Salam,
Fuhh, banyak betul barang nak kena packing ni! dah pukul 2 pagi dan bilik masih bersepah. Barang dalam beg dah hampir penuh, esok penuh la kot. bertolak ke birm pukul 2 petang esok dan flight balik pukul 9.35 malam (selasa). sampai di malaysia 9.35 malam (rabu) jugak. 24 jam perjalanan? heh, tak tak tapi memang jauh perjalanan esok ni.
Bola dan Boikot
Entry semalam adalah penulis jemputan. Sekarang ni dah banyak yang hantar, tapi ku akan pilih slow2. bukan mahu memilih sangat, cuma mahu menjaga kualiti. yang tak terpilih tu janganlah kata tak berkualiti pulak, cuma mungkin tak sesuai dengan blog ni. boleh cuba lagi ;-) ok, entry semalam saja nak menyegarkan balik diri kita yang aku rasa dah kurang sikit 'bercakap' pasal isu palestine ni!
Aku pun sama, sama macam kebanyakan orang. bila timbul isu, baru nak sibuk berdemo, sibuk nak emo emo dalam blog. tapi bila dah kurang sekarang ni + world cup, haaa, terus malap je. bukannya world cup tu tak elok, akan jadi tak elok bila kita tengok sampai tinggal waktu solat je, aku sendiri pun tengok jugak, cuma benda gini akan lagi melaghokan kita. Semoga kita terus diberi peringatan akan isu2 ini dari semasa ke semasa. andai kata aku lupa, ingatkan aku. ok?
Surat kepada ahli parlimen UK
Dalam entry pertama aku pasal folitilla dulu, ada aku sertakan 'copy paste' surat untuk dihantar kepada ahli parlimen UK. ya lah, negara bukan islam ni, kita minoriti kena lakukan sesuatu supaya benda benda sensitiviti ini mereka ambil peduli jugak. aku hantar kepada 5 MP dan hanya 2 yang berbalas. tak balas semua pun tak pe, yang penting inbox mereka ada email dari kita
pss: untuk isi kandungan surat yang dihantar, boleh klik sini. Dua dua ahli parlimen ini dari parti buruh (sekutu kuat israel) walaupun sekutu kuat israel, mereka terpaksa tidak bersetuju dengan tindakan ini
Highlight
Apa yang aku ingin tegaskan dalam entry ni, perjuangan tu banyak caranya. kalau mampu bullet, berperanglah. kalau mampu wallet, boikotlah. dan kalau mampu menulis, menulislah. Walaupun usaha ini amatlah kecil, tapi kecil inilah yang mampu mengubah kepada yang lebih besar. Seperti juga dengan doa, walaupun doa kita tak tahu bila Allah nak makbulkan, percayalah janjiNya adalah pasti!
nota kaki : ooo ooo ooo balik kampung, ooo ooo ooo balik kampung, hati girang ... perjalanan bla bla bla (sambung sendiri) ;-)
Apa yang aku ingin tegaskan dalam entry ni, perjuangan tu banyak caranya. kalau mampu bullet, berperanglah. kalau mampu wallet, boikotlah. dan kalau mampu menulis, menulislah. Walaupun usaha ini amatlah kecil, tapi kecil inilah yang mampu mengubah kepada yang lebih besar. Seperti juga dengan doa, walaupun doa kita tak tahu bila Allah nak makbulkan, percayalah janjiNya adalah pasti!
nota kaki : ooo ooo ooo balik kampung, ooo ooo ooo balik kampung, hati girang ... perjalanan bla bla bla (sambung sendiri) ;-)
21 ulasan:
moga selamat sampai
small thing can make a big difference.
;)
yup yup yup
oghe mesir ni pun nak kelik klate jugok! yeyeye
bilo2
hoh ore kelate belako ko huhu.
its true that small thing can make a really big different.
this small comment misalnya.
hopefully
nak sambung..err..er..err..zzzzzzz
erkk
nape zzz?
jgn boikot time panas jer...
kemsalam kat pramugara yg hensem hihi. selamat balik eh silap, welkem back!
thx u
xsabar nak balik nii
hati2 woi!
---
hahahaha
>>____________<<
semoga selamat dalam perjalanan
syukur dorang respons.
apa2 pun, selamat pulang cepat!!
insya-Allah selamat sampai ya!!
Yup.. Sumbanglah ape yang kita mampu sumbang ikut kemampuan kita.. Kan? At least kita lakukan ssuatu.. Heehee.. =)
Jangan lupa bawak balik hadiah.
selamat pulang..moga selamat dan lancar segalanya
hidup joe.
macam nilah semangat joe.Jangan tau dekat ejen mossad sudahlah. diorang bukannya boleh tengok ada anasir nak bantah-bantah dia. dasar yahudi jahat macam tulah
"kalau mampu bullet, berperanglah. kalau mampu wallet, boikotlah. dan kalau mampu menulis, menulislah"
setuju sgt2 dgn ayat ni.Dan kalau xbuat semua ni, jgnla kite nk condemn lak org yg buat. at least ada usaha tu yg penting.
timbul golongan condem tu yg xtahan tu
Catat Ulasan