Share

Pak Belalang : Cara Control Bini

Di kampung pak belalang tinggal, begitu ramai golongan seusia dengannya yang mempunyai masalah keluarga. Ada yang kereta BMW 5 series pun rumah sentiasa bising-bising dengan pertengkaran ahli keluarga, ada bungalowww 3 tingkat pun hujung minggu pergi lokap untuk bayar duit jaminan anak yang kena tangkap. Macam-macam lagilah!


Zakwan merupakan ahli politik dan korporat yang berjaya tetapi mempunyai masalah dengan isterinya. Dia dalam diam mengagumi keluarga pak belalang, walaupun pak belalang tak hensem mana, tapi isterinya memang terbabow. eh eh, silap. isterinya memang akur dengan perintah dan suruhan pak belalang. Suatu hari, zakwan berjumpa untuk berbual kosong dengan pak belalang



Zakwan : belly! (nama samaran pak belalang adalah belly)
Pak Belalang : iye, ada apa ahli politik kampung kita?


Zakwan : hehe, ko ni, tak habis-habis nak sindir aku ya
Pak Belalang : aiyok, apa pulak sindir, betul lah ko kan wakil rakyat kampung ni


Zakwan : yelah yelah. amacam bini ko? sihat?
Pak Belalang : aik, apsal tanya bini aku pulak ni?


Zakwan : ekeke, bini ko kan gadis hot di kampung ni, kena lah selalu bertanya
Pak Belalang : eh eh. anak-anak aku taknak pulak tanya ya? gatai gatai


Zakwan : terkena lagi aku. ni ha belly, aku ada problem ni
Pak Belalang : problem apa? duit aku takde nak kasi hutang


Zakwan : bukan duit, pasal bini aku ni
Pak Belalang : kenapa pulak dengan bini ko? dia main dengan laki lain?




Pak belalang sengaja menduga. Memang dia ketahui yang isteri kawannya itu sungguh busy body. semua masalah kampung dia mahu ambil tahu. sampaikan yang tiada masalah pun jadi bermasalah dek desakan pertanyaan isteri kawannya itu. mentang-mentanglah suaminya wakil rakyat, dia pun mahu jadi wakil rakyat yang sama




Zakwan : ish ko ni. ada pulak. bukannya ko tak kenal dengan bini aku kan...
Pak Belalang : hehe. kenal kenal. kenal sangat. semua penduduk kampung ni kenal bini ko tu


Zakwan : sebab tulah aku nak tanya pendapat ko ni, ada ek perlu aku buat untuk control bini aku ni?
Pak Belalang : senang senang. sangat senang


Zakwan : apa dia?
Pak Belalang : meh aku cerita satu kisah kepada engkau. kisah sirah ni. dulu masa nabi kita jalan2 dengan isterinya aisyah, ada seorang yahudi menyapa dengan sapaan 'assamu' yang membawa maksud, celakalah keatas kamu


Zakwan : ok ok. sambung
Pak Belalang :aisyah yang mendengar terus menjawab yang membawa maksud lebih kurang 'celakalah dan laknatlah keatas kamu juga'


Zakwan : hoho, boleh tahan.
Pak Belalang : haaa, time ni nabi kita bijak. dia senyum dan menegur aisyah jangan cepat marah. cool cool saja. buat apa nak marah. nabi terus cakap kat yahudi tadi 'waalaikum' yang membawa maksud dan kepada kamu juga


Zakwan : ooh, memang nabi kita sangat cool!
Pak Belalang : ok, dapat tak point yang aku nak sampaikan ni?


Zakwan : jangan cepat marah?
Pak Belalang : ye lah, itu satu. yang point utamanya, cara nabi kita tegur bini kita tu. berhikmah. ko kena buat macam tu lah kat bini ko. tegur elok elok. bagitau kat dia, urusan politik adalah tugas ko, jangan dia nak sibuk sibuk


Zakwan : tu lah... dia tak makan nasihat punya
Pak Belalang : ko buat la contoh bekas isteri tun mahathir. tun hasmah. tengok dia ada campur tak urusan pentadbitan tun mahathir dulu? takde kan? yang dia buat, urut-urut suami dia, buat makanan sihat pada suami dia dan paling penting, waktu malam bila tun mahathir perlukan dia, dia ada. macam tulah baru isteri no 1 malaysia


Zakwan : wah, banyak jugak ko tahu?
Pak Belalang : hek elek. google kan banyak. type je kat google. link ni best untuk dibaca


Zakwan : hehe. ok la belly. time kasih. tengok la malam ni aku cuba slow talk balik dengan dia
Pak Belalang : kalau dia tak makan slow talk, ko buat la teknik nakal skit. baru dia aku


Zakwan : teknik nakal?
Pak Belalang : alah, ko pun tahu kan


Pak belalang tersenyum. muka zakwan blur tak paham


pss : esok sabtu =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Nasi Kerabu Joegrimjow

Salam,

Kebelakangan ini banyak pula blog ini masuk gambar-gambar makanan ya? ishh, ini tandana apa ni ya? hati gembira atau apa ni? patutlah tadi timbang berat, memang naik 2 kg! wahwah, encik joegrimjow ni memang kalau bab makanan dialah yang akan banyak makan. Nasib baik kena control, kalau tak habis semua custemer lari. ekeke


Nasi kerabu joegrimjow


Ada satu jenis masakan yang memang terkenal untuk keluarga aku ni. Bila ada ahli keluarga balik ke kampung, hidangan ini yang akan dimasak dan dimakan dengan hati girangnya. Apakah jenis masakan itu? Nasi kerabu Ayam percik! Sedap memangs sedap, sama juga dengan nilai kalori yang terkandung. apakah terkandung dalam masakan ini?



Ayam percik sudah pasti



Nasi yang berwarna kuning-kuning


Ulam-ulang bersama kelapa goreng



ikan celup tepung yang sangat mengiurkan!


Di UK dulu memang ada perancangan untuk masak makanan ini. Tapi disebabkan terlalu banyak bahan yang tiada dan susah nak cari (alasan) tak jadi nak masak. Tengoklah nanti bila dah balik UK, akan ku masak untuk junior-junior tersayang yang bakal pergi ke Sheffield nanti. Barulah boleh jadi senior yang disayangi oleh junior. ye tak? ekeke


gambar penutup pasti ada!


Ada junior yang akan datang ke UK tanya, ada tak kelas masakan yang singkat untuk diikuti. aku cakap, tak payah belajar masak, dah sampai ke sana, tak pandai masak pun akan jadi pandai masak. memang auto akan jadi pandai. macam aku dulu, bawang merah dengan putih bertukar, daun bawang dengan serai boleh bertukar, sampai sana, hohohohohoho, jadi pandai =)


pss : projek besar esok ni!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Contest : Churp Churp


Churp-churp merupakan satu website yang menawarkan pengiklanan melalui twitter. Membayar dalam nilai RM, sudah pasti sudah ramai ahli twitter di Malaysia yang mendapat manfaat daripadanya. Aku sendiri yang menggunakan perkhidmatan ini, dapatlah sedikit sebanyak duit dari churp-churp. walaupun tak banyak, lebih baik ada daripada tiada kan?


Contest


Satu contest yang diadakan oleh churp churp iaitu 'spread the love and get rewarded' merupakan contest yang baru dilancarkan oleh churp-churp untuk merekrut lebih ramai ahli twitter untuk berdaftar dengannya. Cuma perlukan memenuhi syarat dibawah, berpeluang untuk menang hadiah raya!

  1. Invite your friends to sign up
  2. Request them to fill in your Twitter (joegrimjow) username / Facebook Display name in the referral field
  3. Authorize their Facebook and/or Twitter accounts with ChurpChurp.

Senangkan? Memang senang. Semasa mahu register dengan churp-churp, pastikan bahagian referral contest isi nama joegrimjow ya. Dan seperti contest lain, yang banyak referral, akan menang hadiah raya dari churp churp



Jangan lupa isi joegrimjow di bahagian referral



Pernah buat entry buat duit dengan twitter disini dan boleh rujuk entry lepas ini untuk mengatahui bagaimana buat duit dengan twitter. Walaupun ku tak pernah cash out churp churp ni, tapi dari jawapan beberapa kawan, memang churp-churp bagi duit anda! JOM, apa lagi. register di churp churp sekarang dan bertwitlah dengan berhemah. Pasal contest ini, kan lagi bagus kalau dieorang bagi referral code, tak payahlah nak isi nama referral tu semua. Memang leceh tapi nak buat macam mana, dah syarat dia macam tu. terima sahajalah. Jangan lupa isi nama joegrimjow ya





Budaya share-share


Aku perhatikan dunia twitter Malaysia ini lebih kepada berdialog. Haha, walaupun kadang-kadang aku pun turut sama, tapi twitter ini sememangnya mampu memberi effect yang lebih besar jika digunakan dengan cara yang betul. Nanti aku akan kongsikan fakta-fakta yang menarik di twitter yang barulah terbeliak mata kita membacanya. hehe. Erk, satu lagi, perasan tak yang begitu susah kita nak RT benda-benda yang menarik di twitter kita, entahlah, mungkin kita masih 'kedekut' untuk berkongsi ilmu kot. hurmmm


pss : ada 7 orang anak saudara di rumah sekarang. meriah bukan kepalang!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW