Tahniah kepada kelantan yang berjaya menundukkan kehebatan kedah. Perlawanan terbaik di Piala Malaysia aku rasakan, sangat terhibur malam ni. Nampaknya bola sepak kita dah mengalami satu revolusi yang hebat. terus menyokong dengan mempamerkan sikap terbaik di tepi padang dan juga di depan tv =)
Final - Kelantan lawan Negeri Sembilan
*******
Mahasiswa dalam negara dan luar negara selaku nadi negara mesti bijak dalam membezakan dua perkara yang dinyatakan di dalam tajuk di atas. Menegur pemerintah tidak sama maksudnya dengan bersetuju ataupun bersama-sama pakatan pembangkang. Kita anak muda adalah agen perubahan dan ada pengaruh dengan magnitud yang luar biasa. Justeru, sebarang keputusan yang diambil kerajaan mesti kita fikirkan dengan matang dan penuh hikmah. Jika keputusan yang baik diambil oleh kerajaan, kita wajar memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi, namun jika dirasakan ada cacat cela yang signifikan, luahkan buah fikiran anda, nyatakan pandangan anda dengan yakin dan penuh tanggungjawab.
Ingat, memberikan pandangan sebegini tidak semestinya anda bersama-sama barisan pembangkang!
Ini kerana pembangkang juga terbuka kepada kesalahan yang sama samada pada masa kini semasa menjadi pembangkang mahupun setelah memegang tampuk pemerintahan negara nanti. Namun apa yang penting di sini, di manakah NILAI pendirian anda?
Bangunan 100 tingkat
Bayangkan jika anda mempunyai wang sebanyak RM 5 bilion, ke mana anda mahu membelanjakan wang ini untuk pembangunan negara?
i) Menaik taraf sistem pengangkutan awam (LRT, KTM) di KL setaraf dengan TFL
ii) Membangunkan Pulau Langkawi sebagai Pulau Ikon sedunia
iii) Membina bangunan Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat
iv) Menghantar tambahan 5000 pelajar perubatan ke UK atau 50,000 pelajar perubatan ke Mesir
v) Membina lebih banyak sekolah berasrama penuh?
Perbincangan inilah yang membentuk asas kepada belanjawan negara, sebagaimana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri negara baru-baru ini. Dan cadangan ketiga telah diumumkan oleh Perdana Menteri negara. Apa pendapat kita selaku mahasiswa?
Antara hujah-hujah sokongan adalah;
i) Tanah ada value yang tinggi, jadi alang-alang nak bina bangunan, kena bina tinggi
ii) Jana ekonomi negara - tarik pelabur luar
iii) Peluang pekerjaan melalui pengagihan projek-projek
iv) Kita perlukan ikon negara maju
Manakala hujah-hujah balas pula adalah;
i) Subsidi akan dimansuhkan. Rakyat semakin sengkek..
ii) Berapa banyak gedung perniagaan di KLCC dimiliki bumiputera dan rakyat Malaysia pada hari ini?
iii) Rakyat memerlukan bonus dalam zaman kesempitan ini.
iv) Kos awal RM 5b, confirm naik punya, macam projek istana negara, atas 'sebab-sebab' tertentu.
Apa juga hujahnya, golongan yang berusia awal 20-an harus sedar, di mana NILAI pandangan anda? Adakan sekadar disimpan rapi di dalam peti, atau terkunci di dalam peti suara? Bahaskan dengan bijaksana. Ingatlah wahai mahasiswa sekalian, pandangan anda bernilai, dan hanya BERNILAI (VALUABLE) apabila anda suarakan.
Dan ingat, menyuarakan pandangan tidak semestinya anda menyokong pembangkang!
'Isu Rosmah' pula meyusul
Beberapa hari selepas pembentangan bajet negara, seantero negara gempar dengan aksi-aksi 'panas' semasa Islamic (Islamic?) Fashion Festival (IFF). Pelbagai NGO bangkit membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW dalam penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo 9 Ogos lalu. Rupanya ada pakaian yang membuka aurat dan terpampang nama 'Muhammad' secara terbalik di dada si peragawati.
Beberapa persoalan di sini;
i) Penggunaan nama 'Muhammad' ini sememangnya satu penghinaan, jika ia benar.
ii) Namun begitu, kalau dilihat dalam konteks yang lebih besar, penganjuran program seumpama ini juga sudah merupakan satu penghinaan besar. Walaupun namanya fesyen Islam, namun pemakaiannya langsung tidak Islamik! Ibaratnya kalau kita mahu menjual kereta Proton, namun kita iklankan di akhbar yang kita mahu menjual kereta Jaguar. Adakah tindakan kita itu adil?
Dalam hal ini, tanpa mengira siapa sekali pun yang bersalah, mahasiswa wajar mengambil tahu akan apa yang berlaku, dan suarakan teguran anda. Bagi yang beragama Islam, apabila cara hidup anda dihina, anda wajib bangkit mempertahankan dan menegur kesilapan yang ada. Dan bagi yang bukan Islam, apabila ada agama lain yang dihina, atas semangat 1Malaysia, kita mesti bersama-sama bersatu dalam membetulkan kesilapan yang telah dilakukan, demi kemaslahatan bersama.
Wahai mahasiswa, jangan ragu-ragu menyatakan NILAI pendirian anda.
Zaman sekarang kita ada blog, media alternatif, akhbar tempatan dan medan sosial maya seperti Facebook. Nyatakan pendapat anda dengan penuh hikmah dan beradab serta penuh ikhlas.
Dan menyatakan pendirian anda tidak semestinya anda menyokong pembangkang. Anda sebenarnya menyokong jati diri anda!
******
Penulis Jemputan : Mohammad Firdaus Abdul Rahim
Pelajar jurusan perubatan di Universiti Nottingham ini merupakan senior (lain universiti) yang memang banyak ilmu agamanya. Sebagai salah seorang 5 founder iluvislam, sememangnya penulisan dia sangat bernas. Pernah berjumpa beberapa kali di Notts dan juga di Sheffield, penulisan tak semesti sama dengan orang di luar. hehe, maksud tak sama di luar kadang2 tak matang bila berjumpa sesama geng. mungkin kahwin akan membuatkan dia jadi sebetulnya matang =)
keep writing daus, keep inspiring others!
31 ulasan:
ohhhh.. penuh berinformasi.... mane satu pilihan terbaik ya...
ada sesetengah orang mempunyai pemikiran stereotype, asal menolak apa-apa tindakan oleh kerajaan je, terus dicop menyokong pembangkang.
kita menegur, menolak sesuatu kerana kita rasakan benda tu tak mendatangkan faedah. itu namanya menilai. kalau asal menilai je, terus dicop menyokong pembangkang, alamatnya tak ke mana la mahasiswa/siswi kita lepas ni.
mahasiswa/siswi punyai kemampuan untuk menyuarakan pendapat yang bernas dan bernilai. kalau pendapat mereka ni disimpan dalam hati je, macam mana nak majukan malaysia? nak harapkan ahli politik yang korup je untuk bersuara, habis lah kita.
mudahnya begini..
asal menegur kerajaan,memanglah terang - terang di cop sokong pembangkang..
pastu ugut - ugut dengan ISA la,bla,bla.
pastu main sentimen agama,tambahan plak kalau kita kerajaan or semi ker or asal berkait dengna kerajaan la..
ayat generic:
'wei,tak baiklah ko kutuk kerajaan,ko kan keje gomen.dia yg bayo gaji,bla,bla,bla..."
ni samalah mcm kes kat penang,si kopet tu bg duit tpi hak merah putih kata duit haram,judi,bla,bla...
tapi camner yerk?!
hasil satu malaysia pun genis dgn stout kat seberang bangunan avon kat federal highway tu kan gomen kutip cukainya kan?!
cukai tu gi kemana?
bukan ker dlm al quran ade sebut,pembawa,pembuat,penarima dan peminum arak tu haram.
apetah lagi makna hasilnya..
tu yg aku cam pelik.
yerlah,aku ngaji tak tinggi.
sekolah darjah 6 diraja jer..
#aku suke ko buat n3 radikal dik.
lagi bagus dari n3 ko pasal benda lain yg merapu meraban..
nak komen tapi kang kena cop plak.. takpe la kalau lepak2 ngeteh bolehla bagi komen sini tak berani dong
@Sidratul Muntaha
=)
menarik...
tapi memang betulpun.
kita tak berpihak kepada mana2 parti tapi kita berpegang pada jati diri sendiri.
logik akal kita yang trigger bila nampak sesuatu yang kita rasa tak betul.
beTuL ker hari ini membenarkan kiter memberi komen secara terbuka..?
betuL tiada tidakan yg akan diambiL sekiranya mengkritik kerajaan..?
sebenarnya.. poLitik,pembangunan,parti tidak kotor.. yg kotor,oTak,akaL serta perut 'mereka' yg ehem2... hahhahaha
@mR Gee.!!
realiti yg sangat perit nak telan
kebenaran itu pahit...
susah kan bagi pandangan...
saya pernah berbicara dengan mak saya tentang ketidakpuasan saya terhadap kementerian pelajaran..(mak cikgu)..
dan semestinya mak saya tahu saya ada blog..
then beliau cakap..
"abe..jange tulih kokse kat blog..." (berkenaan pandangan terhadap kementerian pelajaran..tak puas hati sikit la)
***
susah kan? luah sikit masuk dalam la gamatnya....
@Amir Izzat
persepsi biasa la tu. yang tahu kena lah slow cakap tentang kebenaran
@joegrimjow
sbb tuh aku suka Layan mentera beradu.. skit sebanyak.. ade reLevan ngan fenomena kita hari nih...
Bagus sekiranya mahu menegur terutamanya kerajaan. Dalam islam pun cara menegur mestilah beradap dan berhikmah.
sebagai anak muda yang celik IT, sudah pastinya senang untuk mencari maklumat di alam maya tetapi ianya mestilah dinilai dan ditapis adakah benar maklumat yang diterima.
Contohnya kes fesyen islam dimalaysia yang berlangsung baru-baru ini. Benarkah gambar yang dipaparkan dengan nama nabi muhammad saw dibaju itu secara terbalik atau sebaliknya? Benarkah model memakai pakaian seperti itu di Kuala Lumpur dan bukannya Monte Carlo ataupun Jakarta?
Apakah dengan menyiarkan semula artikel malaysiakini dikatakan menyokong pembangkang?
Orang muda mestilah pandai mencari info dan membandingkannya untuk melihat kebenarannya.
Dengan melihat di malaysia kini ataupun blog2 penentang kerajaan, kita begitu cepat menghukum tanpa melihat blog2 pro kerajaan, menyebabkan kita tergelincir untuk melakukan timbang tara yang adil dan gagal melihat kebenaran.
Yang pastinya dalam mencari kebenaran dan keadilan, kita mesti mendengar kepada kedua-dua pihak.
for those yg tak suka berpolitik, saying yang politik tu sgt kotor, komen sket. sbb saya menyampah nak komen sal ni lg.
@kawie2020
nampak point dan bersetuju ngan kawie.
-tapi.. dlm situasi hari ini..
yg mengkritik di anggap penentang..
yg bersuara dianggap mengugat ketentraman.
yg xmenyokong dianggap pro pembankang.
sudah nyer ISA.. reman.. mengancam keseLamatan negara..
sebagai sorg anak muda yg xmahir iT.. saya mengeLintar nama2 besar dlm dunia cyber yg bercakap isu politik negara kiter baik yg pro atau kontra.. tapi yg kontra(yg mendedah kan mende yg benar)..
dpanggiL beri keterangan,direman,ISA..
mencari kebenaran dan keadiLan adaLah mesti. tetapi sekiranya ia nya ditidak kan oLeh pihak tertentu..ape lagih yg tinggaL.?
maaf.. terLebih sudah...
@Mr Gee..
Saya juga setuju dengan kamu.
sy x rasa kalau x bersetuju dengan kerajaan adalah penentang. tetapi kalau copy paste dari blog atau web yg pro pembangkang, dan diletakkan di blog kita, maka ramai yg akan cop kita sebagai pembangkang.
sebagai anak muda yg celik it, sepatutnya kita mengulas artikel yg menentang atau menyokong kerajaan itu dari perspektif kita sendiri setelah membuat research seperti mendengar dari kedua-dua pihak. Kegagalan berbuat sedemikian akan dikatakan memihak.
setiap penulis mestilah bertanggungjawab terhadap penulisannya. Berapa ramai yg ditangkap ISA kerana menyebarkan fitnah di blog? dah research statistik berapa ramai yg sudah ditangkap dek ISA?
dipanggil beri keterangan bukanlah satu kesalahan tetapi adalah tanggungjawab seorang rakyat apabila diperlukan untuk berbuat sedemikian. Di US, rakyatnya tidak segan atau menangguh bila dikehendaki ke balai untuk memberi keterangan.Kerana itulah peluang mereka berkhidmat untuk negara dan peluang untuk menjelaskan segala2nya.
Isunya, x bersetuju dengan kerajaan tidak boleh dikatakan penentang kerajaan tetapi cara menegur dan mengkritik isu boleh mencerminkan dimana anda berpihak.
kita perlu tunjukkan bagaimana orang muda menganalisa dan mengulas sesuatu isu dan bukannya hanya copy paste sesuatu isu...
yup2 penulisan die sgt2 bernas....seyes lengkap padat ...xkesah la kerajaan or pembangkang yg penting 1 je...tetap pendirian pd agama!! tu yg sgt penting
lg satu....pemimpin juga amat penting kerana dia yg mencorak negara....jika goyah begini....masuk cmpur isterinya pula rase mcm kepimpinan dia bercelaru!!! rakyat xpuas hati!
wah bernas sungguh akal fikiran..
ALL IN ONE
kecian rosmah. pertunjukan busana muslim kat monaco beliau yang kena. pertunjukan kat kuala lumpur, takde sapa plak nk bagi credit.
kaki spin/fitnah... adoyai. kesian!
tanggungjawab kerajaan semakin berat...sepatutnya mereka perlu berhati-hati membuat keputusan...
Good post.
@GreenLava
from my friend
@ET
penaung, pandai nak buat pandai kena tanggung
@nadey
isteri pemimpin sepatutnya duduk di rumah buat makanan untuk suami
@kawie2020
org yang membaca pun pelbagai persepsi, lagi susah klu selit skit je, terus dicop
@Farihah Ahmad
dlu dah komen. ada kat entry anak muda marilah berpolitik
@kawie2020
IFF tu dibuat di monte carlo dan RM ada penganjur. sumber web PM. klu baca post ku dulu, ada link disertakan
terbaek la en joe..bila baca, buat sy bnyak berfikir...tqvm
good post. :) tapi, betul ke skrg ni boleh menulis secara terbuka?
what about demonstration online yang sekarang ada dekat FB psl say no to mega tower? yela, ramai yg takot nak click yes sbb takot kene cop kritik gov.
do be afraid, speak out your mind, but speak clearly!
i mean "dont", sorry
islamic ke, arabic yang lebih tepat? tak ada ciri islamic fashion langsung. middle eastern fashion, ya.
Catat Ulasan