Share

Apabila @ShamKamikaze @Wardinasafiyyah @RealDrMAZA @Saifulislam dan @joegrimjow berjumpa!

Terima kasih pada penganjur

Semalam berpeluang untuk join Bicara Celebriti anjuran Kerajaan Negeri Kelantan kat Balai Islam. Plan asal dengar forum menarik tu kemudian main badminton. Sebab tu 'pakaian' aku pakai tu tak macam orang nak pergi dengar forum agama je. Heh, lantak lah kan. Tapi sebab semua ahli panel – wardina (sebut yg lawa dulu, kekeke) dr asri, sham kamikaze dan ustaz hasrizal semuanya mantap-mantap, cancel main badminton tapi stay sampai habis

Biasalah, badan dah lama tak disuap dengan ilmu agama ni =)

Forum bicara celebriti ni sangat terbaik dan aku respek habis kat penganjur kerana dapat mengadakan aktiviti ilmiah seperti gini. Sangat harap banyak lagi program macam ni dapat dibuat. Cuma masa tu kalau boleh on time la kan, pukul 9 jangan 9.30 plak. Hehe. Yang lain terbaik, cuma yg part on time je kena ubah sikit.

Komen info pasal ahli panel


Malam tadi memang banyak ilmu yang dapat. Yang jadi pengerusinya adalah Amin – pengacara di TV Al-Hijrah. Memang tak kering gusi jugaklah dengan dia yang jadi MC, mana taknya, slumber bodoh dengan lawak dia tu, lawak menusuk kalbu pun ada, memang penonton gelak je lah. Tapi baguslah, aku sebagai penonton tak boring, dan paling penting kawan aku yang beriya kata forum agama camni bosan, dia yang stay sampai habis. Hehe. MC mantappppp





Dr Asri memang terbaik. Dulu pernah jumpa sekali kat Scotland (Bukan ireland ya, silap, den dah tua. Hehe) dan malam semalam jumpa lagi buat kali kedua. Penerangan dia mengenai hukum memang jelas. Orang jenis tak banyak ilmu macam aku ni dapat tangkap apa yang dia nak sampaikan. Suka dengar dia ulas pasal sempadan wanita untuk menyanyi semua tu.






Sham kamikaze plak 1st time jumpa. Pergh, memang muka bersih suweh la. Semalam dengar versi live cerita dia pasal bagaimana dia berubah. Sharing dia pasal doa tu terbaik, macam mana dari seorang yang sekali setahun je solat (masa raya) kepada yang mampu memberi impak positif kepada masyarakat, relate pulak doa mak dia tu, memang tersentuh la hati ni dengar. Hidayah ni hanya Allah yang mampu beri, kita kena selalu doa, mintak dikekalkan dalam iman sentiasa






Ustaz hasrizal – jeng jeng jeng! Memang dah banyak kali program ustaz hasrizal aku nak join, tapi tak terjoin-join jugak. Entah macam mana tanpa perancangan, boleh pulak jumpa secara live dengan salah seorang ustaz online kegemaran aku ni. Hehe. Ustaz share pasal kesedaran semalam. Dia relate kesedaran dia yang nak turunkan berat badan hanya jadi selepas iklas dengan diri sendiri. Wah, dah slim gitu ustaz sekarang. Bayangkan dari 133 kg dulu, jumpa malam semalam segak bergaya dengan baju kuning berjaketnya. Hehe. Nanti dah dapat ideal weight, bleh datang klantan saya blanje makan sup gear box. Wahaaa


Wardina – serius comel. Haha. Ok tamat.


*******

Soalan aku

Aku ni kalau join majlis apa-apa, memang mesti akan tanya soalan punyalah. Semalam tak terkecuali, dah simpan elok-elok seat tepi mic senang bangun untuk tanya. Hehe. So semalam aku ada tanya 2 soalan. Satu soalan random untuk dijawab kepada mana-mana ahli panel dan satu lagi soalan khas untuk Dr Asri

Pertama – Bagaimana celebriti menggunakan platform social network untuk tackle anak muda?

Soalan ni Ustaz Hasrizal yang jawab. Memang dia antara ahli panel yang mempunyai blog (siapa tak kenal saifulislam.com kan?) dan juga akaun facebook yang kerap update statusnya. Sangat suka dengan jawapan yang ustaz bagi – analogi semut dan gula. Katanya, celebriti atau pendakwah ni kena jadi macam semut, yang akan ada dimana ada gula. Maksudnya, kalau dah ramai yang guna facebook, twitter untuk bersosial di internet, celebriti atau ustaz kena follow peredaran zaman ni. Nanti ketinggalan zaman, tak dapat sambutan plak kang. Susah susah. Analogi menarik kan?


Kedua – Kenapa susah yang non-muslim nak peluk agama Islam di Malaysia berbanding negara minoriti penduduk Islamnya

Soalan ni khas untuk Dr Asri. Aku tanya soalan dengan kaitkan pengalaman berada di UK yang setiap jumaatlah dalam sebulan, pasti ada yang peluk Islam. So boleh lihat orang mengucap dua kalimah syahadah di depan mata. Kat Malaysia – sepanjang 23 tahun aku hidup atas bumi Malaysia ni, sekali pun tak pernah jumpa. Korang pernah? So aku tanye, mesti ada something wrong yang tak kena kat mana ni. Actually, ni soalan aku, tapi mungkin sebab aku kelam kabut masa nak tanya soalan tu, Dr Asri jawab lain plak. Haha. Tapi ada point!

Point dia mudah, tanggungjawab untuk ubah keadaan sekarang ni adalah diri kita sendiri. Kalau nak ubah sikit-sikit pun boleh, nak ubah semua terus pun boleh dengan ubah 'keseluruhannya' – dalam makna tu. Heh! Nantilah aku buat entry khas pasal ni okeh. Di lain waktu aku akan huraikan


******


Ok-ok, mesti tak puas baca pasal Wardina kan? Hehe. Kita sambung sikit lagi. Ada benda yang menarik sempat aku berbual dengan dia semalam. Apa dia? Kejap. Sebelum tu, dia ada jawab soalan bagaimana dia terus istiqamah dalam perubahan dia. Ingatkan wardina dalam spanar jaya dulu? Heh, dengan sekarang, memang lain sangatlah. So apa yang dia kata kekuatan dia untuk terus istiqamah adalah – al quran. Tunjuk lagi al-quran yang dia bawak kemana-mana sahaja dia pergi dan bila dia baca mana-mana ayat quran pun, mesti ada ayat yang akan kena kat batang hidung sendiri. Oohhh, pedas je hulu hati masa dia tunjuk al-quran tu, ye lah nak compare dengan diri sendiri ni, jauhnya rasa aku dari kalangan hamba Allah yang bertaqwa....

Wardina : Baguslah soalan tadi. Belajar kat mana?
Joegrimjow : Time kasih, kat Sheffield.

Wardina : Oh, amek kos ape? dah kerja?
Joegrimjow : Engineering. Baru je grad

Wardina : Bagus-bagus
Joegrimjow : Thank u la kak bagi ilmu berguna tadi. Semoga anak-anak akak nanti jadi macam akak jugak bila besar

Wardia : Terima kasih, semoga dapat isteri solehah yang dapat bimbing anak-anak ke jalan diredhai Allah
Joegrimjow : Isteri yang boleh bimbing suaminya jugak. hehe

Wardina: Eh mana boleh, suami yang kena bimbing isteri ok!
Joegrimjow : hehe


Dengar tu, wardina doa aku dapat isteri solehah tuuuu. Waaahhaaa. Amin amin amin =)





pss : korang komen kat bahagian bawah ni aku gemuk tak nak kawan!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

52 comments:

aNdi.Hanin::حنين نظوره said...

selamat menyambut pesta ibadah incik joe :)

mi2omar said...

assalam,
best program2 mcm ni.
Alhamdulillah kak wardina berubah dan terus beristiqamah.walaupun cabaran sebagai anak seni sgt mencabar tp beliau mampu.
semoga awak mendapat isteri solehah juga dalam membentuk sebuah keluarga islam.amin~

rohadatul aisy' said...

amin..!! semoga Joe bertemu jodoh dgn wanita solehah..=)
seronoknya dpt jumpa mereka dan berkongsi ilmu..

Eyriqazz said...

gemuknya joe...hik3...wahh,wardinaa....cantikk

Blog Hangit said...

sori joe..out of topic..apsal gambar ko sume postur badan cam sama je??hehe

Jard The Great said...

gumukkkkkkksss =p

Fina Fento said...

kak wardina cantikkkk

Muaz Nabil said...

Selamat menyambut bulan ramadhan joe. Tah bila plak aku nk terserempak dgn ko lps ni. Lama dah x jmpa ko.
Moga dapat isteri solehah. :-)

ErnieFaizal Siti said...

kadang2 ada jugak join program wardina..suka sgt tengok dia..

Farhani Mazlan said...

sangat jelez sbb dpt pergi.umah dpn balai islam je ppun tp xdpt nk gi sebab takde teman.sobs :')

kueh bakar said...

kesian wardina kena cuti 2 bulan mhi...ye ke?

hensem la gambar laki yg paling bawah tu...yang tengah2 tu..hahaha

selamat berpuasa

joegrimjow said...

@aNdi.Hanin::حنين نظوره

anda pon sama

joegrimjow said...

@mi2omar

yg jadi dia istiqamah tu quran tak lekang kat tangan

joegrimjow said...

@rohadatul aisy'
aminnn

joegrimjow said...

@Eyriqazz

bro xkasi can!

joegrimjow said...

@Blog Hangit

dah macam tu psotur selalu
gaya sama
hehe

joegrimjow said...

@Jard The Great

xmo kawan

joegrimjow said...

@Fina Fento

sangat!

joegrimjow said...

@Muaz Nabil

nanti buat gath join aje

joegrimjow said...

@ErnieFaizal Siti

ilmu pun tinggi ye tak

joegrimjow said...

@Farhani Mazlan

xperlu teman pon leh je pergi
ramai kot

joegrimjow said...

@kueh bakar

ada gak die gtau smlm nape
hehe

Sufy said...

muka kak dina berseri2..:)

belog|amiyo said...

kalau aku balik Kelantan ni komfem aku join dah.

.RSARA. said...

semalam time inche joe nak tanye soalan dah rase muke tu mcm familiar. bile inche joe memperkenalkan diri, ohh! joegrimjow blogger tu! hehehe. tak sangke. yup. talk yang besttt! :)

hidayahjamal said...

suka entry ni, kenangan kot, salam ramadhan jo :)

joegrimjow said...

@Sufy

live lg lawa
hehe

joegrimjow said...

@belog|amiyo

nanti ada lagi mesti kena join

joegrimjow said...

@.RSARA.

ahaa, mesti kena tanya soklan la. hehe

joegrimjow said...

@hidayahjamal

kenangan apakah? heee

Farhani Mazlan said...

memang la tak perlu teman blh gi.tapi malu nnt bila malu,buat perkara yg memalukan lg.hahaha

Daus said...

ok, first of all, ko gemuk =P

hehe, aku pon baru dapat kesedaran (insaf) kepentingan ilmu agama dalam membentuk keluarga yang bertakwa dan bahagia.. huhu... Alhamdulillah, semoga Allah dapat menguatkan hati aku utk terus berada di jalannya.. Bnyakkan berdoa..

FaRHaN SyAHiR said...

joe, ko xsempat ke cikgu johari alwi masok Islam kt sekolah kite dulu? aku rase macam ko sempat jek?

namaakulynn said...

mesti seronok dpt dgr pkongsian diorg. ;)
apapun,selamat bpuasa abg.joe and moga ramadhan kali ini lebih baik buat kita semua.insyaallah. ;)

Tasha said...

wah,pengalaman yg berguna & best ^^

ahsfantasy24 said...

adeh.. ruginy xg..
huhuhuhu~

╲╭━━━━╮╲╲╭━━━━━━━━╮
╲┃╭╮╭╮┃╲╲┃Selamat menyambut
┗┫┏━━┓┣┛╲╰┳Ramadan ♥
╲┃╰━━╯┃━━━╯╰━━━━━━ ╯
╲╰┳━━┳╯╲╲╲╲╲╲╲╲╲
╲╲┛╲╲┗╲╲╲╲╲╲╲╲╲..


Jom Lawat Teratak Buruk Saya:
1. Statstik pekerjaan yang paling dipercayai di Malaysia!
2. Malaysia nak guna duit syiling baru ala-ala euro coin!
3. Geng pencinta yang tak mampu lupa kekasih lama!

BEN ASHAARI said...

alhamdulillah... jeles sehh ..

farra8979 said...

nice program... ^__^

athirahariffin said...

"sie ko sayo..."

that your dialogue kan mr joe?

btw, program mmg terbaik. tahniah pada kerajaan negeri yang berjaya hasilkan program yg sgt baik ini.

Nur Ilham Impian said...

tahniah atas soalan yg sgt baik, dan bijak pd mlm tu. sekaligus mbuktikan org kelantan ni bijak2.hehe.alhamdulillah.

Nur Ilham Impian said...

tahniah atas soalan yg sgt baik, dan bijak pd mlm tu. sekaligus mbuktikan org kelantan ni bijak2.hehe.alhamdulillah.

Nur Ilham Impian said...

tahniah atas soalan yg sgt baik, dan bijak pd mlm tu. sekaligus mbuktikan org kelantan ni bijak2.hehe.alhamdulillah.

Nur Ilham Impian said...

tahniah atas soalan yg sgt baik, dan bijak pd mlm tu. sekaligus mbuktikan org kelantan ni bijak2.hehe.alhamdulillah.

Nur Ilham Impian said...
This comment has been removed by the author.
yatie chomeyl said...

ambo tgk video tu...pastu napok la demo tanyo soale . Mod Amin tu siap gurau kato demo wakil muslimat mulo2 tu hehehehe

~eZmALiZa~ said...

one word : hebat!!!!

selamat berpuasa ye joe! semoga ramadhan kali ini memberi seribu erti buat kamu sekeluarga :)

shera haifa said...

tak tau pun ada Bicara Celebriti kat Balai Islam.. lalu je c2 tngok ada org jual2.. artis datang rupenya..
=)

Anem arnamee said...

salam ramadhan,joe:)

Eim Abey said...

joe buat posing sama je. nway, slmt bpuasa

Eim Abey said...

joe buat posing sama je. nway, slmt bpuasa

Syakilaa said...

apsal same je senyuman tu utk stiap pic??haha

Arifah Waly said...

kah3..angle badan semua sma je..(^^)

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW