Share

not the primrose path (2)

Kalau nak baca yang pertama, klik sini


masih ingat seniorku yang menghidap cancer yang ku cerita tempoh hari? boleh klik link kat atas untuk baca. tadi baru saje habis solat hajat untuk beliau. WOW, memang ramai yang datang. ramai yang datang untuk ucapkan selamat jalan. ya, selamat jalan untuknya yang akan pulang ke malaysia ahad ini


bubye legend


dia sememangnya contoh yang terbaik untuk di teladani. dengan kepimpinan, pergaulan, akademik mahupun sukan, cukup lengkap sebagai seorang peribadi seorang muslim sejati. tapi sayang, malam tadi mungkin kali terakhir aku dengan dia bersama di bumi sheffield ini....


ramai orang datang


ramai abang2 dan kakak2 postgrad datang, juga undergrad yang cukup ramai ke masjid tadi untuk hadiri majlis perpisahan terakhir dengannya. ada juga kawan dari notts yang datang 3 buah kereta. puan azimah pun datang. dan kalau nak bilang, tak terbilang di ruangan entry yang pendek ini.


antara yang datang memeriahkan



kawan2 sheffield



classmate pon datang




iphone, maaflah blur




cha n pe i dari notts




dari notts lagi




sebilangan kecil yang datang




dia




sayang seribu kali sayang, kepulangan dia ke malaysia bukan sahaja dengan membawa segulung ijazah perubatan, malahan ada 'extra' bebanan yang Allah sandarkan kepadanya untuk dia hadapi. bebanan yang aku tak tahu sama ada aku mampu untuk atasi jika aku yang terkena.


barah / cancer


kedegilan cancer untuk terus bertapak di dalam dirinya kali ini memang betul betul menunjukkan taringnya. kalau dulu hanya di sebahagian tempat, kali ini setelah di kimo untuk kali kedua, nyata cancer itu sudah semakin berleluasa jajahannya. sedih orang sehebat ini terpaksa mengharunginya


kata doktor sini


walaupun perubatan disini adalah free, tetapi kata doktor yang mereka sudah habis ikhtiar untuk mengubatinya jelas menunjukkan yang sememangnya harapan untuk pulih cukup nipis. betapa perintnya ujian ini, hanya dia yang menghadapinya. harap tabah bro!


pulang ke malaysia ahad ini untuk mencari sinar baru disana. doa aku, semoga ada berita gembira di malaysia yang boleh mengubati dirinya yang sememangnya agak kritikal cancer yang dihadapi. doa kami semua, semoga pulih untuk kembali ke medan dakwah realiti.


entry menyanyat hati


bagi yang sudah tak mampu nak hadapi pelbagai ujian, sedarlah yang di luar sana pelbagai lagi ragam manusia yang ditimpa malapetaka yang lagi hebat di luar sana. cukup terharu dengan entry ini yang menceritakan betapa peritnya dia untuk menerima ujian besar ini dari sang maha pencipta. bacalah kalau mahu motivasi dalaman


ucapan terakhirnya untuk kami disini, aku pegang kata-katanya untuk memotivasikan diri lagi.



semoga mas kembali pulih!
blog dia



nota kaki : terima kasih yang datang ke majlis tadi

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

32 ulasan:

RoSe_violeTe berkata...

membaca semua link2 yg terlibat..
sungguh besar dugaan Allah pd beliau..

joegrimjow berkata...

smoge diberi motivasi

jaya jr berkata...

ok gk duk oversea ade gk ceramah2..(",)

Tanpa Nama berkata...

cian dia...smga cpt sembuh..

joegrimjow berkata...

bukan ceramah, perkongsian

lieya orange M.I. berkata...

...rasa mcm baca kisah benar pulak....semoga dapat berita baik dr msia...=(

Unknown berkata...

semoga dia dapat sembuh dari kanser.

zhrhtoodem berkata...

amin. semoga pulih kembali.
Tuhan berikan dugaan pada orang yang mampu menggalasnya..

Tanpa Nama berkata...

sedihnyaa..
tp meratapi bukan cara yang terbaik..
kerana berdoa itu lebih menguntungkan..

bersyukur mengenali insan sehebat Mas Afzal Masarudin

Aduka berkata...

harap mas afzal tabah..

zool berkata...

Berat mata memandang berat lagi yang memikul..
Walaupun tak kenal siapa.. semoga beliau sembuh

pudding pie berkata...

terharu..huk3

semoga Allah mempermudahkan segala urusan beliau. amin

Cahaya Yang Riang Gembira berkata...

Ku baru baca entry dia 2, 3 ari yang lepas bila dia bg tau dia nak balik malaysia.. Dia begitu tabah ku begitu salute sama dia.. Ku harap smoga dia terus tabah..

Tanpa Nama berkata...

T____T insaf.
ada lagi ujian yg lebih besar.

T__T huk.
bila nak habis sentap neh pon tak tahu lah.

tengs joe buat cerita neh.
motivasi hati kaca.

joegrimjow berkata...

kisah benar
bukan rekaan

Unknown berkata...

insaf sebentar,,,semoga dia cepat sembuh :)

miss lolly a.k.a luvfareda berkata...

hmmm.


berat bebanan nya tu. harap2 besar pahala dia dapat :-)


*adakah l0lly tnampak sha2 ?

miss lolly a.k.a luvfareda berkata...

hmmm.


berat bebanan nya tu. harap2 besar pahala dia dapat :-)


*adakah l0lly tnampak sha2 ?

Hacked by w3d0z berkata...

tq joe sbb buat review...

i can feel that I'm in Sheffield too..

all the best to all=)

do spread the dua!

joegrimjow berkata...

iA semoga die sembuh

fashah84 berkata...

semoga shbtmu ini diberi ketabahan yg hakiki...

IxoR@ berkata...

ada renungan utk diri sendiri....

p/s: joe lama lagi study kat sana?

[z@ck] berkata...

semoga mas kembali pulih dan tabah menghadapi dugaan yang diberikan Tuhan ini..

T_T

Jard The Great berkata...

ku termotivate skali.... =)

Anna Boleyn berkata...

semoga dia cepat sembuh..

joegrimjow berkata...

stahun stengah lagi
iA

Bulan Dilangit Osaka Biru berkata...

semoga dia tabah..
akan ku doakan kesejahteraan nya

Unknown berkata...

+hebat dia diakui oleh kawankawan.mencuba.

rhapsody LiN berkata...

seyes sedih kan kisah dia.. huhu.. smoga dia cepat smbuh... amin..

Kembara Syahadah ~NFES~ berkata...

T_T

Moral of the story:

Mensyukuri ni'mat ukhuwwah lillah..
Menghargai ni'mat sihat kurniaanNya..
Cuba positif dgn segala ketentuan Allah yg terbaik..

Semoga Allah memberi kesembuhan buat Abg Mas Afzal. Ameen.

Tanpa Nama berkata...

oh..dia ni...

smg cepat sembuh...ramai nya dtg..meriah

inisuha berkata...

da preview blog saudara Mas ni semalam.Memang beiau antara insan terpilih yg menghadapi ujian nih.

org yg blog pun da tak sanggup nak baca apa yg dia tulis.Apatah lg tuan punya badan

semoga Ya Rahman sentiasa memberkati hidup beliau :)

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW