Share

7 Billion Manusia pada tahun 2011

Duduk belek-belek Nokia E7, ada apps National Geographic yang menyimpan pelbagai video menarik. Tertarik dengan satu video yang bertajuk 7 Billion, terus aku klik untuk tengok. Wah, memang sangat banyak fakta yang tak diketahui ada dalam video tu





Antara yang menarik adalah

  • Setiap satu saat, 5 orang bayi dilahirkan dan 2 orang yang meninggal dunia di seluruh dunia
  • Purata jangka hayat manusia adalah 69 tahun
  • Dulu 1975 megacity (populasi melebihi 10 juta satu bandar) hanya ada 3 tetapi sekarang ada 21 buah semuanya

Masalah utama 7 Billion Manusia

Angka billion ni mewakili Sejuta orang yang di darab seribu. Sangat banyak kan? Mesti wujud masalah tempat tinggal. Tapi masalah utama yang wujud bukannya tempat atau ruang, tetapi mengenai 'balance' Keseimbangan jumlah manusia dengan kemampuan bumi yang menampung



Masa kecik selalu kita belajar teori lidi. Kalau satu lidi, senang nak patah. Tapi kalau dah segenggam lidi, susah nak dipatahkan. Makna disebalik ini, kuasa nombor yang memberi kesan yang lebih. Mana-mana pun, lagi banyak nombor, kesannya akan lebih


Nombor lebih - masalah keseimbangan

Kalau seorang yang buang sampah, mesti tak nampak kesannya. Tapi apabila 7 Billion yang buang, sampah tu boleh memenuhi 7 buah Malaysia. Kalau seorang yang bazirkan air, mesti tak nampak kesannya. Tapi bila dah 7 Billion orang bazirkan air, dalam masa 2 hari sumber air bersih akan habis!

Inilah kuasa nombor!

Jadi, berbanggalah dengan diri sendiri yang mana pada hujung 2011 nanti, kita akan menjadi salah satu dari 7 billion orang yang mendiami bumi ini. ingat, setiap pembaziran yang kita lakukan, mampu memberi kesan kepada 7 Billion yang lain




Padang mahsyar?

Digambarkan seluruh umat manusia akan dibangkitkan setelah mati di padang mahsyar. Nombor? Entahlah berapa orang aku pun tak dapat nak gambarkan. Yang pasti nombornya sangat BESAR. Kalau kita boleh kaitkan dan imagine sikit sebanyak amalan yang kita dah buat sekarang ni dengan kesesakan di sana nanti, agak2nya kita dapat 'kelebihan' tak dari nombor yang banyak tu. Dengan matahari sejengkal atas kepala, pasti kita tak nak jadi sebilangan dari nombor yang banyak tu yang menderita disana. kan? amalan? kena muhasabah sendiri

Tudung
Aurat
Fitnah
Rasuah
VIDEO SEX?

kena pikir sendiri okeh


pss : takde orang jertih/besut kat sini? esok nak pergi sana =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

20 ulasan:

pepatungbiru berkata...

huh?? tkut....ramainya mnusia..ramai ag disana nt...

slay berkata...

Dalam 7 Billion tu berapa billion yang obesiti? pergh patut la kaya-raya Datuk Dr. Faridzul Asyraf Mat Arifin! =)

joegrimjow berkata...

@pepatungbiru

xdapat bayang kan

joegrimjow berkata...

@slay

2.3 kot huhu

Hafidzah Hafidz berkata...

wohooo, ramainye, baru tau neh..btw, 5 bayi dilahirkan, 2 orang meninggal setiap satu saat? terkezut jap..gud info en joe ^.^

Fatimah Ali berkata...

7 billion tu satu nombor yg aku tak pernah bayangkan. apatah lagi 7 billion org.

Geng Borak berkata...

video sex?? hehehehe.. senyap dah nampaknya... huhuhu
Sebab Trafik Blog Aku Naik!

joegrimjow berkata...

@Hafidzah Hafidz

terkejut gak tahu

joegrimjow berkata...

@s.u.h.a

sangat banyak kan

joegrimjow berkata...

@KiD

hehe
tunggu pasni bising balik

Rien Rose berkata...

ramAainya!!! huhuh

Ain Zulaikha berkata...

7 bilion?? fuhhh... kalau letak semua kat Malaysia memang tak cukup lah.. lagi sekali, 7 bilion??

Fathi Adha berkata...

sy org besut/jertih....sila2 la berkunjung ke sana...

Unknown berkata...

menarik.....kaitkan 7 bilion dgn manusia di padang mahsyar...

muhasabah diri amat perlu di saat dunia hampir pupus...huhu

vviisshhnnuu berkata...

byk nyer manusia... patut lar bumi ni berat...hahahah

First time on your blog

Latest Post: Blog Walking List 2011

isma berkata...

terjak belog anda...

shamizu berkata...

7 billion tak taulah banyak mana. China saja pun rakyatnya dah 1 billion.

Yang menarik kat padang mahshar tu. Ada juga video seks. He3

Kena tambah kouta lagi 3 ke?

aaron aziz berkata...

ni termasuk yg halal ke sekali yg haram?hahahaha...

bertambah meningkatlah pendatang asing

joegrimjow berkata...

@aaron aziz

seluruh dunia

joegrimjow berkata...

@Fathi Adha

ada kat rumah tk?
hehe

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW