Sabtu, 31 Disember 2011

Dream Board 2012 : Only u can make it happen!

Yeah, ini adalah entry terakhir 2011. Sedih jugak dah nak habis dah 2011 ni. Bila dah masuk 2012, umur walaupun birthday bulan 4, tetap akan bgtau kat orang yang bertanya 'umo ko bape eh joe?' adalah 24. Wah, angka yang sangat besar ok. Gerun pun ada tapi nak buat macam mana, masa memang akan berlalu dan terus menerus sama ada kita sedari atau tidak


Berimpian

Kata yang bermakna dari Mark Hughes 'Your Success Only Limited by Your Own Imagination and Hardwork' memang dalam makna ayat ni dan ayat ni jugaklah yang mengajar aku untuk memulakan impian. Dulu serius hidup takde impian. Mungkin baca banyak sangat buku dan bercampur dengan orang-orang yang positif, jadikan aku untuk berani membuat impian. Orang yang aku kagum, aku panggil die Mak Yang, pernah cakap, nak berimpian kena ada SMART
  • Specific
  • Measurable
  • Agreeable
  • Reasonable
  • Time
SMART nilah yang akan buatkan kita lebih fokus. Let say korang kata bila korang dah start kerja, korang nak bantu ibu bapa korang untuk tunaikan umrah. ok. fine. tapi kalau impian setakat tu, aku yakin dan sangat yakin, korang nak achieve tu like 30 or 40% je boleh tercapai. Macam mana nak jadikan impian korang ni boleh terjadi? perlu SPECIFIC, seperti nak gunakan perkhidmatan agen A or agen B?. MEASURABLE, about rm 9 ribu sorang, so korang mak bapak korang, dah 3 orang dan perlukan rm 27 ribu. AGREEABLE, mak bapak korang nak ke? or mak bapak korang nak korang kumpul duit untuk kawin dulu sebelum bawak dieorang pergi umrah. REASONABLE, boleh ke korang bawak dieorang pergi, keadaan mereka mengizinkan? tak sakit? duit cukup? dan paling penting TIME, bila korang nak bawak pergi. bila dah start kerja - korang umur 50 tahun pon dikira korang dah start kerja ye tak? So, combine kesemua 5 elemen ni, baru korang akan nampak dan dengan izin Allah, usaha korang dah buat tu memang kuat, mesti akan terlaksana impian korang tu

Jadi untuk entry last 2011 ni, aku nak mengajak korang membina berimpian. jangan takut ok =)


Dream board


Benda ni agak cliche tau. kalau korang rasa 'ahhh, buat apa nak ada benda ni, ingat-ingat sudah' welcome to the club, aku dulu macam tulah, ada impian tapi just letak dalam otak je. last-last, impian hanya tinggal kenangan terindah. wahaha. so sekarang ni, cuba luangkan masa denga diri sendiri dan buat dream board korang, buruk macam aku pun takpe. haha. yang penting benda ni boleh dilihat SETIAP HARI dan benda macam nilah akan dorong korang untuk kerja dan kerja dan kerja sehinggalah impian korang tu tercapai


SPEAK IT LOUD

Ada impian, bgtau kat orang. Pedulikan orang kata korang ni nak menunjuk ke apa, or korang ni berangan-angan kosong ke apa, yang penting itu impian korang. Bila dah bgtau kat orang tu. nak kerja tu lagi-lagi-lagilah kuat. Aku ada 10 perkara nak ditunaikan pada tahun 2012 ni. Aku tahu, dengan usaha aku saja yang boleh jadikan benda ni terlaksana. yeahh, its only me! (izin Allah jangan lupa)















Detail pasal impian ni tak payah la cite kan? Biar antara aku dengan impian-impian aku je. Yang penting, korang pon kena ada. Buatlah ye. Kapal terbang pun takkan tercipta kalau orang Islam dulu tak bermimpi untuk nak terbang macam mana. Internet yang kita guna sekarang ni pun takkan ada kalau takde orang yang start untuk membinanya. Semuanya terpulang pada korang.


Penutup 2011


Terima kasih jugak pada korang yang sudi jadi pembaca kat blog ni. Walaupun aku agak sibuk kebelakangan ni untuk update blog, tapi masih ada yang setia membaca. sangat-sangat hargainya. Aku doakan korang akan menjadi orang yang hebat untuk agama ini, negara ini dan untuk family korang sendiri.

Bye bye 2011, welcome 2012!


pss : sayang lebih yang like/share dan tweet entry ni =)

Jumaat, 30 Disember 2011

Apabila 2 dara dan seorang teruna makan-makan

Family aku ada 7 orang adik beradik. lelaki perempuan bergilir-gilir ditamatkan dengan aku. Dalam family aku, 4 sudah berkahwin, tinggal 3 je belum berkahwin. Kami bertiga yang belum kawin ni agak rapat, ye lah, sebab takde pasangan hidup (bukan takde calon ok, cume takde yang masih sah), berkongsi antara adik beradik je lah kan? Lain kalau dah berumahtangga, memang berkongsi dengan pasangan lah kan?

Memang tak plan pun, kakak aku tiba-tiba kata nak blanje makan. tengok jadual, hurm, bolehlah join. rugi tolak rezeki ni. so tempat yang dituju, Full House Sunway Pyramid. Dulu pernah makan kat situ, ok lah makanan sedap. Memang banyak perkara yang dibualkan, topik hangat mestilah pasal kawin!

Aku tanya kakak aku bile nak kawin, kakak aku tanya bile aku nak kawin, kakak aku bgtau kemungkinan abang ipar aku lebih muda dari aku. WHAT? awkward gile jadinya. Aku tunjuk gambar seorang pompuan kata ni gambar awek aku, slumber dieorang cakap perempuan tu terlalu cantik untuk aku. haha, apa aku tak handsome ke? pandai sungguh kakak2 aku jaga hati adiknye. hehe

oklah, taknak bebel, layan gambar

Makanan aku

makanan kakak aku

makanan tambahan

makanan kakak aku lagi

no caption

no komen

korang komenlah :p

aku dan kakak aku

aku dan kakak aku juga

Okeh, tu saje. haha, joegrimjow update blog main tangkap gambar je sekarang. adakah blog ini akan berubah wajah menjelang 2012 dengan entry main tangkap gambar je? hehe. Kenangan terindah 2011 dan ditulis kat sini dan kat sini, korang taknak share ke? 

Semoga jumpa lagi 


pss : ni bukan entry terakhir 2011 okeh

#BESTMEMORYOF2011 part 2 : Entry sebelum tahun baru

Okeh, part 1 dulu (baca sini) sampai bulan Mei je kan. Jadi kali ni sambung lagi part 2 dan part terakhir sekali lagilah. Banyak tapi kalau tulis banyak-banyak dah tak jadi 'best' la kan? Okeh, jom kita sambung dengan beberapa lagi bestmemoryof2011!

1) May 10, 2011 : Pengalaman beli apartment sendiri



Aku rasa ini adalah detik terindah untuk sesiapa sahaja iaitu membeli 'harta' sendiri. Kenangan ni memang indah, hanya orang yang pernah alami je akan rasa best ke tak best kan? Hari-hari lalu kot kawasan pembinaan apartment tu, memang berdebar-debar je. haha. cepatlah siappp!!!




2) June 1, 2011 : Pemenang Dana Belia 1Malaysia



Ini merupakan dana terbesar yang aku terima setakat ni. Bagi yang nak tahu apa tu, sila klik kat link atas tu eh. Alhamdulillah, program yang aku buat tu dah satel, 207kg berjaya diturunkan dan bila buat gathering nanti, memang akan nampak lain semuanya tu. Terima kasih jugak kat @najibrazak yang memilik aku sebagai salah seorang yang menerima dana tu.




3) Julai 19, 2011 : Saya dah konvo!!!



Konvo adalah detik yang paling manis untuk semua orang kan. dipakai jubah, terima sijil etc tu memang kenangan yang tak dapat dilupakan. Belajar di oversea memang konvonya tak semeriah di Malaysia, tapi oklah sebab mak aku ada bersama. bini je tak dapat bersama sebab takde lagi. eh? :p


4) Julai 31, 2011 : Jumpa ramai celebrity online



Sangat-sangat berterima kasih kat penganjur kerana buat program macam ni. Excited sebab bleh berjumpa ramai celebrity yang terkenal di dunia online ni. tengok face to face, dapat bergambar lagi memang pengalaman ni sangat best. Tahun depan buat lagi, dan jemput yang hebat-hebat lagi okeh



4) September 22, 2011 : Pergi ke Korea



Korea adalah negara kedua ni aku pergi dengan Herbalife. Tahun depan ada Singapore, Jepun dan Macau. Macam biasa, memang ni adalah percutian pakasa, nak duduk dalam Herbalife lama, memang kena pergi. bukankah itu sesuatu yang sangat best? hehe. kali kedua aku pergi ni pon tanpa isteri, ahh, kali ketiga nanti konpem dengan isteri!


 ******

Tak sampai 48 jam lagi 2011 akan melabuhkan tirai. 2011 ni memang sesuatu yang lagi best berbanding tahun-tahun yang lepas. memang. bagi aku lah. yang kisah duka pon banyak jugak, tapi tak payah la ceritakan. cerita benda negatif, akan tarik benda negatif dalam hidup kita. so, move on kan?

tapi.... aku rasa 2012 ni lagi best ko!! sebab mahu kawin. waha!


pss : apa azam korang 2012 ni?

Khamis, 29 Disember 2011

Antara Night Club dengan Bathtub

Sampai di Sungai Petani agak lewat tadi, plan asal nak bertolak pukul 11, jadi pukul 2 petang pulak. Walau apa pun, alhamdulillah dah selamat sampai. Sampai je, terus check in di Park Avenue Hotel. Hurm, oklah hotel ni dengan harga dia, bilik pun besar

Tapi bilik besar buat apa sebab tidur sorang.... ooh, mama nak kawin!!!

Welcome drink

RM 135 termasuk welcome drink dan breakfast esok memang murah. Walaupun semua tu tak perlu, ye lah, pagi shake je as breakfast, welcome drink buat ape sebab penat memang nak tido je. Tapi memandangkan bilik ni besar, harga tu memang berbaloi-baloi!

Jadi, kisahnya, pergilah aku ke welcome drink yang aku rasa macam formal amek minuman bagai. rupa-rupanya tidak!! suasana macam night club!





Dengan 3 gadis yang hanya pakai macam set nak rampingkan badan tu, memang mengiurkan. mata aku pun galak memandang. sorang pompuan yang tengah nyanyi tu, siap kenyit-kenyit mata lagi! Hampes, memang tercabar kejantanan aku!

Tapi sebab fikir balik aku datang sebab kerja, tak berkat plak esok nak pergi jumpa orang. 

Balik bilik




Masuk bilik air





Bukak air dalam bathtub sampai penuh





BERENDAMMMMMM




pss : we never live alone, coz god always with us

Isnin, 26 Disember 2011

#BestMemoryof2011 part 1 : Entry sebelum tahun baru

Untung bagi yang mempunyai blog dan menulis pasal kisah peribadi. Kenapa? Sebab kita boleh imbau balik apa yang dah berlaku yang lepas-lepas, tengok balik penulisan kita dan kenang kenangan yang dah berlaku dulu. Ini adalah part 1, antara kenangan terbaik pada tahun 2011 :)


1) January 18, 2011 : Berduet dengan Amy Mastura



Awal tahun lagi memang dah dimulai dengan suatu yang sangat positif dalam Herbalife. Qualify Party untuk Spectacular!! Alhamdulillah, tahun ni pun qualify jugak. tak tahu lagi siapa yang dijemput, mintak-mintak Yuna datang, bolehlah bergambar dengan dia sebab dapat VIP =)



2) February 15 , 2011 : Gathering Sahabat Blogger


Entry sepeunuhnya disini

1st time hadiri gathering blogger yang bukan aku anjurkan =) biasanya gathering-gathering ni akulah semangat yang menganjurnya pun. Tapi best jugak orang lain anjurkan, tekanan tak banyak.Masa gathering ni pun, dapat banyak jumpa kawan baru. bestlah!! hei blogger, jom buat gathering nak? :p



3) February 16, 2011 : Dapat hadiah RM 500!!


entry sepenuhnya disini

ini antara contest yang agak besar jumlahnya aku dapat. RM 500 memang banyak ok. heee, sangat teruja sebab entry tu dipilih oleh pihak unique card. bestttt sebab bagi dalam kad kredit, ada kad kredit gitu aku =)

4) April 1, 2011 : Menang Nokia E7






entry sepenuhnya disini

Memang tak sangka dapat review Maxis 10 dari Maxis ni. Ye lah, aku selalu duk kutuk Maxis dalam blog ni tup tup dapat plak review dari mereka. haha. 8 entry semuanya, tugasan dah siap dan hp tu jadi milik aku. sangat best sebab lepas tu terus aku jual dengan harga RM 1500. heee, dapat duit lebih. Sekarang maxis 10 pon dah xde dah. so sad......


5) Mei 4, 2011 : Bercuti ke Bangkok





entry sepenuhnya disini

ya, bangkok adalah antara negara yang aku lawati tahun lepas. Ni pun sebab Herbalife. memang sebab Herbalifelah boleh jalan-jalan ni. Kalau tak memang tak merasalah. ingat lagi pengalaman yang aku tulis trick untuk tackle pompuan di sana - belajar dari orang tempatan. haaa, baca balik dan akan dipraktikkan nanti =)

********

okeh, habis part 1, nanti nak buat part two plak. korang? ada pengalaman menarik 2011 yang ingin dikongsi? ce cite ce cite nak tahu =)


pss : malam ni pergi fun fair!

Kasihnya adik kepada kakaknya

Sekarang ni aku ada kat Putrajaya, dari 2 hari lepas lagi sampailah esok. Lusa dah nak gerak ke Penang pagi-pagi lagi. Bulan 12 ni memang banyak jalan, ke KL 3 kali, lagi banyak dari bulan biasa yang mana dalam sebulan sekali dua je, tapi bulan ni sampai 3 kali. Ke Johor untuk kali pertama dengan prius, ke Kuala Terengganu pada awal bulan ni. Fuh, memang sangat banyak jalan!

Di Putrajaya

Kat Putrajaya aku tinggal dengan kakak aku. Nasib baik dia ada beli rumah kat Putrajaya ni, memang jadi tempat persinggahan aku lah. Bukan aku saja, mak aku pun kalau datang ke KL ni, akan tinggal di sini untuk jangka masa yang lama jugak. Rumah tumpangan presint 11 gitu. waha!



Actually nak tulis pasal aku pergi beli durian kat alamanda je semalam. bukan main panjang lagi mukaddimah dia kan? sebab kakak aku tiba-tiba mengidam durian, kenalah adik kesayangan dia pergi beli. Kebetulan nak pergi Alamanda, memang beli kat sana je lah

Cuma agak terkejut dengan harga durian kat sana, mahal sangat! RM 20 untuk 3 ulas. pergh, ni durian ape ni? kat kampung aku durian ni FREE je kot! dah macam kat oversea dah, harga durian yang mahal. Usha punya usha, ada bahagian yang dia buat offer, RM 10 untuk 3 ulas. walaupun rasa mahal, amek jugaklah untuk kakak kesayangan

aku nak buat bisnes durian lah kalau macam ni, jual 5 biji sehari dah boleh bayar kereta bulan-bulan dah!


pss : sedang menikmati pulut durian sekarang

Ahad, 25 Disember 2011

Bolehkah orang susah sebut 'R' berjaya semasa akad nikah?

Eh, tiada kaitan dengan Lisa Surihani ok :p

Cuma nak ucapkan tahniah kat kawan aku, aizat yang dah selamat jadi suami orang semalam. Memang ada kat area KL tapi sebab ada kekangan, tak dapat hadiri majlis dieorang semalam. Ohh, aizat ni antara kawan Herbalife yang susah nak sebut perkataan R selain Rudi. haha. Nak gak tengok macam mana nia lafaz nikah tu macam mana. Memang stylo, hanya sekali sahaja!



Pasangan ni antara pasangan yang bertemu jodoh dalam Herbalife. Haa, dah ramai ok kawin sebab jumpa dalam Herbalife ni. Ada kisah yang nak kawin, sebab isteri pengedar Herbalife, antara syarat suami kena kurus dulu. Hasilnya, si suami turun lebih 20kg dengan Herbalife dan sekarang ni anak dah besar dah. Sponsor aku, ayah die suruh bakal husband die jadi supervisor dulu sebelum kawin. sebab nak sangat kawin, supervisor tu jadi benda sangat sangat sangat senang. heee. Sangat meriah ok. Banyak lagilah kisah-kisah pasangan yang bertemu jodoh dalam Herbalife ni.




2 2 masih mudah lagi. Yang perempuan tu baru 22 kot. Masa muda ni, dah kahwin hala tuju hidup dengan Herbalife lagi cerah. Nak qualify pergi mana-mana pun senang sebab dah ada 2 enjin.  wah wah, sedap je aku bagi ulasan kan? Gud luck untuk 2 kawan aku ni, nanti bulan 6 pergi Jepun sama-sama ok =)

Bagi korang yang susah nak cari jodoh, join Herbalife event, kat sane memang semua yang posotif-positif je dalam hidup ada. awek-awek single yang comel lote pon ada. lelaki? kena usha sendirilah. Tapi lagi best, korang bertermu jodoh dengan customer korang, perjalanan 'menguruskan' pasangan korang sehinggalah jadi suami isteri tu mesti korang kenang sampai ke anak cucu cicit ok

erk, aku ada gak macam dengan customer2 aku, dulu berbadan besar, dah lose weight dah jadi cantik, memang selalu jumpa timbang ingat takde perasaan yang akan berputik ke? takpe, aku professional. waha! 


pss : bagi lelaki yang susah nak sebut 'R', percayalah anda akan berjaya, mungkin sekali lafaz je =)

Sabtu, 24 Disember 2011

Salahkah mencintai orang yang dah berkahwin?

'Ultimate End'

Aku percaya yang setiap permulaan, pasti ada pengakhirannya. Macam kita hidup, akhirnya kita akan mati. Masa di sekolah rendah, akhirnya selepas UPSR. masa belajar di U, akhirnya selepas graduation day. Bagi yang bercinta, akhirnya sudah pasti di alam perkahwinan. Ini aku panggil 'ultimate end!'

Bunyi macam serius tapi korang percayalah, entry ni tak serius mana pun!




Cuma amaran yang aku nak bagi, memandangkan statistik perceraian di Malaysia boleh tahan tinggi - benda pertama yang aku nampak kenapa terjadi adalah kerana kehadiran orang ketiga. Kadang-kadang orang ketiga ni cukup handal bermain kata, memasang jerat untuk gelodak nafsunya diteruskan. Orang ketiga ni tak boleh nak bagi nasihat dah, cuma korang yang baru berkahwin, jagalah hubungan korang tu sehingga ke akhir hayat. 

Ceh, aku cakap macam dah banyak pengalaman je!


*******

Jonny dan John berada di kenduri perkahwinan kawan baik mereka. Joegrimjow namanya. Hari ini joegrimjow akan melangsungkan perkahwinan dengan wanita yang ditemui semasa di UK dulu, Joana. Ketika sibuk joegrimjow dan joana meraikan majlis mereka, berlakulah perbualan antara jonny dan john yang baru sudah selesai makan nasi

jonny : aku nak bgtau ko rahsia la john...
john : rahsia apa? ko pon tak sabar nak kawin dah ke? hahaha

jonny : ishh, mana ada... ko tau tak aku sedih ni?
john : sedih? ko sepatutnya gembira kawan baik kita kawin hari ni!


jonny : sebab dia kawin la aku sedih...
john : kenapa?


jonny : ko tau ke aku dah lama simpan perasaan kat dia?
john : joana?? shit, aku dah agak dah. dulu joana rapat gak dengan ko. tapi ko takleh buat macam ni, dieorang berdua dah berkahwin dah. ko ada perasaan dengan dia pun jangan ko bawa perasaan nafsu bodoh ko tu. banyak lagi pompuan kat dunia ni ko boleh pilih. jenny tu pun single lagi. dia pon ada gak bgtau yg dia minat kat ko. siapa lagi, jesica, haa, dia pun nak convert masuk islam bulan depan, ko trylah dia. serius beb, ko kena buang perasaan ko tu jauh-jauh. kesian kat kawan kita tu....


panjang lebar john memberi syarahan percuma



jonny : tu la... ko silap....
john : apa yang aku silap?


jonny : aku bukan ada perasaan kat joana, tapi kat joegrimjow......
john : WHAT THE FISH!


pss : selamat berhujung minggu

Jumaat, 23 Disember 2011

Dah terlalu lama.....



Balik dari solat Jumaat tadi sampailah sekarang. blur tak tahu nak tulis apa. haha. pernah alami situasi macam ni? Tiba-tiba kagum dengan diri sendiri dulu yang dalam sehari boleh tulis sampai 3 entry. hebat! sekarang ni nak tulis sehari satu entry pon.... huiishh, mencabar betul!

Tidurlah, bangun-bangun kot2 ada benda yang nak ditulis =)

Khamis, 22 Disember 2011

Parlimen Belia : Siapa nak RM 5?



Contest yang aku masuk hari tu dah terima hadiahnya. Oklah dapat top up RM 150 kan. Tadi usha website dieorang, ada satu survey yang sedang dijalankan yang mana sesudah korang jawab survey tu, korang akan dapat RM 5 secara percuma.



Bukan RM 5 tu yang dipandang, tapi sebagai belia, program yang ingin pendapat kita ni sepatutnya kita orang antara pertama yang memberikan pendapat. Aku isi tak sampai 5 minit je dah siap. Cuma ruangan komen tu spend banyak skit nak bagi pendapat penambah baikkan semua. Harap-harap, apa yang mereka cuba bawa akan sampai ke 'destinasinya'

korang pon kena isilah jugak ok. eh kejap, apa tu parlimen belia?

ia lebih kurang macam tempat untuk para belia ni berbincang untuk menjadikan belia negara kita bertambah bermutu. Aku tak lihat benda ni sebagai tempat berbincang, tapi aku nampak dengan sertai benda seperti ini, kita akan dapat lebih ramai kenalan yang mempunyai misi yang sama seperti kita. Sedih jugak tak ramai yang tahu lagi mengenai benda ni. Apa lagi, jom tolong untuk sebarkan berita ini kepada orang ramai!


pss : esok nak ke Putrajaya lagi!!

Rabu, 21 Disember 2011

Berapa korang bagi peratusan kecemerlangan pentadbiran @NajibRazak sekarang??









Sangat tertarik dengan perbahasan kat atas ni. Dalam bahasa cine, tapi ada translate dia dalam bahasa Melayu. Perbahasan pada tahun 2010 lagi yang melibatkan 4 ahli panel yang berlainan latar belakang. Ada masa, korang tengoklah.

Aku quote video kedua kat atas. Lawak bodoh tapi sungguh mendalam maksudnya
  • Negara mana yang enjin kapal terbangnya hilang tanpa perang?
  • Negara mana yang rm 50 juta untuk bina banyak klinik tapi tiada doktor?
  • Negara mana yang stadium runtuh tanpa gempa bumi

Malaysialah!

Aku post video kat atas ni untuk tanya pendapat korang, mungkin juga untuk menyedarkan korang yang pilihanraya sudah dekat, masa depan negara kita terletak pada pilihanraya ni bagi korang yang tak tahu. Apa yang aku nak tanya, pentadbiran NajibRazak sekarang ni, berapa peratus korang nak bagi kecemerlangannya?
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Politik
  • Media
  • Agama
  • dan lain-lain yang dirasakan perlu

Mungkin dengan penilaian korang sendiri, boleh membantu korang untuk mengundi nanti =)


pss : Kuasa sebenar adalah terletak di tangan rakyat. Rakyat tu siapa? Kita, ya, KITA!

Selasa, 20 Disember 2011

KFC Snack Box : Pengalaman yang sungguh mengecewakan

KFC adalah syarikat makanan segera yang aku rasa dah jadi darah daging aku dah. Kenapa? Sebab dari kecil lagi memang ada je 'big event' seperti birthday ke, mesti KFC adalah tempat yang kami sekeluarga tuju dulu. Ingat lagi cerita aku yang kempunan nak makan KFC semasa di Paris dulu, sanggup redah kota france untuk mencari KFC Halal!

Sebulan sekali ok?

Sejak aku bekerja dalam bidang kesihatan ni, menyihatkan badan orang, memang jarang sangat sentuh KFC atau fast food lain. Sebulan, sekali dua adalah. Heh, kata dah darah daging, memang susah nak tinggal ye tak? Tahu apa yang terkandung dalam saiz hidangan buatkan aku takut nak makan, takut berat akan naik! Kalau korang nak bakar saiz hidangan snack plate KFC tu, korang kena lagi atas trackmill tu 3 jam lebih. Sangat derita ye tak? Itulah nilai sebuah kesihatan yang sekarang ni orang ambil remeh


Ok, berbalik pada kisah pagi tadi, ada sedikit kekecewaan aku nak bagi kat sini. Macam ni, tadi aku ke program keusahawanan kreatif anjuran Kerajaan Negeri Kelantan, bertempat di KTC – Kelantan Trade Center. Aku bet orang Kelantan tahu susah nak cari parking kat area sana. Ada pun kat stadium yang agak jauh. Runsing takut hujan (ceh, padahal malas jalan jauh) aku park kereta kat KFC.

Dah habis perasmian, ada hal pulak terpaksa balik awal. Around pukul 11 macam tu, aku baru perasan yang parking kat KFC sana tak boleh lebih dari 2 jam, kalau tak tayar kereta kena kunci! Takut kena kunci tayar, aku masuklah dalam KFC untuk beli sedikit makanan, kononnya aku park kereta sebab aku ni pelanggan dieoranglah. Heh, amacam taktik? Boleh pakaikan?

Yang aku beli, snack box..... dan beberapa hidangan lain :p

Yang aku frust adalah snack box yang aku beli tu memang BERBEZA BENAR dengan apa yang ditunjuk dalam gambar. Ok, cuba tengok dalam gambar apa yang ada.



Cuba tengok CHICKEN MEATBALLS tu, mengiurkan!!!


Yang aku dapat? Ciput ni! (french fries tu aku ada amek skit baru teringat nak amek gambar)



Aku tak terkilan sebab harga dia mahal – standardlah makanan segera apa-apa mesti mahal kan, tapi yang aku terkilan adalah saiz meatball tu, ya tuhan, sungguh kecik! Ni bukan meatball dah oi, ni little boy ball!!




Iklan yang melampau

Aku rasa dah ramai yang bangkitkan isu macam ni, aku nak bangkit jugak. Dulu aku ingat dieorang tunjuk pasal chicken chop. Dalam iklan kat TV, bukan main sedap lagi. Pergh, melelah ok air iiur tengok. Sanggup ni start kereta dari rumah ke KFC berdekatan semata-mata nak try chicken chop dieorang, tapi dah sampai sana – aiyoyoyo, sungguh kecewa dengan chicken chop KFC yang terhidang tu. Sekarang ni , lunch box pulak!


Kerajaan duk sibuk nak bangunkan mentaliti masyarakat kita supaya semuanya jadi kelas pertama, tapi mentaliti pihak mereka yang TERANG BENDERANG tipu kita siapa nak jaga ye tak?

Kepada pihak KFC yang baca, cintaku padamu KFC kian luntur. Asyik2 u tipu I, I cari orang lain pulak lepas ni!



Pss : actually nak marah kat orang kaunter tu, tapi sebab pompuan jaga kaunter tu comel sangat, cancel marah. Haha. Mengadu kat blog je lah :p

Isnin, 19 Disember 2011

Bendera Najib, panglima perang ludah dan surat lucu

ini adalah rentetan cerita yang melibatkan dunia facebook, dunia youtube dan dunia blog. semuanya internet, semuanya boleh diakses sesiapa sahaja!

1) Gambar bendera Najib Razak diturunkan oleh 'mahasiswa' di upload di FACEBOOK




2) Mendapat reaksi dari Panglima Perang ludah yang videonya diupload di YOUTUBE




3) Ada reaksi yang sangat lucu yang ditulis di BLOG



baca seterusnya disini


*********

Heh, berita macam ni memang cukup cepat tersebarnya. Dunia Facebook, Dunia Youtube dan Dunia Blog, ketiga-tiga dunia ini boleh diakses kepada sesiapa saja. Berhati-hatilah kepada kita yang menggunakannya. Kita boleh jadi hebat dengan internet, kita boleh jatuh tersungkur juga dengan internet

Ahad, 18 Disember 2011

Kenapa lelaki sekarang ramai GAY?

Entry lepas aku ada ceritakan mengenai seorang lelaki melayu yang berkahwin dengan seorang lelaki mat saleh. Rupanya lelaki tu adalah lelaki sama yang hilang dulu yang mana dakwa keluarganya sudah hilang. Ya, sudah hilang norma lelaki biasa dengan berkahwin dengan lelaki jugak!

Jadi entry ni, kira sambunganlah untuk menceritakan dengan korang pendapat aku kenapa jumlah lelaki gay di Malaysia ni sudah bertambah-tambah. Lebih dari 30 ribu katanya? Huh, banyak betul! Jom kita tengok, kenapa lelaki ramai Gay sekarang!


1) Kurang didikan agama di rumah



Memang sejak dari kecil lagi menjadi tanggungjawab kepada ibu bapa untuk ajar anak mereka dengan nilai agama. Tak kiralah agama apa pun, yang penting anak kena tahu pelajaran agama ini sejak dari kecil lagi. Ajar baca doa makan, doa tidur, kalau dah besar sikit tak solat kena rotan, dah besar lagi kena ajar mengenai perhubungan antara lelaki dengan wanita dan bila dah besar besar lagi kena sentiasa ingatkan anak-anak ni selalu dekatkan diri dengan Tuhan. Kalau Islam, solatlah

Jadinya gay ni, salah satu puncanya ibu bapa gagal memainkan peranan. Eh, salah satu je lah jadi gay sebab kurang didikan agama di rumah, bukan kesemuanya salah ibu bapa ok.


2) Kurang didikan agama di sekolah



Di sekolah pulak, bila seseorang dah bersekolah, memang akan banyak habiskan masa di sana. Kalau kita kat Malaysia ni, tadika setahun, campo sekolah rendah 6 tahun campo lagi sekolah menengah 5 tahun, huh, 12 tahun ok di sekolah saja. Memang kalau korang berusia 22-24 tahun, sedarlah separuh hayat korang adalah hanya berada di sekolah je!

Cikgu sepatutnya menerapkan nilai agama untuk murid mereka. Bukan tugas ustaz saje, cikgu BM ke, teacher ke, cikgu sejarah ke, memang kena ajar nilai keagamaan untuk anak murid ni. Biar sentiasa dekat dengan agama, barulah CINTA SONGSANG ni tak wujud ye tak?


3) Kurang didikan agama oleh masyarakat



Masyarakat kita satu lagi, nama je negara Islam tapi nilai keislamannya dengan Jepun pun kalah. Kan? Menjadi sesuatu komuniti dalam masyarakat ni, kita tak payah nak tuding jari kat sesapa lah, yang penting kita dulu berubah. Nampak lelaki dengan lelaki tengok ombak rindu dua-dua an tu, tegur lah. Eh, tak berkaitan!

Nak jadi masyarakat yang bertamadun ni, kita kena start dari diri kita ye tak? Lepas tu slow-slowlah yang lain pun akan ikut sama.


4) Kurang didikan agama oleh media



Tengok arus perdana sekarang ni, bukak je TV alih-alih cerita anwar ibrahim dengan saiful tu. Ishh, memalukan ok. Dulu masa cerita ni tengah hot, nak tengok berita pun rasa segan. Lepas tu jumlah gay meningkat, mulalah salahkan ini salahkan itu, tak sedar dalam masa yang sama kita mempromosikan budaya tak sihat ni
Cuba tayangkan benda elok-elok sikit, memang masyarakat kita akan terdidiklan. Tak lupa jugak media cetak, duk publish cerita songsang-songsang, abang dengan adik, ayah dengan abang, haish, memalukan ok!


*******

Kalau korang perasan, 4 sebab aku bagi tu semuanya berkaitan dengan agama. Percayalah, pendekatan agama ni akan sentiasa RELEVAN tak kira zaman mana kita berada. Sebab apa? Sebab kita ni ciptaan Allah, dan kita dekatkan diri dengan Allah, memang benda-benda tak sepatutnya seperti budaya gay ni tidak akan kita dengar pun

Sama-samalah kita doa, Malaysia kita sayang ni, akan terus menjadi normal. Eeiii, tak sukalah kalau orang lain label kita NEGARA GAY – yerkk!