Salam,
Baru touch down kat KB, ada pengalaman yang sungguh tidak best (nanti cerita) dan terus buka laptop untuk menaip entry khas sempena ulang tahun akak sulong aku yang ke... alamak, tak ingat!
Faizal
Fazni
Fazmil
Fazila
Fadzli
Fazida
Heh, lawa je kan laki perempuan laki perempuan disusun. Mahal ni! Jadi, hari ini genaplah umur akak aku yang sulong, Fazni Bt Mat Arifin, semoga dia sentiasa sihat selalu dan menolong adik dia dalam melakukan apa jua yang adik dia khususnya adik bongsunya ini untuk buat apa sahaja dalam kehidupannya (bodek baik punya!)
Gambar 3 tahun lepas
Gambar setahun lepas
Gambar tahun ni?
Heh, sebab semalam aku antara yang terawal celebrate besday dia di McDonald Alamanda, nak tangkap gambar dia taknak. Takpe, guna gambar lama-lama. Makan pula GCB yang baru tu. Sedap ke? entahlah, nafsu makan makan ni dah lama takde. Jadi, apa yang ada, semua sumbat sajOlah
Bulan 11 ni mungkin akan ke brisbane untuk convo akak aku. Kalau ada ongkos, akan pergi, kalau takde, terpaksalah akak aku yang belanja adik bongsu kesayangan ramai ini pergi ya. ekeke. Oklah, selamat hari jadi kak!
pss : musim durian dah tiba!


