Share
Memaparkan catatan dengan label sponsored post. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sponsored post. Papar semua catatan

Beli barang online dapat emas

Ok, ini adalah sponsored post ya. Walaupun jarang berblog, terima lagi job sponsored post ni. haha. Walaupun sponsored post, sebab ia memberi manfaat, saya kongsikan di blog ni untuk manfaat bersama ya. mana tau ada rezeki

Dunia Pembelian Online

Ada member yang cakap semasa dia kerja menguruskan soal digital digital ni, apa yang PKP buat ni mempercepatkan process digital di seluruh dunia sehingga 2 tahun. Dah semua duduk rumah, nak keluar leceh, maka pembelian di atas talianlah sebenarnya menjadi pilihan

Sebab tu sampai pos laju tak sampai sampai barang ramai sungguh yang mengorder. pernah kena?

Ok, kita terus kepada sponsored post ya

cmasa.my merupakan platform jual beli online daripada pihak yapeim. Haa, YAPEIM yang jual emas tu pun nak menceburi ecommerce ni. Bagus supaya tidak ketinggalan ye tak? Nanti jadi macam Kodak atau Nokia, walaupun leader dalam niche mereka akhirnya terkubur kerana tidak berinovasi



Berbalik kepada cmasa.my ni, platform ni menyediakan jual beli barangan pelbagai. Masih di peringkat awal dan tak banyak lagi barang tapi boleh dikatakan antara platform marketplace yang agak giat lakukan promosilah. 

So sekarang korang berpeluang untuk menang emas dengan beli di platform itu. Ikuti langkah ini

xxxxxxx



LANGKAH 1 :
Beli minimum 1 produk dari website e-commerce kami di https://cmasa.my/ . Tak kisah produk apa sekalipun yang anda beli, anda layak untuk memenangi hadiah EMAS PERCUMA ini.

LANGKAH 2 :
Sila simpan resit pembelian online anda daripada website e-commerce cmasa.my tersebu, dan SILA PRIVATE MESSAGE kami di FB Page rasmi kami di CMASA serta upload dan kemukakan resit pembelian anda sebagai pengesahan.

LANGKAH 3 :
Selepas anda menjalankan dua langkah di atas, sila buat satu posting secara public di Facebook profile anda dengan ayat yang bermula "SAYA SUKA CMASA.MY KERANA............" (sila lengkapkan ayat di atas mengikut pengalaman dan kreativiti anda sendiri) beserta dengan gambar anda secara kreatif di posting anda. Sila sertakan bersama #cmasa bersama dalam posting anda untuk memudahkan kami menemui posting anda secara public.

BAGAIMANA KAMI MEMILIH PEMENANG ?

Kami akan memilih 6 orang yang mempunyai :

LIKE
KOMEN
SHARE
paling tinggi dalam posting anda untuk kami hadiahkan EMAS SECARA PERCUMA terus kepada anda !
.
Selain daripada itu, jika anda tidak tersenarai di dalam 6 tertinggi ini, jangan bimbang, kami ada menyediakan 10 hadiah saguhati untuk anda!

Jumlah hadiah yang akan kami berikan terus kepada anda adalah sebanyak 16 hadiah!

Kami yakin anda yang sedang membaca posting ini adalah orang yang kami cari untuk hadiahkan emas.

Tarikh tutup pencarian kami ini adalah sehingga 30 JUN 2020. Sekiranya terdapat sebarang soalan atau kemusykilan, boleh komen di ruang komen bawah ataupun mesej terus ke FB Page kami CMASA.

xxxxxxx

Haaa, mudah kan? So apa lagi jom join. Ada few product makanan terutamanya yang nampak sedap dan murah. Saya pun nak order kejap lagi mana tau ada rezeki dapat emas. hehe


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Peluang terakhir untuk konsert #Search30

Dengar cerita dari orang yang pergi ke konsert Search 30 di Penang dan Johor memang jeles! Mana taknya, memang meriah habislah kata mereka. Walaupun hujan masa kat johor hari tu, tapi rata-rata yang pergi semua bagi feedback positif.

Jom usha gambar dieorang dulu





Yang atas ni gambar kat Penang pada 19hb lepas. Memang sungguh meriah kan. Memang yang datang ni mesti mengimbau balik kenangan-kenangan Search dulu-dulu. Macam aku dululah, ada walkman lagi! Hanya untuk dengar Isabella :p

Ok, bawah ni pulak gambar diambil di konsert dieroang kat johor. Hujan pon noooo problemmm







Tak cukup gambar? Korang usha sendiri kat sini ok


Ok, bagi korang yang sama macam aku, tak sempat nak pergi ke dua-dua tempat ni, masih ada peluang terakhir untuk pergi. Ya, peluang terakhir. Lepas ni xde dah Search 30, kat KL nanti dah terakhir dah. Pada 17hb ni, tempat pon dah diubah di Mines Convention Center, MIECC. Tempat diubah sebab takut skrg ni musim hujan, so nak elakkan berhujan, buat kat tertutup skit. Lagi gimik la kan?


Tiket korang bleh dapat di stesen petronas terpilih atau beli je secara online. Banyak t shirt free, minuman free yang akan diberi masa kat KL nanti. Memang best lah! Hari tu ada mamat sorang ni dah menang kereta viva sbijik, pergh memang durian runtuhlah. Kat KL nanti, banyak lagi hadiah cabutan bertuah, dengar Search nyanyi sambil dapat hadiah, sape taknak kan?


So, tu saje dulu, bagi korang yang akan pergi ke sana nanti, share-sharelah pengalaman korang tu ye. Jangan tangkap gamabr dengan amy search sudah, aku jeles ok!


pss : sape nak tiket free 17hb ni email kat joegrimjow@gmail.com 1st comes 1st serve :p

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kumpulan Search dan pieewwwwwiiitttttt

Pieewwwwwiiitttttt

Mungkin korang ada 'pengenalan' korang sendiri yang mana apabila korang tunjukkan pengenakan tu, orang akan tahu. Bagi artis pulak, sangat penting kerana pengenalan ini yang akan menjadikan artis tu unik dari artis lain. Macam Mawi – World dan Lisa kita kenal dengan nak sebut huruf 'R' nya yang menjadi sesuatu yang pelik tetapi cute. Eh?


Amy Search? Piewwwwwittttt

Ok, entry ni sekali lagi nak promosikan konsert 30 tahun kumpulan Search. Macam entry lepas, ada yang tanya aku ada bagi tiket free ke? Heh, kalau aku ada korang nak ke? :p

Mungkin lepas entry ni, korang mungkin akan berminat untuk beli tiket 30 tahun Search ni. Kenapa? Sebabnya korang akan dapat T-shirt ekslusif secata percuma dengan pembelian tiket. Menarik bukan? Konsert ni dapat tajaan dari Lipton Ice Tea dan Red Bull, maka masa konsert nanti korang akan dapat minuman percuma untuk minuman ni. Heh, jangan acap pergi toilet sudah =)

Dannnnn, benda korang tak boleh miss, ada 3 buah Perodua Viva untuk dimenangi!! piieeewwwwiiitttt




Apa lagi yang ada semasa konsert?

Konsert ni akan dihoskan oleh Burn, Jehan Miskin dan Nana. Memang akan jadi kepoh la nanti kan? Selain tu, ada juga persembahan lain, seperti Pesawat, Bittersweet, Projek Pistol, Koffin Kanser, Sofea dan ramai lagilah. Bukan kumpulan Search saja! Dan yang bestnya, ada kemunculan khas dari raja lawak Angah, Nabil dan Johan – mesti rock tak kering gusi jadinya nanti!



Sekali lagi, konsert ni akan di adakan di Kuala Lumpur pada 17 Disember dan boleh dapatkan tiket pada harga RM69 sahaja. Nak awal lagi, 3 Disember ni di Johor Bharu pada harga RM 59. Dulu masa tengok konsert Westlife kat UK, harga tiket 60 pound kot. Ni dah murah apa lagi kan? Dapatkan tiket di stesen Petronas terpilih atau secara online di tickethotline.com.my

Ok, nanti ada apa-apa update, aku akan inform kat blog ni. Stayy tuneeed. Entry pasal ni jugak boleh baca kat sini

pss : tiba2 jadi pengulas konsert ye tak?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Fenomena Search 30 tahun

Korang ada kumpulan muzik kegemaran?

Masa kecik dulu, ada satu lagu yang memang aku akan ingat sampai bila-bila. Apa dia? Isabella! Lagu tu sungguh style sampaikan dah tua berjanggut ni (erk, baru 23 ok) lirik lagu tu masih dalam ingatan. Mungkin kekuatan lirik + vokal penyanyi asal menjadikan aku sangat suka dengan lagu ni. Bila dah jatuh cinta pada lagu, mulalah jadi peminat rahsia kumpulan Search

Search dan aku

Dulu mana ada iPhone dan iPod ni, mp3 pun takde apa tah lagi mp4 kan? Jadi cara aku menghayati lagu isabella ni adalah melalui Walkman. Waha, masih ingat walkman? Aku punya walkman versi yang masuk kaset ok, bukannya yang masuk cd tu, tu dah kira baru dah tu. Rahsia yang akan terbongkar malam ini, aku beli walkman semata-mata nak dengar lagu Isabella berulang-ulang kali. Ahaa, itu zaman budak-yang-tak-cukup-umur

Sampai sekarang, memang kumpulan Search ni aku minat. Ya, sampai sekarang!




Pejam celik pejam celik, usia kumpulan ni dah menjangkau 30 tahun! Memang dah wujud sebelum aku lahir lagi! Dan sempena 30 tahun mereka di dunia hiburan ni, satu jelajah hujung tahun kumpulan ini khas untuk peminat – aku lah tu :p


Tarikh dan tempat konsert tu akan diadakan macam kat bawah ni (ceh, skima betul)

  • 19 November (5pm) – Penang, Stadium Batu Kawan.
  • 3 Disember (5pm)- Johor Bahru, Stadium Larkin.
  • 17 Disember (5pm)- Kuala Lumpur, Padang Astaka. (PJ)

Mungkin kat penang tu memang tak sempat nak pergi sebab aku sendiri ada hal, tapi kat KL tu aku akan ada. Wahaha, sangat excited ok. Tiket semua boleh dapatkan online atau kedai petronas. Ceh, stesen petronas pun boleh jual tiket? Hebat betul!



Oklah, nanti ada update terbaru, aku akan bagitau, kalau korang nak usha lebih, bleh ke laman facebook dieorang tak pun tengok kat sini untuk ketahu lebih lanjut


Last, jom karok lagu Isabella ni!! meriahh ok!



pss : hari ni ke UMK lagi. waha!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW