Share

Penulis jemputan di Joegrimjow

Oh, sekarang ni tengah seronok melayan facebook. Game? chatting? video? bukan bukan. tapi update status. aik, update status pun boleh seronok ke? apa yang best sangat. Apa tak bestnya kalau banyak rahsia facebook diselongkar. Terbaru buat application sendiri. haha, aku bab benda baru ni sorry lah, excited lebih


via joegrimjow blog?


Nak tahu macam mana buat, boleh klik entry lepas ni untuk baca macam mana. Memang banyak lagi benda di facebook yang boleh kita belajar. Dulu masa ada forum di Gengblogger buat pasal html, meta, API dan banyak lagi istilah pelik pelik, aku termenung je la baca sebab tak paham. sekarang ni, perlahan perlahan belajar. heh, banyak lagi yang kena belajar ni!


Penulis jemputan


Ok, aku rasa traffic di blog joegrimjow ni semakin sihat. Dari hari ke hari ada penambahan visitor. Tapi sayang sebab aku ni sangat kurang berada di depan Laptop sekarang ni, komitmen berblog kurang disebabkan aktiviti luar, tak banyak info menarik boleh dikongsi. Untuk mengekalkan kesihatan blog ini dan juga agar pembaca di blog ini dapat input yang betul betul berguna, aku ingin lancarkan penulis jemputan di joegrimjow


Siapa yang boleh menjadi penulis jemputan di joegrimjow?
  • Mana-mana blogger yang berminat
  • Mana-mana reader yang ada menghasilkan artikel @ cerita yang menarik dan ingin dikongsi di dunia internet



Apakah keistimewaan menjadi penulis jemputan di joegrimjow?
  • Mendapat backlink (hasilkan traffic) dari blog ini
  • Berkongsi dengan ratusan pembaca yang melawat blog ini dalam sehari
  • Membina persahabatan dengan penulis blog ini (akulah tu)



Ciri untuk artikel yang di sampaikan
  • Berbentuk santai + ada pengajaran
  • Artikel ilmiah
  • Tidak di 'copy paste' dari website/blog lain (baca : karya sendiri)
  • Tidak berunsur lucah + ganas yang keterlaluan dan gambar yang tidak sesuai untuk tatapan umum


Biasanya penulis jemputan ini adalah blogger yang dijemput dari pemilik blog itu. Contohnya kalau blog ni, aku akan meminta beberapa kenalan blogger lain untuk menjadi penulis blog aku. Tapi sekarang ni, mahu ubah sikit dengan sesiapa sahaja layak untuk menjadi penulis jemputan di joegrimjow disebabkan mahu meraikan anda yang sudi membaca di blog ini



Untuk menghantar artikel anda
  • Sertakan Nama (samaran pun takpe), URL blog (jika ada)
  • Artikel yang mahu dihantar perlulah dalam format .doc atau .docx sahaja (attach gambar berkaitan dengan artikel jika ada)
  • Hantarkan kepada joegrimjow@gmail.com


Ok, itu sahaja dulu update kali ini. Ada penambahan akan aku update dari semasa ke semasa. Bagi blogger2 di luar sana, penulis jemputan ini merupakan medium terbaik untuk promote blog anda. Average untuk yang view entry baru di blog ini adalah 300-500, ada satu entry yang mencecah 8 ribu view seperti entry crocs ini dan juga 4 ribu view seperti entry komik adamaya ini. Bayangkan betapa banyak yang membaca artikel anda! (ayat psiko)


Semoga jumpa lagi
;)


pss : artikel penulis jemputan ini akan dipost 2 atau 3 kali je seminggu untuk menjaga identiti blog ini

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

28 comments:

Tirana said...

Joe, nak update blog sendiri pun tak berapa nak mampu, inikan pulak nak jadi penulis undangan blog orang lain..hehehe.. tapi rasanya di luar sana masih ramai yang berkemampuan..Moga Joe dapat penulis yang berkarisma..

joegrimjow said...

harap2 gitulah kak
;)

sI tEDI said...

Satu peluang yang bagus Joe, InsyaAllah kalau aku ada idea yg bernas aku mahu juga berkongsi.

tapi ketaq sket lah kan nak tulis kat blog yg femes ni. ekekekek.

takut org bandingkan tulisan kita dgn tuan punya blog!

apa2 pun InsyaAllah.

Terima kasih atas tawaran terbuka ini!

joegrimjow said...

most welcome
sama2 berkongsi
;)

Nunady said...

Hai , tak tahu pula boleh buat macam tu.orang lain buat karangan joe updatekan..famos jugak joe ni..hehehehe

MUHAMMAD NAQUIB BIN MOKHDZIR said...

fuhh..best gler dapat jadi blogger famous cam joe hehe......
congrates arr..joe.

eNaSaN said...

huhu guD luck la jOe moga kamoo jumpa penuLis jmputan tuk blog kamoo...




ku x lyak heheheh coz aku mmg xpndai berkarYa...lalalallala

joegrimjow said...

haiish
xde la femes mana pun
klu femes capai hits berpuluh ribu sehari
;)

||| PöJìé PööH ||| said...

Terima kasih atas jemputan itu.. Betapa baiknya Mr Jow nih..
Tp kannn Pojie seganlah.. Entri pun cikai², ilmiah kemende.. Nak jadi penulis jemputan di Joegrimjow nih perlu mantap dan sama level macam Mr Joe. Urggghh, PoJiePooH dan Pojie sbg pnulis nih rasa cam xlayak, jauh lagi tuh nak sama level.. Huhuh.. segan laa ;p

Love,
PojiePooh Abdullah

LORD ZARA 札拉 said...

Nak hantar nama boleh Joe?

=)

joegrimjow said...

hehe, boleh cik zara
;)

poojie, ala, tak perlu ilmiah sangat, yg penting ada input
;)

En iLham said...

hehe
seronoknye
bolehlah popularkan blog aku yang seakan takde penghuni je sebelum ni
huhu
tapi xterer sangat pun menulis
huhu

joegrimjow said...

kena mencuba cik ilham
manalah tahu

Roronoa Zoro said...

wahhh.. jadi penulis di blog joegrimjow? hehehe.. nmpak best.. tapi malulah.. aku nie x kelakar mcm joe... haha =P

FarhanaDr said...

Wahhhhhhhhhh.. Menarik minat saye ni.. Hehehe..

Bagus joe.. Makin membesar empayar hang pasni.. Hik hik..

Hizami Rahim said...

keep it up joe.
ku boleh join jugak ke?
haha.
kalau nak hantar artikel tapi ku dah publish sblm ni boleh?
ke kena artikel baru yg tak publish lagi?

a kl citizen said...

baik hati joe..
bagus berkongsi rezeki ni.

tapi
takutlah pulak nak cuba nasib.
rasa macam awal2 dah kena reject.

ni orang kata, kalah sebelum berjuang

WZulhilmi said...

Ingatkan pengacara jemputan NOna. Rupanya2 Penulis jemputan blog Joegrimjow... Hahaha

Kena ilmiah ke?? Alamak!!

zool said...

Nak gak jadi penulis jemputan tapi blog aku pun tak tertulis lagikan nak tulis kat blog org lain kan

Sidratul Muntaha said...

ok dik
ko dah buat invitation camni
akka dah ler kaki update blog.
jgn ko tak publish sudah ler dik non oii.
buat lotih tgn jer akak nganto.

zida said...

macam best~ haha tapi diri sendiri pun sibuk :) kot2 ade masa zida try yekk. ngeh3

Anonymous said...

pasni leh wat magazine website la Joey.hehe ;)

rhapsody LiN said...

hehehehe... mmg pndai buat bisnes lah abg joe ni.. ayat menarik minat
;pp

iman said...

I think its a good platform utk those bloggers yg ada ideas and ada ilmu but blog kurang dikenali or tade blog pon.

nabil_potter said...

dah dapat email?

Mohd Adziim said...

Nak type entri berilmu yang payah ni.

MuNsYi SaMa said...

Good effort bro. susah sket nk tulis artikel yg ilmiah tp dpt menarik readers. Nanti nk try la. =)

mama zharfan said...

memang menarik tawaran ni..cuma nak kena cari idea yg best2 la plak...kang tak setaraf dgn blog ni nanti me malu plak jdnya :p me kalau tulis pun mesti psl parenting/baby/fashion/shopping/comping...tu kira aci ker joe?

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW