Share

Energizer Night Race 2011

Sejak miliki badan unggul ni (cess, unggul la sangat) memang badan ni gatal-gatal je nak masuk marathon. Sebab sibuk dengan pelbagai urusan, hajat tak pernah kesampaian. Tadi terbaca status seorang kawan mengenai satu pertandingan yang dipanggil Energizer Night Race 2011 yang akan diadakan pada bulan 4 ni, macam menarik pulak nak join. Tambahan pula, bulan 4 memang tak banyak aktiviti - masa free




Memang banyak kategori dipertandingkan, aku plan nak masuk yang 11 kilometer tu. Takpun yang 5.5 km. Macam best je kan. Yang tambah perisa best larian ni, diadakan pada waktu malam. haa, lagi stylo milo! Yuran nak masuk pun tak mahal, hanya RM 50 sahaja untuk early bird (sehingga 31 januari 2011) Sangat berbaloi!



Hadiah pulak memang lumayan. Heh, takdelah nak kejar sangat hadiah tu sebab tahunya akan kalah. Tapi kot-kot la ada pembaca blog ni yang otai larian ni, nak tahu pasal hadiah, copy paste jugaklah hadiahnya kat atas ni. Aku nak join saja nak test kekuatan badan baru ni. aceceeh, dulu masuk larian rakan muda malu gila sebab kena potong dengan perempuan. huh, kali ni kena balas dendam balik!


Mengajak blogger lain untuk join

Jadi, kepada mana-mana blogger yang nak join - just for fun, boleh hubungi aku untuk buat team. Berlari dengan orang yang kita kenal (baca blog dah kire kenal la tu) ni lagi best. Mana lah tahu sambil berlari sambil bincang-bincang industri blog. Gila gigih kan?


Tarikh : 16 April 2011
Tempat : Sepang Circuit
Masa bermula : 7.40 malam


Ok, jom sama-sama kita berlari mengejar mimpi. eh, berlari sambil bersuka ria gitu. Nak buat team dengan aku, boleh hello-hello kat twitter tak pun facebook (klik link) Terhad pada 10 orang je. lebih kenalah buat team sendiri. Nak ajak ana raffali join sama lah. hihik. Jooooommm!!!

info pertandingan boleh lihat sini


pss : Tahukah anda dengan larian selama sejam anda boleh bakar kalori sehingga 700kcal?? Bercumbu selama seminit pula boleh bakar 5kcal!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kenapa Blogger : Memburukkan nama orang di dalam blog mereka

Segmen kenapa blogger datang lagi! Kali ini segmen ke6 akan mengulas sedikit mengenai ‘kekuatan’ medium internet yang berplatformkan blog terhadap dunia. wah, bunyi macam menakutkan je. Ini berkaitan dengan isu seorang blogger yang mendedahkan dakwaan kepada Rais Yatim yang merogol amahnya yang membuatkan Rais Yatim tampil dengan menolak penafian dakwaan itu di dalam berita. Haa, agak2nya kalau kuasa blog itu tak kuat, masuk berita ke tak?

Ok, perlu difahamkan disini, makna memburukkan itu adalah menceritakan/mendedahkan hal sebenar/tidak benar di dalam blog. Bila dah ada positif dan negatif yang wujud, tak semua memburukkan nama orang di dalam blog ini adalah jahat, ada juga yang bertujuan baik.

Jadi, jom kita lihat, kenapa blogger memburukkan nama orang di dalam blog!



1) Pendedahan hal sebenar - tiada di media arus perdana



Biasanya ini berlaku di blog politik. Aku suka juga baca blog politik ni dan kebanyakan yang masih amatur suka sangat cerita benda buruk tentang seseorang tu. Tak kira pro kerajaan atau anti kerajaan, semua sama. Mereka ada bukti dan sebab tak boleh nak dedahkan di arus perdana sebab kekangan-kekangan lain, maka dedahkan sajalah di blog mereka. senang!



2) Butthurt dengan seseorang tu



Ada juga blogger yang siap buat entry khas kepada seseorang atau berkumpulan blogger lain sebabnya kecewa/frust/jiwa terganggu/jiwa meracau disebabkan oleh blogger atau kumpulan blogger itu. Benda ni dari dulu sampailah sekarang ada, ia tidak bermusim, sentiasa ada je. Kalau nak butthurt pun, janganlah bawak sampai ke blog. Kalau blog tak ramai baca takpe, ni yg ramai baca maka timbullah macam-macam fitnah. Biasanya blogger perempuan yang buat macam tu kan? lariiiiiiii!!!



3) Sukakan kesempurnaan



Erk, ada juga yang buruk-buruk nama orang ni sebab sukakan kesempurnaan. Aigo, kalau blogger jenis macam ni banyak kat dunia blog ni, alamatnya memang MERIAHlah dengan entry hot-hot. Sampai tak tahu nak baca yang mana!




4) Mahu naikkan traffic blog



Biasalah, bila ada isu panas ni, ramai je yang suka baca. Dalam bisnes dipanggil demand tinggi. Dalam blog dipanggil pembaca suka baca. heh! Sebab ramai yang suka baca, tak baca pun akan klik jugak tajuk entry tu, maka bersepahlah entry memburukkan orang lain di dalam blog yang bertujuan meraih traffic.


Mungkin traffic akan dapat, tapi kawan akan hilang =)



nota kaki : kelantan sangat sejuk!!! lama gila tak balik kelantan, last balik tahun lepas!!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Keputusan Anugerah Juara Lagu 25 - AJL25 : Tahniah kepada pemenang

Terus terang mutu persembahan ajl25 kali ini tidak 'seumpph' seperti yang disangkakan. Mana nak umpph sebab persembahan ke10 aku dah tertidur! Bangun-bangun dah nak umum keputusan. Haiisshh, walaupun dah buat lawak sakarstik kat twitter, gagal juga nak buat mata tidak mengantuk! sebab tu lewat sikit publish entry ni =)


Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu 25

Persembahan terbaik

Faizal Tahir



Persembahan vokal terbaik

Hafiz



No 3

Hafiz



No 2

Meet Uncle Husin



Juara

Ana Raffali




Contest teka siapa juara AJL - Keputusan

Terima kasih kepada semua 135 yang cuba meneka di ruangan komen sebelum ni. heh, ramai jugak yang cuba nasib dan dengan nama Ana Rafali sebagai juara, aku ingat dah takde dah yang dapat teka dengan tepat. Tadi tengok sekali imbas, nama faizal tahir dan juga nama yuna saja disebut-sebut. Perghh, 2 2 tiada pun. haha. itulah lagu, macam bola, apa-apa boleh terjadi

Seorang berjaya dengan tepat!

Ada juga seorang yang berjaya teka dengan tepat!! Hebat betul orang ni sebab tekaan dia sebijik sama dan dia adalah satu-satunya peneka yang berjaya meneka dengan tepat. Jawapan yang diberi pun agak awal, iaitu pukul 8 pagi tadi. Meneka di awal pagi - memang mantap lah!



Tahniah kepada API (link blog dia) kerana berjaya menang hadiah contest kali ini. Respek sebab boleh teka dengan tepat. Nanti akan dicontact dan hadiah akan diberi selewat-lewatnya esok. Hehe, bolehlah buat hadiah tu belanja ana raffali makan kat kedai mamak =)


Terima kasih kepada semua dan jumpa lagi di contest berikutnya!!!


pss : kecewalah yuna tak menang apa-apa, gaya tudung pelik kot malam ni? heh!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW