Share

Meteor Garden dan hilang ingatan

Aku rasa, antara cerita drama (korea, taiwan, jepun) pertama yang aku follow adalah Meteor Garden. Follow pun sebab kakak aku beli cd-cd dia. Siri 1 sampai 4 ke 3, aku pun dah tak ingat. Cerita yang bestlah jugak, terutama kepada yang tak buat apa-apa, rasa masa tu tak penting, cerita Meteor Garden ni boleh dijadikan drama untuk habiskan masa!

Kalau aku tengok cerita siri tu sekarang, konfem 1 cd je dah tutup. Maklumlah, dah tua2 ni rasa masa tu berharga pulak. eh? hehe

Ok, berbalik kepada drama ni, cerita yang mengisahkan 4 jejaka yang super kaya, penyanyi + pelakon ala-ala band boys gitu. 4 jejaka dengan kisah yang tersendiri tapi mestilah ada satu kisah yang utama kan. So dari empat tu ada satu hero ni yang jatuh cinta dengan gadis kampung. Typical drama, sorang kaya sorang miskin.

Aku tak ingat dah jalan cerita yang lain, tapi yang aku ingat masa hero ni nak kawin dengan gadis kampung tu, boleh pulak dia excident dan hilang ingatan. Yang gadis kampung ni punyalah lama tunggu last-last memang tak jadi kawin. Hero ni pulak, dibawa ke hospital dan doktor sahkan dia hilang ingatan dan nak jadikan cerita ni lagi kompleks, hero ni bercinta pula dengan pompuan yang jaga dia masa dia hilang ingatan

Ending dia, aku dah lupa. haha


Hilang ingatan!

Just pagi buta ni aku membebel pasal hilang ingatan ni sebab tadi aku terbaca surah AL A'raf 



Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”. (AL A'raf 172)

Actually boleh dikatakan kita ni sebenarnya dah 'hilang ingatan' Manusia ni (kitalah tu) telah mengadakan perjanjian dengan Allah sejak azali lagi bahawa Allah tu tuhan kita dan hidup kita hanya untuk beribadah kepadaNya. Tapi kita dah tak ingatkan? aku pun tak ingat dan aku rasa tiada siapa yang ingat!


Bagaimana dibesarkan?

Kalau korang pernah tengok cerita yang ala-ala meteor garden ni, yang lupa ingatan ni memang dia tak ingat langsung dengan benda-benda sebelum tu. Even nama pun dia tak ingat. Sebab tu dia jadi orang baru. Jadi orang baru sebab dia ada 'suasana' yang baru. Ada orang baru, ada persekitaran yang baru. Jadi boleh dikatakan dia dah jadi orang baru!

Katakanlah dia terjumpa satu diari yang dia tulis sebelum dia lupa ingatan, kisah hidup dia sebelum dia lupa ingatan tu, mesti susah kan dia nak percaya yang dia ada kehidupan lain masa lampau. Kalau kita berada kat tempat dia tu, macam mana agaknya perasaan kita masa tu?

Sama jugak dengan kita. Kenapa kita ni beragama Islam, kenapa ada orang bukan Islam. Ini kerana kita lahir dalam suasana Islam. Mak ayah kita Islam, kampung kita penuh dengan aktiviti keislaman. Ada juga yang lahir sebagai Islam, tapi tak macam orang Islam. Solat tak, puasa tak. Tu semua ajaran dari kecil.

So, kalau korang rasa diri korang ada nilai agama Islam, cepat terima kasih kepada mak bapak korang cepat-cepat :)

Eh, jadi bagaimana pula dengan mak bapak yang tak amalkan ajaran Islam ni?

Allah sambung lagi dengan ayat seterusnya



Atau supaya kamu tidak mengatakan:” Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?” (AL A'raf 173)

Memang manusia ni kerja dia nak salahkan orang je kan? hehe

Sambungan lagi ayat seterusnya



Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (supaya nyata segala kebenaran), dan supaya mereka kembali (kepada kebenaran)  (AL A'raf 174)

ALQURAN TU MUKJIZAT

Kita ni sepatutnya rasa sangat-sangat-sangat syukur kerana ada Al-Quran yang memberi segala petunjuk. Selain jadi diari yang kita tulis sebelum kita lupa ingatan, quran juga dah tunjuk tertera kepada kita apa yang akan terjadi kemudian. super power! kalau kita terus hidup ini hanya untuk beribadah kepada Dia, jaminan kita di syurga. Berlaku sebaliknya, sebaliknya jugalah tempat kita berada

Lebih kepada kesian......

Sebab tu kalau korang tengok ada yang masih tidak amalkan ajaran Islam, puasa ya tapi solat tak, zakat bayar tapi puasa tak, haji pergi tapi puasa 3 kali je, korang jangan marah. Kena lebih kepada kesian. Kesian sebab dia masih belum dapat keimanan tu. Kesian sebab dia masih tak jumpa 'diari' yang dia tulis masa dia ada ingatan dulu tu

....... kemudian

bersyukur sebab korang Allah dah berikan petunjuk kepada kita awal-awal lagi. Then siapa yang nak sampaikan tu kepada mereka? KITALAH yang tahu ni! Aku sambung lagi ayat tadi



Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.  (AL A'raf 175)



Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. (AL A'raf 176)

Tugas kita menyampaikan, bukan untuk mengubah

Kalau kita cuba sampaikan sesuatu yang baik dengan niat agar dia berubah, SEMANGAT kita jadi lain masa nak sampaikan tu. Tapi hati-hati, takutnya nanti kita tak berjaya mengubah dia, kita yang akan kecewa. Just ingat balik, tugas kita hanya untuk sampaikan, nak berubah ke tak, hanya Allah yang Maha Mengetahui....


End :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~


Tak tahulah korang dapat ke tak apa yang aku tulis ni. Harap-harap dapat. Bulan Ramadhan ni, kita kena perbanyakkan lagi ilmu agama kita, selain baca quran, sedekah dan solat sunat, ilmu juga sesuatu yang kita kena tambah secara berterusan. Jadikanlah medium blog ni untuk kita menambah ilmu. Aku dapat idea menulis ni, mungkin akan lupa kalau aku tak tulisnya dan hanya bermain di fikiran. At least bila aku menulis, aku dapat refresh balik, korang pun mungkin dapat sesuatu

Selamat Ramadhan, dah start minggu kedua dah!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW