Share

Perkara kecil yang boleh buat anda kaya

Entry ini mungkin akan bersambung dan banyak versi. kali ni versi orang yang tinggal di UK atau lebih specifik di Sheffield. Kalau tengok kat atas tu, perkara kecil dan bukannya perkara besar. jadi bila sebut perkara kecil ni, kena buat selalu baru kesannya nampak. jom kita tengok apakah perkara yang boleh dilakukan untuk buat anda kaya (versi tinggal di UK)



1 - Mop lantai selepas mandi


Bunyi macam lucu kan? tapi benda sekecil macam nilah yang boleh buat simpanan duit jadi banyak. Tandas kat UK ni pelik dan tak sama dengan Malaysia, dah la tanda paip tu satu (kena guna gayung, alahai, gayun pun takde, bekas air je lah jawabnya) lantai kat tandas adalah KAYU. ya, kayu. dieorang letak alas getah je. ni kebanyakan rumah lama. sebab tu kalau kita mandai sesuka rasa ni, ada air yang jatuh atas lantai dengan kuantiti banyaknya, kena mop. kalau tak mopp, jawabnya kalau duduk di tingkat atas, akan bocorlah ke bawah. PERNAH TERJADI!! last-last, landlord mintak ganti rugi untuk baiki. tak ke melayang duit sebab perkara kecik ni





2 - Masak lebih berbanding makan di luar


Ni lagi satu untuk jadi kaya. masak sendiri! masak sendiri ni bukan saja boleh tambah cv untuk pinang anak dara orang nanti, duit pun boleh bertambah maha banyaknya. kalau kat sini, 4 pound untuk waktu tengahari tu adalah normal kalau makan kat kedai, tapi kalau masak sendiri dengan 4 pound tu dah boleh makan untuk 2 orang dengan mewahnya. belajar-belajar lah masak ya. cuma kalau ada kawan-kawan ajak sebulan sekali makan kat luar, janganlah tolak pulak sebab nak berjimat sangat, nanti disisih masyarakat pulak ;P




3 - Pakej internet yang bersesuaian


Banyak syarikat kat UK ni yang memberi perkhidmatan internet yang baik. antaranya O2, Virgin dan banyak lagi. Cuma kalau nak langgan ni, kena pilih yang bersesuaian. kalau duduk satu rumah tu, bincanglah elok-elok dengan warga rumah tu. sekarang paling laju adalah 50mbps. kalau ada yang jenis suka download dan ada yang tak suka download, aku syor baik tak payah ambik 50 mbps tu, ambik 20mbps dan 20mbps. 2 router. haha. sini walaupun 50mbps, tapi bila sorang dah download, fuhhh, jadi lembap habis!! jadi untuk keselesaan semua, nak download pun download lah lewat-lewat malam. masa orang dah tidur




4 - Jenis blower untuk dibeli?


Yang ni skill ramai yang tak tahu. membeli blower. sekarang ni dah semakin sejuk. bila dah semakin sejuk, maka blower dan heater di rumah memainkan peranan penting untuk memanaskan bilik. skill yang boleh membuat korang kaya adalah pilih jenis blower. bukan sahaja bergantung pada harga, tapi juga pada kwh (kilowatt per hour) yang ada kat belakang tu. blower kat kedai, walaupun harga murah, tapi kwh tinggi, memang teruklah bil nanti. contoh dulu rumah aku ada 4 blower yang kuasa 3 kwh, kat sheffield ni dia punya rate (tahun lepas) 25 penc sejam (malam murah sikit), jadi 3 * 4 * 25 = 3 pound! takkan la pasang sejam, kadang-kadang kiteorang pasang 10 ke 15 jam (sejuk wooo) haa, cuba la darab sendiri. last, bill datang, 1280 pound. gila ke apa bil boleh cecah 1000 pound. memang sengkek sebab tak reti nak berjimat! jadi, lepas ni sebab blower tu selalu nak pakai, carilah yang rendah kwh, ada aku jumpa 0.8 kwh je, panas la jugak, jadi, pakat beli tu untuk jadi kaya =)


Done


Dah amal 4 ni, last sebelum nak balik, boleh angkut satu merc. caye tak? hehe


pss : dah ramai yang join contest rm 10 ribu ni. jom jom join

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

28 ulasan:

Zinedine Zaiddin berkata...

Kat sana mencecah 50mbps, rilek je. Kat sini...384 kbps pun mahal nak mampos.

Nice advise..tp saranan utk jadi kaya kat Malaysia..mcm mana plak? tgk mcm xbrapa ada impak je kalau amal kat malaysia..

joegrimjow berkata...

@Zinedine Zaiddin

akan ada versi kat malaysia

Onelove...Jambu merah warna berkata...

mesti da kaya kan? =)

noorafzan.blogspot.com berkata...

tunggu versi Msia pula.
hehe~

p/s : tulis macam dari pengalaman sendiri je. balik kang terus angkot merc sebijik k joe. bawak kami jalan2 town. hahaha!

WZulhilmi berkata...

terasa bila tgk kelajuan kat sana 50mps.. Bila aku tgk connection aku balik..average 40-50kbps je.. T____T

CPFZ berkata...

fuyyoo..
ku ghairah melihat 50Mbps tuh,
hek...
kat sini kena mimpi2 dulu laa...
:p

rhapsody LiN berkata...

haha.. ddk jauh dgn fmly br reti berjumat. >.<

farhana berkata...

tandsnye lawaaa =)

Khairul berkata...

Tak faham la kau cakap pasal apa joe.

Btw, comelnya farhana ni.

joegrimjow berkata...

@Onelove...Jambu merah warna

erkk, belom lagi

joegrimjow berkata...

@noor afzan

jeng jeng jeng
tunggu entry seterusnya

joegrimjow berkata...

@WZulhilmi

haha, pernah rasa kot kat malaysia, xde feel untuk download

joegrimjow berkata...

@aYaz

mimmpi pun belum tentu dapat

joegrimjow berkata...

@rhapsody LiN

yuppaaa
sangat betol lin

joegrimjow berkata...

@farhana

sangat lawa

Jom Masak Channel berkata...

best gile kot tenet lajuuu...

joegrimjow berkata...

@nur hidayah isa

best tapi bila download jadi xbest
huhu

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR berkata...

50mbps.....
perghhhh...
nak juga..

khairil berkata...

bila kat malaysia nak dpt kelajuan mcm tu...

joegrimjow berkata...

@khairil

bila dah bertukar ke fibre optics

Ariff Shah berkata...

kat russia tak payah bayar bil elektrik pun. haha

tapi still tak kaya gak

Hasrol Nizam berkata...

jimat punya jimat sampai boleh beli merc? wahh... :D

Pendapat anda?
First time makan laksa johor

Zikri Husaini berkata...

moralnya penjimatan... hehe

ProfHariz berkata...

50MBPS? download bpe bro? huhu..

New Entry ProfHariz
Pembohongan Sejarah Dan Akhir Zaman

HEMY berkata...

4 pound je bli brg2 nk masak..demmm

Hazwan berkata...

nice one~

mijie berkata...

semalam tanya kak ipar, berapa internet yang dia guna sebulan, dia cakap 25 pound je, murah tu dengan kelajuan yang tinggi, huhu

joegrimjow berkata...

@HEMY

sangat murah kan?

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW