Share

Dapat jemputan untuk #ChurpoutBukaPuasa

Tempoh hari ada BroFramestone tag pasal event buka puasa yang kiteorang anjurkan. Antara blogger-blogger. Memang satu memori yang indah dikenang. er... 2 ke 3 tahun yang lepas tak pasti. haha. Nampak sangat dah lama xjoin majlis-majlis buka puasa. Sibuk katakan (alasan je tu)

Jadi aku twit kat twitter nak tanya respon, kalau buat event buka puasa tu lagi macam mana? dan..... tak dapat sangat sambutan. haha. Kebetulan @churp2 ada buat majlis buka puasa dan kena buat task dia dulu baru buat jemputan, apa lagi isi je lah. Dan.................... dieorang pun bagi jemputan tu semalam :)



siapa yang dapat lagi jemputan? kita sama-sama jumpa la ya kat sana :)

Aku tengok Bijan Restaurant ni harga buffet dia RM 80 jugak. 2 jemputan, dah untung RM 160 kat situ. waha, thank u ya churp2 bagi jemputan ni. Sangat sesuailah dengan cheat day aku ni pada bulan Ramadhan ni, kita makan secukupnya kat sana nanti. hehehehe. Cheat day pertama aku hari tu, aku bayar so macam rugi tak makan banyak kan, semua nak amek, tapi ni dah di belanja, apa lagi kita pilih makanan yang berkhasiat je. jadi contoh gitu. nak goncang shake kat sana nanti. wahaha




Berbuka puasa tak seperti dulu

Ni aku specific buka puasa yang organised je la. Dulu aku rasa kebanyakan blogger join majlis buka puasa ni untuk rapatkan hubungan lagi - dari dunia maya ke dunia realiti - sebab tu dieorang join, tapi sekarang ni, susah sikit la sebab semua nak makan free je (macam aku la tu) dan tunggu jemput pihak restaurant suruh buat review baru bersungguh nak view. Sangat rindukan zaman-zaman beli makanan kat bazar Ramadhan, pastu buka puasa ramai-ramai. Macam dulu-dulu. heeee

Tahun ni nak buat lagi? jom la jom la

Okeh, tu saja bebelan di tengahari. Selamat berpuasa semua!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Meteor Garden dan hilang ingatan

Aku rasa, antara cerita drama (korea, taiwan, jepun) pertama yang aku follow adalah Meteor Garden. Follow pun sebab kakak aku beli cd-cd dia. Siri 1 sampai 4 ke 3, aku pun dah tak ingat. Cerita yang bestlah jugak, terutama kepada yang tak buat apa-apa, rasa masa tu tak penting, cerita Meteor Garden ni boleh dijadikan drama untuk habiskan masa!

Kalau aku tengok cerita siri tu sekarang, konfem 1 cd je dah tutup. Maklumlah, dah tua2 ni rasa masa tu berharga pulak. eh? hehe

Ok, berbalik kepada drama ni, cerita yang mengisahkan 4 jejaka yang super kaya, penyanyi + pelakon ala-ala band boys gitu. 4 jejaka dengan kisah yang tersendiri tapi mestilah ada satu kisah yang utama kan. So dari empat tu ada satu hero ni yang jatuh cinta dengan gadis kampung. Typical drama, sorang kaya sorang miskin.

Aku tak ingat dah jalan cerita yang lain, tapi yang aku ingat masa hero ni nak kawin dengan gadis kampung tu, boleh pulak dia excident dan hilang ingatan. Yang gadis kampung ni punyalah lama tunggu last-last memang tak jadi kawin. Hero ni pulak, dibawa ke hospital dan doktor sahkan dia hilang ingatan dan nak jadikan cerita ni lagi kompleks, hero ni bercinta pula dengan pompuan yang jaga dia masa dia hilang ingatan

Ending dia, aku dah lupa. haha


Hilang ingatan!

Just pagi buta ni aku membebel pasal hilang ingatan ni sebab tadi aku terbaca surah AL A'raf 



Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”. (AL A'raf 172)

Actually boleh dikatakan kita ni sebenarnya dah 'hilang ingatan' Manusia ni (kitalah tu) telah mengadakan perjanjian dengan Allah sejak azali lagi bahawa Allah tu tuhan kita dan hidup kita hanya untuk beribadah kepadaNya. Tapi kita dah tak ingatkan? aku pun tak ingat dan aku rasa tiada siapa yang ingat!


Bagaimana dibesarkan?

Kalau korang pernah tengok cerita yang ala-ala meteor garden ni, yang lupa ingatan ni memang dia tak ingat langsung dengan benda-benda sebelum tu. Even nama pun dia tak ingat. Sebab tu dia jadi orang baru. Jadi orang baru sebab dia ada 'suasana' yang baru. Ada orang baru, ada persekitaran yang baru. Jadi boleh dikatakan dia dah jadi orang baru!

Katakanlah dia terjumpa satu diari yang dia tulis sebelum dia lupa ingatan, kisah hidup dia sebelum dia lupa ingatan tu, mesti susah kan dia nak percaya yang dia ada kehidupan lain masa lampau. Kalau kita berada kat tempat dia tu, macam mana agaknya perasaan kita masa tu?

Sama jugak dengan kita. Kenapa kita ni beragama Islam, kenapa ada orang bukan Islam. Ini kerana kita lahir dalam suasana Islam. Mak ayah kita Islam, kampung kita penuh dengan aktiviti keislaman. Ada juga yang lahir sebagai Islam, tapi tak macam orang Islam. Solat tak, puasa tak. Tu semua ajaran dari kecil.

So, kalau korang rasa diri korang ada nilai agama Islam, cepat terima kasih kepada mak bapak korang cepat-cepat :)

Eh, jadi bagaimana pula dengan mak bapak yang tak amalkan ajaran Islam ni?

Allah sambung lagi dengan ayat seterusnya



Atau supaya kamu tidak mengatakan:” Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?” (AL A'raf 173)

Memang manusia ni kerja dia nak salahkan orang je kan? hehe

Sambungan lagi ayat seterusnya



Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (supaya nyata segala kebenaran), dan supaya mereka kembali (kepada kebenaran)  (AL A'raf 174)

ALQURAN TU MUKJIZAT

Kita ni sepatutnya rasa sangat-sangat-sangat syukur kerana ada Al-Quran yang memberi segala petunjuk. Selain jadi diari yang kita tulis sebelum kita lupa ingatan, quran juga dah tunjuk tertera kepada kita apa yang akan terjadi kemudian. super power! kalau kita terus hidup ini hanya untuk beribadah kepada Dia, jaminan kita di syurga. Berlaku sebaliknya, sebaliknya jugalah tempat kita berada

Lebih kepada kesian......

Sebab tu kalau korang tengok ada yang masih tidak amalkan ajaran Islam, puasa ya tapi solat tak, zakat bayar tapi puasa tak, haji pergi tapi puasa 3 kali je, korang jangan marah. Kena lebih kepada kesian. Kesian sebab dia masih belum dapat keimanan tu. Kesian sebab dia masih tak jumpa 'diari' yang dia tulis masa dia ada ingatan dulu tu

....... kemudian

bersyukur sebab korang Allah dah berikan petunjuk kepada kita awal-awal lagi. Then siapa yang nak sampaikan tu kepada mereka? KITALAH yang tahu ni! Aku sambung lagi ayat tadi



Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.  (AL A'raf 175)



Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. (AL A'raf 176)

Tugas kita menyampaikan, bukan untuk mengubah

Kalau kita cuba sampaikan sesuatu yang baik dengan niat agar dia berubah, SEMANGAT kita jadi lain masa nak sampaikan tu. Tapi hati-hati, takutnya nanti kita tak berjaya mengubah dia, kita yang akan kecewa. Just ingat balik, tugas kita hanya untuk sampaikan, nak berubah ke tak, hanya Allah yang Maha Mengetahui....


End :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~


Tak tahulah korang dapat ke tak apa yang aku tulis ni. Harap-harap dapat. Bulan Ramadhan ni, kita kena perbanyakkan lagi ilmu agama kita, selain baca quran, sedekah dan solat sunat, ilmu juga sesuatu yang kita kena tambah secara berterusan. Jadikanlah medium blog ni untuk kita menambah ilmu. Aku dapat idea menulis ni, mungkin akan lupa kalau aku tak tulisnya dan hanya bermain di fikiran. At least bila aku menulis, aku dapat refresh balik, korang pun mungkin dapat sesuatu

Selamat Ramadhan, dah start minggu kedua dah!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Harga ayam naik, jangan makan ayam - Menteri

Semalam ke bazar ramadhan, terkejut harga separuh ayam golek madu RM 12! kalau seekor RM 24! Tu harga kat Kelantan tu, kalau kat area lain tak tahulah berapa

Dan terbaca ramai yg komen Menteri suruh elak makan ayam tu adalah tindakan yang kurang bijak. Ni post mengenainya



KUALA BESUT - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.
Beliau berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.
Katanya ia juga bertujuan mengajar pihak berkenaan yang cuba mengaut keuntungan supaya sedar tindakan tidak bertanggungjawab mereka tidak akan berhasil.
"Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini, hari ini.
Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Hasan mengulangi gesaan kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga ayam sesuka hati sebaliknya menanam perasaan mendahulukan rakyat agar negara terus sejahtera.
"Saya lihat masih ada peniaga yang degil. Fikirlah balik...pada saya letaklah kepentingan negara lebih daripada lain-lain supaya kita tak jadi macam negara lain yang huru-hara.
"Kita sedang pantau dan cari punca kenaikan harga ayam adakah daripada pembekal, pemborong atau peniaga sendiri," katanya.
Selain itu Hasan berkata kira-kira 74 wakil industri termasuk pembekal ayam dan pengeluar gula memberi jaminan untuk tidak menaikkan harga barangan pada musim perayaan Aidilfitri selain memastikan bekalan mencukupi.
"Persatuan Penternak Unggas Melayu di Selangor telah memberi jaminan akan memberi sokongan kepada kementerian untuk memastikan bekalan sentiasa cukup supaya harga kekal," katanya.
Mengenai Ops Harga 2013, Hasan berkata sejak dilancar pada 6 Julai lalu hingga Khamis lepas (11 Julai) sebanyak 26,854 pemeriksaan dilakukan di seluruh negara.
Beliau berkata daripada keseluruhan jumlah pemeriksaan itu 60 kes telah dikenakan tindakan dengan jumlah rampasan bernilai RM10,071 dan kompaun RM7,150.
"Kes-kes yang dikenakan tindakan itu 59 membabitkan kesalahan tidak meletak tanda harga atau senarai harga bagi barangan yang dijual dan satu lagi kes dikenakan tindakan kerana menjual barang harga kawalan (gula kasar) melebihi harga maksimum yang ditetapkan," katanya. - Bernama (link asal)

Bagi aku ni adalah tindakan yang bijak!

Ya aku tahu ayam tu antara makanan 'utama' dan dengan harga yang melonjak tinggi menyusahkan orang, tapi kita benda macam ni bukannya dalam kawalan kita. 

Tapi nak tergelak juga baca komen-komen kat facebook tadi

  • Gula naik harga,kurangkan pengambilan gula dalam air.Ayam naik harga,kurangkan pengambilan ayam.." Kata Menteri... kalau tax naik,kurangkan pembayaran tax ke tayah bayar terus?hihihi
  • Mujur xjadi mnteri kesihatan..pasal klau harga ubat tinggi nnti die bilang xpyah mkn ubat..p masuk hutan cari akar kayu sendiri buat ubat..
Biasalah tu, keluhan rakyat, pak menteri kena terimalah


Kenapa aku kata ini adalah tindakan bijak?

Musim perayaan macam ni, memang harga barang akan naik dengan tidak semena-mena. Tak tahu kenapa, tapi itulah senario yang terjadi. Kalau belajar ekonomi, bila permintaan melebihi pengeluaran, harga pun akan naik. Tapi barang-barang keperluan diletakkan harga maksimum, permintaan banyak macam mana pun, jangan naikkan sebarangan harga. Sama juga dengan ayam, dah ditetapkan harga ni, memang tak boleh lebih dari harga yang ditetapkan

Sebab tu kat bawah keratan akhbar kat atas tu, dah banyak pengusaha yang kena kompoun


Benda yang kita boleh kawal

Sekarang ni cuba kita letak diri kita sebagai pengguna. Kalau barang dah naik, dan kita masih ada lagi pilihan barang lain sebagai ganti, pilihlah barang lain yang dirasakan lebih murah. Iaitu samalah macam pak menteri sarankan tu. elak makan ayam!

Sekarang ni kita poyo kita nilah pak menteri, sebab tu kita tak bersetuju dengan saranan dibuat tu. Kita rasa kenapa tak kenakan tindakan seberat-beratnya kepada pembekal dan pemborong yang sewenang-wenangnya menaikkan harga, kita rasa kenapa tak tambah jumlah pembekal menjadi lebih banyak dan banyak benda lain lagi kita rasa boleh dibuat

Masalahnya - kita bukannya pak menteri!

Dah takde kuasa tu, buatlah cara takde kuasa. hehe.


Benda yang pak menteri boleh buat

Aku tengok jumlah kompoun yg dikenakan sepanjang ops harga dijalankan hanya dapat RM 7 ribu lebih je, tu tak memadai lagi. Cuba tambah bilangan penguatkuasa untuk jalankan tugas, barulah ramai peniaga yang nak dapat untung lebih kena bayar kompoun. Ni seakan buat kerja-tak-buat-kerja. Kalau tak kenapa ramai rakyat yang mengeluh ye tak?

Okeh, tu saja pendapat aku. enjoy reading! Aku pun dulu seminggu sekali suka jugak beli separuh ayam golek, ratah sorang-sorang. haha, enjoy ohhh. tapi sekarang ni, dengan harga yang tak menentu, baik minum shake je lah. hikkss


pss: 6 Ramadhan dah!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Dialog puasa dengan orang cina

Jadi semalam heboh dengan gambar alvin dan vivian yang 'mempersendakan' agama Islam dengan memaparkan gambar mereka berbuka puasa dengan babi. Aku buat 'sesungut' tu sebab masing-masing ada intepretasi sendiri. Mungkin ramai orang menganggap gambar di bawah ni sebagai mempersendakan. 



Tapi aku lebih kepada memperbodohkan diri sendiri

Bagi aku yang tahu serba sedikit pasal dieorang, memang dieorang berdua tu 'terlalu terbuka' untuk segala hal. Video dan gambar yang banyak kearah benda yang bodoh-bodoh, seakan mencari publisiti murahan, mahu kejar 'glamour' Nasihat aku kepada dieorang, pergi jumpa boboi, belajar cara boboi jadi glamour di internet macam mana. Sampai orang mintak dia jadi pelakon lagi sekarang!

Aku pun ramai kawan cina, ramai kawan yang bukan beragama Islam. Rata-rata bila aku tanya pasal dieorang ni, ramai yang kata 'sewel meh, jangan layan lo' Jadi kita sebagai orang yang tak sewel, tak payah nak marah-marah sampai seluruh dunia tahu, rasa tanggungjawab, buat report. Malas nak buat report kat pihak agama, report kat facebook pon ok

acc fb dieorang pon dah tutup dah... mungkin untuk sementara


************

Suatu hari, joegrimjow ke kedai runcit ah seng untuk membeli barang

joegrimjow : ini soya berapa?
taukey : RM 2.30

joegrimjow : alaaa taukey, cukupkan ja la RM 2
taukey : ok ok, sebab lu posa, bagi RM 2 ja la. diskaun diskaun

joegrimjow : haaa, macam tu la bagus
taukey : hehe..... eh, mau tanya sikit boleh ka?

joegrimjow : tanya apa?
taukey : lu puasa kan, apasal masa lain-lain? kejap 7.30, kejap 7.32, kejap 7.35, lepas tu turun pulak 7.28, 7.20. apasal tiada masa yang stick r?

joegrimjow : kiteorang ikut waktu semayang la. 
taukey : tak boleh ka stick satu waktu? beza 2-3 minit ja meh, 7.30 ja bukak posa. tak boleh?

joegrimjow : tak boleh tak boleh....
taukey : apasal tak boleh?


joegrimjow : taukey biasa bukak kedai pukul brapa?
taukey : 8 pagi

joegrimjow : esok taukey bukak pukul 8.30 boleh?
taukey : boleh la meh, taukey sendiri meh. hehe....

joegrimjow : ok ok. katakan taukey bukak kedai macam tesco. hari ni bukak pukul 8, esok bukak 8.15 boleh?
taukey : haiyaaa... mana boleh. nanti customer lari. dieorang pergi mydin pulak la....

joegrimjow : haa, tau pun. sama la kiteorang. agama kiteorang ajar tepati masa. ikut masa. kalau dah pukul 7.32, 7.32 kena bukak puasa dah. 
taukey : oohhhh.... itu macam ka

joegrimjow : mesti la


Muka bangga, puas hati hari ni dapat bagi ilmu baru kepada orang non-muslim. Moga-moga dia paham dengan penerangan yang diberikan. Tapi ada satu ayat yang buatkan joegrimjow kembali tersentap


taukey : habis tu... apasal semalam lu kata semalam nak datang sini pukul 10, pukul 11 baru datang? kata tepati masa, kata agama ajar tepati masa?


joegrimjow hanya mampu cover dengan berkata 'i lupa.... hihihik'


pss : orang tengok apa yang kita buat, bukan apa yang kita kata

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Tips dan kelebihan berpuasa dengan Herbalife

Hari ni kita dah hari kedua kita berpuasa. Mesti ramai yang sedang menunggu-nunggu bulan puasa ni, mana taknya bulan puasa sinonim dengan 'bulan repair diri' 'bulan untuk jadi lebih sihat' dan paling sinonim 'bulan penurunan berat badan'. Tapi jangan terkejut, ramai yang gagal dalam program penurunan berat badan malahan berat badan bertambah lagi. Ini kerana tak amalkan gaya pemakanan yang betul!


Kurma, air dan susu

Sebagaimana dituntut oleh agama kita, seeloknya kita berbuka dengan kurma, air dan susu. Ada sebab kenapa pilihan makanan diatas ni dituntut, jom kita tengok apa sebabnya
  • Kurma – kaya dengan gula dan kebanyakannya terdiri daripada gula ringkas. Gula ringkas ini sangat penting untuk memberikan tenaga segera kepada badan. Berbanding dengan gula kompleks (air manis memang kebanyakan gula kompleks) ia perlu ditukar kepada gula ringkas dulu baru boleh jadi tenaga. Kurma memang pilihan sangat tepat!
  • Air – Lebih kurang 13-14 jam berpuasa, banyak aktiviti kita lakukan menyebabkan badan kehilangan air. Minum air selepas berbuka 1liter ke 1.5liter sangat penting untuk kembalikan komposisi air dalam badan kembali normal
  • Susu – susu bersifat alkali, apabila perut kosong, sangat banyak acid dalam badan. Makan makanan bersifat acid seperti makanan bergoreng hanya akan menyebabkan perut korang 'sensara' pilihan susu sangat tepat, selain bersifat alkali, susu juga kaya dengan sumber protein yang akan menjadikan proses penurunan lebih cepat



KELEBIHAN BERPUASA DENGAN HERBALIFE

Pemakanan Herbalife adalah kaya dengan nutrisi (55 nutrisi dalam satu shake) dan untuk satu hidangan mengandungi 8.9g protein. Memang terbaik untuk pilihan bagi tenaga selepas berbuka. Paling best, GI yang sangar rendah, lebih kurang 16-22 sahaja menjadikan shake Herbalife adalah hidangan terbaik untuk berbuka puasa bagi mendapatkan tenaga segera dan mengawal gula dalam badan seseorang. 


1) Glycemic index yang rendah



GI atau Glycemic index adalah unit ukuran untuk betapa cepat gula dalam darah meningkat apabila kita makan sesuatu makanan. Semakin rendah GI sesuatu makanan, semakin lambat dan stabil ia membebaskan glucose yang akan membawa kepada bacaan gula dalam darah yang lebih stabil. Semakin rendah – semakin elok. Shake Herbalife memang sangat rendah GI nya!


2) Makanan yang bersifat alkali



13-14 jam kita berpuasa, kondisi perut adalah sangat berasid. Formula 1 Herbalife terdiri daripada bahan-bahan yang berunsur alkali iaitu dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Jadikan shake Herbalife sebagai hidangan berbuka mahupun bersahur adalah sangat tepat untuk kembalikan perut kepada keadaan neutral. Makan makanan bergoreng – yang bersifat acid hanya akan membawa kepada perut lebih sakit. Yang ada gastrik mungkin terus akan rasa


3) Autolisis yang sangat pantas

Kebiasaanya autolisis (proses regenerate cell secara sendiri) mengambil masa selama 90 hari. Berbeza pada bulan puasa ni, ia hanya mengambil masa hanya 30 hari! 
  • 10 hari pertama 10%
  • 10 hari kedua 66%
  • 10 hari ketiga 100%


Tapi berhati-hati, proses autolisis yang elok mestilah disesuaikan dengan pengambilan nutrisi yang mencukupi. Kalau korang duk sumbat benda tak elok dalam perut, cell yang baru dalam badan pun jadi benda yang tak elok je. Sebab tu, shake Herbalife sekali lagi menjadi pilihan tepat, menjadikan proses autolisis dalam badan berada dalam keadaan optimum kerana satu hidangan shake mengandungi lebih 55 nutrisi!

Jadi bijak, pilihlah yang bijak :)


TIPS BERPUASA DENGAN HERBALIFE

Tips ni aku kongsi dengan korang dengan pengalaman aku je. Untuk lebih elok, korang refer dengan coach Herbalife masing-masing. 




1) Program turunkan berat badan

Sahur
  • 400ml air + aloe
  • 400ml air + tea
  • 400ml shake ( 3scoop f1 + 1 scoop f3 + buah-buah (optional))
  • 400ml air masak
  • kurma


Berbuka
  • kurma
  • 400ml air + aloe
  • 400ml air + tea
  • 400ml shake ( 3scoop f1 + 1 scoop f3 + buah-buah (optional))
  • sebelum tarawikh, sambil baca quran ke cuba habiskan 500ml air masak lagi


Lepas tarawikh
  • makan makanan biasa – mickey mouse plate (telinga kiri – nasi, telinga kanan – lauk seperti ayam, ikan, telur, muka - sayur-sayuran)
  • 500ml air masak 



Maintain berat badan + bagi tenaga + tingkatkan kesihatan

sama je dengan program turun berat badan, cuma lepas tarawikh tu boleh enjoy sikit makanan


Naik berat badan
  • Sahur
  • 400ml air + aloe
  • 400ml shake ( 3scoop f1 + 1 scoop f3 + buah-buah (optional))
  • 400ml air masak
  • 2 biji telur separuh masak
  • kurma


Berbuka
  • kurma
  • 400ml air + aloe
  • 400ml shake ( 3scoop f1 + 1 scoop f3 + buah-buah (optional))
  • hidangan tinggi protein seperti ayam, ikan 
  • sebelum tarawikh, sambil baca quran ke cuba habiskan 500ml air masak lagi


Lepas tarawikh

  • 400ml shake ( 3scoop f1 + 1 scoop f3 + buah-buah (optional))
  • makan makanan biasa – jangan berkira, selagi boleh makan, makan. Kan nak naik berat, kenalah makan banyak
  • 500ml air masak 


Tips minum air semasa berpuasa

Walaupun bulan puasa, kuantiti air yang diminum janganlah berkurangan. Kalau boleh, jangan kurang dari 3 liter. Kan tadi aku cakap pasal proses autolisis kan, kalau air dalam badan tak cukup, proses tu akan tergantung walaupun korang minum shake. Ibarat korang bawa kereta porche kat atas jalan berbatu, laju macam mana pun tetap slow kalau jalan tu tak elok. Ni tips yang aku boleh suggest

  • Beli botol air 1l siap-siap
  • Masa tarawikh habiskan 1 botol air tu
  • Masa bukak puasa sebelum tarawikh habiskan 1 botol lagi
  • Masa lepas tarawikh sebelum tidur, habiskan 1 botol lagi
  • Kalau boleh, masa tarawikh tu bawa je botol air letak kat depan. Setiap bagi salam, minum seteguk ke dua teguk. Akan habisnya sebotol tu dengan mudah


Kencinglah nanti......

Actually kalau badan korang dalam keadaan optimum, minum banyak air korang takkan kencing kerap. Sekarang ni badan tu tengah nak repair, sebab tu dia kencing kerap bila minum air, sebab nak buang toxin toxin dalam badan tu. Jangan mengeluh kalau buang air kecik kerap sangat, kang Allah tarik nikmat kencing kang korang jugak yang merana. Sentiasalah bersyukur :)


Tips lakukan senaman

Aku ada buat entry khas di link ni. Korang boleh baca sini ya.


*****************


Beribadah lebih sempurna

Korang nak kan walaupun lepas zohor, lepas asar, korang still ada tenaga extra untuk baca quran
Korang nak kan berpuasa sebagaimana Nabi kita ajar
Korang nak kan tarawikh korang tak terganggu dengan perut yang penuh sebab makan banyak masa berbuka tadi

Jadi kalau korang nak, dah kena ubah mula hari ini

InsyaAllah dengan program Herbalife ni, banyak akan membantu korang terutamanya dari segi tenaga. Aku tahu sebab aku dah pernah buat, korang nak tahu korang kenalah buat. Selamat berpuasa :)

Dapatkan produk Herbalife dengan pengedar berdekatan dengan korang ataupun terus dapatkan dengan aku (klik sini ya)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Salam Ramadhan dari joegrimjow

Akhirnya bulan Ramadhan tiba!

Pesta ibadah, bulan perbaiki diri, 30 hari menjadi manusia lebih baik!

Tahun ni agak special sambut bulan Ramadhan, sambut berdua dengan cik bini. Awal puasa ni balik ke kampung halaman dia di sungai petani, berpuasa 3-4 hari kat sini sebelum balik semula berpuasa di Kelantan. Antara kelebihan jadi 'bos sendiri' ni macam tulah kan. manfaatkan peluang sehabisnya!

Ramadhan ni, semoga aku dan korang sama-sama manfaatkan bulan ini untuk mengejar pahala lebih. Sama-samalah kita ambil kesempatan ini untuk perbaiki diri, dekatkan diri kita dengan sang pancipta. Harap-harap, segala amal kebajikan kita, diterimaNya

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa dari kami :)



eh, ni gambar lama ni. hee

pss : esok kita publish entry panjaaaaaaaang

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Apakah yang paling bahaya dalam MLM (Multi Level Marketing)

MLM atau Multi Level Marketing adalah satu jenis perniagaan yang sering disalah anggap oleh ramai bahawa jenis perniagaan ini adalah satu penipuan, satu scam. Rata-rata yang pernah join MLM, mesti merasai derita perit dalam perniagaan ini.

Bagi aku yang dah terlibat 4 tahun dalam industri ini, nak bandingkan keperitan MLM dengan bisnes konvensional lain, jauh MLM adalah lebih mudah dan kurang risiko. Mungkin itu yang buatkan ramai orang 'keluar' dari industri ini - sebab ia sesuatu yang 'mudah' untuk join, dan pasti 'mudah' juga untuk keluar. Ok, entry ni aku nak cerita 'elemen' paling bahaya dalam MLM, iaitu – Lompat Company


Kisah kawan aku

Sebelum aku kenal Herbalife, di Matrik dulu, kawan aku pernah ajak aku join satu syarikat ni. Bermula dengan Syarikat L. Mungkin korang masih ingat dengan betapa popularnya syarikat L ni pada tahun 2007-2008 dulu. Walaupun ditabur dengan duitlah, peluang sekali dalam seumur hiduplah, tapi tak tahu kenapa aku tak tertarik langsung. Then apabila keluar matrix, masa mula-mula aku join Herbalife, kawan aku ni datang lagi approach aku untuk join company lain pula, kali ni syarikat S yang aku rasa dulu agak kecoh sebab 'gunakan' sistem pendidikan. Then apabila aku balik dari UK, kali ketiga aku diajak oleh dia lagi untuk join syarikat M yang aku rasa korang mesti ingat tahun lepas memang popular dengan perniagaan ni. 


Last, aku tengok sekarang dia dah join company lain pulak. Aiyoyoyo


Lompat company, kenapa ia sangat buruk?

Dalam perniagaan, tak kiralah apa jenis perniagaan, kita dibayar dari segi NILAI YANG KITA BAWA ke market place. NILAI ni adalah sesuatu yang mengambil masa untuk usahakannya. Aku ambil contoh yang jual kereta. Katakan dia jual kereta Merc tapi dia sendiri pakai kereta proton. Lagi contoh, bukak kedai runcit tapi bukak tutup kedai sesuka hati, jual barangan expired lagi. Lagi contoh, jual produk bina muscle, tapi diri sendiri keding nampak tulang.

Untuk ketiga-tiga contoh ni, korang rasa ada NILAI tak kat diri dieorang?

Bagi aku, kalau ada orang yang memberi khidmat cuci kasut, setiap hari boleh jumpa dia ditempat yang sama, kasut yang dia pakai pun sentiasa berkilat dan sering bagi senyuman walaupun dapat hanya RM 5 untuk setiap kasut yang dicuci – dia lagi bernilai dari tiga contoh kat atas. Setuju?


Berbalik kepada (ok switch cepat2 otak korang kepada jenis MLM pula) yang jenis suka lompat company ni, kejap company tu, kejap company ni – adakah orang akan tengok NILAI dalam diri dia? Sudah pasti tidak! 


LEADER YANG LOMPAT COMPANY - Paling bahaya!

Kalau korang tanya aku, dalam industri MLM, apa yang paling penting, ia adalah KEPIMPINAN – LEADERSHIP. Tak kiralah apa jenis produk tu hebat macam mana pun (semua kata dia hebat ye tak?), apa jenis marketing plan hebat mana pun, kalau tiada 'orang' yang menggerakkannya – company tu takkan tahan lama. Sebab kenapa? Sebab bisnes MLM ni adalah 'people bisnes' 

SANGAT-SANGAT-SANGAT bahaya kalau ada leader yang tukar company. Aku ambil contoh, seorang leader dalam syarikat A, orang bawahan dia ada lebih 10 orang yang buat full time, dan lebih 100 orang yang buat part time, kalau dia kat atas ni tukar company lain – orang bawahan dia jika tak cukup ilmu kepimpina lagi, sama ada ikut sama join company lain jugak, atau terus hilang dan mulalah bagitau MLM ni tipu ini tipu tu

Sebab tu, aku cadangkan korang kalau nak buat bisnes MLM ni (labur duit) siasat dulu siapa orang kat atas tu. Ok ke tak. Atau dia ada sejarah dengan company lain – sebelum korang labur duit. Rugi duit, MLM jugak korang salahkan


Herbalife dan MLM

Kisah aku, join Herbalife adalah sebabkan produk. Dah lose 12kg in 3 month, ramai orang bertanya, aku jual. Tengok2, boleh tahan jugak duit yang dapat. Tahu Herbalife ni MLM pun setelah 2 tahun dalam company ni. Sebab tu aku punya mentaliti lain, walaupun aku tak buat bisnes ni, aku still akan consume produk ni. Jadi, alang-alang dah consume, better buat bisnes terus. Pendapatan pun ok, sebab tu berani buat Fulltime – TAMBAHAN ada leadership yang bagus dalam group aku, maknanya aku punya sponsor, sponsor kepada sponsor aku, sponsor kepada sponsor sponsor aku dah jadi sangat rapat macam adik beradik, mak bapak sendiri, sebab tu aku yakin dan akan buat Herbalife sampai seumur hidup. InsyaAllah


Sekarang ni aku tahu, ramai tengah merekrut orang Herbalife untuk join company yang katanya sama dengan Herbalifelah, leader dalam Herbalife pun dah join company ni lah, so sorry, tak berminat. Mungkin korang yang tengah baca ni dalam dilema nak ikut ke tak, nak stay ke tak, tengoklah dulu up up up line korang tu macam mana.


Kisah Susan Peterson dan Herbalife

Siapa yang pergi Bangkok hari tu mesti tahu dengan kisah Susan Peterson ni. Sponsor dia pun tukar company! Bayangkan orang yang ajak korang masuk Herbalife, bulan depan dah tukar company lain. Paling sakit, siap ajak korang lagi untuk join company sama dan paling paling sakit siap curi custmr dan  bisnes partner korang lagi join company lain. Tapi yang bestnya dengan MLM ni, dia Multi Level Mentoring, kalau atas korang tu 'tak betul' kat atas tu ada lagi. Nasib baik masa tu Mark Hughes bagitau dia benda betul - now dia merupakan No 1 Pengedar Herbalife kat dunia. Dah 30 tahun dalam company walaupun dah income juta-juta sebulan, dia kata takkan bersara - sebab ramai lagi yang kurang kesihatan dan kurang duit kat dunia ni 

If people join your business for money, they will leave you also for money

Bulan Ramadhan nak menjelma ni, sama-sama kita betulkan niat kita, tak kiralah korang dalam perniagaan apa pun, jual cendol ke, jual tudung online ke, jual kad raya ke, atau dalam MLM, sebagai orang Islam niat kerana Allah. Rezeki tu datangnya dari Dia, if betul cara kita, rezeki bergolek-golek akan datang kepada kita

Semoga bermanfaat. Sebarang pertanyaan, boleh isi form ni

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

7F Enterprise : Impian jadi kenyataan

7F Enterprise adalah syarikat yang dikelola sepenuhnya oleh kami 7 adik beradik. Memang nama kami 7 adik beradik bermula dengan F, sebab tu nama syarikat tu jadi macam tu - 7F

Impian

Walaupun kami 7 beradik tinggal berjauhan, hanya aku seorang je yang kat Kelantan sekarang ni, tapi memang dalam perancangan untuk 'sattle down' semuanya kat Kelantan. Arwah ayah ada tinggalkan tanah yang agak besar untuk kami, perancangan asalnya ingin dirikan sesuatu disitu. Maka tercetuslah idea - 7F Recreation Center

Sehingga sekarang, hanya didirikan 7F Futsal Center!

Sebelum tanah diusahakan

Dah ada tempat main futsal!!

Perancangan seterusnya, ingin adakan padang bola, tempat main paint ball, wall climbing, restoran, basuh kereta dan pelbagai lagi yang akan aku ceritakan di entry berikutnya. Sehingga sekarang, Alhamdulillah, bangunan ini sudah siap dibina dan majlis perasmiannya pun Sabtu ni


Majlis Perasmian 7F Futsal Center

Majlis perasmian ni akan diadakan pada Sabtu ini, 6 Julai 2013 bermula jam 9 pagi di Kg Seterpa. Peringat (tak sampai 1km dari rumah aku) Jemput semua datang ya. eh, jauh pun tolong doakan agar majlis ni berjalan lancar. Ada makan-makan, jangan risau cukup untuk yang datang. Sempena majlis perasmian ni juga, satu pertandingan mini Futsal akan diadakan. 

Sehingga sekarang, masih tak cukup lagi 2 team, kan best kalau team blogger boleh bagi satu team untuk pertandingan ni. Boleh download di link ini untuk detail


Handle projek besar

Antara kami 7 adik beradik, hanya aku dan abang ke dua aku je yang dalam bidang bisnes. yang lain semua makan gaji. Bisnes pun bukannya direct kepada bidang futsal ni, memang banyak masalah sebab masing-masing tak biasa. Tapi Alhamdulillah, tengok bangunan ni dah ada, majlis perasmiannya pun tinggal 2 hari lagi, memang ia satu pengalaman yang manis untuk dikenanang. Tambahan pula, seluruh ahli keluarga terlibat. 7 yang tak tahu, berbekal semangat nak siapkan, akhirnya siap juga. 


Harap sangat, dengan projek kami ni, dapat naikkan lagi value kampung kami. Doakan semuanya berjalan lancar, dan jangan lupa, majlis perasmian ni datang hangan tak datang :)




Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Pengalaman jadi suami : Mee udang yang tiada udang

Pasti ada sejenis makanan yang korang suka makan. Macam aku, ikan keli, ayam madu. cukup, memang aku jenis yang simple


Berlainan dengan cik bini, dia suka udang! Tak kira apa jenis masakan, memang kalau ada udang itu kegemaran dia. Udang dulu yang diratahnya. 

Ingat lagi pergi makan kat cim cum (buffet seafood) hanya udang yang dia ambil. Penuh satu pinggan dengan kulit udang!

Dan malam ni

Aku beli Mee Udang, orang kata pergi Penang kena makan mee udang, terikut dengan orang kata, belilah mee udang untuk dinner

dan yang peliknya.... mee udang tapi udangnya tiada!


"mana udang i???"

"i dah makan.... i tinggal mee untuk u"

Nasib sayang bini. ahhh, apalah sangat udang dengan kasih sayang kepada bini ye tak?


pss : takde udang takpe, ganti benda lain. waha!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW