Isnin, 26 Disember 2011

#BestMemoryof2011 part 1 : Entry sebelum tahun baru

Untung bagi yang mempunyai blog dan menulis pasal kisah peribadi. Kenapa? Sebab kita boleh imbau balik apa yang dah berlaku yang lepas-lepas, tengok balik penulisan kita dan kenang kenangan yang dah berlaku dulu. Ini adalah part 1, antara kenangan terbaik pada tahun 2011 :)


1) January 18, 2011 : Berduet dengan Amy Mastura



Awal tahun lagi memang dah dimulai dengan suatu yang sangat positif dalam Herbalife. Qualify Party untuk Spectacular!! Alhamdulillah, tahun ni pun qualify jugak. tak tahu lagi siapa yang dijemput, mintak-mintak Yuna datang, bolehlah bergambar dengan dia sebab dapat VIP =)



2) February 15 , 2011 : Gathering Sahabat Blogger


Entry sepeunuhnya disini

1st time hadiri gathering blogger yang bukan aku anjurkan =) biasanya gathering-gathering ni akulah semangat yang menganjurnya pun. Tapi best jugak orang lain anjurkan, tekanan tak banyak.Masa gathering ni pun, dapat banyak jumpa kawan baru. bestlah!! hei blogger, jom buat gathering nak? :p



3) February 16, 2011 : Dapat hadiah RM 500!!


entry sepenuhnya disini

ini antara contest yang agak besar jumlahnya aku dapat. RM 500 memang banyak ok. heee, sangat teruja sebab entry tu dipilih oleh pihak unique card. bestttt sebab bagi dalam kad kredit, ada kad kredit gitu aku =)

4) April 1, 2011 : Menang Nokia E7






entry sepenuhnya disini

Memang tak sangka dapat review Maxis 10 dari Maxis ni. Ye lah, aku selalu duk kutuk Maxis dalam blog ni tup tup dapat plak review dari mereka. haha. 8 entry semuanya, tugasan dah siap dan hp tu jadi milik aku. sangat best sebab lepas tu terus aku jual dengan harga RM 1500. heee, dapat duit lebih. Sekarang maxis 10 pon dah xde dah. so sad......


5) Mei 4, 2011 : Bercuti ke Bangkok





entry sepenuhnya disini

ya, bangkok adalah antara negara yang aku lawati tahun lepas. Ni pun sebab Herbalife. memang sebab Herbalifelah boleh jalan-jalan ni. Kalau tak memang tak merasalah. ingat lagi pengalaman yang aku tulis trick untuk tackle pompuan di sana - belajar dari orang tempatan. haaa, baca balik dan akan dipraktikkan nanti =)

********

okeh, habis part 1, nanti nak buat part two plak. korang? ada pengalaman menarik 2011 yang ingin dikongsi? ce cite ce cite nak tahu =)


pss : malam ni pergi fun fair!

10 ulasan:

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.