Share

Cara mengangkat orang seberat 90 KG dengan 8 jari

Tempoh hari semasa kat korea, aku ada belajar satu benda yang menarik. Tak sangka kadang-kadang ilmu sains ni sangat berguna dan tak diteliti dengan elok memang seolah-olah magik! Pernah angkat orang yang seberat 90kg dengan hanya 8 jari? kalau tak pernah, tengok video yang dirakam masa aku kat korea tempoh hari. Macam biasa, minit-minit last jangan terkejut =)

KLik untuk tengok video kat facebook


Pakcik kat atas tu aku panggil abang zul (abang walaupun dah 50 lebih umur, heh) pernah buat cerita pasal dia kat entry ni. So memang tak sangka boleh angkat dia dan memang jadi ringan! sangat ringan! Hukum sains apa yang terlibat? Mungkin graviti kot


So caranya mudah
  • Perlukan 4 orang tukang angkat dan seorang yang nak diangkat
  • Orang yang nak diangkat tadi duduk bersila
  • 4 orang lagi masing-masing cuba buat bentuk pistol dengan kedua-dua tangan
  • Masing2 ambik posisi 1) ketiak kiri 2) ketiak kanan 3) lutut kiri 4)lutut kanan
  • Dengan serentak, angkat orang tu, tak perlu guna tenaga banyak pun, yang penting SERENTAK

Cubalah, pasti korang terkejut. serius aku pon terkejut. 90kg tuuuu!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

4 ulasan:

SN berkata...

ape yg penting? KERJASAMA..ehehe

Syazwan berkata...

tak sanggup angkat kat bahagian ketiak >_<"

ZWAN SABRI berkata...

Yang penting serentak ek? tetiba teringat plak pepatah, Bersatu teguh, bercerai roboh.. HEHE


MySuaraBlog: Book Fair dalam Kapal Mewah

rozeeta rashid berkata...

interesting info! boleh suruh orang try. haha.

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW