Ayah aku dulu memang bila dah habis bayar kereta, dia akan tukar kereta baru. Katanya, kereta ni lama sangat akan jadi mahal maintenance die. Daripada habiskan duit tukar ni tukar tu, baik beli kereta baru. Jual kereta lama dan buat bayar muka untuk kereta baru. Itulah petua yang ayah aku beri dan sampai sekarang ahli keluarga aku yang lain praktikkan. Ayah aku hanya cikgu biasa, hidup dalam keluarga sederhana kenalah merancang duit dengan bijak. kan?
Kereta Hybrid
Pertama kali aku naik hybrid car ni semasa di UK. Masa tu abang postgrade bawak aku ke London misi mencari Joana. Memang kagum, sebabnya aku rasa kereta pakai bateri ni memang tak pick up, tapi kereta dia tu, dengan bayar duit minyak 25 pound, bleh pergi dari Sheffield - London - Sheffield. Sungguh jimat plus kereta tu sangatlah pick up. Aku tak ingat dia pakai toyota punya ke atau honda, yang pasti memang kereta hybrid ni aku mesti angkut masa kat Malaysia
Tapi dah beli joana, kenalah tunggu waktu lain nak angkut hybrid car....
Kebetulan kereta Vios dah habis bayar, memang bagai orang mengantuk disorong bantal lah. Oh, kereta tu mak aku yang punya tapi sebab aku je yang selalu dengan dia, memang kena racun beli kereta hybrid la. masa tu dalam pemerhatian antara Insight - keluaran honda dan Prius - keluaran toyota jadi pilihan. Last-last, sebab ciri yang lebih ada pada Prius, ambik Prius jugak!
Tadi je ni baru amek, fresh dari oven lagi :p
Untuk review penuh, tunggulah kalau aku ada masa aku tulis. Tengah bodek orang Toyota untuk buat sponsored post, at least tulis berbayar ye tak? haha, sungguh tamak disitu. Apa yang menarik, kereta ni boleh guna minyak serendah 3.8 liter untuk setiap 100km!! Maknanya kalau korang guna RON 95, hanya RM 7.2 untuk 100km. Ni tak campo kalau dalam jam dia tak pakai pun minyak - totally bateri je. haa, memang kuat aku merantau lah selepas ni! Orang jual tu kata, nak pergi KL hanya rm 30 pun tak sampai untuk minyak. haha, memang jimat sangat lah tu
Ok lah, untuk hal-hal teknikal, tunggulah kalau ada masa aku tulis ok. oohh, nama Prius ni - Jenny. haha. joana dah dimadukan, awek pertama kat putrajaya, awek kedua kat KB - ini baru nama kasanova. waha!
pss : Sabtu ni nak pergi Kuala Terengganu dengan Jenny, ada sape nak ikut?
22 ulasan:
best a bro
Prius tu~
lawa No plat..!!!
@alien
=)
@kenshiro
bawak dari kereta lama
wah mmg murah ek minyak die. macam menarik je. mahal tak joe? nape beli kereta banyak2 sangat? yg joana tu sape pakai?
bestnya joe..muda2 da ada 2 kereta mewah!hebat2! mmg kena tiru perangai yg ni!
boot dia lutsinar tu ek ?
my friend , ayah dia dapat prius , menang apa tah , pakai bape jam , terus jual . haha ;;p
@nur hidayah isa
harga leboh 100 k jugak
joana kat putrajaya, kat kb kena ada gak kete nak pakai
@firuzLazuardi
=)
@Just.wanie
yup, nampak eK? nanti akan amek gambar semua
@Misshy Innz
perghh
memang dapat jual terus lah. haha. bape die jual?
pije meta!
hahaha
nape x amek insight? org kata hybrid x sswai kat malaysia. sbb cuaca panas... x smpai 2 tahun dah mula buat problem. betul ke? btw, mak ak org ke-4 dalam Kelantan beli insight. hoho
tahniah..prius mmg kereta impian aku..tlong update tentang feedback kereta ni ya...nak dengar sendiri dari pengguna Prius sendiri..
@Lelaki Ini
buleh2
hehe
@Azah
prius besar skit cc die
@Adib
iA akan diupdate
terbaik.. rezeki bertambah sesekali manjakan dengan kereta kan...
den tak mampu loh
Aaaaa.. Teringin nak rembat satu Hybrid bila dah keje tahun depan.. Berkenan sangat dengan Insight.. Jimat pun jimat minyak..
Nanti review eh.. :)
terbaik
Bolehla tumpang sekaki!
:P
Catat Ulasan