Share

Tazkirah Ramadhan : Bolehkah kita melihat Malaikat (Video)

Salam,










Video yang telah lama wujud ini baru semalam aku berpeluang untuk tengok. Terpanggil untuk masukkan di dalam slot pada pagi ini supaya kita membuka mata kita untuk mengatahui mana yang sepatutnya kita tahu, dan mana yang tak tahu pun tak mengapa!




Zat Malaikat


Kecuali Nabi dan Rasul, kita tidak boleh melihat rupa Malaikat macam mana. Hanya Allah sahaja yang tahu rupa bentuk asal Malaikat bagaimana. Tetapi di dalam Hadith, ada diceritakan Malaikat mampu menjelma dalam pelbagai bentuk termasuklah manusia. Pernah terjumpa? siapalah yang tahu!


Komen video


Video di atas ini aku ambil dari facebook yang mana tajuknya adalah 'Malaikat terlihat di Ka'abah' Tajuk yang sebegini boleh menyimpang dari Akidah yang benar. Ini kerana, kita mendakwa kita boleh melihat Malaikat dengan rupa asal sedangkan kita tidak tahu bagaimanakan rupa Malaikat yang asal. Dalam soal ini, sungguh kesian dengan golongan yang fanatik. Fanatik terlampau



'video ini betul, kiamat dah hampir!'

tak perlu video ini, sememangnya kiamat sudah dekat. Tanda besar kiamat sudah banyak muncul satu persatu. Mana ada tanda kiamat kita boleh melihat Malaikat? ada ke?



'video ini ditangkap semasa bulan Ramadhan, Lailatul Qadar!'

Cara untuk mengetahui Lailatul Qadar adalah kita sendiri yang boleh mengetahuinya. Bila beriabadah di waktu malam di bulan ramadhan, ada rasa ganjil. penuh kesyahduan, penuh penghayatan, itulah Lailatul Qadar! tak yah ada video ni pun!



'video ini menunjukkan Malaikat itu wujud!'

eh, selama ni Malaikat tak wujudla ye? kena ada video baru yakin? Wajib kita beriman dengan Malaikat, rukun ke2 iman lagi. Tak payah ada video ni, yakin bahawa Malaikat memang wujud.



Bergaduh kerana Video


Video yang tak seberapa ini akhirnya akan membuatkan wujud 2 golongan. Fanatik bersetuju, Fanatik membangkang. Bila 2 golongan ini berdebat, maka impak yang lebih besar kepada ummah akan terjadi - Pergaduhan! Sama seperti kebanyakan orang yang bergaduh mahu buat 8 rakaat, 20 rakaat, bertegas ini adalah cara terbaik, last last wujud 2 pihak yang bertelagah!


Sempena Bulan yang mulia ini, marilah sama-sama kita menjadi golongan bersederhana memberi pendapat kerana tidak semua bersetuju dengan pendapat kita. Lebih baik kita melihat semula nama-nama 10 Malaikat serta tugas mereka daripada fanatik membangkan/bersetuju dengan video ini



JIBRAIL: Tugasnya membawa wahyu daripada Allah SWT kepada Rasul dan Nabi, juga menguruskan bala seperti gempa bumi, banjir, ribut dan lain-lain lagi.

MIKAIL: Tugasnya membawa rezeki dengan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, membiakkan haiwan dan mengeluarkan hasil galian bumi.

ISRAFIL: Tugasnya untuk meniup sangkakala ketika sampai masa kiamat iaitu bumi akan hancur. Sekali lagi ia meniup sangkakala itu ketika sampai masa manusia hidup semula dan keluar dari kubur untuk perhitungan di akhirat.

IZRAIL: Tugasnya mengambil nyawa iaitu mematikan apabila sampai ajal dan tugasnya mengambil nyawa tidak akan cepat sesaat atau lewat walau sesaat.

MUNKAR: Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur.

NAKIR: Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur.

RAQIB: Tugasnya menulis pahala bagi orang yang membuat kebaikan.

ATID: Tugasnya menulis dosa orang yang membuat mungkar dan kejahatan.

RIDHWAN: Penjaga syurga.

MALIK: Penjaga neraka



pss : petang ni nak jumpa MenterI Besar Kelantan!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

21 ulasan:

nora berkata...

dekat dah tu dgn umah..

fahmi ibrahim berkata...

Nanti masuk harakah pulak. Trafik2.. hehe..

Hazzy Ishak berkata...

dah tgk video ni,
no comment.
hehe

ku masih cuak dgn entri hangit tu tadi tau.grrrrrr

attyfir berkata...

selamat berpuasa..joe.

Faizal Sulaiman berkata...

makin banyak yang menakutkan untuk dipercayai.thanks joe!

Zinedine Zaiddin berkata...

Penjelasan yang baik, bernas, mantap lagi berinformasi. Harap2 laa ada insan2 kat luar sana yang duk fanatik promote video yg pelik2 macam ni baca post ko ni joe.

Orang2 yg duk buat video macam ni, yg duk sebarkan video macam ni masalahnya xnak kaji selidik dulu. Buat malu kat orang agama lain je..ada yg kata orang Muslim ni seolah-olah desperate nk tunjukkan agama Islam paling benar.

Sebab nila setitik, rosak sus sebelanga. CIsss!!

Queen berkata...

dahtgk..nak percaya pun susah...bukan tak percaya malaikat tu wujud...tapi macam joe cakapla...malaikat tu kita tak boleh lihat...wallahualam...

Yang penting..bukan sebab video ni saya melengkapkan rukun iman saya

=)

Farie Amrah berkata...

entri yg bagus.
percaya la. byk bdk2 muda malaysia yg percaya video ni.
sbb makin rmai bdk2 muda malaysia yg rosak.
video sekadar video jer. hiburan semata2.
dowg xkn mendalami like u r doin now.
keep it up. :)

Pojiepooh Abdullah berkata...

Tak perlu terlalu fanatik.. Ambil itu sebagai contoh kekuasaan Allah.. Tanpa mempercayai kesahihan video 100%.. Betul tak betul wallahualam..

Love,
PojiePooh Abdullah

Cheno Zainordin berkata...

memang tak percaya 'benda' tu malaikat.
boleh jadi sebuah kenderaan yang menurunkan 'sesuatu' sebab dia dtg,lepastu naik balik.
boleh jadi benda lain. Wallahualam.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

Joe nak jumpa Tuan Guru?

kongsi nanti.

:)

amie berkata...

tatau nak caye ke tak.. :)

Taufik Jusoh berkata...

Pelik oh video ni. No comment.

Latest Updated: Kipas berpusing ke berputar??

kella berkata...

bagus entri joe ni! bagus! suka! terima kasih! memang dah tengok video ni. apa pun tetapkan iman kita, jgn terlalu fanatik dengan sesuatu perkara yang kita sendiri tak pasti benar atau tidak.. yang penting kita percaya bahawa wujudnya menda2 ghaib ini walau tidak kelihatan..

bestnya nak pergi jmpa MB Kelantan! saya suka.. :D

tengkorakemas berkata...

kita org Islam ada rukun iman, jadi tak perlu nak fanatik sangat..huhu

luvly mya berkata...

nice entry abg joe :)
first tengok video nie curious jugak . wallahualam

Ckin Kembaq berkata...

mungkin Allah nak tunjuk pada umat Islam agar lebih beriman dan percaya kpdNya..pasti ada hikmahnya..moga iman kita bertambah kuat kan?

ENCIK TIKUS berkata...

berdasarkan hujah-hujah kau. kau dapat meyakinkan aku yang video tue memang tak betul.

Ibu Ammar berkata...

aku termasuk golongan yang tak meyakini video tersebut.

malaikat ada ja sebelah kita kanan kiri catit tiap amalan baik buruk, dgn video2 camni, takyah kecoh sgt. tapi macam biasalah, semua org suka excited. hehe

fnd berkata...

Tiada pergaduhan dlm ialam..yg ada hanyalah perbezaan pendapat..harapnya begitulah..ye dak joe..

syahirul berkata...

komen aku tentang video tu ada kat sini.. lihat video dan baca komen...

http://www.facebook.com/video/video.php?v=1587429414177&ref=mf

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW