Share

Pengalaman Membeli Apartment di Bandar Satelit Pasir Tumboh

Baru balik dari membayar deposit untuk 2 Apartment kat Pasir Tumboh. Satu nama mak aku dan satu lagi nama aku. Memang ni 1st time terlibat secara langsung dengan pembelian aset sebegini besar. Kawasan apartment ni memang dekat dengan kawasan rumah aku, 5km macam tu je. 2014 ni dijangka siap dan memang tak sabar nak tunggu siap!


Bandar satelit Pasir Tumboh

Bandar Satelit Pasir Tumboh


Pembangunan yang melibatkan jutaan ringgit ni dimajukan oleh orang Melayu. Dengar orang Melayu yang majukan projek sebegini besar ni, kagum pulak kan. Kawasan yang dipilih pun memang agak tepat sebabnya jauh dari bandar KB yang tengah pesat membangun sekarang. Sebuah kawasan rumah kedai yang dilengkapkan dengan masjid yang cukup moden, bangunan Apartment 29 tingkat, kawasan perumahan banglo baru, memang aku rasa akan menjadikan kawasan ni bandar satelit yang terancang. Tadi tengok plan lokasi, memang sempoi lah. terbaik!


Apabila siap, macam nilah rupanya


Beli harta di usia muda

Aku ada baca buku pasal duit ni, penulis tu memang sangat suggest beli barang untuk dijadikan aset. Barang atau benda yang harganya akan menjadi semakin naik, bukannya semakin menurun. Contohnya, rumah, tanah dan emas. Kalau boleh, cari yang terendah untuk barang yang harganya semakin menurun ikut masa, contoh barang yang menurun - kereta. Pelaburan ini memang perlu dimulakan sejak usia muda, baru kita akan rasa bertanggungjawab dengan duit.

Yang aku beli apartment ni pun bukannya nak pakai pun, memang plan nak sewa. Rumah family dah ada, buat apa gatal-gatal nak tinggal kat apartment kan? Harga pun kalau dengan lokasi tempat, mesti meningkat dengan mendadak 5-10 tahun akan datang. Dah sewa, cukup modal, juallah, sejuk-sejuk untung 60-70 ribu

Aku tengok jumlah yang kena bayar tu bila dah start pembinaan 20% jugak, hampir 40 ribu, tertelan jugak air liur kat mana nak cari duit sebanyak tu, tapi fikir dengan keuntungan yang banyak dikemudian hari, apa lagi, kerjalah kuat-kuat sekarang ye tak?





Kenapa pelaburan kena start diusia muda?

Bila dah tua, kita nak dapat hasilnya lah kan? Sebab tu masa muda-muda macam nilah, kena bekerja sekuat tenaga untuk mencari duit. Bila dah tua nanti, tak payah nak bergantung pada sesiapa untuk hidup, duit yang ada dikumpul diusia muda dah boleh menyara diusia kelak

Aku suggest, bagi yang muda-muda ni, jangan duk malas-malas dan pandai-pandai intai peluang 'lubuk' mana yang boleh nak buat duit. Hari tu aku ada jumpa sorang yang pangkat adik, usia baru 21 tahun sibuk buat bisnes. Walaupun dia kata sekarang duit masuk 10-15 ribu sebulan hasil bisnes dia, memang tak nampak orang kaya pun. Dia kata duit tu dia kumpul-kumpul dan bila dah cukup, beli harta. Fuhh, kalaulah orang Melayu kita macam tu kan, memang aman lah negara kita


Ok lah

Selamat mengumpul harta dan ketahuiliah, harta yang paling berharga adalah.... anak!!! (lari tajuk)


pss : for thing to change, u have to change! 

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

20 comments:

cik heroin said...

saya pun tingin nak beli dinar emasss. wohhoooo.nti2.insyaAllah

Aku Ibu Muda said...

harta yang paling berharga dah ada 2.. hihiii

now baru kumpul aset lain :)

Nadhirah Ahmad said...

anak yg soleh/ah!

Cahaya_Kebahag!aan said...

nampaknyer jiran la kite.. umah saya dr bandar satelit tu klo berlari 5minit dah sampai~~~

YOUsoF said...

Thanx bro ko dah tambah semangat aku yang dulu ala² je ni.. ;)









Betul! anak sangat² berharga, champion punye, takde jual mana² kedai.. ;D

joegrimjow said...

@cik heroin

kena buat tutorial ni camne nak beli dinnar emas ni
huuhu

joegrimjow said...

@Aku Ibu Muda

hehe
xpe, yg bernilai kumpul dulu

joegrimjow said...

@Nadhirah Ahmad

of koz

joegrimjow said...

@Cahaya_Kebahag!aan

lorhh
ye ke? mek klate
hehe

joegrimjow said...

@YOUsoF

kena corak betol2
baru terbaik jadinya

Hansyirah Takezur said...

orang kelantan ke joe?
sy duk kelantan gak.. hihi.. :D

joegrimjow said...

@Hansyirah Takezur

yuppa
bleh la jumpe2
hoho

gadisBunga said...

dah beli rumah ya. tindakan bijak. tahniah!

Imran@Copenhagen said...

wah pasir tumboh dah semakin maju!!

joegrimjow said...

@gadisBunga

sama2 buat tindakan bijak
=)

joegrimjow said...

@Imran@Copenhagen

dah jadi bandar satelit dah

Syeza Jamal @ Philocoly said...

joe, I don't know you still remember me or not..tp i agree dgn ape yg u state..definitely..kne buat investment masa muda2 ni la, dah tua sng. :)

joegrimjow said...

@Syeza Jamal @ Philocoly
sedang usha blog
hehe
thx u for agreeing

Syeza Jamal @ Philocoly said...

ur wlcm.
dlu i slalu usha blog u jgk, kdg2 comment. ur blog sentiasa caught up my attention. :)..I like the way u blog.

ur updates, emm..logic, bernas & betul (ayat skrip..:p)

Anonymous said...

salam joe,, nak tnya brapo joe bli rmh tu? nak try usha kot internet ade x?huhuu..macam minat jgk nak invest time muda2 ni..berapa hrga dio?

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW