Share

#BESTMEMORYOF2011 part 2 : Entry sebelum tahun baru

Okeh, part 1 dulu (baca sini) sampai bulan Mei je kan. Jadi kali ni sambung lagi part 2 dan part terakhir sekali lagilah. Banyak tapi kalau tulis banyak-banyak dah tak jadi 'best' la kan? Okeh, jom kita sambung dengan beberapa lagi bestmemoryof2011!

1) May 10, 2011 : Pengalaman beli apartment sendiri



Aku rasa ini adalah detik terindah untuk sesiapa sahaja iaitu membeli 'harta' sendiri. Kenangan ni memang indah, hanya orang yang pernah alami je akan rasa best ke tak best kan? Hari-hari lalu kot kawasan pembinaan apartment tu, memang berdebar-debar je. haha. cepatlah siappp!!!




2) June 1, 2011 : Pemenang Dana Belia 1Malaysia



Ini merupakan dana terbesar yang aku terima setakat ni. Bagi yang nak tahu apa tu, sila klik kat link atas tu eh. Alhamdulillah, program yang aku buat tu dah satel, 207kg berjaya diturunkan dan bila buat gathering nanti, memang akan nampak lain semuanya tu. Terima kasih jugak kat @najibrazak yang memilik aku sebagai salah seorang yang menerima dana tu.




3) Julai 19, 2011 : Saya dah konvo!!!



Konvo adalah detik yang paling manis untuk semua orang kan. dipakai jubah, terima sijil etc tu memang kenangan yang tak dapat dilupakan. Belajar di oversea memang konvonya tak semeriah di Malaysia, tapi oklah sebab mak aku ada bersama. bini je tak dapat bersama sebab takde lagi. eh? :p


4) Julai 31, 2011 : Jumpa ramai celebrity online



Sangat-sangat berterima kasih kat penganjur kerana buat program macam ni. Excited sebab bleh berjumpa ramai celebrity yang terkenal di dunia online ni. tengok face to face, dapat bergambar lagi memang pengalaman ni sangat best. Tahun depan buat lagi, dan jemput yang hebat-hebat lagi okeh



4) September 22, 2011 : Pergi ke Korea



Korea adalah negara kedua ni aku pergi dengan Herbalife. Tahun depan ada Singapore, Jepun dan Macau. Macam biasa, memang ni adalah percutian pakasa, nak duduk dalam Herbalife lama, memang kena pergi. bukankah itu sesuatu yang sangat best? hehe. kali kedua aku pergi ni pon tanpa isteri, ahh, kali ketiga nanti konpem dengan isteri!


 ******

Tak sampai 48 jam lagi 2011 akan melabuhkan tirai. 2011 ni memang sesuatu yang lagi best berbanding tahun-tahun yang lepas. memang. bagi aku lah. yang kisah duka pon banyak jugak, tapi tak payah la ceritakan. cerita benda negatif, akan tarik benda negatif dalam hidup kita. so, move on kan?

tapi.... aku rasa 2012 ni lagi best ko!! sebab mahu kawin. waha!


pss : apa azam korang 2012 ni?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW