Pagi tadi, rutin biasa. Selepas bersahur, buka internet dan layari beberapa website untuk mencari ilmu baru. Setelah post entry terbaru yang mana aku berazam pada setiap pagi akan post entry bercorak ‘tazkirah’ sebagai pesanan kepada aku dan juga pembaca, aku pun melihat jam, sudah hampir pukul 9!
Bercadang untuk mengemas sedikit rumah, lantas aku pun menutup MacBookPro dan naik ke bilik untuk memakai pakaian yang sesuai. Selang beberapa minit, ada deringan telefon dan aku terus bergegas untuk angkat. Manalah tahu ada custemer yang mahu tanya pasal herbalife ke!
Aku : Hello
Dia : Hello. Boleh saya cakap dengan Encik Faridzul
Aku : Saya bercakap, siapa ni?
Dia : Saya nazuha, ingat saya lagi?
Cik nazuha! Ya, nama ini memang familiar. Tapi setelah menggodek RAM otak aku beberapa saat, ternyata tidak dapat ‘detect’ siapakah dia ni. Tapi percakapannya dan lirik suaranya aku pernah kenal!
Aku : OHHH Cik Nazuha! erk, yang mana ek?
Dia : ish awak ni, loyar buruk ya. saya ni bahagian biasiswa MARA
Ya! Baru aku ingat. dulu selalu berurusan dengan dia semasa sebelum fly. Lantas aku timbul perasaan tidak senang, kenapa pegawai MARA call ni?
Aku : Ahaa, ingat ingat. Kenapa ya cik nazuha?
Dia : Takde, saya hari ni ada orang report, dia nampak blog awak masuk dalam Harakah. Awak tahu apa kesan dia?
Aku : erkk. ye ke?
Dia : awak tahu kan yang Harakah adalah akhbar pihak pembangkang. Sebab awak ni merupakan pelajar tajaan MARA, dalam contract sudah jelas yang student tidak boleh terlibat dalam mana-mana aktiviti politik. Pembangkan ke, Kerajaan ke, semua tidak boleh!
Aku : jadi?
Dia : sebab awak sudah langgar contract. saya terpaksa bagitau awak yang....
Lantas fikiran aku mula gelap. Pekat. Tiada cahaya! Kenapa benda sebegini boleh jadi kepada aku? Apa salah aku? Lantas aku cuba untuk membela diri
Aku : Nanti dulu. dalam entry saya tu takde masukkan politik pun
Dia : tapi awak cerita yang awak pergi jumpa dengan presiden PAS kan? buat apa? mesti nak berpolitik!
Aku : tak tak, saya pergi sebab saya nak meniaga Herbalife. Lagi satu, dalam entry tu saya cerita yang elok-elok. tiada hasutan apa-apa pun. Memang entry itu bukan entry politik cik!
Dia : Masalahnya... awak jumpa dengan Presiden sebuah parti politik. Itu yang membuatkan pihak kami syak awak ni sudah langgar contract. awak akan dikenakan tindakan!
Aku : saya....
Dia : takde takde. Apa juga alasan awak. Awak kena sedar yang
Serius ketika ini aku membayangkan masa depan aku yang gelap. Kemana aku akan pergi selepas ini setalah skoleh ditarik. Kemungkinan besar aku akan dipaksa membayar semua duit biasiswa itu. Arghhh. ketika ini aku sudah mahu pitam
Dia : awak kena sedar yang awak telah kena panggilan hangit!!!!
Waka waka eh eh
=)
Hehe, jangan marah ya tuan tuan dan puan puan. hehe. takde pun perbualan kat atas tu, semuanya tidak benar belaka. ekeke. Cuma terpanggil untuk buat entry hangit ala2 bro GTO sebab dah lama tak buat kan? Ampun banyak-banyak ya. hehe. Saje teruja sebab entry aku masuk Harakah! haha, siapa punya kerja masukkan pun aku tak tahu. Tapi terima kasih pada Harakahdaily kerana menjadi penyumbang terbanyak untuk 2 hari ini
Hari ini setakat jam 10 malam
Thank u Harakah!
pss : tadi menerima beberapa msg cakap macam mana aku masukkan entry aku dalam Harakah. serius aku tak tahu! aku perasan pun setelah traffic tiba-tiba mencanak nak. Tak plan untuk tanya dieorang pun, kalau MARA call betul betul baru aku akan minta penjelasan dari pihak mereka =) Harap-harap tak call la kan?
61 ulasan:
ko bikin cuak la joe
ceh aku lak beria cuak
:P
haha..cett.baca pun kasi saspen.pergh
ko jgn joe..nti xpsl2 mara kol nti. ak igtkan btl da td.
klu btl ak igt nk bt derma kilat utk ko td...huhu
aiyark!!! buat neves nih!
mati-mati ingat something bad happend.
fuh~ neves2.haha :D
kau menggemparkan Sheffield la joe..haha
wakakakakakakaka... Rugi! Tel hot fm kasi kena btul2 panggilan hangit baru best!
adeeeiihh...tipah tertipuuuuu..
@Ery Farieha
haha, sorry2
@Skype Crew
tengah cuak jugak sebenarnya ;)
@adikeica
kenapa dengan sheffield?
haha..boleh tahan jugak lu bro..
caya lah!
joe...demo pernah kena fire ala ultraman tak?
bikin kawe cuak gitu...hehe
@Azrul Hisham
ala, skali skala, slamat berpuasa
pergh!!
Joe buat ku cuak!
haip!
haip!
anda berjaya membuatkan saya pandang serong dengan MARA....lol
mantap la bro..kalau biasiswa kena tarik, merana ko..berapa tahun je lagi..huhu
memang terkena panggilan hangit. haha. sabar je la. conteng2 mendoakan kejayaan blog yg super best ni! amin!
SYABAS BETA...SYABAS.....KO TELAH MEBUATKAN DIRI KU JADI CUAK!!HAHAHA KENAPE AKU TERTIPU ADOYAI NASIB KO SEDARE AKU...LAW TAK MAU JE AKU PELANGKUNG...HIK3 KIDDING
@chanz
no no
i love MARA
=)
Kalaulah mara call.. Ku nak mintak depa transfer elaun2 hang sume dalam akaun ku laa.. Tak cukup rm650 sebulan.. Ekeke.. :p
ko nak rasa tolak kereta aku lak ke ?? cesss..
Laaaa..ingat kan betullahh, dah mula nak "carut" tadi..nasib baik lom sempat..hehe
joe , penah bukak puasa dgn kasut saiz 6 tak ? hahaha.. sengal ..
@Mohd Khairul Anam
wah, org jauh komen
;)
@Mat Gebu
jangan2. hehe. gurau2
@BEN ASHAARI
ben, jom bukak puasa
hahahaha...hangit! Sungguh hangit! Caittt...
hahahaha...hangit! Cait. *menggeleng kepala akhirnya...
cesss tertipu gue...
jgn main2 kg org tu call betul2, naya kang..hehehe :)
ko kan kaya joe...duit Herbalife ada maa...x payah guna duit scholarship pun x pe..hakhak..weh,x baik buruk sangka bulan puasa ni (bajet baik aku)..Mara bukan jahat sangat atau kejam sgt pun..huhu
Aku yg takde kaitan dengan MARA scholarship pun terasa cuaknya..hahaha
@aZLiNa aZiZ
sangat hangit kan?
hehe
@nur hidayah isa
ooo, jangan2. xsanggup
@Zinedine Zaiddin
sebab cuak buat entry ni
huhu
haha nasib baik tak sempat nak buruk sangka kat mara
hahaha..
sampai kena panggilan hanggit..
aishh joe buat saspen je..
hoh..mula2 cam menyayat hati..
last2 hampeh..
haha..
ingatkan ada org buat panggilan hangit kat ko joe.. rupanya kitorang readers ni yg kena hangit..hehe
7 ogos, 23 tahun lalu aku dilahirkan
bersungguh jer ak bace.. panggilan hangit rupenye..ahaha.. siot ko!ahahha
haha..hampehh btoi joe...
kena btul2 satgi br hg tau....hahaha
@d
bnyak betol kena hampeh ni
hehe
ampun2
serious me ingat kan betul2 citer ni huh
eh eh puan nazuha? dia pernah handle sy jugak masa start persediaan. :D
sengal betul baca entry ni. buat cuak orang je lahh
igt kn dh betul2 td...huhu nsb bek pggilan hangit jer
btuah msuk harakah eh...congrate
aku hampir tertipu la joe...
hahaha...
nanti aku report kat MARA ye...
hehehe....
haha. mintak la sangat nanti jadi betoi baru tau. ahaha menarik jalan cerita ko! haha
Satio - Telefon Bimbit gua terbaru ;)
cessssssssssssssss.. . nko ni memang nak kena sepak (manja) dik !.. ni sape yg hangit sekarang ni... awak ke kitaorg nih..! jawabb jawabbb..!! ngeh ngehh
kalau ko masuk berita hairan, lagi banyak, heee
fiD recently posted... Isap Batang Di Bulan Puasa ! Gay ?
@*∽ IZAN ∽*
klu akak caye, akak la kena hangit
ekeke
@mama zharfan
sebab tu di panggil hangit
ekeke
uit..baik ko prepare buat post utk kerajaan lak. boleh counter balik kalo mara tny. :)
serius da pecaye gile.. tak habis bace agi nak cite kat abg musab. seb baik abiskan dlu.. T_T
Joe....
wah untung ko..masuk dalam blog Harakah lagi..
TAHNIAH !
tapi geram tul..leh lak kene panggilan hangit..hampeh ko....
hahahaha
Sumijelly.com
@Ain Allen
hoho, entry hangit2 berjaya
hampir pengsan
hohh~ heart attack! ishh.. kalo la betul mARA call sbb nk tarik balik scholar.. sure ramai dah benti blogging :P
bukan sbb muscle naik 5kg ke? ahaqs.. fuyoo tough guy lar.. =P
salam..haha..amir dah tau dah....
joe mmg sempoi...
Huhu, mencemaskan..
wah!seriuss bikin cuak disnii..hahhahha..cayalaahh..
Catat Ulasan