. Jadi segala kerja yang dilakukan adalah perlu untuk disesuaikan dengan nilai seorang pekerja. Jangan terlalu mengarah sampaikan tiada masa untuk dia rehat. Lagipun, kan lebih baik kita berbaik dengan pekerja kita. Barulah kualiti yang akan dihasilkan


Bibik yang naik kepala


Sesetengah hal mungkin akan membuat bibik itu naik kepala. Ketika benda inilah kita perlu berhati-hati supaya bibik ini tidak buat hal yang bahaya. Pernah aku alami bibik di rumah lari untuk jumpa bf nya di negeri lain. Boleh bayang betapa naik kepalanya bibik seperti ini. Walaupun dah berbagai cara berbaik pun dah digunakan, masih lagi naik kepala. Tahu cara terbaiknya apa?


Hantar pulang ke negara mereka

=)

pss : hari ni kecing kecing. Bukan kencing ok

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

20 comments:

ishiko said...

hooo...

joegrimjow said...

@ishiko

hooo =)

Queen said...

setuju...tapi bibik di rumah MIL saya tu dah besar kepala...haih..susah...sebab 'tuan' dia pun besar kepala..

Hariz said...

Ye Saya Bersetuju
kebanyakkan orang anggap bibik ini
seperti hamba abdi mereka
saya amat membenci dan tidak menyukainya

New Entry Prof-Hariz
HADITH MENGENAI WANITA

fahmi ibrahim said...

Jangan ajar bibik tengok tv... nanti jadi tabiat suka tengok tv. hehe.

cIk JanNah said...

bibik skrg nak mkn nasik jer.
mana pndai mkn western food.
kih3

joegrimjow said...

@Queen

jgn bagi besar2
bahaya

joegrimjow said...

@Hariz

tapi memang entry atas ni macam back up dieorg plak

joegrimjow said...

@cIk JanNah

xpandai kena bagi pandai

GaDis CoMeL said...

bibik pun manusia jugak,kena layan baik2. mereka bukan hamba kita.

nurayunni said...

xpayah pkai bibik..bt keje sndri lebih selmt..xpening kpla..

~M~ said...

jiran saye punye bibik...naek kepale smpai bwk kwn2 (bibik jiran2 laen) dtg rmh -,-

fathiahRAIHANA said...

bibik sy kuat makan , mak aiii rase cm nk lempang jea ! buat kje tak pom , asek tgok sinetron jea . mmg kpla dy besar pom .

ieda said...

takde pengalaman guna khidmat bibik tapi selalu dengar org komplen bibik gitu gini..biasalah manusia..kerja plk dgn manusia..bukan senang nak ngam dgn peel masing2.
sebab tu akak tak ambik bibik.

Hidayah Ismawi said...

tak pernah ada bibik tapi waktu kecik2 sedara2 kat kg yg baru habis sekolah selalu dtg KL tolong jaga kami dua beradik.. mcm2 perangai mereka ..maklumlah diaorg pun budak2 lagi waktu tu.. habis kitaorg dibuli..uhuhu

MY LATEST ENTRY: Nasi Goreng Emergency!

nurain said...

wahahah..bagus2..

but xpenah de bibik pon.semua buat sendirik~

zai said...

yesh, betul tu, ddont treat bibik macam hamba, dorang pun manusia biasa.

if dekat rumah, since maid tu still muda remaja 21 so kitaorang family selalu je bawa dia tengok wayang and shopping2..dia manusia biasa jugak
hee

Encik Tikus said...

berlalu lah sudah ramadan. sebulan berpuasa ;D

joegrimjow said...

@fathiahRAIHANA

bibik kita sama habit!

joegrimjow said...

@nurain

xsempat, sebab tu xbuat sendiri kan kebanyakannya

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW