Share

Penulis jemputan : Boikot lagi boikot lagi boikot lagi

Setelah lebih sejam saya mengulangkaji Company Law, saya mengambil sedikit masa untuk berehat. Tiba-tiba, sahabat sepermainan di sekolah yang sudah lama saya tidak ketemu memberi salam di YM.


“Akmal, ko free tak sekarang?”

“Sobo!!! Lama tak dengar cerita… InshaAllah free je ni. Tengah lepak kejap”

“Aku nak tanya ko sikit. Ada guna ke boikot barang Israel dan demo ni? Kalau kita boikot Starbucks atau Coca Cola, orang Islam yang kerja dengan diorang pun akan rasa juga kesan buruknya. Pastu demo ni dah berapa ratus kali dah buat, tapi Israel bukannya nak dengar pun kita kata apa…”


Saya mula berfikir dengan lebih mendalam. Jawapannya ada, tapi saya tidak pasti bagaimana ingin luahkan.


Boikot


Boikot merupakan antara langkah tipikal yang diambil oleh manusia apabila tidak bersetuju atau marah dengan seseorang ataupun sesebuah syarikat (dalam undang-undang, syarikat dianggap seperti seorang manusia i.e. corporation has legal personality. Hehe. Tempias Company Law). Boikot merupakan satu penderaan ekonomi yang berkesan dan boleh memudaratkan, terutamanya jika ia mendapat sokongan ramai.


Mereka yang membenci pembunuhan haiwan akan memboikot barangan kulit. Kumpulan yang menentang pembulian di kilang-kilang di China yang digelar ‘sweatshops’ akan memboikot Primark. Kelompok yang mengecam Weapons of Mass Dectruction (WMD) dan peperangan memboikot Rolls-Royce dan juga BAE yang menghasilkan enjin jet ketenteraan dan alatan peperangan.


Boikot Barangan Israel


Malah, dalam sirah Nabi sendiri, boikot pernah terjadi ke atas Nabi Muhammad, dan Nabi sendiri pernah memboikot dan menyuruh boikot.


Boikot dalam Sirah Muhammad


Apabila Allah mengarahkan nabi Muhammad untuk mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, musyrikin Mekah mengumumkan untuk memulaukan Bani Hasyim. Pemulauan ataupun boikot ini memang memberikan kesan kepada Bani Hasyim apabila tidak ada orang yang ingin berniaga dengan mereka dan mereka tidak memperoleh bekalan makanan. Boikot ini berlarutan selama beberapa tahun dan memang membawa kesan. Namun, alhamdulillah kerana Muhammad tetap cekal membawa Islam.


Selain itu, pasca Perang Tabuk, 3 orang muslimin iaitu Kaab b Malik dan 2 orang lagi (Murarah dan Hilal) telah pun gagal memberi alasan untuk tidak menyahut panggilan jihad Rasulullah, maka Rasulullah mengarahkan agar sahabat yang lain tidak bercakap dengan mereka. Boikot ini berlangsung selama lebih kurang 40 hari, sehinggalah Allah mengurniakan keampunan-Nya. (kisah panjang di SINI)


Lihatlah, 2 peristiwa boikot dalam sirah ini sendiri telah menunjukkan bahawa amalan boikot ini telah lama berakar dalam masyarakat kita.


Selain berkongsi kisah di atas, saya tidak berniat untuk mengulas panjang berkenaan boikot. Ada 2 artikel menarik yang wajar anda baca berkenaan boikot, iaitu tulisan Ustaz Hasrizal yang sangat membekas dan juga tulisan Joegrimjow yang santai dan ceria seperti kebiasaannya.


Kesimpulannya, boikot memang satu tindakan ekonomi yang berkuasa dan berkesan. Lihatlah McDonalds yang terpaksa menukar CEOnya dan juga Starbucks yang perlu membuat kenyataan media.




Corporate Greed


Demonstrasi


Sudah berapa tahun Israel itu wujud dan berapa banyak undang-undang antarabangsa yang telah mereka ingkari? Entah sudah berapa ratus, malah mungkin mencecah ribuan demonstrasi mengecam Israel telah diadakan.


Sejak mula lagi, kerajaan British dan Amerika terus menyokong Israel, walaupun semakin ramai yang membantah?


Harga minyak di Malaysia tetap naik dan terus naik walaupun rakyat secara umumnya tidak suka..


Entah berapa ramai dan berapa kali rakyat British dan Amerika berdemo membantah penghantaran tentera ke Iraq dan Afghanistan… tapi lihatlah kesannya; ratusan demi ratusan tentera dihantar ke sana saban tahun.


Melihatkan beberapa situasi yang disebut, saya sendiri pernah terpanggil untuk memikirkan semula fungsi dan keberkesanan demo. Setelah membuat penilaian terhadap beberapa perkara, berdasarkan bacaan di sana sini, saya membuat analisis mudah. Demonstrasi jalanan mempunyai 2 fungsi utama: mendidik dan bersuara.


Fungsi Demo 1: Mendidik


Bayangkan, anda sedang berjalan ke tengah bandar, tiba-tiba ternampak sekumpulan 50-70 orang berkumpul memegang sepanduk di hadapan sebuah kedai. Apakah perasaan anda ketika itu? Curious bukan? Manusia normal akan bertanya, ‘apa kena dengan orang ramai-ramai ni?’


Itulah yang berlaku kepada saya dua tahun lepas semasa melintasi sebuah butik pakaian tersohor. Apabila saya mendekati mereka untuk membaca sepanduk yang dipegang, baru saya sedar akan kewujudan ‘sweatshops’ yang membuli pekerja dengan gaji yang rendah, dan menjadi pembekal kepada butik pakaian tersebut.


Pernah juga sekali, semasa saya ingin menuju ke Rootes Reception Desk di universiti saya untuk menjenguk-jenguk Careers Fair, pintu masuk ke bangunan itu dipenuhi dengan lebih kurang 10-15 orang yang memakai baju putih yang koyak rabak dan penuh dengan kesan darah. Muka mereka disolekkan sehingga menjadi saling tidak tumpah seperti zombie-zombie dalam cerita Resident Evil. Saya hairan. Apabila membaca sepanduk yang mereka pegang; ‘Stop Inviting BAE to our campus’ dan ‘BAE makes WMD that kills people’, baru saya faham bahawa ini ialah protes mereka kepada wakil BAE yang menyertai Careers Fair tersebut


Sweatshops


Selepas peristiwa di atas, saya pulang dan membuat carian di Google berkenaan Sweatshops, BAE dan Rolls-Royce.


Daripada 2 cerita saya, demo yang dilakukan oleh mereka telah memberikan saya kesedaran tentang 2 isu penting: Sweatshops dan Arm Companies. Dan saya menjadi faham dengan isu itu.


Maka, bayangkan pula kesannya jika 1,000 ataupun 100,000 orang berkumpul di suatu tempat dan memegang bendera Palestin… Pasti, rakyat marhaen akan tertanya-tanya ingin tahu, dan akhirnya terdidik dengan isu ini.


Tapi, apa gunanya semua orang sokong Palestin dan benci Israel, sedangkan pemerintah terus menyokong Israel? Maka, kita perlu lihat fungsi yang kedua…


Fungsi Demo 2: Bersuara


Kita hidup dalam sistem demokrasi. Demokrasi menjamin kebebasan bersuara semua pihak, dan pemerintah dipilih oleh rakyat. Maka, secara kasarnya, kuasa terletak di tangan rakyat.


Pemerintah dalam sebuah negara yang demokratik perlu mendapatkan sokongan rakyat semasa pilihanraya untuk terus menjadi pemerintah. Justeru, mereka perlu dengar kata rakyat. Kalau tidak, rakyat tidak akan sokong mereka lagi.


Demonstrasi yang diadakan secara besar-besaran menunjukkan kepada pemerintah apa yang rakyat mahu. 1,000 orang yang tidak suka polisi pemerintah tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kerana ada berjuta-juta lagi yang akan menyokong mereka. Tapi bayangkan, kalau jumlah mereka yang membantah itu ialah 100,000? Atau 1 juta? Pemerintah yang waras pasti akan gerun…


Demonstrasi Skala Besar


Apabila sokongan meningkat, pemerintah akan berfikir semula. Mereka akan menimbang semula antara kepentingan negara ataupun kepentingan politik. Contohnya, apabila kenaikan cukai disanggah oleh rakyat walaupun kenaikan cukai itu baik dan perlu untuk negara, pemerintah akan cenderung untuk mendahulukan kehendak rakyat (ini juga salah satu sebab kerajaan Labour di UK telah ditolak).


Justeru, walaupun satu-satu polisi itu adalah yang terbaik untuk negara (e.g. serang Iraq untuk dapat minyak) namun kemahuan rakyat tetap menjadi prioriti. Dalam konteks Israel dan Palestin, hubungan baik dengan Israel mungkin adalah penting untuk negara tersebut atas sebab kewujudan puak pelobi dan juga kepentingan hubungan diplomatik, tetapi jika rakyat tidak suka dan majoriti rakyat tidak suka, meneruskan hubungan tersebut adalah seperti membunuh diri dalam arena politik. Tersilap langkah, mereka akan tewas dalam pilihanraya seterusnya.


Kesimpulannya, suara rakyat adalah yang paling berkuasa, dan demonstrasi adalah salah satu jalan untuk menyatakannya.


Kalau tak ramai pun yang demo, kerajaan takkan dengar la kan?


Mari kita rujuk kembali Fungsi Demo 1, iaitu untuk mendidik. Usaha seperti ini bukanlah yang bersifat jangka pendek, tetapi memerlukan usaha berterusan. Kita mula dengan kecil-kecilan, orang lain akan terdidik dan sedar, kemudian mereka pula akan ikut berdemo. Dari masa ke masa, bilangan penyokong akan bertambah. Dan terus bertambah. Sampai satu masa, apabila sudah cukup ramai yang berdemo, insha-Allah pemerintah akan ikut cakap kita, para pendemo.


Justeru, demo perlu diadakan secara berterusan supaya sokongan rakyat juga berterusan dan tidak pudar.


Apa kerajaan boleh buat?


Kerajaan boleh buat apa yang rakyat tidak boleh buat. Selain daripada memberi kecaman (yang tidak pernah memberi kesan yang konkrit), kerajaan boleh menggunakan saluran yang ada untuk menekan pihak seperti Israel. Contohnya, semasa persidangan United Nations atau PBB, kerajaan Malaysia (atau British, bagi yang belajar di UK) boleh membawa usul untuk menekan Israel, dan UN agar mengambil tindakan ke atas Israel.




United Nation

Selain itu, kerajaan juga boleh membuat sekatan ekonomi. Sekatan ekonomi boleh mendatangkan impak yang sangat besar. Sesebuah negara biasanya akan memperoleh pendapatan melalui eksport yang dihantar ke luar negara ataupun kutipan cukai ke atas barangan import. Justeru, ketiadaan perhubungan ekonomi dengan negara luar akan menjejaskan ekonomi mereka. Apabila ekonomi terjejas, kerajaan akan ketiadaan dana untuk menampung perbelanjaan mereka. Kemudian rakyat akan marah dan kemungkinan besar pemerintah akan ditukar. Oleh itu, mahu tidak mahu, kerajaan yang dikenakan sekatan ekonomi itu tadi akan terpaksa akur dengan kehendak masyarakat antarabangsa.


Bagaimana dengan Malaysia?


Dalam isu Israel, selain daripada memaksa UN mengambil tindakan, tidak ada apa sangat yang boleh kerajaan Malaysia lakukan yang akan memberi kesan langsung kepada Israel. Oleh itu, seseorang pernah menulis agar kerajaan Malaysia mengubah fokus daripada Israel kepada sekutunya seperti Mesir dan Amerika.


Melalui hubungan diplomatik dengan Amerika dan Mesir, kerajaan Malaysia juga boleh memaksa negara-negara ini agar bertindak ke atas Israel. Mesir perlu membuka sempadan Rafah, manakala Amerika perlu memberhentikan bantuan ketenteraan kepada Israel. Paksaan ini boleh dizahirkan dalam pelbagai rupa seperti memberhentikan penghantaran pelajar ke Mesir dan Amerika, mengurangkan import daripada mereka dan sebagainya.


Contoh


Antara kejayaan demonstrasi adalah apabila beberapa negara yang menghalau diplomat Israel daripada negara mereka serta kerajaan Perancis sendiri yang telah membatalkan sebuah majlis yang akan dihadiri tentera Israel. Kumpulan band Pixies pula baru sahaja membatalkan konsertnya di Israel.


Tindakan sebegini semestinya akan membuatkan mereka yang membantah serangan Israel tempoh hari semakin menyukai kerajaan (ataupun band) yang mengambil keputusan tersebut, maka tindakan sebegini juga mendatangkan manfaat kepada kerajaan (dan band) tersebut.


Kesimpulan


Sesebuah demonstrasi itu adalah tidak berguna jika tidak datang dengan pakejnya. Demonstrasi yang berjaya adalah demonstrasi yang mendapat sokongan. Untuk mendapat sokongan, ia perlu berterusan jadi semakin ramai akan terdidik dan sedar. Jadi, demonstrasi yang berjaya adalah demonstrasi yang berterusan dan mampu mendapat sokongan.


Kesan demonstrasi adalah bersifat tidak langsung. Demonstrasi per se tidak akan menyelesaikan konflik seperti serangan ke atas Palestin, Iraq dan Afghanistan ataupun ketidak adilan sistem pilihanraya, tetapi demonstrasi adalah satu medan untuk memaksa pemerintah untuk ‘ikut kata rakyat’.


Begitu juga dengan boikot. Boikot adalah satu platform untuk masyarakat bersuara. Syarikat perniagaan meletakkan keuntungan sebagai perkara nombor satu, justeru tindakan yang boleh menjejaskan keuntungan mereka adalah sangat perlu dielakkan. Maka, boikot adalah perkara yang mereka tidak inginkan kerana boleh mendatangkan kerugian kepada mereka.


“Kalau tak nak dengar kata kami, terimalah akibatnya; samada kamu rugi ataupun kamu takkan diundi” – itu kata orang yang berdemonstrasi dan yang memboikot.


******


Penulis jemputan joegrimjow : Akmal Amri


Penulis merupakan hero hindustan, eh silap, hero yang sangat kacak yang belajar di Warwick. Banyak menghasilkan entry berilmiah lain dan boleh klik link atas untuk ke blognya. Entry ini pernah di publis dalam blognya juga. Sesiapa yang berkenan mahu menjadikan dia menantu, boleh tengok gambar saudara akmal di entry ini. gambarnya no4 yang memakai kopiah warna putih.


pss : Yang berminat mahu menjadi penulis jemputan joegrimjow, boleh klik sini. eh, esok dah balik??? yahuuuuu!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

27 ulasan:

fatimahazahrah berkata...

bet0i tu..rasulullah b0ik0t kaum yahudi dgn cara menebang p0k0k tanaman mereka yg dimana mnjadi punca sumber ek0n0mi bg kaum yahudi..

joegrimjow berkata...

;)

Ann berkata...

mybe boikot n demo nmpak lemah....tp kalo ramai yg bsatu, mmg bagi impact yg besar...

joegrimjow berkata...

apa benda pon mmg akan nampak lebih berkesan jika ramai

*∽ IZAN ∽* berkata...

laaa... tak balik lagi rupanyerr!

Memang betul tu.. kalau kuat hati nak boikot.. tak dapat skala besar pun cuba mula dari diri sendiri pun dah cukup. Berenti beli barangan diaorangg! Boikott!

Apalagi Joe, lepas ni leh la buat entry barang2 keluaran Israel neh..!
Kadang byk sangat nak di boikot sampai lupa dah brand mana keluaran negara mana... US perang IRAQ boikot barang US. Kes hina Nabi, boikot barang Dutch plak. Sekarang kempen Boikot Israel nak kena refresh balik product2 Israel..

Kadang kita ni masa ada kes je teringat, bila lupa kang TERbeli semula.. isk isk iskk

Anyway Entry ku :
Mind your language ~
http://sweetomoide.blogspot.com/2010/06/mind-your-language.html

p/s : jalan bebaik esok.

joegrimjow berkata...

okess
no hal
thx ya
esok balik
yahuu

sinagarimba berkata...

Aku sokong demo. tapi ada kawan aku yang pandang sinis orang berdemo lawan israel.
katanya, asyik-asyik demo. baik bakar atau bom jer kedutaan amerika tu. ada juga kesannya.
sorang lagi - asyik-asyik demo. tak fasal-fasal jem. tak nyusahkan pemandu lain ker.

soal aku dalam hati - tak nak gaduh, kalau demo pun kita malas nak terlibat, malah bantah demo lagi, apa sumbangan kita tanda kita prihatin dengan saudara kita di palestin - ada bagi sumbangan, doa tiap-tiap malam, bagi ceramah atau ada berdakwah melalui artikel.
Kalau setakat baca jer,baik duduk diam-diam jer.
Faham apa tujuan dan kesan demo dulu sebelum memperlekeh orang berdemo.

joegrimjow berkata...

ORG macm tu kena baca artikel camni, sayang mereka tak baca

joegrimjow berkata...

ORG macm tu kena baca artikel camni, sayang mereka tak baca

Sharinginfoz berkata...

apa-apa pun tindakan yang diambil perlu dengan rasional dengan mengambil kira kesannya

joegrimjow berkata...

rasanya boikot ni salah satu tindakan yg rasional

Hazzy Ishak berkata...

kalau semua bersatu padu, takkan ada yang menghalang

joegrimjow berkata...

agree hazzy

~fisha~ berkata...

tula pasal~~~ sebar2 kan lah artikel ni. bagi org celik sikit.

Masy berkata...

perghh mcm baca tesis.

tp betul tu. cumanya bila yg di atas memekakkan telinga, bimbang kang kene ade fungsi demo ketiga plak : merusuh. hmmmmmmmmmmmmmmm

Tanpa Nama berkata...

saya tak mengikuti..saya cuma taat pada ibu saya dan prihatin pada umat Islam..lalu saya memboikot..kadang tu bukan semua dapat kita boikot..tp kalau benda2 macam Starbucks.. McD...bendtu tak makan pun takpe...Sebenarnya memberi kesan..

My mum said : selepas pelancaran boikot secara besar2an kepada barangan Yahudi..ada satu masa tu Yahudi menghentikan serangan sementara kepada Palestin kerana mengalami susutan keuntungan yang agak banya (maaf..saya lupa apa figurenya)...keuntungan yang disalurkan kepada rejim Zionis utk terus menyerang Palestin..

Ramai yang kata "ala..boikot sekejap je...lepas tu makan balik..minum balik"...itulah yang Mr Joe cuba sampaikan..mesti secara berterusan...

Percayalah.tindakan seluruh rakyat Dunia utk memboikot barangan mereka walaupun sekejap sebanrnya sudahpun memberi kesan..

Contoh McD..dulu bukan senang tau utk McD bagi harga murah.. Tapi lepas di boikot..adenya Mc Value lunch..lepastu dari weekdays, terus jadi sepanjang minggu... Kalau kita terus boikot..mungkin lepas ni harag diturunkan lagi..untuk?..untuk tarik lebih ramai org...Sebab?sebab terkesan dengan boikot ni...

Boikot bukan sesuatu yang patut dipandang remeh..ianya memberi kesan kepada organisasi tu..


Cuma pendapat

ZR berkata...

boikot pd produk slah satu cara...tp pd saya yg paling penting sekali...boikot yahudi yg ada dlm diri kite tu...cm sukakan hiburan, jaga bergaulan, solat 5 waktu, amalkan cara hidup islam...sebenarnya kite tak perasaan pun, yahudi dah lama bertapak dlm hati kite...w/p kite islam..tp cara hidup kita lom lg ke arah itu...sejujurnya bila kita kembali kpd islam sebenar...masa tu la yahudi tak senang duduk...pd ketika itu la mrk kalah..mrk tdk perlukan propaganda...hanya sogok kan dgn hiburan mrk sebenarnya sudah berjaya memecahkan imam kite...walla'ualam...saya pun msh belajar ke arah itu & mencuba utk berubah...

muhammadthoriq berkata...

slmt pulang joe!
:D

joegrimjow berkata...

anon, baca entryku pasal boikot, memang mcd terima kesan teruk sampai tukar ceo

joegrimjow berkata...

thoriq,
esok mau pulanggg

rhapsody LiN berkata...

hm... ku pun pernah terfikir pasal ni.. mcm x berbaloi nk buat tnjuk perasaan kt org yg x reti bahasa mcm yahudi. what i can do is just boycott their product mana yang bleh..


huhu... lama dh x mkn mcD.

Sufi Asri berkata...

ada manusia bodoh yg berkata x perlu boikot israel sebb xde kesan langsung kat diorang.. pastu siap kata yahudi nie baik... aduhai... bodoh betol...

baca sini kalo nak tahu siapa dia.. [[sini]]

bukak sini kalo nak baca komen ustaz hasrizal (saifulislam.com) tentang komen beliau terhadap manusia yg pikir yahudi ni baik...

sori joe, promote sikit dalam blog ko nie...

Sufi Asri berkata...

sekali lupa letak link da.... klik sini kalo nak baca komen ustaz hasrizal (saifulislam.com) tentang komen beliau terhadap manusia yg pikir yahudi ni baik... [[sini]]

kella berkata...

betul! kalau bersatu hati mesti semua jadi! yang penting ialah bersatu hati, sama-sama.. , bukan cuma tuding2 jari dan sorok jari! itu pengecut!
aku percaya jika kita seluruh ummat islam ni, bersatu hati, nescaya kita akan digeruni!

thansk joe!
dan selamat pulang ya! :D

Mak Su berkata...

moga apa yang rakyat buat, membekas di hati pemerintah.....

eh? ada ruangan penulis jemputan. hebatnya

joegrimjow berkata...

zoro, pasal khai tu ku dah baca

GreenLava berkata...

Satu post yang tersangat bagus.
Saya sedih dengan sikap tidak apa kebanyakan rakyat Malaysia.
This post gives me hope though. Facebook shared and Stumbled.

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW