Terima kasih kepada fan page Kelantan FA yang update begitu banyak aktiviti pada hari semalam yang berlaku di area Kelantan. Pelancaran kelab peminat khairul fahmi, @najibrazak datang ke kelantan dan pelancaran tahun melawat Kelantan dan.......... Ceramah Ustaz Azhar Idrus!
![]() |
| sampai2 je, orang dah penuh! |
Excited : 1st Time
Sebenarnya sebelum ni aku tak pernah lagi untuk menghadirkan diri ke ceramah ustaz ni. Walaupun selalu ikuti kat youtube dan facebook tapi tak pernah nak bersua muka. banyak sebab tak jumpa tu, kekangan masa. So semalam tu, memang sangat beruntung sangat sebab akhirnya boleh jugak jadi antara yang pernah pergi ke ceramah UAI
Layan 2 3 keping gambar dulu dari fb UAI
Pendapat aku
Cara UAI kendalikan ceramah dia memang berbeza dari ceramah atau kuliah yang aku ikuti kat mana-mana. Semalam yang jadi MC nya bob lokman, jadi memang tak kering gusi jugaklah dengan celoteh bob lokman ni. Dah bagi ceramah yang umum mengajak orang 'amar makruf nahi mungkar' terus ke part untuk tanya soalan. Bab tanya soalan pulak, memang soalan general, sesuai dan cukup dekat dengan kehidupan kita. takde yang advandce-advance sangat. Cara UAI jawab pulak bersahaja, padat dan ada lawak jenaka yang diselit.
Walaupun aku berdiri masa ceramah tu - sebab kat bahagian perempuan, segan pulak nak duduk kan? - dengar ceramah yang sejam lebih tu cukup kejap rasanya. tulah orang kata keistimewaan ceramah UAI dan kalau kita tengok, memang setiap tempat penuh dengan manusia yang dahagakan rancangan ilmu macam ni. Tahniah ustaz, nanti datang lagi ok =)
pss : selamat berhujung minggu!




