Share

Boikot Boikot Boikot

Salam 1Boikot,



Dah lama nak post isu ni, tapi sebab kekurangan fakta dan kekangan masa, terpaksa tangguh dan tangguh sehinggalah sekarang. Amaran awal, Entry ni sama seperti entry pasal Crocs, pendapat penulis semata-mata, bukan fatwa untuk di ikut, tapi entry untuk di fikir-fikirkan (cet, bunyi skima)

Mark and Spencer


Ini adalah contoh syarikat yang wajib di boikot. Dah jelas, penubuhannya adalah untuk support Israel, peperangan kepada rakyat Palestin. Kalau tak boikot, siap beli lagi di pasaraya ni, memang 'malu' kita dengan rakyat Palestin di sana nanti.


wikipedia



McDonald


Untuk memastikan yang McDonald Malaysia tiada kaitan dengan Israel, aku telah hantar email kepada pihak McDonal Malaysia untuk jelaskan hal ini dan sudah di balas oleh mereka. Boleh baca di entry sini. Untuk isu mcd ni, aku mahu share akan kesan yang mereka terima hasil dari boikot ni. ni untuk menjawab kepada golongan 'anti-boikot' yang mana mereka rasakan tidak perlu untuk di boikot-boikot ni


surat yang mereka reply



CEO mcd dulu iaitu Jack M. Greenberg merupakan orang kuat israel. Sebab orang kuat ini McD telah mendapat status 'major corporate partner' dari Israel untuk beberapa tahun. Pada awal tahun 2000, sebab KEBERKESANAN boikot di middle east, yang mana syarikat ini terpaksa menanggung kerugian 350 million usd (RM 1 billion lebih) CEO ini telah ditukar kepada orang lain!


HA, inilah antara keberkesanan boikot. dapat mengubah sesuatu CEO sesebuah syarikat multi-billionare. bukan sesuatu yang senang! Oleh itu, jangan perkecilkan usaha boikot ini. Bayangkan perubahan yang sangat besar berlaku kepada McD sejak tahun 2002 yang mana dulu merupakan sponsor utama, sekarang dah ????.


Untuk status sekarang, korang cari sendiri. hehe. nanti boleh share dengan aku



Starbuck


Ini satu lagi masalah orang kita taknak boikot starbuck sebab 'status' Ok, baru-baru ini untuk menunjukkan betapa kuatnya kesan boikot terhadap starbuck ini, mereka sudah mengeluarkan press statement mengenai kesan boikot di Beirut


dipetik dari sini



Walaupun press statement ini sudah dikeluarkan, tapi CEO nya masih sama! Howard Schultz. Dia ni merupakan active zionist siap dapat anugerah kat 'The Israel 50th Anniversary Friend of Zion Tribute Award' Ha, yang ni kita tak mahu, kita mahu walaupun starbuck dakwa tak bagi secara direct kepada israel, tetapi si CEO nya orang kuat Israel. macam mana tu? Kalau tanya aku, aku cakap akan terus boikot sampailah CEOnya tukar sama dengan McD!





Perlu ke BOIKOT?


Fatwa telah dikeluarkan, memang WAJIB untuk memboikot barangan Israel. Masalah kita sekarang, masih samar apa yang perlu di boikot. Barangan Israel tu apa sebenarnya? Sebab itu perlu kita bertanya dan buat sedikit research untuk bagi kekuatan boikot kita. takdelah main hentam boikot sombrono, orang boikot, kita boikot. Cuba buat kajian sendiri, baru ada Feel nak boikot.


Sedikit demi sedikit


Tak perlu drastik. yang penting kena BUAT! contoh intel, dah memang syarikat ni kena boikot, kena buanglah laptop kita? kekeke. dah ada pakai je la, cuma lepas ni jangan beli dah la. Apple kan ada. macbook kan ada, beli lah yang tu. (pakai intel jugak...) hehe. Coca cola, dah la bagi kemudaratan kepada kita, memang kena boikot habis habisan. Tapi orang kata tak minum coke, tak best lah. lol, minumlah air bergas lain. ZAM ZAM COLA kan ada. hehe, Yang penting, jangan tak buat, ini satu perjuangan!

not by bullet, but by wallet

;-)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

43 ulasan:

Cahaya Yang Riang Gembira berkata...

Yup.. Kata kunci sedikit demi sedikit.. Mahu buat drastik agak susah sebab banyak sangat produknya.. Tapi at least kita buat, kalau ramai yang buat, mesti nampak kesannya nanti.. :)

joegrimjow berkata...

menjadi masalah
bile taknak buat langsung
siap anti lagi

Unknown berkata...

agreed..mana yg boleh boikot, kita boikot

IRAH HAJERAH AZMAN berkata...

lagi sedap lepak mamak dari mcD.eh seriyes ni :|

Khairul berkata...

McD just like KFC rasanya. KFC is under Johor Corp kalau tak silap aku. and it's franchise. Local. Diuruskan 100% oleh johor corp. tak johor, selangor. aku dah lupa.

Tanpa Nama berkata...

pandai promote apple product eh?

haha

joegrimjow berkata...

mc d cakap mmg dieorang bayar royalti kepada main quarters
;)

joegrimjow berkata...

erk, sebab apple cool, sebab tu promote
hehehee

FA.SA'A berkata...

setuju! jom boikot! :)

fikah mus berkata...

suka ayat last tuh.
simple,tapi bermakna.
"not by bullet, but by wallet".

azimask berkata...

thanks 4 the info joe.. :D

attyfir berkata...

lepas ni lepak mamak ..jer..

Dyna Yvonne berkata...

wa mmg xminum kt stabak tuh..
mcd pon kurang..
so leh la skit2 slow2..
heheheh...

^_*

nora berkata...

semua benda y joe sebut nyah tak layan..
hik3~stabak mana ada kat kuala besut.mcd pun xda.y kat kb pun nyah x masuk.suka kepci je..

bila nak balik?jom pekena kepci black paper...
=)

nyah tak boikot semua tu cuma tak layan je..heee

*∽ IZAN ∽* berkata...

Yesszaa...
Saya pun dah lama boikot Dutch Lady & Philips sejak sorang rakyatnya yang kuang ajar keluar statement menghina Nabi... tak perasan ke Dutch Lady & Philips asyik buat promo je.... naper agaknyer yerr.. jeng jeng jeng!

ardinihumaira berkata...

itulah.. takkan dni nak lanting lappy lak kan. huhu... susah juga. bukan nak sokong israel tapi mana mampu nak beli macbook :'(

Amri Bahruji matPuisi berkata...

~thanks atas usaha itu. so, bole la dpt makan mc'd sepuas-puasnye..

boikot berterusan. itu yang penting. bukan nye bile rakyat mesia yang ditawan da dpt balik, kite terus lupekan boikot tu..

kene boikot selame-lamenye.. ;)

Adziim berkata...

Ada entri pasal fatwa kena boikot tak?

joegrimjow berkata...

fikah, ayat amek dari website

joegrimjow berkata...

adziim, malas nak komen pasal tu, kes terpencil

Hizami Li berkata...

wah.
bagus la joe.
update lagi pasal israel ni.
haha.
zami kdg2 takut salah baca kalau meraba-raba kat internet tu.
;)

Tanpa Nama berkata...

boikot intel, tapi support apple. macbook hang tu guna apa? :)

~fisha~ berkata...

i've been waiting for this entry. tQ. nak link kan this entry kat my blog n fb boleh?..ngeee~~~~

afterall, yup,yup, yg mane bleh boikot, boikot laa.. :)

❀aRaBeLLa❀ berkata...

sedar tak sedar dah hampir 2 tahun aku x minum starbucks sejak kempen boikot nih..

Ariff Shah berkata...

nice entry. tweeted.

joegrimjow berkata...

anon, hahaha, macbook pon pakai intel. kekeke.

Captain berkata...

nice n3 & good sharing..

adie berkata...

betul tu.sebelum boikot, kena selidik dulu.nice entri joe.

Sufi Asri berkata...

wow !! bravo joe... hebat !! best entry i ever read. !! =D

annadzirah berkata...

great info.
(:

tuan director berkata...

boikot mana yg mampu

joegrimjow berkata...

thx u
sama2 la ya mengkaji lepas ni

Unknown berkata...

kira boleh p mkn lg la ek mcd??

etomyam berkata...

amat bersetuju..boikot merupakan tindakan berkesan sebelum melangkah ke jalan lagi besar spt gencatan ekonomi...steady

ENCIK TIKUS berkata...

air 100plus perlu di boikot ke ? telah klik iklan sony untuk anda :)

Ben Ashaari berkata...

hehehe...sama lak entri... boikot boikot

ismimaizura berkata...

ye boikot!!!ak x pnh pg kt tmpt2 ko list tu..huhu

joegrimjow berkata...

juera, respek!

tidak dikehendaki berkata...

bokit, mungkin itu bukan perkataan yang semua.

kurangkan penggunaan, mungkin.

beside, semua tu duniawi. brg2 yang dimention pun agak pricy, tak perlu, & x elok sgt utk kesihatan. kita ada banyak pilihan. pilih yang terbaik, tu je.

Tanpa Nama berkata...

Sampaikan Millatfacebook pun kne hack
http://www.azriomar.com/

Tanpa Nama berkata...

try bukak selagi admin belum remove http://www.millatfacebook.com/

Ann berkata...

pakai amd...

yanamib berkata...

Rokok pun kena boikot juga =)

"not by bullet, but by wallet"

like that statement ^_^

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW