Share

Berita Blogger : Apa sudah jadi dengan Blogger kita?

1) Kita berada di Ranking ke 34!!

Gathering Besar yang akan di adakan nanti nampaknya peluang mendapatkan sponsor sudah 50/50. Agak kagum dengan pencapaian dari ranking 342 yang bertanding, kita sudah berada di tangga ke 34. Cepat, vote entry ini yang bertajuk 'When Blogger, Facebooker and Tweeple Meet Together' Tarikh tutup untuk vote hanya tinggal 2 hari lagi, 26 Oktober 2010. Pastikan kita menang bidaan ini untuk memudah dan melancarkan gerak kerja next Gathering nanti jangan lupa promote, post di wall facebook, twitter, buat entry di blog!!


misi hari ini, dapatkan top 5!!!


Link berkaitan



2) Denaihati dan Iphone 4

Dh yang memang glamer dengan contest yang menawarkan pelbagai hadiah menarik kali ini bermurah hati akan menganjurkan contest iPhone 4 jika dia menang satu contest yang mudah ini. Social Meter akan mengenal pasti adakah anda sangat suka bersocial di dunia internet. Dengan beberapa klik. anda boleh melihat prestasi anda. Siapa yang paling tinggi markahnya, dia akan layak memenangi Nokia C3. Yeah, siapa yang banyak follower twitter, kawan di facebook beribu2, boleh ikuti pertandingan ini. Jangan lupa untuk menolong dh untuk memenangi contest ini!


Link berkaitan




3) Pro Theme - Masa untuk vote!!!

Sekarang diadakan pertandingan untuk memenangi hadiah Pro Theme percuma. Ada beberapa blogger Malaysia juga masuk dan sehingga 28 ini, masa untuk vote!! Vote boleh hari-hari, tapi setiap hari satu vote sahaja. Tolong blogger Malaysia ini supaya orang luar tahu kehebatan kebersamaan kita. Nanti bila tiba masa kita, orang lain tolong kita balik. seorang boleh vote untuk banyak orang!

kita boleh tahu siapa yang sudah vote kita. thx u fahmiibrahim.com dan denaihati.com!


Link berkaitan



4) Takziah untuk Bro GTO

Kematian adalah satu yang pasti. Setiap yang hidup pasti akan mati. Dunia yang fana ini sememangnya tempat persinggahan sementara untuk mengumbil amal ibadah untuk kesana nanti. belum terlewat lagi untuk kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada arwah ayah bro eyriqazz yang baru sahaja meninggal dunia beberapa hari lepas. Semoga rohnya bersama dengan para Solihin

Link berkaitan



5) Contest dari Nuffnang

Macam biasa, bulan 10 hingga 11 begitu banyak contest yang nuffnang anjurkan. Walaupun tak pernah menang hadiah besar, tapi semangat untuk mengikuti contest dari mereka ini tidak putus2 diterima dari blogger kita. Tanda blogger kita begitu komited. Rasanya tak salah berblog apa-apa pun, tapi berblog dan dapat faedah darinya, lagi menguntungkan!! Jadi, ambil peluang ini untuk join contest nuffnang yang sungguh banyak!!

Link berkaitan

pss : pening banyak sangat? kata berita. hehe. jangan lupa vote untuk dapatkan sponsor kita ok

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Membezakan di antara Menegur Kerajaan dan Menyokong Pembangkang

Tahniah kepada kelantan yang berjaya menundukkan kehebatan kedah. Perlawanan terbaik di Piala Malaysia aku rasakan, sangat terhibur malam ni. Nampaknya bola sepak kita dah mengalami satu revolusi yang hebat. terus menyokong dengan mempamerkan sikap terbaik di tepi padang dan juga di depan tv =)



Final - Kelantan lawan Negeri Sembilan


*******

Entry ini hasil nukilan seorang kawan di Universiti Nottingham


Mahasiswa dalam negara dan luar negara selaku nadi negara mesti bijak dalam membezakan dua perkara yang dinyatakan di dalam tajuk di atas. Menegur pemerintah tidak sama maksudnya dengan bersetuju ataupun bersama-sama pakatan pembangkang. Kita anak muda adalah agen perubahan dan ada pengaruh dengan magnitud yang luar biasa. Justeru, sebarang keputusan yang diambil kerajaan mesti kita fikirkan dengan matang dan penuh hikmah. Jika keputusan yang baik diambil oleh kerajaan, kita wajar memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi, namun jika dirasakan ada cacat cela yang signifikan, luahkan buah fikiran anda, nyatakan pandangan anda dengan yakin dan penuh tanggungjawab.




Ingat, memberikan pandangan sebegini tidak semestinya anda bersama-sama barisan pembangkang!


Ini kerana pembangkang juga terbuka kepada kesalahan yang sama samada pada masa kini semasa menjadi pembangkang mahupun setelah memegang tampuk pemerintahan negara nanti. Namun apa yang penting di sini, di manakah NILAI pendirian anda?


Bangunan 100 tingkat


Bayangkan jika anda mempunyai wang sebanyak RM 5 bilion, ke mana anda mahu membelanjakan wang ini untuk pembangunan negara?


i) Menaik taraf sistem pengangkutan awam (LRT, KTM) di KL setaraf dengan TFL
ii) Membangunkan Pulau Langkawi sebagai Pulau Ikon sedunia
iii) Membina bangunan Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat
iv) Menghantar tambahan 5000 pelajar perubatan ke UK atau 50,000 pelajar perubatan ke Mesir
v) Membina lebih banyak sekolah berasrama penuh?


Perbincangan inilah yang membentuk asas kepada belanjawan negara, sebagaimana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri negara baru-baru ini. Dan cadangan ketiga telah diumumkan oleh Perdana Menteri negara. Apa pendapat kita selaku mahasiswa?


Antara hujah-hujah sokongan adalah;

i) Tanah ada value yang tinggi, jadi alang-alang nak bina bangunan, kena bina tinggi
ii) Jana ekonomi negara - tarik pelabur luar
iii) Peluang pekerjaan melalui pengagihan projek-projek
iv) Kita perlukan ikon negara maju


Manakala hujah-hujah balas pula adalah;

i) Subsidi akan dimansuhkan. Rakyat semakin sengkek..
ii) Berapa banyak gedung perniagaan di KLCC dimiliki bumiputera dan rakyat Malaysia pada hari ini?
iii) Rakyat memerlukan bonus dalam zaman kesempitan ini.
iv) Kos awal RM 5b, confirm naik punya, macam projek istana negara, atas 'sebab-sebab' tertentu.


Apa juga hujahnya, golongan yang berusia awal 20-an harus sedar, di mana NILAI pandangan anda? Adakan sekadar disimpan rapi di dalam peti, atau terkunci di dalam peti suara? Bahaskan dengan bijaksana. Ingatlah wahai mahasiswa sekalian, pandangan anda bernilai, dan hanya BERNILAI (VALUABLE) apabila anda suarakan.


Dan ingat, menyuarakan pandangan tidak semestinya anda menyokong pembangkang!


'Isu Rosmah' pula meyusul


Beberapa hari selepas pembentangan bajet negara, seantero negara gempar dengan aksi-aksi 'panas' semasa Islamic (Islamic?) Fashion Festival (IFF). Pelbagai NGO bangkit membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW dalam penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo 9 Ogos lalu. Rupanya ada pakaian yang membuka aurat dan terpampang nama 'Muhammad' secara terbalik di dada si peragawati.


Beberapa persoalan di sini;
i) Penggunaan nama 'Muhammad' ini sememangnya satu penghinaan, jika ia benar.
ii) Namun begitu, kalau dilihat dalam konteks yang lebih besar, penganjuran program seumpama ini juga sudah merupakan satu penghinaan besar. Walaupun namanya fesyen Islam, namun pemakaiannya langsung tidak Islamik! Ibaratnya kalau kita mahu menjual kereta Proton, namun kita iklankan di akhbar yang kita mahu menjual kereta Jaguar. Adakah tindakan kita itu adil?



Dalam hal ini, tanpa mengira siapa sekali pun yang bersalah, mahasiswa wajar mengambil tahu akan apa yang berlaku, dan suarakan teguran anda. Bagi yang beragama Islam, apabila cara hidup anda dihina, anda wajib bangkit mempertahankan dan menegur kesilapan yang ada. Dan bagi yang bukan Islam, apabila ada agama lain yang dihina, atas semangat 1Malaysia, kita mesti bersama-sama bersatu dalam membetulkan kesilapan yang telah dilakukan, demi kemaslahatan bersama.


Wahai mahasiswa, jangan ragu-ragu menyatakan NILAI pendirian anda.


Zaman sekarang kita ada blog, media alternatif, akhbar tempatan dan medan sosial maya seperti Facebook. Nyatakan pendapat anda dengan penuh hikmah dan beradab serta penuh ikhlas.


Dan menyatakan pendirian anda tidak semestinya anda menyokong pembangkang. Anda sebenarnya menyokong jati diri anda!


******


Penulis Jemputan : Mohammad Firdaus Abdul Rahim

Pelajar jurusan perubatan di Universiti Nottingham ini merupakan senior (lain universiti) yang memang banyak ilmu agamanya. Sebagai salah seorang 5 founder iluvislam, sememangnya penulisan dia sangat bernas. Pernah berjumpa beberapa kali di Notts dan juga di Sheffield, penulisan tak semesti sama dengan orang di luar. hehe, maksud tak sama di luar kadang2 tak matang bila berjumpa sesama geng. mungkin kahwin akan membuatkan dia jadi sebetulnya matang =)

keep writing daus, keep inspiring others!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Sponsor untuk Next Gathering!!

Menangi Hadiah RM 10 000

Aku ni kalau bab-bab gathering ni, memang sangat suka. Hari tu dah nak give up dah tak nak buat gathering dah, tapi sebab takde pulak dengar suara-suara yang nak sambung gathering besar ni, kenalah jugak buat. Masalah utama selain sibuk adalah duit. Betul, walaupun korang tak sponsor apa-apa untuk gathering, sebagai penganjur memang akan keluar jugak duit. Beli itu beli ini, sewa itu sewa ini. Mungkin sebab tu ramai yang tak nak buat kot. Nak mintak bayaran dengan orang yang datang? nanti kena cop buat gathering sambil buat duit. duuuhhh



Terima kasih pada DiGi

Mereka ada jalankan satu contest yang akan memberi RM 10 000 kepada 'youth' yang datang dengan idea yang menarik untuk adakan apa-apa aktiviti bersama kawannya. Ni macam mengantuk disorongkan bantal la ni, apa lagi, terus aku masuk! Jadi, jika korang nak join gathering besar ni, tak nak join pun kena jugak vote, sila ke page ini dan vote entry yang aku tulis ni






Terima kasih pada mr kay, fiq dan juga rafiqah yang menghantar gambar. syarat dia ada macam-macam dan antaranya kena tangkap gambar dengan kawan. celah mana nak kumpul blogger jauh-jauhkan, jadi suruh send tru email je lah dan ku cantum2 dan jadilah gambar atas.



Sedikit mengenai Gathering

Kali ini akan dibuat gathering yang besar punya. Perancangan aku dalam bulan 12 atau 1 ni, nak cari sponsor semua bukan senang ok, jadi kalau menang duit ni, senang sikit nak buat gathering. Kali ni nak lebihkan horizon kepada bukan sahaja blogger, tapi boleh jumpa sekali dengan kawan twitter, facebook. menarik kan? hari ni pun ada gathering kat TTDI yang kumpul tweeple ni, untuk next gathering ni, kita buat besarrrrr punya. Bagi impak kepada masyarakat dengan gathering. update penuh nanti aku akan cerita, sekarang ni kena menang dulu!



Mengenai contest DiGi

Menang sangat menarik dan jarang ada company yang sanggup bagi duit untuk buat program kepada remaja ni. ni yang sayang lebih kat DiGi ni =) ok, contest ni diadakan 6 peringkat, 6 minggu, jadi ada 6 pemenang. satu minggu satu pemenang. minggu pertama start pada 20-26 oktober. minggu2 seterusnya korang boleh check sendiri. so, sesiapa yang ada idea menarik dengan kawan2, boleh join jugak. tapi join lah next week2 punya, sebab minggu ni kita fokus pada event ni dulu. dia ada cakap, boleh hantar sebanyak mana event, so bila korang dah vote yang proposal ni, still boleh join jugak next week!



Apa korang boleh tolong?
  • Promote link ini (http://t.co/p2UNc2U) di blog dengan buat entry khas cerita sedikit sebanyak pasal pencarian sponsor ni, ni memang untuk cari sponsor untuk event KITA
  • Promote link ini (http://t.co/p2UNc2U) di twitter atau facebook suruh kawan-kawan vote
  • Di link ini (http://t.co/p2UNc2U) ada 'post to my wall', sila klik situ untuk share (mudah!)
  • Semua tak sempat, klik link ini dan vote untuk diri sendiri!

-Tajuk proposal itu adalah when blogger, facebooker and tweeple meet together-


Ingat, voting period sehingga 26 Oktober pukul 7 malam sahaja, jadi kita kena cepat!
(Korang nak copy paste entry ni pun aku tak kisah, terdesak nak cari sponsor ni!)



Bayangkan kalau semua blogger yang datang hari tu vote, dah sah sah dapat sponsor dengan mudah ni. Jom sama-sama support untuk adakan Gatherning terbesar ini =)


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW