Share

Program Istimewa puasa 6 dengan Herbalife

Bulan Syawal ni memang elok untuk kita meneruskan amalan berpuasa. Dalam Islam, kita dianjurkan berpuasa 6 selepas bulan Ramadhan. Sangat dituntut sebenarnya. Lagipun dalam Hadith Qudsi ada menyatakan bahawa setiap amalan yang kita lakukan adalah untuk diri kita kecuali puasa - ia untuk Allah swt dan Allah swt akan memberi ganjaran atas amalan puasa kita tu

Buasa 6 - kenapa ia dituntut?



Ia sama ganjaran kita berpuasa selama setahun!

Dalam Hadith ni Nabi ada meriwayatkan bahawa jika kita berpuasa penuh bulan Ramadhan dan diikuti puasa 6 - sama seperti kita berpuasa selama setahun. Hal ini kerana kalau kita puasa pada bulan ramadhan ibarat berpuasa selama 10 bulan. Manakalah puasa sehari di bulan syawal ibarat 10 hari, maka 60 hari iaitu 2 bulan. 10 bulan + 2 bulan = 12 bulan. Para Ulama pulak menghuraikan rahsia ganjaran ini seperti ganjaran sebanyak 10 kali ganda. 30 hari berpuasa di bulan Ramadhan ibarat 300 hari dan 6 hari ibarat 60 hari iaiti 300 + 60 = 360 hari bersamaan dengan satu tahun. Walau apa pun, ganjaran sebenar Allah swt berkuasa keatasnya. Kita - just puasa saja!


Tak terlewat lagikah?

Actually aku tulis entry ni pun aku sendiri pun belum start lagi. Maklumlah banyak rumah terbuka dan keadaan kesihatan pun kadang-kadang tak mengizinkan (ceh alasan) Memang waktu terbaik untuk berpuasa 6 ni seawal 2 syawal lagi. Boleh dilakukan secara berterusan ataupun selang sehari ataupun selang 2 hari. Ada jugak yang buat puasa 6 pada isnin dan khamis saja. Walau apa pun tarikhnya, lagi awal lagi elok. 

Bagi kita yang belum start lagi ni - esok terbaik untuk start puasa! Hari Isnin lagi tu



Program istimewa puasa 6 dengan Herbalife

Aku nak share beberapa testimoni yang aku dapat melalui whatsapps tempoh hari. Ada aku bertanya pengalaman kawan2 aku berpuasa di bulan Ramadhan dulu dan korang baca sendirilah testimoni dieorang ni


Dah dua tahun dah berpuasa dengan Herbalife tu. Seluar pun dah kecik dari 31 ke 29. amboi kecik tu. boleh tanya tips2 dari dia di fb dia kat sini (link)



haaa, yang nia lagi power, sebelum puasa dengan Herbalife selalu tidur, after puasa dengan Herbalife dah tak tido waktu petangnya. Siap boleh jana pendapatan lagi :) ni link fb dia 


kes sama - mengantuk hilang! Siap bagi customer lagi sebab dia ada kat KL. Orang KL area Puchong boleh contact dia kat fb dia sini


masa berbuka dengan shake, then pergi tarawikh dengan bertenaga. haaa, yang selalu berat nak buat tarawikh Ramadhan lepas rugi sangat kan. jom berubah. link fb dia 



amboi, siap boleh main hoki lagi tu masa Puasa. memang luar biasa. ni link fb dia 


Lelaki yang mahu body mantap, bulan puasa pun boleh buat. Basir ni kat Kelantan je, naik muscle lg masa bulan Ramadhan. hebat! (takde fb)



yang ni super hebat, turun 2kg je tapi size turun 2 saiz! Shape up berlaku! siap tailor kena fitting baju kawin lagi sebab dah longgar. hikkss. nak kawin bulan 9 ni, boleh lagi nak kecikkan saiz. jommm. link fb dia


Korang boleh nampak sendiri, antara keistimewaan berpuasa dengan Herbalife adalah dari segi tenaga. Lapar tu memanglah - tapi ada tenaga. Tak mengantuk, petang still boleh buat riadah, tu antara kelebihan berpuasa dengan Herbalife. Kalau korang tanya aku pun, memang aku sangat syorkan korang berpuasa dengan Herbalife.

Maklumlah, berat dah naik sejak raya hari tu, kenalah turun balik ye tak? Ambil kesempatan puasa 6 ni untuk menurunkan berat sekali. InsyaAllah akan lebih ganjaran kita perolehi. Selain pahala, manfaat untuk kesihatan pun kita dapat

Jadi, untuk korang start berpuasa 6, korang boleh contact distributor around korang untuk program istimewa ni. Aku pun ada bagi kat atas tu link2 fb dieorang yang dah cuba sendiri berpuasa dengan Herbalife iA dieorang boleh ajar korang yang mahu cuba jugak. ATAUPUN korang boleh contact aku dengan isi borang disini

Selamat berpuasa 6 semua :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

4 jenis makanan raya

Jadi tahun ni beraya di Kedah, ada kelainan dari segi jenis makanan. Tahun ni apa yang aku tak biasa makan tapi makan dulu adalah

  • Laksa Vietnam : Mak mertua aku masak, superb sedap!
  • Nasi beriyani : Tempah kat kedai
  • Lemang + rendang : Lemak Pak Teh yg memang famous kat sungai petani. Rendang mak mertua aku buat, fuhh layan
  • Spagheti : rumah kazen cik bini

Serius nak jumpa makanan semua ni kat Kelantan masa raya cukup rare. Kecuali nasi beriyani tu, adalah kan kat mana-mana. Spagheti pun kalau malas sangat nak masak, buat spagheti je lah. Terutama yang baru kawin dan ada anak, susah nak masak, spagheti adalah masakan pilihan. 

Cuma, ada makanan yang aku biasa makan masa kat Kelantan tak jumpa lagi kat sini :(

Mungkin tak keluar rumah sangat kot. haha. Raya ketiga dah pergi tengok wayang dah, memang tak keluar ziarah sangat kat sini

Apa makanan tu?

1) Satay



Makanan ni memang setiap pagi raya mesti ada kat rumah. Dulu masa kecik-kecik dulu masa arwah ayah aku ada lagi, buat sendiri ok. Dari beli daging + ayam hinggalah ke bakar semua buat sendiri. Tapi bila dah dewasa semua ni, semua sibuk dengan anak masing-masing, beli je lah kat luar yang dah masak. Tinggal masuk dalam microwave panaskan je


2) Ketupat palas



Yang ni pun tak jumpa lagi ni. Biasanya sebelum hari raya, akan ke rumah nenek aku kat Pulai Chondong dulu, memang beli kat situ tempah kat situ. Dah la murah, sedap pulak tu. RM 30 ke RM 35 camtu untuk 100. Memang aku pun tak tahu dapat untung macam mana mak cik jual tu. 


3) Nasi dagang


Antara rumah yang dikunjungi hari raya pertama adalah kat rumah mak sepupu aku. Dia tinggal dengan mak aku, kira pengasuh dari kecik lagi kami 7 adik beradik. Sekarang duk mengasuh anak-anak pulak. Memang raya pertama pergi ke rumah dia n ada adik mak sepupu aku ni punya nasi dagang - perghh memang tak tambah tak sah. tahun ni.... still xjumpa pun nasi dagang lagi... uhuk uhuk


4) Roti Jala



Roti Jala dengan kuzi adalah makanan utama rumah terbuka kiteorang. Biasanya sama ada raya ke dua atau ke tiga. Tahun ni raya ketiga. Memang perancangan nak balik semalam, pagi-pagi lagi bertolak. Tapi sayang, kereta prius pun dah hancur, memang tiada transport nak balik, tak sempatlah aku dengan rumah terbukanya. Tak pe lah, balik esok ni iA jumpalah aku dengan roti jalanya :)


***********

Itu 4 makanan baru yang aku makan kat Kedah ni dengan 4 makanan yang TAK SENTUH lagi untuk raya kali ni. Walaupun berbeza, tapi perbezaan tulah yang menjadikan kita lebih lengkap. amboi, berfalsafah pulak. heee. alright, selamat hari raya semua!


pss : gambar semua google :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Selamat Hari Raya : Raya paling bermakna

Masa tulis entry ni, dah jam 1.40pm. Mata tak boleh nak lelap. Entah aku rasa bukan aku seorang je kot yang alami sindrom tak-boleh-tido-malam-raya ni kot. Kat twitter pun kecoh-kecoh lagi orang berbual pasal pengalaman masing-masing. Alang-alang tak boleh tidur tu, kita taip satu entry wajib - Entry Hari Raya :)

Selamat Hari Raya semua!!




Mati hidup semula

Mungkin korang ada baca entry sebelum ni, entry kemalangan maut tu, maghrib tadi hinggalah sekarang aku rasa lain macam je. Peristiwa kemalangan yang aku alami semakin kuat bermain kat minda. Macam sekarang ni duduk saja engah taip entry ni pun, masih boleh terbayang bagaimana kereta tu dan kereta aku berlanggar. Detail pulak tu. Bunyi dia, bagaimana kereta tu boleh masuk ke lane aku, keadaan kat tempat kejadian, semuanya detail! Mungkin ni kerja syaitan yang dah dibebaskan kan bila Ramadhan dah pergi ni, lagi kuat depa duk kacau. Entahlah, rasa jiwa kacau je....

Tapi ada yang elok jugak, selain kejadian kemalangan tu duduk terbayang-bayang je kat minda ni, aku hari ni rasa lebih sayangkan dengan nyawa sendiri. Tak pernah rasa macam ni, rasa diri ni begitu berharga. Sayang sangat dengan diri sendiri. Rasa berharga sangat nyawa ni. Entah, tak boleh nak describe perasaan tu, mungkin korang yang pernah alami kejadian - mati hidup semula ni - pernah alami benda yang sama. 


Raya paling bermakna

Memang tahun ni, adalah raya yang paling bermakna! Walaupun tak dapat beraya dengan keluarga, beraya dengan keluarga mertua di Sungai Petani, still this is the best Raya for me! Setiap jam aku rasa cukup berharga. Serius aku tak dapat nak bayangkan kalau Allah cabut nyawa aku masa kemalangan tu, entah macam mana aku keadaannya. 

Syurga ke neraka? 

Aku tengok balik facebook aku, twitter aku, apa status terakhir sebelum kemalangan tu. 

Kalau aku mati, entah berapa ramai yang akan ziarah kubur aku nanti. 

Nama aku ni - berapa lama boleh kekal dalam fikiran orang lain. 

Ya Allah.... indahnya perasaan dapat hidup ni!

Ok lah, aku pun tak nak kacau mood happy korang masa raya ni dengan baca entry psycho macam ni. Huhu. Aku rasa puas sangat dapat tulis ni, harap sangat korang yang baca dapat absorb feel aku sekarang betapa indahnya diri kita masih boleh bernafas sekarang ni. Betapa berharganya nyawa kita yang ada ni!

Selamat Hari Raya, maafkan aku kalau ada buat salah silap terutamanya entry2 kat blog yang tak disenanangi. Yang kat Kedah terutama kat Sungai Petani tu, datanglah beraya kat rumah mertua aku ni. Kat Taman Sejati, belakang Hotel Park Avenue. Boleh jumpa-jumpa bagi duit raya. eh, kalau penuhi syarat lah, tapi nak bagi aku duit raya, sangat dialu-alukan.

Selamat Hari Raya - dari aku dan isteri :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Pengalaman menghadapi kemalangan maut

Pagi tadi jam 6.30 pagi, aku dan isteri ke Sungai Petani untuk beraya di sana. Memang nak sangat beraya kat Kelantan, tapi memikirkan ayah dia takde kat Malaysia sekarang, keluarga dia pulak tak ramai, maka rasa tanggungjawab, berayalah kat sana tahun ni. Plan bertolak awal subuh untuk elak jam dan Alhamdulillah memang tak jam sangat tadi


Memang aku biasa kalau nak balik ke SP dari KB, nak masuk ke jalan Gerik je - kawasan yang berbukit bukau lebih kurang jauhnya 100km aku bawak perlahan, sebab dah ada pengalaman aku bawa myvi dulu terbabas sikit tapi nasib baik semua ok sempat kawal kereta balik. Jadi agak ngeri sikit lalu kat kawasan tu n memang bawak kereta tak laju - dalam 80-90kmh je

Kejadian tidak disangkakan

Lebih kurang 20km dari bandar Gerik, km 17, masa lalu di kawasan yang agak berselekoh, aku terdengar bunyi yang memang kuat seolah kereta tengah buat drift. Tak lama kemudian, datang sebuah kereta Kelisa dari jalan bertentangan - yang mana bunyi tu dari kereta dia - dalam keadaan melintang datang dengan kelajuan yang agak laju masuk ke lane aku pandu. Memang peristiwa tu macam sekelip mata, aku terkaku tak sempat nak buat apa-apa terus langgar kereta kelisa tu

Kuat? Memang kuat! 

Apabila langgar je, air bag semua keluar dan aku macam pening2 lalat sekejap

Apabila aku sedar boleh fikir, memang aku tengok isteri aku dulu

Dia masa kemalangan tu, tengah tidur, memang tak pakai seat belt. Aku tengok badan dia dah berada kat bahagian bawah.... dengan tengkuk dia seolah patah mendongak keatas

Cuak? Hanya Allah yang tahu perasaan aku masa tu!

Aku kejut dia - sayang, bangun sayang. tiada respon

Kejut lagi - sayang, sayang, sayang, bangun sayang. tiada respon

Aku pegang kepala dia cuba tengok dan air mata dah mengalir dengan laju. Masa tu memang aku dah hilang kawalan memang meraung dalam kereta. Takut isteri aku dah tiada.....

Tak lama kemudian, ada 2 orang datang buka pintu sebelah isteri aku. Aku bagitau selamatkan isteri aku. Masa dieorang tengah cuba nak angkat isteri aku tu, tangan isteri aku mula bergerak dan dia pun ada bunyi sedikit suara

Ya Allah, perasaan lega masa tu hanya Allah yang tahu. Dalam hati, aku dah ucap syukur sangat

"bang, kena keluar kereta cepat2 bang, kereta depan ni ada minyak keluar, takut terbakar"

Cuak lain pulak yang datang. Masa tu memang pintu sebelah aku tak boleh nak buka dan aku pun tersekat dalam kereta sebab seat belt tersepit. Aku mintak gunting untuk potong seat belt tu dan nasib baik org awam kat situ cepat bertindak bagi pisau. Dah potong semua,  aku pun keluar dari kereta

Cermin mata aku memang hancur terus terkena hentakan air bag tu, jadi penglihatan memang terbatas. Aku tengok ada seorang perempuan yg tengah menenangkan isteri aku, tengok keadaan kereta, ya Allah memang teruk dan tengok kereta kelisa tu, lagi teruk

Aku ada tengok satu jasad kat bahagian pemandu, blur blur tapi tahu dia bertudung. Tanya kat orang awam yang berhenti disitu, sama ada dia selamat ke tak, dieorang tak tahu. Aku pulak yang suruh check nadi, dieorang tak reti. Aku suruh panggil dia untuk tahu dia sedar atau tak. Setelah dipanggil dua tiga kali - tak menyahut dengan leher nampak macam terkehel sikit, dieorang syak dah takde kat situ

Tadi nak marah2 tiba2 hati jadi sayu pulak. Lagi sayu apabila orang kat situ kata - ada dua orang! Yang sorang lagi memang aku tak nampak tersepit kat bahagian kena langgar. 

Tunggu lebih kurang 15 minit, pihak Rela dengan bomba datang. Rela tu bawak aku dengan isteri ke Hospital Grik, bomba pulak cuba untuk keluarkan mangsa. Sampai di hospital, terus buat check up, masuk xray semua Alhamdulillah selamat dan doktor terus discharge. 

Aku ok, cuma isteri masih blur blur.....

Ni ada gambar sikit. 

kereta prius yang remuk teruk





ni pulak keadaan kereta kelisa tu. Lagi teruk!




Pengajaran kepada aku

Aku masa berlanggar tadi, macam mati hidup semula. Allah masih panjangkan nyawa aku. Paling penting, dua dua selamat. Aku tak dapat nak bayangkan kalau akulah yang menjadi punca kemalangan ni, ya lah aku pun ada jugak kadang2 memotong dalam keadaan berbahaya dan menjadi sebab kemalangan ni dan kemalangan tu akibatkan nyawa orang - tak tahulah macam mana aku nak hadapi hidup. 

Kata polis, kereta kelisa tu dalam keadaan agak laju, turun bukit, hilang kawalan dan masuk ke lane bertentangan dan kebetulannya kereta aku yang ada disitu - berlakulah pelanggaran

Sempat berbual dengan ayah si mangsa, katanya ibu kedua-dua mangsa rebah jugak bila melihat dua jasad anak kat depan. Sorang kerja di Kulim, dia pun buat Herbalife jugak dan sorang lagi baru praktikal kat USM. Kakak yang memandu ambil adik kat penang dari kulim, bertolak balik ke kelantan. Tinggal di Lati, Pasir Mas. Ayahnya mintak maaf kat aku. Memang tabah ayahnya tu. 

Aku doa, dan mintak kawan2 yg baca entry ni kita sedekahkan Al-Fatihah dan doa kepada kedua-dua mangsa supaya berada di tempat orang2 beriman

Kepada kawan2 yang lain bertanya khabar, terima kasih banyak2. Aku kat sungai petani sekarang, fikirkan isteri aku je lah sebab dia akan lebih kuat bila ada bersama family dia. Beraya di sini dan tak tahulah bila nak balik ke Kelantan. Ada seorang kenalan kepada kenalan yang banyak membantu aku tadi, daripada di hospital, bawak aku buat report polis hinggalah punggah barang yang ada dalam kereta, dia banyak membantu. Terima kasih banyak2. 

Doalah supaya ada sehari lagi Ramadhan ni, tiada kemalangan jiwa yang melibatkan kenalan yang kita kenal. Berhati2lah di jalan raya, semoga semua selamat sampai.

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Apa jadi sampai Stock Herbalife melambung tinggi ni?

Kisah yang paling HOT kat NYSE sekarang adalah mengenai stock Herbalife yang melambung tinggi. 100% UP! Memang sesuatu yang 'havoc' apabila sesebuah share syarikat tu melambung tinggi. Kali ni, er.. sebenarnya dah 3 kali - giliran Herbalife!



Billionaire Battle

Akhir tahun 2012, kira-kira beberapa bulan yang lepas Herbalife diserang bertali arus dengan pelobi terkenal - Bill Ackman. Korang yang dalam bidang saham mungkin tahu nama dia ni. Bill Ackman menyerang Herbalife dari segenap sudut - tujuan utama adalah untuk jatuhkan saham Herbalife. Hasil jatuh ni, dieorang dapat keuntungan bukan sikit, cecah jutaan dolar ok. 

Dia pernah dakwa yang dia akan serang Herbalife sampai syarikat ni akan bangkrupt dan duit hasil 'short fall' ni dia akan dermakan kepada charity. huh, sound weird je kan? 

Dah banyak kali dah.....

Actually ni bukan pertama kali Herbalife diserang, pada tahun 2004, pada tahun 2008 pun sama teruk share Herbalife jatuh merudum. Then naik balik sama kes 2013 yang sekarang ni. Kes 2008, sama je just nak kaut keuntungan dari short fall. Tapi kes 2008 tu kesannya sampai sekarang. Kenapa aku kata macam tu? Sebab kes 2008 tu lah yang ramai katakan yang Herbalife boleh sebabkan buah pinggang!


Barry Minkow

Aku ada tulis kat entry lepas (klik sini) yang Barry Minkow ni dia hantar laporan medical yang katakan Herbalife sebabkan buah pinggang. Ya lah, nak jawab soalan ni dan nak buktikan balik - medical vs medical ni bukannya kerja sebulan dua, ambil masa. Jadi semasa kes ni masih heboh diperkatakan, saham Herbalife turun, dia beli masa tengah turun then bila dah satel kes ni Herbalif jawab balik yang laporan dibuat tu tak betul, saham naik, dia jual balik - untung juta-juta!

Tapi kes Barry Minkow ni siap kena tangkap. heh, padan muka ye tak. Tapi..... sampai sekarang aku dapat soalan

'joe, aku baca kat internet Herbalife ada side effect, boleh kena buah pinggang. takut aku.....'

Then, nak aku explain satu-satu macam kat entry ni? huh, susah ohhh. apa yang aku cakap 'takpe, kalau Herbalife ada side effect, saya yang akan kena dulu, jangan runsing sebab saya dah ambil bertahun-tahun dah'

Manusia, penuh dengan curiosity. hehe. Kalau korang still percaya yang Herbalife boleh bagi sakit buah pinggang, err.... korang tinggal di tahun 2008 lagi sebenarnya :p


Berbalik kepada Bill Ackman

Kes Bill Ackman ni pun lebih kurang sama. Cuma dia 'serang' Herbalife bukannya kepada produk, tapi pelan perniagaan pulak. Dia kata yang Herbalife ni banyak menindas kaum minoriti dan dakwa Herbalife adalah pyramid scheme. Ya dia berjaya, memang saham jatuh tapi then hari ni - lepas 6 bulan Herbalife kembali ok. siap naik berkali-kali ganda lagi


Company kukuh, jangan risau!

Aku tulis entry ni untuk bagitau kat korang yang Herbalife sememangnya company yang kukuh. Tak payah takut nak join company Herbalife sebab kita ada golongan professional yang akan jawab segala tohmahan tu. Kalau dieorang serang pasal produk - kita bukan saja ada Best doctor, kita juga ada saintis dan pemenang hadiah Nobel lagi untuk jawab. Ce cari company kat luar yang ada pemenang Nobel kerja dalam company dieorang. hehe. Kalau dieorangs serang kat pelan perniagaan, kita ada Best CEO, tenaga korporat yang memang professional untuk tempis segalanya tu

Tugas kita - sampaikan misi nutrisi kepada orang lain yang perlukan produk kita ni :)

Alright, itu sahaja bebelan di malam 27 Ramadhan ni. Yang masih lagi tengah mencari hala tuju untuk buat bisnes terutamanya, malam ni doa banyak-banyak supaya Allah pertemukan kita jalan. Berkat malam ganjil ni manalah tau Lailatul Qadar, insyaAllah akan ditemukan. Kalau nak buat bisnes Herbalife, haaaa apa lagi contact aku jangan tak contact (klik sini) :)


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Selamat datang ke Malaysia : Nak mati lebih murah daripada nak hidup

Sentap jugak baca paper Singapore ni, dari The New Paper yang tajuk utamanya, muka depan pulak tu - Welcome to Malaysia where....... death is cheap and staying alive costly


Wake up call!

Ramai yang kata takda salahnya dan sememangnya betul pun apa yang ditulis dalam paper tu, ya lah nak upah pembunuh upahan hanya RM 5000 je berbanding kos sara hidup yang sememangnya tinggi. Katanya macam wake up call kepada kita. Tapi lah bagi aku, benda ni macam tak beretika!

Kalau tengok kat negara mana-mana pun, semuanya lebih kurang sama walhal kalau kat Singapore tu kes bunuh diri yang memang free je pun banyak. Jadi tak payahlah nak kata yang Malaysia je yang buruk. Tak gitu?

Mungkin niat penulis tu nak highlight kejadian tembak mati oleh pembunuh upahan kat Malaysia ni berleluasa, tu yang keluar tajuk macam tu kot. Tapi still, tak sepatutnya ditulis macam tu. 


Malaysia masih aman

Sekarang ni entahlah, takut sebenarnya tinggal kat negara sendiri. Kes tembak menembak kerap sangat berlaku. Main pembunuh upahan pulak tu. Harap sangatlah PDRM buat kerja 200% untuk tangani kes-kes macam ni. Nikmat keselamatan yang kita ada selama ni, dah hilang dek kejadian tembak menembak ni. 

Runsing oohh! 

Semoga Malaysia kekal aman!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

ESBI quadrant : Di manakah kita?

Dalam buku yang popular karangan Robert Kiyosaki, ada satu perkara yang menangkap mata aku. err, actually aku tahu benda ni masa focus group dengan Rudi, dia bagitau benda ni, then cari memang jumpa dan memang sesuatu yang mengujakan untuk diceritakan!



ESBI Quadrant

Dalam buku ni, ada ditulis mengenai 4 jenis sumber duit yang kita boleh dapat. 4 jenis pekerjaan yang berlainan. Sebelum ni, aku tahu dua je. Makan gaji, buat bisnes sendiri. Padahal ada 4!


  • EMPLOYEE : makan gaji, bos tentukan masa, tenaga korang
  • SELF EMPLOYED : korang bos sendiri, tapi kalau korang tak kerja, tak dapatlah duit
  • BUSINESS OWNER : korang ada perniagaan sendiri, ada orang yang kerja untuk korang
  • INVESTOR : ada duit, duit tu yang kerja untuk korang

Daripada sebelah kiri kepada sebelah kanan

Kalau ditanya kat mana nak letakkan diri kita, mesti kita akan jawab nak letak kat sebelah kanan. Sama ada jadi business owner ataupun investor. BERITA BAIKnya korang boleh pindah ke sebelah kanan pada hari ni juga, BERITA BURUKnya, nak berpindah quadrant tu bukan perkara yang mudah!


Daripada self employed kepada business owner

Untuk jadikan perbincangan kita lebih realiti, kita ambil 2 quadrant iaitu S dan B. Dulu aku pon ambil masa juga nak faham, apa beza self employed (kerja sendiri) compare dengan business owner (buat bisnes) Jadi untuk bagi mudah faham - kalau korang tengah buat sesuatu perniagaan sekarang, kalau korang cuti seminggu ke dua minggu, perniagaan korang jadi teruk - tu maknanya korang masih lagi S tapi kalau perniagaan korang ok atau bertambah maju walaupun cuti panjang, tu maknanya korang dah capai tahap B

Jom kita ambil contoh daripada S kepada B
  • (Masih S) Siti Nurhaliza punyai suara merdu. Banyak syarikat rakaman yang nak keluarkan albumnya. Setiap album yang dikeluarkannya, mesti meletup. Sedari dia punyai peminat yang ramai, dia cuba mahu libatkan dalam perniagaan pula. (Kepada B) Hasil duit yang dia peroleh, dia melabur untuk menubuhkan syarikat rakaman sendiri. Selain fokus kepada bidang suara, dia juga melabur untuk adakan produk kecantikkannya sendiri. (Dah B) Sekarang dia dah ada stokis-stokis yang menjalankan perniagaan untuknya, dia hanya perlu ada untuk tempat promosi sahaja, waktu lain dia bersama Dato K menonton apa ntah
  • (Masih S) Deen mahu mulakan bisnes. Dia lihat di kampungnya kekurangan pusat dobi dan orang di kampungnya cukup malas untuk basuh pakaian sendiri. Dia buat pinjaman bank RM 20 000 untuk membuka kedai dobinya sendiri. Dia membeli 3 mesin basuh second hand dan menyewa tempat yang strategik di kampungnya. Dialah bos, dialah kuli. (Kepada B) Walaupun penat, dia tahu dia masih belum punyai duit untuk menggaji orang. Setiap bulan perolehan kedai dobinya setelah ditolak sewa api air semua, dia dapat RM 1 ribu. Dia tahu untuk dapat RM 10 ribu sebulan, dia perlukan RM 200 000. Bank pun nak buat pinjaman kena tengok latar belakang company dia dulu. Dia kerja keras sehingga 10 tahun (Dah B) Selepas 10 tahun, Deen ada 10 kedai dobi sendiri dengan setiap kedai dobi dijaga oleh orang lain. Dia juga mengeluarkan sabun pencuci sendiri dan dijual di supermarket di bandar-bandar berhampiran
  • (Masih S) Ben merupakan blogger sepenuh masa. Hasil pendapatannya adalah dari blognya semata-mata hasil orang beriklan di blognya dan ada juga orang jemputnya untuk buat review di kedai terpilih. Pendapatannya mencecah RM 12 ribu sebulan dan kalau anaknya tak sihat, dia tak kerja tak sempat nak uruskan review, pendapatan boleh jadi kosong. Sedari hakikat ini, dia cuba berubah. (Kepada B) dia lebih fokus untuk uruskan pengiklanan sendiri. Daripada mengiklan barangan orang, baik iklan barang sendiri dan jual barang sendiri. Di samping tu, dia juga giat adakan kelas-kelas untuk mengajar orang lain ilmu blogging. kelas berbayar ya. (Dah B) Hasil kerja kuatnya, sekarang dia miliki kelas mengajar ilmu blogging di serata Malaysia. Setiap bulan, dia hanya perlu memastikan tenaga pengajarnya mengajar dengan penuh berhemah. Masanya lebih diluangkan bersama anak barunya



MINDSET B

Aku perasankan, kalau kita ni orang Melayu selalu sangat poyo kita ni kat B walhal sebenarnya kita sebenarnya hanyalah kat S. Nak gerak kepada B, selain tak tahu cara, ramai yang takut untuk ambil risiko. Contoh yang aku bagi tu tak termasuk jerit perih, nampak mudah tapi sebenarnya apa-apa bisnes pun memang ambil masa untuk 'menjadi' 

Walau apa pun, korang tengah self-employed sekarang ni, korang kena ada mindset untuk jadi B!

Tak apa start dengan kecil, meniaga biskut raya terutamanya. Tapi takkan setiap raya sama je. Raya ke 10 pun still jual kuih raya yang sama. Kena ada dalam minda, bila korang yang akan ada kilang sendiri buat kuih raya tu semua. 

Tak apa start dengan kecil, goreng pisang kat kedai sebagai contoh. Tapi kena ada progress. Mungkin tahun depan dah boleh menggaji orang. 3 tahun lepas tu dah buka fanchise goreng pisang sendiri. 5 tahun dah cuba buat produk selain goreng pisang (kerepek pisang ke) 10 tahun dah import produk ke luar negara

CUMA JANGAN TAKUT UNTUK BERIMPIAN!


Perniagaan Herbalife : Daripada S kepada B

Bisnes lain aku kurang arif nak komen lebih-lebih, tapi kalau cakap pasal Herbalife, tahulah sikit-sikit. Bak kata Rudi, nak dapat title B ni, paling kurang kena jadi Millionaire Team. GET Team tu adalah sikit-sikit tapi betul-betul dapat jadi B bila dah jadi Mill Team. 

Nak jadi Mill Team kena ada 50-60 SV. Katakan dah setahun jadi SV dan baru ada 2 orang SV bawah, maknanya 25 tahun lagilah akan jadi Mill Team. 

Terbeliak jugak mata dengarnya!

Sebab tu katanya, mindset kena ubah. Jangan duk nampak duit retail je. Apabila dapat customer, kene treat customer tu sebagai business partner kita. Walaupun customer tu punyalah tolak tak nak buat bisnes - NAK MAKAN JE - still kene treat dia sebagai business partner. Orang ni memang ajak buat bisnes taknak, tapi apabila kita bagi RM 500 sebulan kat dia, mana dia nak menolaknya kan? So, adalah dia share macam mana nak make sure customer kita dapat duit tambahan. 

Selama ni, aku kalau orang tu tak berminat nak buat bisnes, ok fine. Aku sayang dia, dia sayang aku. Tapi apabila dah ubah mindset kepada B ni, heh, semua dilayan bisnes partnernya. Customer-customer aku yang lama-lama tu terutamanya jumpa kat blog ni, contact aku ya, ada benda besttttt nak diajar sempena raya ni!


73% Herbalife Distributor tiada downline???




Statistik ni aku ambil dari beg IBP Herbalife yang baru. Ni Herbalife Malaysia ok. Maknanya sekarang ni dah lebih 100 000 orang yang berdaftar sebagai member Herbalife. Daripada nombor tu, lebih 77 ribu tiada downline. Maknanya tiada orang bawahan dalam organisasi. 


AMARAN : Herbalife bukan pyramid scheme ya, korang daftar ahli, dapat duit. tak. ada sesetengah syarikat tu, promote jadi ahli je terus dapat duit. Herbalife tak. Nak dapat duit dalam Herbalife, daftar member, buat kerja, dapatlah duit


Sangat-sangat rugi kalau korang dah jadi member, tapi tak nak buat bisnes. Memang ambil Herbalife tu sesutau yang nikmat, tapi ambil Herbalife sambil buat bisnes, lagi-lagilah nikmat! Apa lagi, contact coach korang sekarang dan mulakan perniagaan sekarang!!!!!

Alright, tu saja, apa-apa boleh hubungi aku disini ya. adiossssss. semoga kita jadi Business Owner atau Investor semuanya :)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

8 tahun lepas sekolah

Kisahnya Selasa lepas, dari KL aku turun ke Kuantan sebab dah janji dengan cikgu untuk jumpa-jumpa dengan cikgu-cikgu kat sekolah lama dulu. Kebetulan ada program yang pihak sekolah adakan, apa lagi aku pun tumpang la sekaki

'awak tu dah alang-alang datang sekolah, bagi la talk sikit kat adik-adik kita ni'

Eerrr.... actually dah lama sangat tinggal pengucapan awam ni. Jadi host HOM atau speaker STS tu selalulah kan? Tapi takkan nak bantai buat HOM kat adik-adik ni, mahu kena marah dengan cikgu pulak. hehe. Jadi nak tak nak, sanggup je lah. Boleh asah bakat yang dah lama tak diasah ni. acececeee


Program tu program buka puasa, buka puasa bersama dengan pelajar khas. Pelajar Khas ni pelajar yang pendapatan isi rumah bawah RM 600. huh, tak boleh nak bayangkan masih ada pendapatan isi rumah bawah RM 600 kan. Jadi memang dalam kepala aku dah tanam nak bagi ala-ala motivasi sikit





8 tahun lepas sekolah

Tu merupakan tajuk yang aku kongsi dengan adik-adik kat sekolah hari tu. Takde tajuk yang sesuai, jadi pakai tajuk tu lah. Kejap je sesi aku tu, dalam 40 minit macam tu dan antara yang aku kongsi pada hari tu

  • Kekuatan doa
  • Kepimpinan untuk hidup
  • IPTA vs IPTS vs Universiti luar negara
  • Negara orang
  • Pilihan seterusnya
Actually 5 tajuk ni kebanyakannya aku dah cerita kat dalam blog ni. Just ambil intipati dia tukar dari penulisan kepada percakapan. Haaa, siapa kata blog kurang fungsinya kan? time macam ni lah nak rujuk kembali blognya. hehe


Okeh, tu saja, nanti ada masa kita story lagi ya. 


pss : dah bulan 8. cepat betul masa berlalu!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW