Share

menghargai orang yang patut dihargai

(klik play untuk penghayatan sejati)



hari itu desktop terpaksa dihantar ke kedai untuk dibaiki. terpaksa ke libry untuk baca entry yang telah dihantar. ingat lagi hari itu adalah pagi pukul 8 waktu malaysia ku mula membuka. baca entri ini yang pertama. tak sangka dia yang pernah bertemu beberapa kali semasa cuti summer hari itu adalah orang pertama yang hantar penyertaan. terkejut dengan entry yang tersangat kreatif dan baca komen yang telah dihantar pun rata2 mengatakan tersangat kreatif. ya itu tersangat kreatif. keluar tv aku ya?



banyak gambar! ya, entry dari gadis ini yang disertakan gambar yang diedit begitu menarik untuk dilihat lama lama. kreatif gambar yang dihasilkan itu. seterusnya entry cikgu macho ini yang telah memberikan aku satu biji kek yang sangat comel. haha. ingatkan perempuan yang bagi, lelaki pun lelaki lah. hehe. terima kasih pada entry yang dihasilkan



ke empat dan seterusnya



pantun yang nyata tak kering gusi membaca ini adalah entry dari mak su. dah lama tak berpantun dan kehebatan aku berpantun pun sudah lama hilang. entry mak su ini membuat diri terkenang dulu2 yang cukup suka berpantun. tak lupa juga entry ini yang bijak memancing aku dengan gambar aku yang tengah memancing. haha. gambar ni fresh lagi. hebat si penulis ini! video yang diambil dari youtube ini oleh cik adik ini juga buat senyuman aku bertambah lebar. haha. serius comel!



terharu dengan entry ini yang semua lengkap! gambar, cerita dan VIDEO. mantap! memang entry ni antara entry feveretku, huhu, part video tu yang anaknya nyanyi 'uncle joe' tu memang tergelak ku melihatnya. thx u. baju yang dihadiahkan oleh cik lin juga tak kurang menariknya. ahaa, hadiah pertama yang ku dapat. comel hadiah tu


comey baju ni, thx ya cik lin


entry english ini memang hebat gaya bahasanya. mudah tapi mendalam maknanya. terima kasih banyak2! cerita bagaimana dia mahu hantar hadiah kepada aku dalam entry ini sangat lucu. penceritaan slumber dari adik manis ini buat aku ingat mati2 hadiah ni akan sampai. haha. good job! cik alie!!! haaa, dia antara blogger yang lama ku kenal. tapi biasalah, terputus agak lama. nasib baik dia buat entry ini dan ku dapatlah ikuti perkembangannya balik. nicee kan ;)



aduka datang lagi dengan entry ceritanya. panjang tapi berbaloi untuk dibaca, humor yang mantap. auww, i tak gay ok. time kasih banyak2

saya bukan gayyyy



gambar lelaki kuning berseluar merah oleh entry ini betol2 buat ku tergelak. terharu sebab semakin ramai yang join ni. ringkas tapi sangat bermakna dari entry ini juga ku rasa antara entry yang kretif dihasilkan. pendek pun tapi sanggup lagi nak masuk. entry cik zara memang tidak menghampakan! macam biasa, ketinggian bahasa yang digunakan olehnya, cukup buat diri ini kagum membacanya



budak kecik dengan entry yang sunnguh comel ni buat ku tergelak besar. lucu tapi hati ini tidak terelak untuk terharu dengannya. thx ya dik. cik ili dari kent juga join dan ini membuat diri bertambah terharu. kawan matrx yg tak pernah bertegur sapa dan sesudah sampai kat sini baru bertegur sapa. terkenang balik baca entry ini yang dia tulis. cukup untuk klik sini untuk melihat entry video yang dihasilkan oleh adikku sorang ni. lagu best dan kata2 nasihat itu ku akan ambil untuk iktibar


diambil dari blog cik farhana



cik farhana memang serius best entrynya. gaya penceritaan sampaikan aku sendiri ada part yang dah lupa. nilai persahabatan inilah yang ku cari. tak lupa juga entry yang memperkenalkan begitu banyak gadis gadis ini juga bertambah lebar senyuman terukir. sungguh best! erkk, im not single ok. heee


disuruh pilih mana satu, ku pilih tanah =)



GTO juga buat entry khas ini. sanggup cemar keotaiian blogger dengan join contest ku ini. time kasih! cik sarah yang entrynya disini menceritakan dengan panjang lebar perihal diriku. haha, ok lah tu, betol la tu kisah pokok dengan tanah. ku senyum je la ;)



entry ini yang menggunakan tumblr dengan disertakan gambar2 aku memang menarik. tertarik teh tarik gitu. walaupun adik amru ini baru je kenal dan kenal pun didunia blog, kesudian dia untuk join sama betul2 buat ku terharu. ahaa, keluarga amru ni bagus2 semuanya. tak lupa juga entry cik azfar. platform webs yang digunakan. mantap!


cik adik manis ni dendangkan petikan gitar dalam entrynya ini. mula kata ringkas sahaja tapi kalau dah ada video khas, bukan ringkas dah ku rasa ni. mekasih banyak2. ok dah tu main gitar, best2. seperti yang dijanjikan oleh cik uniqika, entry paling last ku terima. dengan tema budak2 kecil yang comel dengan dialog yang sungguh cute memang menamatkan contest ini dengan senyuman cukup lebar yang ku ukirkan. terima kasih semua!


yang didakwanya sama macam aku =)



pemenang?


semuanya pemenang! tapi disebabkan ku perlu berikan hadiah makan malam ini hanya kepada seorang, terpaksa juga umumkan. memang sakit dan susah nak umumkan ini tapi ku harap semua berpuas hati. percayalah, yang lain ada masa, kita boleh luangkan masa sama2 sambil sembang2 bila ku balik summer nanti. nak sangat jumpa kesemua ni. kepada pemenang, anda boleh pilih untuk ajak kawan anda untuk join sama. kalau blogger lagi bagus. kalau lelaki, kita lepak2 macam orang macho, kalau perempuan, akakku akan teman jika yang datang itu hanyalah seorang.


siapa?


akan diumum jam 2222 ini waktu malaysia. 10.22 malam dan waktu uk adalah 3.22 petang. masa tu ku kelas, takpe, buat schedule post. ku akan copy paste dalam blog ini entry pemenang itu dan selepas balik kelas, boleh kita sembang dalam ym atau facebook. harap dapat keizinan dari tuan blog la ya


tungggguuuuuuu..... =)


pss : korang klik tak kesemua 26 link kat atas ni? oppps terlupa, akak jard juga buat entry ini sempena besdayku. sweet je. hakhak ;)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

fenomena ADAMAYA di flat b, 82 brunswick

baru je habis melihat adamaya di website tv3 dari episod 1 hinggalah 11. malam ni akan diupdate dalam website itu episod 12 yang mana aku rasakan 'bla bla bla bla' ok, bab cerita drama di tv3 ni, sebenarnya kita boleh agak macam mana ending ceritanya. yang paling sadis, nenek aku selaku peminat drama tv no1 siap boleh teka apa ayat yang boleh di cakap oleh pelakon. haaa? nampak tak betapa 'tidak bestnya' drama drama tv ni? tapi untuk cerita adamaya ni, ada sedikit kelainan plot cerita. kemungkinan endingnya juga di luar pemikiran kita? mungkin...



disebabkan blog ni hari tu duk cite pasal adamaya dan juga classmate aku tak sabar sabar nak menunggu hari isnin tiba sebab nak tengok adamaya dan housemate aku pun pasang speaker kuat kuat dalam bilik layan cerita adamaya dan paling penting, lisa surihani adalah salah seorang artis yang aku follow twitternya (takde kaitan) jom kita tengok, kenapa cerita ni mencetuskan fenomenanya di flat b, 82 brunswick.



!) plot yang lain dari lain

tak dinafikan adamaya bukan cerita pertama yang membawa plot kahwin atas pilihan keluarga dan juga cinta lepas kawin, tetapi dengan unsur humor yang dimasukkan oleh pengarah menjadikan cerita ini best untuk ditonton. erkk, walaupun ada yang tersangat 'boring' lawaknya, tapi masih boleh senyum melihatnya.



!!) pelakon yang hebat dan comel

dalam cerita ni aku lebih sukakan lakonan adam. menjadi! kalau aku compare dengan farid kamil dalam cerita im not single, perghh, jauh best si adam ni. erk, nama sebenar dia ape ek. syed hussein ke apa. memang lelaki tu berjaya memainkan peranannya. lisa surihani pulak, sebab dia comel dan menjadi kegilaan lelaki misteri unikl micet ni, membuat lakonannya pun kena dengan wataknya. lebih sukakan lakonan dia di im not single berbanding cerita ni, takpe, itu hanya tuntutan jalan cerita. layan je la. mantap2. 2 2 ni mampu pergi lebih jauh lagi ni!




!!!) scene yang romantik kena dengan jiwa


jarang cerita melayu tak kira drama atau filem ada scene yang romantik yang boleh dikatakan hebat. adamaya ni tergolong dari golongan yang berjaya membuat suasana romantis ini menjadi! ada 2 part yang aku ingat, pertama time adam cium rambut maya sebelum dia nak pergi kerja. ooh, muka maya yang tercengang dan faktor muzik berjaya membuat sesiapa yang dilamun angau ni tersenyum lebar. kekeke. satu lagi masa proses 'nak buat anak' walaupun agak lucu sebab candle light dinner hanya makan mee goreng mamak, tapi suasana romantis yang dicipta cukup mempersona. menambah lagi romantis macam mana adam dan maya ini malu2 untuk memulakan 'aktiviti sepatutnya yang dilakukan' adam letak tangan, atas bahu dan maya alihkan dan adam buat muka tak puas hati dan akhirnya maya tewas dengan desakan asmara dan akhirnya..... hehe ;)



!!!!) cerita yang kena dengan jiwa masyarakat kita

soal kahwin kemudian bercinta, isteri curang dalam perkahwinan, wanita 40an kahwin dengan lelaki 20an, kahwin masa belajar adalah antara tema yang diterapkan dalam cerita ini, rasanya ini menjadi keyword untuk kejayaan cerita adamaya ini sebab keempat empat jalan cerita yang ditonjolkan ini kena dengan jiwa masyarakat kita. bukan hanya sebab yang mengalaminya, tapi disebabkan juga ada kenalan yang pernah kena dan menarik minat untuk menontonnya di filem. syabas kepada david teo selaku penerbit dan juga hashim rejab sebagai pengarah. betul ke ni?





******
adamaya 2 bakal manampilkan plot cerita yang lebih rumit. ada pelakon baru yang akan berlakon!
******


sinopsis adamaya 2

setelah adam membuat tindakan bodoh dengan meminta adam menceraikannya, adam terpaksa melafazkan talak kepadanya. amani anak mereka di bawah jagaan adam. dani yang kegembiraan telah membawa maya ke UK untuk berbulan madu. sampai disana, satu kemalangan telah berlaku dan meragut nyawa dani. seorang jejaka yang tengah memancing melayan perasaan yang menyaksikan kemalangan itu sempat menyelamatkan maya. maya hilang ingatan dan apabila dia mencelikkan matanya, dia jatuh hati pada jejaka yang menyelamatkannya itu, maka, berbahagialah mereka berdua. tamat cerita. jejaka itu adalah





























mungkin gaya ini membuatkan maya terpikat??



psss : dah takde title presiden dah. bersara untuk kali ini.

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

AGM : sudah selesai!

AGM sudah habis. tahniah kepada semua yang menang untuk exco yang baru. erkk, full update kemudian, penat, nak bergambar dulu!!! yeaaahhh! layan video penutup. amacam, laju tak?







pss: tengah blanje komiti kat k-pasa. doakan SMSA terus maju ;)


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW