Selasa, 20 Disember 2011

KFC Snack Box : Pengalaman yang sungguh mengecewakan

KFC adalah syarikat makanan segera yang aku rasa dah jadi darah daging aku dah. Kenapa? Sebab dari kecil lagi memang ada je 'big event' seperti birthday ke, mesti KFC adalah tempat yang kami sekeluarga tuju dulu. Ingat lagi cerita aku yang kempunan nak makan KFC semasa di Paris dulu, sanggup redah kota france untuk mencari KFC Halal!

Sebulan sekali ok?

Sejak aku bekerja dalam bidang kesihatan ni, menyihatkan badan orang, memang jarang sangat sentuh KFC atau fast food lain. Sebulan, sekali dua adalah. Heh, kata dah darah daging, memang susah nak tinggal ye tak? Tahu apa yang terkandung dalam saiz hidangan buatkan aku takut nak makan, takut berat akan naik! Kalau korang nak bakar saiz hidangan snack plate KFC tu, korang kena lagi atas trackmill tu 3 jam lebih. Sangat derita ye tak? Itulah nilai sebuah kesihatan yang sekarang ni orang ambil remeh


Ok, berbalik pada kisah pagi tadi, ada sedikit kekecewaan aku nak bagi kat sini. Macam ni, tadi aku ke program keusahawanan kreatif anjuran Kerajaan Negeri Kelantan, bertempat di KTC – Kelantan Trade Center. Aku bet orang Kelantan tahu susah nak cari parking kat area sana. Ada pun kat stadium yang agak jauh. Runsing takut hujan (ceh, padahal malas jalan jauh) aku park kereta kat KFC.

Dah habis perasmian, ada hal pulak terpaksa balik awal. Around pukul 11 macam tu, aku baru perasan yang parking kat KFC sana tak boleh lebih dari 2 jam, kalau tak tayar kereta kena kunci! Takut kena kunci tayar, aku masuklah dalam KFC untuk beli sedikit makanan, kononnya aku park kereta sebab aku ni pelanggan dieoranglah. Heh, amacam taktik? Boleh pakaikan?

Yang aku beli, snack box..... dan beberapa hidangan lain :p

Yang aku frust adalah snack box yang aku beli tu memang BERBEZA BENAR dengan apa yang ditunjuk dalam gambar. Ok, cuba tengok dalam gambar apa yang ada.



Cuba tengok CHICKEN MEATBALLS tu, mengiurkan!!!


Yang aku dapat? Ciput ni! (french fries tu aku ada amek skit baru teringat nak amek gambar)



Aku tak terkilan sebab harga dia mahal – standardlah makanan segera apa-apa mesti mahal kan, tapi yang aku terkilan adalah saiz meatball tu, ya tuhan, sungguh kecik! Ni bukan meatball dah oi, ni little boy ball!!




Iklan yang melampau

Aku rasa dah ramai yang bangkitkan isu macam ni, aku nak bangkit jugak. Dulu aku ingat dieorang tunjuk pasal chicken chop. Dalam iklan kat TV, bukan main sedap lagi. Pergh, melelah ok air iiur tengok. Sanggup ni start kereta dari rumah ke KFC berdekatan semata-mata nak try chicken chop dieorang, tapi dah sampai sana – aiyoyoyo, sungguh kecewa dengan chicken chop KFC yang terhidang tu. Sekarang ni , lunch box pulak!


Kerajaan duk sibuk nak bangunkan mentaliti masyarakat kita supaya semuanya jadi kelas pertama, tapi mentaliti pihak mereka yang TERANG BENDERANG tipu kita siapa nak jaga ye tak?

Kepada pihak KFC yang baca, cintaku padamu KFC kian luntur. Asyik2 u tipu I, I cari orang lain pulak lepas ni!



Pss : actually nak marah kat orang kaunter tu, tapi sebab pompuan jaga kaunter tu comel sangat, cancel marah. Haha. Mengadu kat blog je lah :p

21 ulasan:

  1. RAMAI DAH TAK PERCAYA KFC. YANG PASAL KUPON FREE DOUBLE ZINGER TU PUN DORANG TIPU. KATA VALID TILL JANUARY 2012. TAPI SETENGAH HARI JE PROMOSI TU THEN DIORANG KATA CANCEL. GO MCD!

    BalasPadam
  2. aku setuju kau cakap ni joe. Aku duk india dah lama. Bila balik msia makan KFC kecewa gila. masa tu aku order french fries ni dgn nugget.

    MasyaALLAH. nuggetnye. adeh kering nipis. punyalah takde selera nak makan. aku rasa MCD lagi best.

    French Fries pula. sedih betul kering, nak kata rangup memang tak laa.. entahlah. tawar hati aku nak makan kat KDC tu. dah la tak sedap.

    BalasPadam
  3. biasalah mentaliti diaorang dah lama sangat dalam comfort zon so dioarng tak amik pedulik dah iklan buat syarat je lepas tu menipu orang
    Tu belum masuk buat kupon free lepas tu cancel.

    Dalam business
    customer loyalty tu penting
    tapi bagi mereka it just nothing
    1 ppl dont buy thousand will replace

    BalasPadam
  4. kfc yg dkt hotel riverview tuh ke?

    BalasPadam
  5. ngeh3.. biasalah tu. propaganda semata-mata.. :))

    BalasPadam
  6. tapi sebab pompuan jaga kaunter tu comel sangat, cancel marah. Haha. Mengadu kat blog je lah :p

    ohhhh joegrijow apekah itu?hahahaha..

    BalasPadam
  7. kocik ya ameett!!! hahahaah

    xpernah beli tu, beli yg nugget aje :D

    BalasPadam
  8. @Asyraf Hamasaki

    sangat stuju
    sbb sorang xnak, beribu lagi yg nak

    BalasPadam
  9. aku salu tak yakin ngn lunch box tu sbb tu ta penah beli
    lagi satu, aku beli zinger time lunch hour daging dia kecik dari biasa..
    hampess..

    BalasPadam
  10. aku pon pernah kene joe.
    first time beli sebab terpedaya dengan gambar dia.
    bila dapat pehhh memang sakit ati.
    lepas tuh langsung tak pandang dah. geram. haha !

    BalasPadam
  11. Kalau sape yg biasa main photoshop mmg nampak sangat iklan tu menipu..ayam mana yang besar kotak.hahaha

    BalasPadam
  12. aku sejak terkena ngan iklan chicken chop tidak lama dulu,lepas tu dah serik dah nak percaya apa-apa produk baru dr kfc. kalau teringin nak makan kfc, order snack plate atau dinner plate spicy jer. produk yg lelain malah nak ambik tahu dah.

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.