Share

Harga ayam naik, jangan makan ayam - Menteri

Semalam ke bazar ramadhan, terkejut harga separuh ayam golek madu RM 12! kalau seekor RM 24! Tu harga kat Kelantan tu, kalau kat area lain tak tahulah berapa

Dan terbaca ramai yg komen Menteri suruh elak makan ayam tu adalah tindakan yang kurang bijak. Ni post mengenainya



KUALA BESUT - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.
Beliau berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.
Katanya ia juga bertujuan mengajar pihak berkenaan yang cuba mengaut keuntungan supaya sedar tindakan tidak bertanggungjawab mereka tidak akan berhasil.
"Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini, hari ini.
Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Hasan mengulangi gesaan kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga ayam sesuka hati sebaliknya menanam perasaan mendahulukan rakyat agar negara terus sejahtera.
"Saya lihat masih ada peniaga yang degil. Fikirlah balik...pada saya letaklah kepentingan negara lebih daripada lain-lain supaya kita tak jadi macam negara lain yang huru-hara.
"Kita sedang pantau dan cari punca kenaikan harga ayam adakah daripada pembekal, pemborong atau peniaga sendiri," katanya.
Selain itu Hasan berkata kira-kira 74 wakil industri termasuk pembekal ayam dan pengeluar gula memberi jaminan untuk tidak menaikkan harga barangan pada musim perayaan Aidilfitri selain memastikan bekalan mencukupi.
"Persatuan Penternak Unggas Melayu di Selangor telah memberi jaminan akan memberi sokongan kepada kementerian untuk memastikan bekalan sentiasa cukup supaya harga kekal," katanya.
Mengenai Ops Harga 2013, Hasan berkata sejak dilancar pada 6 Julai lalu hingga Khamis lepas (11 Julai) sebanyak 26,854 pemeriksaan dilakukan di seluruh negara.
Beliau berkata daripada keseluruhan jumlah pemeriksaan itu 60 kes telah dikenakan tindakan dengan jumlah rampasan bernilai RM10,071 dan kompaun RM7,150.
"Kes-kes yang dikenakan tindakan itu 59 membabitkan kesalahan tidak meletak tanda harga atau senarai harga bagi barangan yang dijual dan satu lagi kes dikenakan tindakan kerana menjual barang harga kawalan (gula kasar) melebihi harga maksimum yang ditetapkan," katanya. - Bernama (link asal)

Bagi aku ni adalah tindakan yang bijak!

Ya aku tahu ayam tu antara makanan 'utama' dan dengan harga yang melonjak tinggi menyusahkan orang, tapi kita benda macam ni bukannya dalam kawalan kita. 

Tapi nak tergelak juga baca komen-komen kat facebook tadi

  • Gula naik harga,kurangkan pengambilan gula dalam air.Ayam naik harga,kurangkan pengambilan ayam.." Kata Menteri... kalau tax naik,kurangkan pembayaran tax ke tayah bayar terus?hihihi
  • Mujur xjadi mnteri kesihatan..pasal klau harga ubat tinggi nnti die bilang xpyah mkn ubat..p masuk hutan cari akar kayu sendiri buat ubat..
Biasalah tu, keluhan rakyat, pak menteri kena terimalah


Kenapa aku kata ini adalah tindakan bijak?

Musim perayaan macam ni, memang harga barang akan naik dengan tidak semena-mena. Tak tahu kenapa, tapi itulah senario yang terjadi. Kalau belajar ekonomi, bila permintaan melebihi pengeluaran, harga pun akan naik. Tapi barang-barang keperluan diletakkan harga maksimum, permintaan banyak macam mana pun, jangan naikkan sebarangan harga. Sama juga dengan ayam, dah ditetapkan harga ni, memang tak boleh lebih dari harga yang ditetapkan

Sebab tu kat bawah keratan akhbar kat atas tu, dah banyak pengusaha yang kena kompoun


Benda yang kita boleh kawal

Sekarang ni cuba kita letak diri kita sebagai pengguna. Kalau barang dah naik, dan kita masih ada lagi pilihan barang lain sebagai ganti, pilihlah barang lain yang dirasakan lebih murah. Iaitu samalah macam pak menteri sarankan tu. elak makan ayam!

Sekarang ni kita poyo kita nilah pak menteri, sebab tu kita tak bersetuju dengan saranan dibuat tu. Kita rasa kenapa tak kenakan tindakan seberat-beratnya kepada pembekal dan pemborong yang sewenang-wenangnya menaikkan harga, kita rasa kenapa tak tambah jumlah pembekal menjadi lebih banyak dan banyak benda lain lagi kita rasa boleh dibuat

Masalahnya - kita bukannya pak menteri!

Dah takde kuasa tu, buatlah cara takde kuasa. hehe.


Benda yang pak menteri boleh buat

Aku tengok jumlah kompoun yg dikenakan sepanjang ops harga dijalankan hanya dapat RM 7 ribu lebih je, tu tak memadai lagi. Cuba tambah bilangan penguatkuasa untuk jalankan tugas, barulah ramai peniaga yang nak dapat untung lebih kena bayar kompoun. Ni seakan buat kerja-tak-buat-kerja. Kalau tak kenapa ramai rakyat yang mengeluh ye tak?

Okeh, tu saja pendapat aku. enjoy reading! Aku pun dulu seminggu sekali suka jugak beli separuh ayam golek, ratah sorang-sorang. haha, enjoy ohhh. tapi sekarang ni, dengan harga yang tak menentu, baik minum shake je lah. hikkss


pss: 6 Ramadhan dah!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

3 ulasan:

kueh bakar berkata...

ye btola tu - basic ekonomi sebenarnya - permintaan melebihi penawaran - harga naik.

setiap tahun nak raya, ayam musti naik, tahun depan pun naik lagi.Dah la kalau raya bukan malaysia jer raya, satu dunia raya...

yang org tak puas hati adalah jawapan 'lepas tangan'. kalau macam tu jawapan, semua org boleh jadi menteri pengguna.

menteri pengguna adalah menteri paling susah di malaysia. terdapat 1001 masalah dalam sehari seluruh malaysia.

joegrimjow berkata...

@kueh bakar

setuju jawapan nak lepas tangan

Cellulite Begone berkata...

Ahay Yamaha R15 dan Yamaha R25 Motor Sport Racing dan Kencang

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW