Share

Penonton maut selepas perlawanan suku akhir Piala Malaysia l Selangor vs Kelantan

Keputusan suku akhir pertama Piala Malaysia pusingan pertama



Kedah 2-2 Terengganu,
Johor FC 1-0 Pahang,
Negeri Sembilan 1-0 Perlis,
Kelantan 0-0 Selangor


Apa yang ingin disentuh adalah perlawanan Kelantan vs Selangor yang berkesudahan 0-0. Sama seperti England lawan Montenagaro je 0-0. Tapi aku yakin, perlawanan Kelantan dengan Selangor ini mendapat perhatian yang lebih disebabkan ada kematian yang berlaku!


Bukan satu tapi 2??


Salah seorang mangsa iaitu dari Kampung Telong Bachok (sumber sini) meninggal akibat sesak nafas dan tiada kaitan dengan pergaduhan. Sebut pasal sesak nafas ni, memang perkara ni tak mustahil untuk berlaku di Stadium tempatan kita. Kenapa? korang pergi sendiri dan tengok betapa sesaknya keadaan stadium dengan ribuan orang. Masalahnya, tempat orang lain pun beribu raban jugak, tapi ok je keluar ke stadium, tapi tempat kita, haiyaaa, pintu pagar terlalu kecik kot!


gambar dari facebook


Aku tak tahu situasi di stadium shah alam macam mana tapi ketika melihat perlawanan Kelantan lwn Negeri Sembilan tempoh hari dan juga Malaysia lwn Manchester United di stadium bukit jalil hari tu, sebab utama berlaku himpit-himpit adalah disebabkan penonton sendiri. Penonton besar yang menolak orang yang kecil-kecil. Tak lupa juga ada penonton yang berebut sampaikan orang lain tertindas. huh, yang sangat malang adalah orang yang membawa anak kecil, memang boleh tempah bala!


Apa-apa pun, takziah pada keluarga mangsa, Al-Fatihah



Kematian akibat pergaduhan

penyokong kelantan yang tercedera


Ada satu lagi kes malam tadi adalah pergaduhan antara penyokong fanatik masing-masing. Memang ada beberapa kawan aku yang pergi menonton sendiri perlawanan memberitahu suasana memang agak tegang. Tambahan pula ada pemain yang kena kad merah, fuh, memang sangat tegang suasananya. Dengar berita, ada sampai yang baling botol kaca dan memang sudah macam perang dunia kedua dah. Cuma guna mercun bukan guna BOM! Jom tengok video




Penonton fanatik inilah yang mencemarkan imej bola di negara kita. Dah la ranking FIFA pun entah keberapa dah negara kita, ni pula ditambah dengan eksiden seperti ni, memang orang takkan pandang bola sepak negara kita nanti!


Penyokong yang mendatangkan bala

Pendapat aku hasil pemerhatian di stadium, ada beberapa jenis golongan penonton di stadium ni. Pertama yang senyap dan menonton sambil update states menggunakan facebook. Kedua penontong yang sibuk maki hamun apabila pemaian melakukan kesilapan yang dibuat dan bersorak gembira tidak ingat dunia bila gol dijaringkan. Ketiga jenis yang gunakan perkara PELIK untuk menonjolkan sikap ketidakpuasan hatinya. Paling banyak adalah golongan kedua dan sangat sedikit dari golongan ketiga. Tapi sayangnya, apabila media mahu buat liputan, kesemua jenis golongan ini disalahkan hanya disebabkan jenis penyokong yang ketiga sahaja. Adilkah?


Mungkin wujud golongan ke4 : Mahu melepaskan tension di stadium!


Pengalaman di Stadium Sultan Muhammad ke4, ada penyokong yang GILA BABENG punya (jenis ketiga) membaling mercun ke tengah padang. Sayang disebabkan tenaga tidak cukup, mercun itu tak sampai ke padang tadi jatuh di tengah penonton. Letupan mercun di tengah penonton tadi membuatkan penonton yang terkena jadi marah dan memang orang yang membaling mercun itu dimarah dengan maki hamun (tanpa sebarang pukulan mahupan kaca-kaca ataupun besi)


Ada juga suara yang marah denga mengatakan 'oghe sghupo mung la wak punoh bola sepak klatenyoh' dan pelbagai ayat marah lain lagi. Jelas masih ramai yang sayangkan bola sepak terutamanya penyokong red warrior dan sebab itulah sangat tidak adil untuk menghukum penonton Kelantan semuanya keras kepala!


Tunggu berita esok


Apa-apa pun, kita tunggulah berita esok cerita penuhnya dan harapnya tiada laporan media berat sebelah dilaporkan. Kepada penyokong kedua-dua pasukan, dengar berita yang perlawanan pusingan kedua akan dijalankan tanpa penonton. aiyok, sampai tahap macam tu sekali bola sepak kita ek. bukan hebat dari segi corak permainan, tapi hebat dengan corak penonton yang fanatik melepaskan geram mereka!


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

30 ulasan:

Mashe berkata...

selalu cam nih... tgok bola pon nak gado2... x phm btoi... :P

HEMY berkata...

ni bukan pasal fanatik..mmg jenis suka bergaduh...suka kekerasan dan gunakan bola sebagai alasan

joegrimjow berkata...

@HEMY

logik jugak tu

Unknown berkata...

entah apa-apalah dia orang ni...nak tenguk bola ker nak bergaduh..teruk betul moral belia sekarang ni.

Hazzy Ishak berkata...

kalau penyokong dok bergaduh macam ni sampai bila pun bola sepak tak maju

kalau nak gaduh sgt, hantaq p gaza. biaq depa gaduh kat sana, ada gak paedah.

=)

suffer8zine berkata...

ni nk tgk bola ke nk main gado2? adoyaiii budak2 pun x mcm ni la


terkini : jom ping sampai pecah!

lady-D berkata...

patutnye golongan2 yg panas baran & penetik ni better tgk kat rmh jer, baru xde gaduh2, baling2 mercun..ni nak tjk 'gedebe' jer ni..

Zulfahmi Abidin berkata...

memalukan betul....hehehe

Unknown berkata...

ade bola ade kelantan,,,ade kelantan ade gadoh,,,ade gadoh ade laa mati.... hurf... ble nk abis daaa...

syaa berkata...

cube kte ikat diorg ni pstu ramai2 baling mercun kat diorg tgk best ke x best.. ish bikin panas je.. bodoh btul.. setiap kali tau mcm ni.. nasib baik lwn n9 haritu seri, kalo tak mmg ade gak kot yg mampus time tu... gile otak tak bertamadun...

nerves berkata...

betul2
hmm.xtaula nak ckp..
Bukan nk kutuk..tp mmg fact
peny0k0ng2 b0la kelantan memang suke merusuh wat hav0c cha0s bagai..
Hampir sume game nk gaduh nk baling b0m..
Haihh

stoberycoklat berkata...

selalu jek cam ni kn...penyokong kelatan ni fanatik sangt kot...huhuh

Aslina berkata...

kesian kot dekat persatuan bola sepak negeri... asal penonton wat hal je dorang kene denda la... kene saman segala...

persatuan bola sepak negeri ni bukan la kaya sangat macam persatuan bola sepak dekat luar negara tu...

kesian... kesian...

patutnye lepas kejadian tu... jgn bagi sape pun kuar stadium lagi... kalo bleh check sorang2 ke apa ke... memang remeh punya keje... tapi adil la sikit... dia buat hal, dia la tanggung... ini nak susahkan orang pulak...

cemana la mutu bola sepak nak maju kalo ada penyokong tak bertamadun macam ni... macam la dorang yang main bola sampai nak emo-emo macam tu sekali...

Kay- berkata...

tgk kat umah jer laa....rasa marah team sendiri kalah leh sepak belakang pintu kuat2! x menyusahkan org sekeliling.kan kann...bernas x idea? ;)

atok berkata...

atok ade mlam td kat stadium, keadaan sgt x best tgk mlayu gadoh sesame2 sndri, pastu ade medic team yg terkena bunga api yg pnonton cucuh, sungguh, smlm byk tgk org gado dr tgk bola huhu

joegrimjow berkata...

@kak ina kl

moral jatuh gedebuk

joegrimjow berkata...

@Hazzy Ishak

klu jumpa bom betul takut plak kot

joegrimjow berkata...

@d_LA

masalahnya golongan fanatik nila yg suke p stadium dan jahanamkan title penonton lain

joegrimjow berkata...

@syaa

masa lawan dengan n9, xnampak pulak penyokong n9. tapi gadoh dengan masing2 ada la

joegrimjow berkata...

@Cik Agogo

kat luar stadium mmg dah check, tapi just pegang sluar dan lepas tu lepas!

joegrimjow berkata...

@atok

kena update blog ni tok

Ibu Ammar berkata...

selaku orang johor, tujuan utama pegi stadium semalam adalah sebab nak tengok sendiri 'suasana' sebenar duduk bersama penyokong kelantan. yang pasti, suka sangat semangat diorang masa tonton perlawanan. tau mmg takkan dapat rasa kemeriahan camtu dengan fans negeri sendiri.

mmg yang tak bestnya bila fanatik yg ntah apa2 buat huru-hara. bukan kelantan je selangor pun ada yg dua kali lima. kalau tengok bola dan pulang dengan elok2 kan takda sapa dapat susah. anggap yang huru-harakan keadaan tu golongan yang tak sekolah. bahayakn diri bahayakan orang lain. kesian. polis pun tak leh nak buat apa.

Al berkata...

ak g tgk smale, meme dua2 pihak 2x5 jh
tp mcm biaso, klate jgk hok dipersalahkan..

diba berkata...

tu la..senang sume tgk bola gune tv kat umah,,lau geram pcahkan tv..xdr la nyusah org len..huk

Unknown berkata...

sampai sesak nafas

memang ade penyakit semput kot

huhu

Farihah Ahmad berkata...

malu ah dgn suasana bola sepak msia. bila layan epl, org ckp xpatriotik bagai. aha betul jgak. tapi mcm mana kalo kegelian lebih dari ketkjuban? tapi still, kalo kita xsokong sapa lg nk sokong? tapi....

ah byk pulak tapinya. sokong je laa! tapi x ikhlas mcm mana?


tapi... oke. gua ciao dulu.

joegrimjow berkata...

@nursarah puteri biru

bahayakan diri dengan membahayakan org lain

joegrimjow berkata...

@Al

media berat sebelah macam biasa r

Tanpa Nama berkata...

erkkk.

*speechless*

elianesuriane berkata...

Ada juga suara yang marah denga mengatakan 'oghe sghupo mung la wak punoh bola sepak klatenyoh' dan pelbagai ayat marah lain lagi. Jelas masih ramai yang sayangkan bola sepak terutamanya penyokong red warrior dan sebab itulah sangat tidak adil untuk menghukum penonton Kelantan semuanya keras kepala!

-ayt trbaek.. krn nila stitik, rosak susu sebelanga-

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW