Share

update live : Andy Murray v Roger Federer

final update : penyampaian hadiah


untuk tempat kedua, andy murray! gagal mendapat title juara grand slam untuk great britain untuk menamatkan kemarau selama 74 tahun.



yang pertama, roger federer, 16 kejuaraan grand slam!




sekian sahaja, update tennis bersama joegrimjow. :-)
nanti kita update all england pulak
harap2 malaysia yang ke final!!!







~~~~~


10th update : kemenangan federer

agak bergaya kemenangan federer kali ini, menjuarai kali keberapa ntah. memang sesuai dengan gelaran no 1 tennis. yeah, federer menang. prediction ku betol. hehe. apa apa pun, semangat murray untuk melawan di saat2 terakhir boleh dibanggakan. tahniah kepada 2 2 pemain. sekali lagi. federer menjuarai australian open!


ATP singles rankings as of Monday 18 January 2010:

1. Roger Federer (Swi)

2. Rafael Nadal (Spa)

3. Novak Djokovic (Ser)

4. Andy Murray (GB)

5. Juan Martin Del Potro (Arg)



~~~~~~


9th update : 11 tiebraker!

game ketiga memang best! murray bangkit balik memberi tentangan kepada federer. tie brake sampai ke 11 tiebraker. serve ke 7 sampai ke 23 pukulan rally. memang best. macam ni baru ada feel nak tengok!

sayangnya mata berpihak kepada federer. good joob murray! 3-0





~~~~~


8th update : tengok dengan ape?

Skrg desktop tengah meragam, sebab tu 2 3 update ni ku tak letak gambar sebab update dengan iphone je (smangat btol) perlawanan ni ku tengah tengok dengan tv, xde aerial apa pun sebab pakai ps3 je sambung dengan internet. Jadi, tonton perlawanan dengan free. Hehe




Game ketiga skrg 2-1, murray lead


~~~~~~


7th update : 2-0 to federer

Hurmm, nampak gayanya btol la apa yg ku predict, federer bakal menang. Masih awal lagi untuk tentu sebab murray di game last tadi naik skit dia punya performance, harap performance federer tak turun n akan menang. Set 3 dah start!!!


~~~~~~~



6th update : federer mendahului 4-2

Kedudukan selesa federer sekarang, nampak gaya boleh menang ni. Heehe, sabar ya penyokong murray, comentator pun suruh murray maib leklok. Main leklok ya muray :-)


5th update : federer menang set pertama 6-3




kalau tengok perlawanan tadi, memang federer main lagi ok dari murray. statistik atas ni pun buktinya. tak best kalau tengok statistik je kalau taktengok live. hehe, ok, set kedua dah start!!



~~~~


4th update : 3-3 (set 1)

nampaknya ada bantahan disitu. nasib baik masuk. go go federer! haha, macam lah federer nak bagi aku duit sokong dia pun. kekeke!





~~~~~~


3rd update : 2-2 (set 1)

Federer *2-2 Murray
"Boooooooo..." The crowd make their feelings known as a wag decides to shout out just as Murray is about to deliver a first serve. He loses the point too, and the third, spraying a forehand into the trams. It's 15-30 and he's in trouble again, struggling to find a first serve at the moment. Fed appears to overcook a forehand - but there's no call. Murray goes to Hawkeye and he's right. Murray goes on to hold for the first time in the match.


nak emo nape pakcik? tengok je la, hehe



~~~~~~


2nd update : 0-1 (set 1)


2nd update

set pertama dah deuce, haha, memang akan lambat la habis. mata pertama kepada federer, yeahh! go go federer

(3rd update aku update lewat skit, nak cari breakfast, hehe)





~~~~~~~



australian open, Andy Murray v Roger Federer. aku pun tak tahu kenapa nak update ni, tapi sebab aku mahu mencuba pelbagai bidang, layan je la. jadi untuk sepanjang 4 jam mendatang ini, aku akan update pertandingan ini disini!


prediction


juruacara tadi telah vote, murray yang akan menang atas pretasi dia yang hebat sejak kebelakangan ini. ok, aku punya choice, roger. agaga, kita tengok sape yang hebat, aku atau juruacara itu.


dah start!

federer menang baling syiling tadi, dia pilih court, ok aku mahu tengok dengan khusyuk ni, nanti update lagi


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

jangan pakai 'spendo' aka penties




ingat lagi dulu masa darjah 6, aku cuba buat lawak bodoh dalam kelas. lawak yang akhirnya menjatuhkan air muka aku sendiri. tapi bila terkenang balik, memang tergelak sorang2. ooh, zaman budak budak katakan, memang cukup indah untuk dikenang


mahu mengambil perhatian muridnya yang jelas mengantuk di kelas malam, cikgu aku mula untuk bercerita satu kisah hantu. kisah yang sungguh mendebarkan. bagaimana terjadinya hantu pochong begitu pandai cikgu aku menceritakannya. memang sungguh berdebar dan paling tak boleh aku lupakan, perkataan yang terpacul dari mulutku apabila cerita hantu pocong itu akan bersambung di kelas esok


'cikgu buat suspendo je'


erkk, memang perkataan suspen telah diubah sesuka hati oleh aku dengan mengatakan suspendo. apa taknya, cikgu terus marah dan teruk aku kene denda oleh cikgu tersebut. nasib baik denda dia bukan pakai spender dalam kelas. fuuuhh, nasib baik


spendo adalah bahasa kelantan bagi seluar dalam. jadi aku biasa guna suspendo untuk menjelaskan perihal 'suspen' dari mana perkataan itu keluar? ahaa, mana la aku tahu. kenangan terindah untuk di ingat



~~~~~~~



valentine pada tengah february ni dah pelbagai agenda untuk di buat. bukan aku nak mengutuk hari 'kekasih' ni, tapi ada perkara yang menarik ketika aku membaca satu berita dalam the star. tajuk memang tak boleh blah, menggalakkan tidak pakai seluar dalam ketika valentine nanti


SHAH ALAM: Female students in higher-learning institutes here are being persuaded not to wear panties on Valentine’s Day as an expression of true love for their boyfriends.
baca lanjut sini



walaupun ada yang berfikir hanya untuk 'suka-suka' tapi promosi seumpama ini jelas akan menarik ramai di kalangan student untuk menyertainya. 'hanya untuk suka-suka' itu lah pancingan yang dibuat


sedar atau tidak, mulut si bf bertanya kepada gf nya, 'pakai seluar dalam hari ni?' akan melibatkan aktiviti tidak sihat selepas itu. kearah sex. ishh, mungkin terlalu tinggi jangkauan imaginasi aku, tapi setidak tidaknya, perkataan itu pasti akan tergerak juga


jangan pakai!


entah apa motif dibuat promosi yang bengong ini pun aku tak tahu, harap tiadalah yang mengikutnya. ni baru tahun 2010, zaman anak anak aku nanti, entah ape pulak barangan yang mahu dipromosikan pun aku tak tahu. minta simpang untuk perkara ni berlaku di kalangan kita.



say no to 'no panties'




nasihat

pakailah seluar dalam. terutama kepada perempuan. bak kata housemateku memang tak snonoh kalau tak pakai seluar dalam ni. erkk, ok. itu sahaja. jangan 14 hb ni semua pakat tak mo pakai spender sudaaaa.


nota kaki : kenapa superman pakai seluar dalam warne merah kat luar? ada sape2 tau?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

not the primrose path (2)

Kalau nak baca yang pertama, klik sini


masih ingat seniorku yang menghidap cancer yang ku cerita tempoh hari? boleh klik link kat atas untuk baca. tadi baru saje habis solat hajat untuk beliau. WOW, memang ramai yang datang. ramai yang datang untuk ucapkan selamat jalan. ya, selamat jalan untuknya yang akan pulang ke malaysia ahad ini


bubye legend


dia sememangnya contoh yang terbaik untuk di teladani. dengan kepimpinan, pergaulan, akademik mahupun sukan, cukup lengkap sebagai seorang peribadi seorang muslim sejati. tapi sayang, malam tadi mungkin kali terakhir aku dengan dia bersama di bumi sheffield ini....


ramai orang datang


ramai abang2 dan kakak2 postgrad datang, juga undergrad yang cukup ramai ke masjid tadi untuk hadiri majlis perpisahan terakhir dengannya. ada juga kawan dari notts yang datang 3 buah kereta. puan azimah pun datang. dan kalau nak bilang, tak terbilang di ruangan entry yang pendek ini.


antara yang datang memeriahkan



kawan2 sheffield



classmate pon datang




iphone, maaflah blur




cha n pe i dari notts




dari notts lagi




sebilangan kecil yang datang




dia




sayang seribu kali sayang, kepulangan dia ke malaysia bukan sahaja dengan membawa segulung ijazah perubatan, malahan ada 'extra' bebanan yang Allah sandarkan kepadanya untuk dia hadapi. bebanan yang aku tak tahu sama ada aku mampu untuk atasi jika aku yang terkena.


barah / cancer


kedegilan cancer untuk terus bertapak di dalam dirinya kali ini memang betul betul menunjukkan taringnya. kalau dulu hanya di sebahagian tempat, kali ini setelah di kimo untuk kali kedua, nyata cancer itu sudah semakin berleluasa jajahannya. sedih orang sehebat ini terpaksa mengharunginya


kata doktor sini


walaupun perubatan disini adalah free, tetapi kata doktor yang mereka sudah habis ikhtiar untuk mengubatinya jelas menunjukkan yang sememangnya harapan untuk pulih cukup nipis. betapa perintnya ujian ini, hanya dia yang menghadapinya. harap tabah bro!


pulang ke malaysia ahad ini untuk mencari sinar baru disana. doa aku, semoga ada berita gembira di malaysia yang boleh mengubati dirinya yang sememangnya agak kritikal cancer yang dihadapi. doa kami semua, semoga pulih untuk kembali ke medan dakwah realiti.


entry menyanyat hati


bagi yang sudah tak mampu nak hadapi pelbagai ujian, sedarlah yang di luar sana pelbagai lagi ragam manusia yang ditimpa malapetaka yang lagi hebat di luar sana. cukup terharu dengan entry ini yang menceritakan betapa peritnya dia untuk menerima ujian besar ini dari sang maha pencipta. bacalah kalau mahu motivasi dalaman


ucapan terakhirnya untuk kami disini, aku pegang kata-katanya untuk memotivasikan diri lagi.



semoga mas kembali pulih!
blog dia



nota kaki : terima kasih yang datang ke majlis tadi

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

kenapa aku tak dilahirkan secantik/sehensem itu ek?

-gambar takde kaitan, sumber-


puan aziah baru sahaja menidurkan anaknya di katil. sekarang dia akan berjumpa dengan doktor yang merawat anaknya. suasana hospital yang hening itu bakal menyaksikan adakah penderitaan anaknya akan berkekalan ataupun ada sinar di sebalik kegelapan. pura pura untuk tidur, budak sekecil itu sudah pandai untuk mengetahui akan perihal dirinya sendiri.


'puan kena banyak bersabar, Allah lebih sayangkan dia'


'tetapi kenapa dia doktor.... bukan anak orang lain?'


sunyi....


'berapa bulan lagi mampu bertahan?'


'paling lama setahun, puan banyakkan bersabar ek. luangkan masa sepenuhnya dengan dia. dia memang perlukan puan'


setelah doktor pergi, puan aziah tidak dapat menahan sebaknya. mahu sahaja dia gugurkan semua titisan itu sekarang. tetapi mahu dikuatkan hati di depan anaknya, dia tidak berbuat demikian. di lihat muka persis aiman, ada air mata yang bergenang. di kuatkan hati ibu untuk bertanya


'kenapa tak tidur lagi sayang?'


'ibu....'


'tidur ek, esok bangun ibu bawa jalan kat taman. kita main jongkang jongkit. aiman suka kan?'


'aiman dengar apa yang ibu dan doktor cakap tadi.....'


air mata yang ditahan itu akhirnya tumpah juga. dia lantas memeluk anaknya. memang mahu disembunyikan hakikat umur anaknya, tetapi apa kan daya, anak mentah itu lagi bijak darinya. mahu mengetahui apa sebenarnya yang berlaku


'doktor cakap paling lama 6 bulan'

disambung lagi


'macam mana aiman nak jadi doktor dalam 6 bulan ni bu. cita cita aiman, aiman mahu jadi doktor yang terkenal, merawat orang tanpa mengira pangkat. aiman nak berbakti kepada orang lain... sempat ke bu aiman nak buat semua tu dalam masa setahun ni'


semakin laju air mata puan aziah mengalir


'esok kita jangan ke taman ya bu, hantar aiman ke sekolah. aiman mahu belajar sungguh sungguh. tak lama aiman ada, aiman nak manfaat sebaiknya. aiman mahu belajar sampai aiman dapat jadi doktor, aiman nak tunai cita cita aiman ni....'


pelukan puan aziah kepada anaknya semakin erat. hatinya meraung mengapa anak sekecil itu dipilih untuk pergi dahulu. dosa apa yang dia pernah lakukan dahulu sehingga si pencipta mahu menghukumnya dengan ujian seberat itu. adakah ini ketentuanNya yang tidak dapat di ubah?



mengapa?



7 bulan selepas itu, aiman pergi untuk selama lamanya.



~~~~~


'you know something is GOOD
but to do something is GOD'


hidup yang singkat ini banyak yang orang salah ertikan dengan mengangap kita akan berada selama-lamanya disini. punca ini membuat orang ramai lupa dan lalai dalam mencari cinta yang sebenar.


sehinggalah ditimpa kesusahan


barulah masing masing mahu menghadapNya meminta bantuan. meminta diberi kemudahan untuk mengahdapi kesusahan. dan ada yang teruk, menyalahkan takdir kenapa berlaku sedemikian


hidup ini singkat
umur pun singkat


tapi kita ada cara mahu umur panjang
dengan nama sentiasa bermain dibibir orang memuji akhlak kita



nota kaki : dapat kaitkan dengan tajuk tak?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

pengalaman diri di cabul... itu sungguh memalukan!

mood exam


3 tempat menjadi tempatku ulang alik sekarang
rumah
masjid
IC (library 24 jam)


start waktu petang
aku akan berada di rumah


sebab sekarang musim winter
isya pukul 6 dah masuk
masjid akan sembahyang pukup 7 suku
pukul 7
akan bergerak ke masjid


selepas solat isya
aku bergerak ke IC untuk study
di rumah banyak sangat gangguan
pancaroba terlalu banyak


dari pukul 8 malam hinggalah 12 atau 1 pagi
lepas itu ku akan bergerak ke masjid semula
tido disana
senang nak subuh

lepas subuh, pergi IC balik dan dalam pukul 12 tengahari
balik ke rumah
itulah rutin harian sepanjang musim exam ini


~~~~~

cerita 2 hari lepas


melihat jadual rutin harian
pukul 12 malam ku bergerak dari IC ke masjid
kebetulan pada hujung minggu
ada saturday night


memang budaya mat saleh ini
hujung minggu kebanyakan akan menghabiskan malam mereka dengan pergi ke bar
'bar crawling'


dari satu bar
ke bar yang lain
minum sampai mabuk
dan kadang kadang ada pemandangan yang 'best' terpapar di biji mata


lihat gambarajah di bawah






endclife merupakan kawasan penginapan pelajar
mungkin sebab saturday night
dieorang keluar beramai ramai
jadi aku melawan arus untuk tidur di masjid dari IC
fuhhh
besar dugaannya



tempat kejadian diantara student union dengan masjid
kejadian yang meragut mahkotaku.....



satu kumpulan
3 lelaki dan 4 perempuan
aku buat slumber jalan
tengok dieorang macam tak mahu bagi jalan
aku elak dengan turun dari kawasan jalan kaki ke jalan raya
selamat



satu kumpulan lagi
3 perempuan
memang pakaian nak pergi bar
sorang nampak dah mabuk mabuk
aku kuatkan imam untuk teruskan berjalan
slisih pon slisih la
kata hati ku


hampir-hampir berselisih
tiba tiba
yang mabuk itu seolah mahu terkam aku
mulutnya berkata



'i like your head'



sambil tangannya meraba kepala aku
dua lagi kawannya hanya tergelak kecil
hati aku hanya mampu menangis
huk huk huk
....



kepalaku dicabul!!!



nota kaki : berhati hati bila anda berjalan berseorangan, tambahan pula bila anda berkepala botak!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

pilihan emak : rambut hitam atau rambut perang

di tangkap semasa menunggu bas



tasha


namanya tasha. gadis dari denmark ini cukup mudah mesra dengan sesiapa sahaja. manis dan cukup sedap mata memandang. rambut yang keperangan sememangnya akan membuat hati akan terpikat dengan pandangan pertama. walaupun tidak se'fluent' orang lain dalam berbahasa english, tapi nadanya yang perlahan lahan bila bercakap membuat aku terpesona


dia akui yang orang denmark ramai yang tidak berperikemanusiaan. suka timbulkan kontroversi. dia tidak suka dengan negaranya sendiri. berbual dengannya mengenai kenegaraan menimbulkan semangat mahu perjuangkan tanah air bila balik nanti. betapa indahnya malaysia dan keindahan itu wajar di jaga. kata tasha, dia ingin ke malaysia. mahu makan nasi lemak katanya.


'where do u want to live there'

'of course your house'


senyuman manis... buat aku tak keruan





erica


gadis tempatan yang berasal dari manchester ini agak berlainan perwatakannya. agak keras dan bersifat kelakian. tapi wajahnya yang cute menghilangkan sifat kelakian yang dia ada. walaupun cuba untuk menjadi lelaki, dia tetap perempuan di mataku. berkenalan dengannya di meja chess telah berlarutan ke laman skype. ooh, bahagianya. tidak dilupakan rambut yang hitam mengurai membuat mata tidak mahu alih pandangan


dibangkitkan isu mengenai tuition fees, dia sememangnya tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan uk mengenakan yuran begitru tinggi kepada kami international student. bayangkan, 5 kali ganda! dia cuma membayar 3 ribu pound untuk sebulan dan aku sebagai rakyat malaysia, membayar sebanyak 14 ribu pound banyaknya. begitu banyak perbezaan. walaupun hujan banyak dikemukakan, hujah itu seolah larut begitu sahaja, kerana pandanganku hanya tertumpu kepada matanya. ooh erica



memang susah mahu membuat keputusan. soal siapa menawan, 2 2 menawan. tasha berambut perang dan erica berambut hitam, 2 2 memiliki personaliti yang menarik. siapa yang mesti dipilih? mungkin ibuku ada penyelesaian



kata emak mesti dipenuhi

terus menalefon ibu di kelantan (ditranslate ke bahasa yang difahami)



'kringg kringgg'



'assalamualaikum, mi ado?'

'mi ni, joe ko ni?bakpo?'



'joe jupo doh bakal natu mi'

'mmm. sapo namo?



'lonih ado duo, nok suruh mi pilih?'

'2??? ishh, sapo sapo?'



'sore namo dio tasha. comey, lawa, baik, ore denmark'

'mmm, sore lagi?'



'ore manchester, erica namo dio, cute sangat sangat'

'mmm'



'nok suroh mi pilih la ni. buntu....'

'paka tudung?'



'mesti la dop. tasha rambut coklat, erica rambut ite, 2 2....'


sebelum sempat di hurai dengan lebih lanjut, terus ibuku bersuara dengan tegasnya


'toksoh dok glenya la nok ko mat saleh, takdok ore isle doh ko sano? mi oyak doh, natu mi keno paka tudung! tok kiro, agomo keno ado, ingat tu, comey ko, lawa ko, putih ko, idung macung ko, semuo tokleh bowok sapa mati.... bla bla bla bla'


maka


tamatlah kisah tasha dan erica. bubye u ollsss berdua


psss : kisah rekaan, takde kene mengena dengan hidup ataupun mati.

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

berbiji biji epal di depan pintu

sekali lagi idea baru di kala exam datang. idea ini dapat dari hasil study di IC, tiba tiba gf awek presiden union datang memberi buah. 'fruit for free' senyum gadis itu. dulu memang pernah berbual masa ikuti spiderwalk, kali ni jumpa lagi di IC untuk memberi buah. nasib baik paul tobin ada, kalau tak dah usha dah.


rasa di hargai


walaupun hanya sebiji pisang yang diberi, tapi kepenatan untuk study terasa lenang seketika. seolah ada orang menghargai. rasa di hargai ini datang dari sebiji pisang. memang hebat kuasa memberi ni! lantas ku terus shoot di mailing list exco SMSA untuk bawa idea ini kepada rakyat malaysia disini


semangat berpersatuan


time kasih kepada ahli komiti yang lain yang sememangnya komited dengan kerja walaupun musim exam ini. terutama kepada eica dan zakwan yang banyak menolong. kalau nak buat sorang2 benda susah ni, memang tak mampu. sebab itu perlunya kita bermasyarakat. kan kan?


epal


pagi semalam bersama housemate keluar ke TESCO untuk membeli buah. ada epal! ok, angkut terus. sebanyak 25 packet (setiap packet ada 7 biji) di bawa pulang. orang kat tesco jeling pelik je beli epal banyak2 ni. aha, memang nak patah pinggang, tapi disebabkan semangat nak memberi tinggi, bawa la jugak sampai ke rumah


perempuan


yang perempuan di uruskan oleh perempuan, erk, plan aku je nak bagi, ye lah, boleh mr presidente berkenalan dengan lebih rapat dengan perempuan2 sheffield ni, tapi tak manis plak kan. hehe, so eica yang uruskan. segala hiasan dia telah buat dan akan di hantar pagi ni. meriah benar. nak tengok camne die hias, silalah klik ke entry ni


lelaki


kali pertama juru audit SMSA buat kerja bukan sekadar audit. haha. mantap2. sambil memberi buah, sambil menangkap gambar. tuuuu yang best tu. hehe. layan gambar. ni pendedahan terbaru gambar aku yang botak. kekeke!


jom pergi bagi epal



rumah pertama dah sesat dah



yes, dah jumpa!



umah ke2



tengku jonathan yang siap berpakaian kemas tahu masuk blog


rela lepas main dota



umah vitoria



menunggu rumah yon di buka



yeah, kami sayang malaysia (xtau nape bendera di pamerkan)



sila2 ambik jangan segan



rumah paling ceria
haha

erk, ok dah satel. tak larat nak pergi ke hall. so yang tinggal di hall, bolehlah amek di 82 flat b brunswick ni. jangan tak datang, lepas amek kita jamming. harap semua yang dapat ingat2lah bahawa pentingnya kita berpersatuan ni. jangan duk sorang sorang dan supportlah persatuan malaysia anda. haha


special thanks to
zakwan
eica
sopi
juruaduit SMSA-tuufik weng weng
n semua komiti SMSA 09/10
(boleh klik link mereka untuk ke blog masing2)


last but not least
terimalah dendangan lagu selamat pagi cikgu dari aku
kekeke!



nota kaki : 4 papers to gooo!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

contest bard : ayahku sayang

entry ini adalah penyertaan untuk contest cik bard. memang kisah rekaan semata-mata berdasarkan pengalaman sebenar.erk, macam ni pon ada ke?


saya sayang ayah saya sebab dia bentuk sebagaimana saya sekarang


erkk, syarat no 2 dan no 5 tak dapat buat sebab keadaan tidak mengizinkan. harap diterima lagi. hehe







ayah dah xde, ni je la boleh bagi





ini entry untuk cik bard. hehe, layan je la


~~~~~~~


2013


setelah aku mendapat gelaran manusia penyelamat bumi disebabkan berjaya mengelakkan tragedi 2012 di bumi, aku mendapat liputan yang luas dari pelbagai media. tak kira berita apa, aku dijadikan hero oleh pelbagai lapisan masyarakat. kekayaan? us sahaja telah memberi elaun 1 juta usd sebulan kerana berjaya menyelesaikan tragedi 2012 daripada berlaku



kerana mendapat perhatian meluas, aku menjadi glamer. sampai lupa dunia. formula yang sebenarnya aku dapat hasil dari tahajud setiap malam itu membuat aku terus lali sehingga sembahyang aku sudah tinggalkan. perempuan? ya, bersepah sepah aku miliki. petik je jari, bersepah sepah yang datang. yang datang semua comel2 ala ala pretty zinta semuanya



di goda perempuan


20 september 2014, satu malam, ketika aku nyenyak tidur, telefon berdesing. eh silap, berdering. ku angkat. 'hello, joegrimjow ke tu?' ya saya. 'perempuan yang tuan minta ada di depan pintu tuan. tuan buka je pintu, dia dah ada di depan. buka cepat2 ya'


wow


memang s/u aku begitu cekap. malam ini aku akan melangkah dengan lebih jauh lagi dalam arena maksiat dengan menodai wanita. dan perempuan pertama yang akan ku nodai adalah pelakon terkenal yang meningkat naik. yeee haaaa! bayaran/ 100 ribu untuk satu malam. yesss!



buka pintu


setelah pintu dibuka, ku lihat wajah perempuan yang berbaju nipis sehingga nampak kulit yang licinnya itu di depan. nafsu gelojak asmara ku semakin naik. macam nak terkam sahaja! tetapi disebabkan aku glamer dan tak mahu kalah dengan perempuan itu, aku berbuat slumber

tetapi, apakan daya, nafsu jantan ku cukup buat. aku mahu terkam sekarang! tiba tiba masa seolah olah berhenti. perempuan tadi tidak bergerak seolah patung. ku lihat jam antik juga berhenti berdetik. angin kurasa berhenti berangin.



cuma aku bergerak



tiba tiba satu lembaga muncul. lembaga tua botak yang berjanggut lebat. siapakan itu? nampak macam aku. adakah malaikat? adakah aku akan mati!



'hei, kenapa tak terkam je pompuan tu?'

'erkkk....' aku kaku




'terkam la, aku tengok dari jauh'

'kau sapa?' mulutku teragak2 untuk bercakap



'aku adalah aku. wakakaka'

'kau jangan melawak, tiba tiba datang bilik aku. ko datang dari mana?'



'hehehe, aku datang dari masa depan'

'masa depan?'


'haha, yer lerrr. aku adalah kau masa depan. joegrimjow. muahahaha'

'aik, patutlah macam familiar. napa kepala botak?'



'banyak sangat fikir. ehhh, telupa pulak. weii, nape tak terkam pompuan tu? lawa tuuuuu'

'dah ko tiba tiba muncul. terkejutlah aku....' caku cuba berdalih



'hehe. ko ingat hari ni hari apa?'

'ermm.... jumaat'



'bape haribulan?'

'20 september'



'kau ingat 10 tahun dulu kau buat apa?'

'2014 tolak 10.... 2004... aku form 4'



'bijak2. 2004 apa tarikh penting?'

'erk.. ayah meninggal'



'haaa, pandai pon ko. eh silap, aku zaman muda. ada ayah ko suruh ko jadi macam ni?

'erk...'



'ada ayah ko suruh ko jadi gila maksiat setelah ko dah kaya raya, dah popular, dah jadi glamer, ada ayah ko suruh ko buat sex dengan perempuan?'

'erkk...'



'apa wasiat terakhir ayah ko?'

'tunaikan tanggungjawab dengan adil....'



'ni ke tanggungjawb yang adil tu? weii, sedar la weii. ko takkan kemananye kalau kau terus melakukan maksiat ni. tuhan tengok walaupun xde cctv kat sini. sedarlah, malu kat ayah ko weiii!'

'errk....'




'duk erk erk macam ape ntah, ok, aku chow dulu. bini tengah tunggu'

'eh kejap, kalau kau datang dari masa depan, nanti aku kawin dengan siapa ek?'




'haha, mana boleh bgtau, biarlah rahsia, aku datang nak sedarkan wasiat ayah ko tinggal. suruh kau kembali ke pangkal jalan'

'tau tau, ako tobat lepas ni. tapi.. bgtau la sape bini aku nanti?'




'aku bagi hint la... dia ada blog. muahahaha. adioossss'



lantas aku yang masa depan pergi dengan cahayanya. masa kembali normal. perempuan berbaju nipis tadi terus datang menghampiri aku. sebab disedarkan dengan tanggungjawab, aku mesti melakukan sesuatu. lantas aku memberitahu kepada perempuan tu



'baju awal nipis dan ketat. macam tak cukup kain, nah saya bagi duit ni pergi beli kain, pakai baju tu longgar2 sikit'


~~~~~



erkk, ok bard? ok la kan. hehe. tak mo buat entry sedih2(yang sedih ada sini). yang masih ada ayah lagi, pesanan, berlaku adillah kepada ayah. sayangilah ayah anda selagi ada. kalau dah takde ni, jangan lupa untuk selalu sedekahkan al fatihah kepada dia. nanti kita mati, anak kita pula akan sedekahkan benda sama kepada kita

tak gitu?

;-)


nota kaki : nak exam pon sempat lagi join contest

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

menteri besar belanja makan

salam 1blogger (kekeke!)



dah balik dari london. fuh, penat tapi berbaloi. entry lepas ku dah cite yang ke london sebab jumpa dengan MB. semalam MB perak dan hari ini sepatutnya MB terengganu. hari ni tak pergi sebab ada komitmen lain. ok la tu tunjuk muka. satel la kan. dulu pernah pergi yang menteri sukan datang di manchester, agak bohsan sebab tiada perbualan face-to-face dengan dia. nak jugak fire fire (beranikah aku?) tapi sebab ramai sangat, niat tergendala. semalam dengan MB perak, wahh, sempat makan sekali lagi. hehe




IMG_0702


awat orang klantan datang jumpa aku ni? orang perak mana??



memang ku dah agak mesti tak banyak student dari sheffield yang nak pergi ke majlis macam ni. dieorang cakap, ala jumpa menteri, dengar dia cakap cakap, makan, balik, tak berbaloi. huhu, tak dinafikan betul, memang itulah rutinnya. memandangkan sheffield dengan london agak jauh, (naik train 40 pound) memang menyumbang kenapa tak ramai yang nak pergi. satu lagi, tak sayang kot kat MB dieorang. munasabah kan? kalau aku la, MB kelantan nak jumpa, sanggup lautan luas ku renangi. kenapa? sebab sayang tok guru. muuaahh. hei, warning yang duk ngutuk ngutuk to guru, jaga2 ya, nanti ditimpa sesuatu tak elok. orang kelantan ramai yang sayangkan tok guru ok!



bukan mahu berpolitik



jangan risau, ku takkan cite isu politik. memang pergi sana dapat dengar sendiri isu politik dari orang penting negara sendiri. erkk, memang agak pening dan kucar kacir sekarang, harap malaysia akan terus aman. aminnn. kali ni mahu cite talk yang disampaikan oleh MB perak yang tak berkaitan dengan politik. hehe, ok?



cinta



ahaa, korang jangan tak tahu, MB pun pandai cinta cinta jugak ok. ye lah, dieorang pun manusia kan? mestilah ada hati budi tu semua. MB perak cakap, cinta ada 2, satu cinta pada pandangan pertama dan satu lagi, cinta bukan pada pandangan pertama. yang cinta pada pandangan pertama tu selalunya betul dan buat ramai yang tergila gila. ramai yang hanyut dengan cinta yang ini. jenis kedua iaitu bukan pada pandangan pertama adalah bagi orang yang kecewa dengan cinta tak berbalas atau gagal dengan jenis pertama tadi. biasanya jenis ini akan lebih berkekalan disebabkan dia sudah berkira kira dalam hati untuk jatuh cinta lagi atau tidak. longer lasting kata MB perak



ape kobondo ni jang?



dia kecikkan lagi cinta pada negara. tak kira jenis apa, jenis 1 atau jenis 2, yang pasti perasaan tu kena wujud. sebab dengan negara, tertegaknya bangsa. pentingkan kita cinta dengan negara, benda ni yang akan buat kita peka dengan isu isu semasa yang berlaku di negara kita. kalau nilai ini wujud dalam diri kita, sudah pasti politik negara kita tidak ketepikan.



komen aku?



errk, betol3. stuju. kan best kalau MB perak cite cinta pasal laki dengan perempuan. haha. baru best dato'. ye la kan, penting sebenarnya kita tahu isu negara ni. jangan sempitkan sangat pemikiran kita dengan katakan politik itu kotor, jadi tak mahu libatkan diri dalam politik. aiyoyo machaa, jangan la macam tu. politik tak kotor, yang manusia dalam tu yang melakukan kekotoran yang jadikan politik tu jadi kotor, jangan la salahkan politik tu sendiri. sebagai pelajar pun, kena tahu juga benda benda macam ni, tak payah la dengar gosip gosip (erkk, kadang kadang ku pergi juga blog2 politik ni) dengar benda yang boleh 'boost' kita punya semangat sudah.





apa apa pun, terima kasih kat YAB Dato' Seri Dr. Zambry bin Abd. Kadir sebab belanja makan semalam. hehe, dah lama tak makan masakan malaysia, baru 3 bulan, dah lama la tu kan. cafe kat MSD suka sangat charge mahal mahal. hampagas betol. tolong tolong la pelajar ni, jangan la charge mahal mahal! nasib baik dibelanja, kalau tak, memang tak makan la sebab mahal. gambar pinggan setelah kekenyangan disini



dah la kan



ok la. stakat tu saja la dulu. nak study. next entry ku cite pasal perbualan kopi dengan orang kuat perak. ahaa, menarik menarik.temasuklah pasal line internet. hooohoo. erkk, masa tengah menaip ni (sekarang kan kat ic) ada mat saleh yang cun kat depan guna pc lain. mata kami bertembung tadi, lantas ku ukir senyuman dan dia membalasnya. blusing blushing, ah fat, sila jangan jeles!



nota kaki : tengok la tv malam ni, kot kot ada gambar aku tersesat masuk. hakhak


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

gengblogger : paling friendly? - masam manis berblog (2)

sebenarnya part 2 nak cite pasal gadis blog, tapi disebabkan terkejut tengok di homepage namaku ada disana, kena buat entry yang ni dulu. yang pasal gadis blog kita tangguh ke hari lain. haha, seronok ni nak cite ni!



gengblogger





sapa lah buat banner ni semua, cute!



sebenarnya aku tak tahu sangat dengan website ni. tapi sebab di suruh daftar oleh cik zara and cik hurul ain, ku daftar je la. mula mula lepak kat sana, macam best sebab dia punya website mesra pengguna. takdelah serabut dengan iklan ke apa dan yang paling best, dapat lihat entry entry terbaru yang fresh dari ladang, eh, eh, bukan. fresh dari orang menulis





bukan ladang lembu ya


jadi mulalah hikayat aku dengan gengblogger. lama kelamaan, memang rasakan masa disana cukup lama. kalau bukak blog, pasti bukak gengblogger. sebab utama ku suka baca entry fresh, kalau ikutkan di tempat ku subscribe, pasti entry dah keluar sejam, baru keluar di reading list. tak best takbest, jadi pengomen no1 ku sentiasa dapat di gengblogger. haha, thx u kepada yang menyediakan platform ni



paling friendly?



muahaha, memang dah bajet akan dapat. hehe, kenapa? sebab semalam memang ku duduk klik je semua entry di gengblogger tu. kalau tak caya, tengok gambar di bawah





hohohoho



404 bro. gigih tak ku mengelik di kala exam hari kames ni? huhuuuu, bukan apa, sebab tengok cik lolly berjaya menjadi paling friendly hari sebelum ni, jadi jeles pulak. tak boleh jadi ni! ku buat tekad, esok mesti namaku terpampang di sana. dan memang betul, hari ni terpampang disana, klik klik untuk tengok



tak layak ooh



rasanya benda ni tak sesuai dengan jiwaku. huhu, sebab ku berblog untuk kepuasan peribadi. menambah bacaan yang berbentuk 'suka-suka' disamping menambah kenalan. tapi semalam, apa yang ku buat, duk klik je link link kat gengblogger, mana layak jadi paling friendly. dengan kelajuan internet kat sini mencecah 20mbps (tak tipu, memang betol laju) maka senang lah ku nak klik entry2 di gengblogger tu.



so, title paling friendly memang tak layak. kalau title mengelik dengan banyak, ku layak la kot. hohoho



nasihat kepada blogger baru



jangan ditiru perbuatan ku semalam. memang etika berblog salah. sebut pasal etika ni, benda yang kalau kita buat orang tak nampak, kita tak buat pon orang tak tahu. nak kejar statistik, buat apa kan? nak harap dapat duit dari nuffnang? ishh, dengan cara menyepam (aku semalam menyepam) memang cara ni tak elok sesangat. nanti feel berblog akan luruh. nak komen pun, bacalah entry tu, janganlah nak mengomen, komen tajuk je. itu kejam namanya



nak jadi blogger hebat?



jangan jadi macam ni sudah nak kejar title blogger femes



ku buat rumusan tentang apa yang ustaz zaharuddin bagitau (dia punya ranking 666 di malaysia, kalah redmummy ok-1239) sekarang orang dah bijak. mencari penulisan penulisan yang kreatif. mencari tempat bacaan yang sesuai untuk diri sendiri. apa yang dia suggest, tulis blog dengan ilmu, bukan main bedal je tulis. lepas tulis, baca entry yang ditulis. kalau diri sendiri rasa bosan, maknanya orang yang membaca pun akan turut bosan. jadi, pandai2 lah ubah penulisan. ilmu penulisan bukan ilmu yang boleh dipelajari dalam tempoh singkat, tapi dalam masa yang lama juga. jadi, bersabarlah. ingat, tulis dengan ilmu, walaupun blog itu blog peribadi. ;-)



masam manis berblog.



inilah dia, masam manis berblog. ooh, dah boleh bagi nasihat dah aku ni. blog ni mematangkan kita kan? kan kan? huhu. kalau rasa entry ni bermanfaat, jangan lupa doa supaya penulis blog ni berjaya dalam exam hari kames ni. hoho. erkk, yang tak daftar lagi gengblogger, daftar daftar lah. mudah aje. lepas daftar, sama sama kita ping. ping ping blog ;-)



nota kaki : time kasih yang sudi menjadi kawan di arena blog, harap kawan ini betol2 kawan dan kita berkawan untuk mendapat keredhaanNya ;-)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

dah boleh bukak, yahuuu

eherm eherm
blog dah kembali pulih
setakat ni masih mahu menggunakan blog
yang blogspot ni, .com ni meragam, ku akan datang sini balik
time kasih yang menyokong ;-)

(klik klik)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

fakta yang tidak diketahui



sudahkah anda melayari
www.joegrimjow.com
???

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Dah new year dah ya?

Dah tahun baru dah ......

1:17 pagi, 1hb januari 2010

Tak sangka dah 2010. Cepat kot masa berlalu sampai tak sedar yang tahun 2009 dah habis dan kini dah masuk ke tahun baru. Entah ok atau tidak tahun ni, aku pun tak tahu

Ilmu

Muhasabah pada diri sendiri, rasa ilmu akademi dah banyak ku timba tapi kalau bab ilmu agama, ya Allah, sedikitnya ilmu untuk dibuat amalan. Rasanya tak banyak hadith baru yg di hafal, tak habis 2 kali pun khatam quran. Ilmu agama memang tersangat sedikit dan tahun ni nak pertingkatkan ilmu agama ini. IA...

Bisnes

Tahun lepas alhamdulillah dah banyak kemajuan dalam bisnesku. Dah mampu kecapi angka 5 angka untuk 3 bulan dah. Tahun ni nak fokus lebih supaya kekayaan masa muda ni berganda ganda. Doa doakan la ye :-)

Kawan

Banyak kawan baru yang hebat ku dah kenal. Wahh, baru tahu yg diri ini begitu kerdil dari segi amalan dan ilmu berbanding dengan kawan kawan baru ni. Kawan lama pula dah semakin jauh dan iA mahu perbaiki hubungan dengan kawan lama lepas ni

Blog

Dah ada domain dan hosting sendiri. Satu peningkatan untuk diri dalam dunia blog. Cuma kebetulan server buat problem, xdapat lah nak sambut new year ni dengan menulis di blog baruku. Ooh, itulah dugaan terbesar. Projek blog baru tahun ni??? Nantikannn

Cinta

Masih mencari. Ada sesape berminat? Plan nak kawen taun ni, calon xde mcm mana? Makk, tolong cari satuuu!!

Nota kaki : 3hb baru balik dari bercuti, 3hb ni lah baru boleh start berblog smule. Appy new year my blogger frennns

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW