Share

Energizer Night Race 2011

Sejak miliki badan unggul ni (cess, unggul la sangat) memang badan ni gatal-gatal je nak masuk marathon. Sebab sibuk dengan pelbagai urusan, hajat tak pernah kesampaian. Tadi terbaca status seorang kawan mengenai satu pertandingan yang dipanggil Energizer Night Race 2011 yang akan diadakan pada bulan 4 ni, macam menarik pulak nak join. Tambahan pula, bulan 4 memang tak banyak aktiviti - masa free




Memang banyak kategori dipertandingkan, aku plan nak masuk yang 11 kilometer tu. Takpun yang 5.5 km. Macam best je kan. Yang tambah perisa best larian ni, diadakan pada waktu malam. haa, lagi stylo milo! Yuran nak masuk pun tak mahal, hanya RM 50 sahaja untuk early bird (sehingga 31 januari 2011) Sangat berbaloi!



Hadiah pulak memang lumayan. Heh, takdelah nak kejar sangat hadiah tu sebab tahunya akan kalah. Tapi kot-kot la ada pembaca blog ni yang otai larian ni, nak tahu pasal hadiah, copy paste jugaklah hadiahnya kat atas ni. Aku nak join saja nak test kekuatan badan baru ni. aceceeh, dulu masuk larian rakan muda malu gila sebab kena potong dengan perempuan. huh, kali ni kena balas dendam balik!


Mengajak blogger lain untuk join

Jadi, kepada mana-mana blogger yang nak join - just for fun, boleh hubungi aku untuk buat team. Berlari dengan orang yang kita kenal (baca blog dah kire kenal la tu) ni lagi best. Mana lah tahu sambil berlari sambil bincang-bincang industri blog. Gila gigih kan?


Tarikh : 16 April 2011
Tempat : Sepang Circuit
Masa bermula : 7.40 malam


Ok, jom sama-sama kita berlari mengejar mimpi. eh, berlari sambil bersuka ria gitu. Nak buat team dengan aku, boleh hello-hello kat twitter tak pun facebook (klik link) Terhad pada 10 orang je. lebih kenalah buat team sendiri. Nak ajak ana raffali join sama lah. hihik. Jooooommm!!!

info pertandingan boleh lihat sini


pss : Tahukah anda dengan larian selama sejam anda boleh bakar kalori sehingga 700kcal?? Bercumbu selama seminit pula boleh bakar 5kcal!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

agak menarik tu...marathon..mesti jauh..agak2 aku semput nnt.haha

joegrimjow berkata...

@Puan Capa

5km xjauh sangat
40 lebih tu jauh. huhu

nisa berkata...

5.5km tu orait gak..xdela jauh sangat banding dgn 11km..kena bawak bekal makan tengah jln..hahaha

Cute Mommy berkata...

wah....nak larik 1km pon dok pikir 4-5-6 kali...kuikuikui

joegrimjow berkata...

@nisa

ada je kat perjalanan dieorang bagi

joegrimjow berkata...

@Cute Mommy

lol
camne nak hidup sihat ni
hehe

SayaAnonymous berkata...

nak bakar 500kcl kena bercumbu 100 min? penatnya..baik lari sejam...hhuhu

joegrimjow berkata...

@SayaAnonymous

kirenye macam tu lah
=)

zubaidah berkata...

mcm nk join tp x dop transport la pulak nk ke sne..isk3

joegrimjow berkata...

@zubaidah

bleh ikhtiarkan pergi sama2
;)

zubaidah berkata...

wah,nk provide transport ke? alhamdulillah..hehe

Unknown berkata...

hohoho. tak sempat 100 meter den dah pancit. bgehehehe

Roxy zai berkata...

final exam kot time tu..huhu='(

De Mois berkata...

Aku tertarik pada tahukah anda 2. haha
Cuba ini pula :
Babak standard dalam drama

Restu Supply berkata...

nak join tapi tenaga kureng..he...he..

Ezniey berkata...

x kuat lari laa...hehe

mesti kalah kalau masuk
best gak kan berkenalan dgn rakan2 blogger

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW