Share

Disebalik kejayaan Khairul Fahmi Che Mat

Khairul Fahmi adalah produk Kelantan FA.. Dilatih oleh coach keeper Ismail Chaiwailit sehingga menjadi pemain bintang Malaysia ketika ini. Dari seorang bekas gk peringkat umur, Apek dirijek oleh coach Malaysia u19 sehingga balik ke Kelantan tanpa mempunyai apa2..

Kelantan mengontrakkan pemain ini utk Piala Presiden ttp langsung tidak menunjukkan persembahan cemerlang.. namun Ismail tetap fokus mengajar APek dr segi ketahanan, kekuatan, mental, fokus utk game2 sehingga membuka mata coach TRW serap dalam team first game senior vs T-Team dimenangi Kelantan 1-0..

Selepas itu Apek mula bermain dengan cemerlang dan menjadi pilihan no1 dengan Syed Adney dan Shahrizan Ismail kehilangan tempat. Pernah kedengaran kata2 dr peminat Kelantan di Stadium. Gk mari mano ni, aii x yakin aku gakk kalu keeper ni, bodo doh la, bakpo g msk apek.. tp dia menepis segala komen tersebut sehingga menjadi pujaan peminat pada perlawanan sterusnya.

Selepas dipanggil Malaysia, dia menjadi pilihan utama Raja pada AFF selepas Sharbinee tidak diyakini membawa Malaysia muncul juara.. Balik Malaysia, Coach Keeper Harimau Malaya naik nama kerana melatih Apek sehingga brjaya.. mana jasa dan hak Ismail selaku coach keeper apek di Kelantan sehingga terpilih kedalam skuad Malaysia..

sumber : facebook trwarrior



Ambik pengajaran yang positif
  • Selaku pemain, jangan penat bermain sehinggalah jadi yang terbaik
  • Selaku jurulatih, jangan penat melatih sehingga anak didik menjadi yang terbaik


pss : petang ni ke Kuala Terengganu, jom meet up meet up malam ni jom

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Pengalaman membeli Toyota Prius. Joana dah ada Jenny!!

Ayah aku dulu memang bila dah habis bayar kereta, dia akan tukar kereta baru. Katanya, kereta ni lama sangat akan jadi mahal maintenance die. Daripada habiskan duit tukar ni tukar tu, baik beli kereta baru. Jual kereta lama dan buat bayar muka untuk kereta baru. Itulah petua yang ayah aku beri dan sampai sekarang ahli keluarga aku yang lain praktikkan. Ayah aku hanya cikgu biasa, hidup dalam keluarga sederhana kenalah merancang duit dengan bijak. kan?


Kereta Hybrid

Pertama kali aku naik hybrid car ni semasa di UK. Masa tu abang postgrade bawak aku ke London misi mencari Joana. Memang kagum, sebabnya aku rasa kereta pakai bateri ni memang tak pick up, tapi kereta dia tu, dengan bayar duit minyak 25 pound, bleh pergi dari Sheffield - London - Sheffield. Sungguh jimat plus kereta tu sangatlah pick up. Aku tak ingat dia pakai toyota punya ke atau honda, yang pasti memang kereta hybrid ni aku mesti angkut masa kat Malaysia


Tapi dah beli joana, kenalah tunggu waktu lain nak angkut hybrid car....

Kebetulan kereta Vios dah habis bayar, memang bagai orang mengantuk disorong bantal lah. Oh, kereta tu mak aku yang punya tapi sebab aku je yang selalu dengan dia, memang kena racun beli kereta hybrid la. masa tu dalam pemerhatian antara Insight - keluaran honda dan Prius - keluaran toyota jadi pilihan. Last-last, sebab ciri yang lebih ada pada Prius, ambik Prius jugak!




Tadi je ni baru amek, fresh dari oven lagi :p


Untuk review penuh, tunggulah kalau aku ada masa aku tulis. Tengah bodek orang Toyota untuk buat sponsored post, at least tulis berbayar ye tak? haha, sungguh tamak disitu. Apa yang menarik, kereta ni boleh guna minyak serendah 3.8 liter untuk setiap 100km!! Maknanya kalau korang guna RON 95, hanya RM 7.2 untuk 100km. Ni tak campo kalau dalam jam dia tak pakai pun minyak - totally bateri je. haa, memang kuat aku merantau lah selepas ni! Orang jual tu kata, nak pergi KL hanya rm 30 pun tak sampai untuk minyak. haha, memang jimat sangat lah tu


Ok lah, untuk hal-hal teknikal, tunggulah kalau ada masa aku tulis ok. oohh, nama Prius ni - Jenny. haha. joana dah dimadukan, awek pertama kat putrajaya, awek kedua kat KB - ini baru nama kasanova. waha!


pss : Sabtu ni nak pergi Kuala Terengganu dengan Jenny, ada sape nak ikut? 

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kumpulan Search dan pieewwwwwiiitttttt

Pieewwwwwiiitttttt

Mungkin korang ada 'pengenalan' korang sendiri yang mana apabila korang tunjukkan pengenakan tu, orang akan tahu. Bagi artis pulak, sangat penting kerana pengenalan ini yang akan menjadikan artis tu unik dari artis lain. Macam Mawi – World dan Lisa kita kenal dengan nak sebut huruf 'R' nya yang menjadi sesuatu yang pelik tetapi cute. Eh?


Amy Search? Piewwwwwittttt

Ok, entry ni sekali lagi nak promosikan konsert 30 tahun kumpulan Search. Macam entry lepas, ada yang tanya aku ada bagi tiket free ke? Heh, kalau aku ada korang nak ke? :p

Mungkin lepas entry ni, korang mungkin akan berminat untuk beli tiket 30 tahun Search ni. Kenapa? Sebabnya korang akan dapat T-shirt ekslusif secata percuma dengan pembelian tiket. Menarik bukan? Konsert ni dapat tajaan dari Lipton Ice Tea dan Red Bull, maka masa konsert nanti korang akan dapat minuman percuma untuk minuman ni. Heh, jangan acap pergi toilet sudah =)

Dannnnn, benda korang tak boleh miss, ada 3 buah Perodua Viva untuk dimenangi!! piieeewwwwiiitttt




Apa lagi yang ada semasa konsert?

Konsert ni akan dihoskan oleh Burn, Jehan Miskin dan Nana. Memang akan jadi kepoh la nanti kan? Selain tu, ada juga persembahan lain, seperti Pesawat, Bittersweet, Projek Pistol, Koffin Kanser, Sofea dan ramai lagilah. Bukan kumpulan Search saja! Dan yang bestnya, ada kemunculan khas dari raja lawak Angah, Nabil dan Johan – mesti rock tak kering gusi jadinya nanti!



Sekali lagi, konsert ni akan di adakan di Kuala Lumpur pada 17 Disember dan boleh dapatkan tiket pada harga RM69 sahaja. Nak awal lagi, 3 Disember ni di Johor Bharu pada harga RM 59. Dulu masa tengok konsert Westlife kat UK, harga tiket 60 pound kot. Ni dah murah apa lagi kan? Dapatkan tiket di stesen Petronas terpilih atau secara online di tickethotline.com.my

Ok, nanti ada apa-apa update, aku akan inform kat blog ni. Stayy tuneeed. Entry pasal ni jugak boleh baca kat sini

pss : tiba2 jadi pengulas konsert ye tak?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW