Share

Keputusan Piala Malaysia 2010 : Panjat pagar, Bola dan Mercun

Salam,

Bawah ini adalah keputusan perlawanan bola sepak Piala Malaysia 2010 yang berlaku semalam
Suara tengah serak-serak basah macam itik baru bangun tidur. Terjadi sebab semalam pergi ke stadium Sultan Muhammad ke4 untuk tengok bola. Kelantan lawan Negeri Sembilan. Ya, Kelantan kalah semalam. Ada siaran langsung kan? ishh, kalau tahu dieorang main macam tu, tak pergi aku ok! Sangat bosan perlawanan macam budak sekolah lepas UPSR main nak habiskan masa terakhir disekolah!


Cerita yang best


Macam biasa, aku nak cerita kejakunan aku yang memang dah agak lama tak pergi stadium tengok bola ni. Memang abang aku dah bagitau kena pergi awal sebab memang akan jam teruk kat stadium. Tambahan pula sekarang ni kan Raya, mesti ramai yang tak balik lagi dan akan pergi sama ke stadium. Tapi sebab aku fikir baik sembahyang maghrib dulu kat rumah, baru bertolak, aku pun pergi sana lewat skit. Dengan menggunakan skill pemanduan yang tak berhemah dan juga short cut yang available untuk ke stadium, sampai sana pukul 8!


Sayang walaupun pukul 8, tapi di kawasan stadium sangat sesak dengan kereta, motosikal.... dan juga basikal? Huh, siapa suruh lambat kan? Dah la parking sangat jauh tapi rasanya itu terbaik untuk elakkan jam masa balik nanti. Dah jumpa parking, nak masuk je ke dalam stadium, perghhhh, ramai gila manusia!


Jam baru 8 suku


Aku tengok punca utama orang yang bersesak-sesak di pintu masuk stadium adalah kerana pintu yang tidak dibuka. TIDAK DIBUKA! tak pasti apakah relevan dieorang menutup pintu masuk sedangkan orang yang kat luar habis duk maki hamun polis, rela dan penjaga pintu yang bertugas. aku yang berbadan kecil ini pun turut terasa bengangnya sebab tiket semua dah beli tapi tak dapat masuk! hampir setengah jam berasak-asak, maka adalah adegan yang merbahaya dilakukan




Kalau tengok kat atas tu, orang panjat pagar! iye, panjat pagar untuk masuk ke stadium. Kalau korang rasa benda ni tak relevan, tapi bagi aku yang ada kat sana memang kena panjat pagar kalau pintu dah tutup. Tapi keadaan kembali tegang dengan orang berasak-asak menghampiri pagar dan cuba panjat dan ada budak yang nak panjat sama. ishh, mak bapak tak jaga anak betul! mungkin sebab dah tengok keadaan yang tidak terjaga, mereka pun buka pintu. geram gila kot kenapalah tak buka awal2! takpe, raya, maafkan mereka. ekeke


dan apabila masuk ke stadium dengan ramai gila lagi beratur di belakang

terkejut sebab

Stadium dan PENUH!








Perghhh, tak pernah lagi aku ke stadium dengan orang seramai ni. full house! sampaikan nak duduk pun kena berasak-asak. baru tahu kenapa dieorang tutup pintu, sebab stadium dah penuh. masalahnya, yang beratur tu ada yang ada tiket, kenapa stadium dah penuh tapi pemilik tiket masih ada diluar. bukan sorang 2, ada beribu lagi anggaran yang boleh aku cakap. haa, terjadi camni sebab ada orang masuk takde tiket! bertambah geram! tak pe, raya, maafkan mereka, ekeke


Ok, pasal perlawanan, aku taknak komen sebab memang takde yang menarik. selain dari pejaga gola kelantan yang poyo hebat dengan selalu keluar dari gawang gol untuk ketengah padang, semua perlawanan tak berapa best. aku sempat menguap 2 3 kali masa perlawanan. ishh, tak berbaloi dengan himpit-himpit denga mutu perlawanan macam ni. yang best dengar sindiran dari penonton


'berimpit macam ikan sardin masa masuk tengok bola macam ni tak berbaloi woooi'

'makan sate banyak sangat nak kejar bola pun tak larat ke?'

'baik tengok senario kat tv oooii!'


haha, walaunpun sindir ke maki ke, yang pasti kalau ada lagi perlawanan, muka-muka yang sindir tulah yang akan datang awal. sindir bukan apa, sebab sayang. ekeke. ok, korang tahulah kelantan kalah sebab penalti. aku tak pasti sangat sama ada jatuh dikawasan kotak penalti ke tidak sebab tak berapa nak nampak, tapi benda yang best adalah penonton tak berpuas hati dengan pengadilan malam tu dengan memberi penalti kepada negeri sembilan. dah tak puas, balinglah mercun!





Ha, sebut baling mercun ni, memang tak dapat dipisahkan mercun dengan orang kelantan. heh, aku pun tak pasti apalah yan best sangat nak baling mercun ni apa, menambahkan kebencian adalah. dan yang paling best penonton yang dibaling mercun tu hampir-hampir dipukul oleh penonton yang lain. haha, suasana nak betumbuk yang dah lama tak tengok! Betol orang kata orang kelantan ni cepat marah, tak puas hati sikit terus bakar kerusi, baling mercun, tapi aku rasa tak semua macam tu. bukti malam tadi, yang marah lagi ramai dari yang membaling. semua nak enjoy2 tengok, takmo baling2 mercun ni, lagipun budak kecik pun ada, kena kang, haa, naya!


balik


dah habis, aku balik dengan hati yang kecewa. heh, kecewa sebab kalah dan perlawanan tak sebest yang dulu-dulu. takpelah, tak best ke, kena berhimpit ke, ada lagi perlawanan muka ni jugak yang akan ke stadium.


lain kali ada sesiapa nak ikut? hehe

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

23 ulasan:

fahmi ibrahim berkata...

Tahun ke 5 duduk di kelantan tapi tak pernah ke stadium untuk tengok bola.. Takut weh.. takut penonton yang terlebih fanatik nih. :D

Munsyi berkata...

ku tak minat bola tp tau penyokong kelantan smngat kekelantanan lain sket.tapi ade yg buat onar, satu kelantan busuk name.

ko xbaling mercun protes ke koe?haha

Tanpa Nama berkata...

sjqwdxlpthakmetamirk, justin bieber baby lyrics, tdjejcl.

joegrimjow berkata...

@fahmi ibrahim

len kali kena follow
baru ok
hehe

joegrimjow berkata...

@MuNsYi SaMa
x
jadi lelaki berhemah gitu
=)

Tanpa Nama berkata...

ramai gila siot. pasukan kelantan jer bleh buat stadium penuh camni. haha

joegrimjow berkata...

@azizie.com

correct2

Unknown berkata...

aku lum penah lg tgk pelawanan live punya.kat uk pun ko rajin gak la ye menonton???

joegrimjow berkata...

@FareedSairi
uk x
tiket mahal ooh

noorafzan.blogspot.com berkata...

Pemain tu kena la hargai penyokong yang sanggup panjat pagar, baling mercun mempertahankan pasukan.
lenkali dornag kena main lebih baik.

HidayahFadziL berkata...

yayy... org nogori monang....heheh...jgn marah mr.joe..

aizatshafiq berkata...

walaupun rumah sejengkal je dengan stadium...
tak pegi...sebab dah tahu sangat yang stadium time tu confirm huru-hara...
hehehe

joegrimjow berkata...

@HiDaYah -the guidance-

xmarah
kecewa

Bro Framestone berkata...

he..23x satu je bro leh cakap..

barang seludup lepas kat kelantan... stock berlebihan.. tue pasal men stadium he..23x

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

chanz berkata...

alahai....kesian...jangan la gado2..haha

gadisBunga™ berkata...

baik makan sandwich sardin sambil tgk depan tv. huh!

joegrimjow berkata...

@gadisBunga

sandwich sardin
hehe

Tanpa Nama berkata...

tak sukalah orang main mercun lebih2 ni.

ftrhd berkata...

moral dia layan astro arena je takpun channel rtm dengan TV 32 inci lagi best..

gi stadium mengabihkan bogheh jo. tenaga abih..duit abis..minyak keta abis.. masa abis..peluh pun abis..

tak gitu?

joegrimjow berkata...

@Fitrihadi.com

sangat2 bersetuju
huhu

atok berkata...

klantan dri dlu cmtu hmm

joegrimjow berkata...

@atok

kelantan tu besar sangat, pemain ke penyokong?

Bro Framestone berkata...

bro last tengok bola kat stadium masa form 4..

siap panjat pagar nak g tengok he..23x [zaman memuda katakan]

tp tue je la pengalamannye... coz bro mmg xsuka tengok bola dan tempat yang sesak dgn manusia

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW