Share

Yana dah kahwin - Pemecah tradisi Classmate

Ini yana, bukan yuna!

Alhamdulillah, selamat jugak classmate aku sorang ni kawin semalam. Sangat-sangat sorry sebab tak dapat tunggu hingga acara kemuncak - akad nikah dari Mr Iman sebab terpaksa berkejar balik ke Kelantan. Lepas STS, hantar kereta kat Puchong, balik putrajaya dan terus ke bangi. Walaupun hanya sekejap, lebih kurang sejam je pergi, tapi berpuas hati sebab dapat tunjukkan muka =)


Yana dan Iman

Semalam, kedua-dua ni selamat bergelar suami isteri. Selaku downline yang disayangi upline, aku tahu sangat sebab dieorang berdua kawin bulan 6 ni sebabnya nak pergi honeymoon ke goldcoast tajaan Herbalife bulan 7 ni. Kalau tak kawin lagi, sorang jelah pergi. Haha, dalam Herbalife ni macam-macam, memang bestlah =) Yang pasti, sangat eloklah dieorang berdua cepat-cepat kawin, dah takde halangan apa-apa, dirikan rumah tangga tu adalah jalan yang terbaik

Ruang makan-makan pengantin


Macam mana joegrimjow kenal yana

Macam mana lagi kalau bukan kat BMI. Belajar satu class kat BMI sehinggalah kat Sheffield. Selain menjadi classmate, aku jugak merangkap downline die dalam Herbalife. Banyak ilmu pasal Herbalife aku belajar dari dia. Pernah jugak jadi driver masa kat BMI ulang-alik dari gombak ke bangi untuk HOM. Pernah jugak dikatakan adik beradik sebab muka seakan sama. haha. tak boleh blah. Lagi tak boleh blah masa yana bertunang dengan iman, ada orang wish aku congrate, sangkanya aku yang bertunang dengan yana. kekeke. Apa-apa pun, yana ni memang classmate, kawan dan sponsor yang baik, aku yakin dia boleh jadi isteri yang baik juga. wahaa =)

Kambing golek pon ada


Macam mana joegrimjow kenal iman

Masa kat Bali tahun lepas, supervisor workshop Herbalife, aku pertama kali melihat iman bersama dengan zalina. Sebab dieorang flight lain, dieorang sampai dulu. Terdetik hati aku 'ceh, zalina ada balak baru lagi?' dijodohkan dengan satu bilik bersama dengan tok wan, memang dapat berkenalan dengan lebih rapat lagi. Blur tak blur aku, hari kedua baru aku tahu yang Iman ni milik yana, bukan classmate aku sorang lagi tu. sangat lembap disitu. Memang tak lama berkenalan dengan dia, tapi sepanjang aku tido sebilik dengan dia masa di Bali hari tu, aku yakin dan percaya Iman boleh jadi suami yang baik. wahaa =)

Khemah khemah


Macam mana yana dan iman berkenalan?

Facebook? haha, nilah anak muda sekarang. Main facebook je kerjayanya. Tapi at least, main facebook mereka berdua sampai bergelar suami isteri =) Masa kat UK dulu, bergosip dengan faridah, habis diceritanya kepada aku, yana berkenalan dengan Iman di facebook. Macho tak machonya Iman ni, dia sanggup datang dari France (dia belajar kat sana) ke UK untuk berjumpa 'kawan facebook'nya ini dan akhirnya berputiklah cinta yang sukar diganggu gugat lagi. aceceeh. pandai pulak aku bermadah puisi ye tak? Selanjutnya, bertunang dan terus kahwin. Cepat, ya, memang sangat cepat. terbaikk!

Ceh, eiffel tower xtahan tu


Macam mana joegrimjow akan mempengaruhi pasangan suami isteri ini

Sebagai kawan, aku akan sentiasa mendoakan kawan-kawan aku ni berbahagia hingga ke akhir hayat. Semoga terus berkekalan hubungan ini dan dipermudahkan urusan yang aku tahu sangat sukar. Maklumlah, si suami masih belajar di france, si isteri duk drive mini cooper S meniaga Herbalife di Malaysia. Hubungan jarak jauh ni, pasti akan lebih dekat jika kedua2nya berkasih-kasihan untuk mendapat keredhaan Allah =)


Tahniah dan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat


Gambar tengah make up

Hadiah kahwin? akan jadi 1st diamond kedua-dua sponsor aku ni by 2012. hehe.


pss : lepas sorang, sorang. haha. sangat best!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

14 comments:

Ecah Shafiee said...

wah..cantek..soft je..

joegrimjow said...

@Ecah Shafiee

tema sangat best

@namaakulynn said...

suweeettt.smlm ada kawan ajak pegi majlis kakyana ni.dia costumer kak yana.dah agak da,mesti abg joe ada punya.hahhaa.rugi pulak x ikut.kalau x,boleh jmp! ;))

joegrimjow said...

@@namaakulynn

tu la pasal, rugi xikuttt. hehe

cik EPAL said...

macm kenal je yana ni. hehe dah kawen dah. joe bila lg?? :D

joegrimjow said...

@cik EPAL

tunggu cik epal kawin dulu. wakaka

Anonymous said...

Manada diorang kenal thru facebook -_____-

J.Syazwana said...

yeah and Iman adalah my classmate mase sekolah menengah dulu. hehe. macam tak caya je Iman antara kawan kitorang yang kawen dulu padahal dulu si Iman ni malu2 kucen je orangnya. haha. Iman Iman ;)

tak sabar nak tunggu resepsi dorang pas raya. boleh lah jumpe joe. kekeke :P

joegrimjow said...

@Anonymous

haha, bukan ke? nama pon gosip

joegrimjow said...

@J.Syazwana

boleh2, no problem

shinobee46 said...

musim kawen saja cuti2 skolah nih

joegrimjow said...

@shinobee46

sangat banyak kan

MuhD NoR AzyM said...

Wah..dah kahwin.. =) Tak sabar plak nak kawin..hehe

auny aizie said...

tema nye sangat lembut .

saye doakan anda pulak kahwen selepas yana . hehe

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW