Share

Memaksimumkan penggunaan twitter

Beberapa hari lepas aku ada update di status facebook mengenai cheque kedua Nuffnang yang diterima. Tapi yang pelik, bila aku check jumlah yang patut aku terima, ia sepatutnya jauh lebih banyak dari jumlah kat cheque tu. Tengok punya tengok, baru perasan yang cheque tu datang dari Churp-churp, bukannya dari Nuffnang. Maknanya ni hasil bertwitter, bukannya hasil dari berblog =)

Okeh, alang2 cheque dah sampai, entry ni aku akan berkongsi dengan sesiapa sahaja yang baca disini tentang mengoptimumkan penggunaan twitter. Ada beberapa benda yang perlu dihighlight


1) Tengok prestasi twitter korang



Untuk yang korang baru nak start twitter, boleh skip part ni. Ni khusus untuk yang dah lama bertwitter. Website kat atas ni menyediakan tools yang terbaik (setakat ni lah) untuk kita mengetahui 'kehebatan' twitter kita. Dikira dari 1-100 yang mana 100 paling hebat, kita boleh target dari hari kehari supaya ranking ini bertambah elok. Kesimpulan awal dari klout ni, korang boleh tengok tahap mana engagement korang dengan follower korang, banyak tak link yang korang letak dieorang klik, jumlah yang di RT oleh follower korang dan macam-macam lagilah

Boleh usha sendiri. OOh, ini bukan untuk twitter saje, facebook pun boleh. Aku punya 65, NajibRazak punya 73. hoho. Nak dekat dah tu. Dah check share2 lah sini ek

Klik sini untuk ke website klout



2) Cara tambah follower

Twitter tanpa follower memang sama macam nasi tanpa kuah. tak sedap! Sama jugak dengan twitter, takde follower memang tak bermaknalah korang nak ada twitter. Bila korang dah buat akaun twitter, hebohkan. Jangan main senyap buat simpan. Aku ada sedara mara yang buat akaun twitter, jumpa baru cakap 'joe tak follow pun kak ngah' Macam mana nak follow kalau tak bgtau ye tak?


Ok, so ni ada beberapa cara yang aku suggest
  • Follow semua yang kita kenal (rakan blog, facebook, sedara mare, kawan2) 
  • Follow 5-6 orang (yang kita tak kenal) dalam sehari 
  • Bagitau orang yang kita follow tu yang kita dah follow dieorang (@namaorangkitafollow)
  • Selalu sertakan link yang berfaedah untuk dibaca orang ramai
  • RT twit yang berguna oleh orang lain
  • Tunggu dan tunggu dan tunggu

Nak tambah follower ni memang perlukan masa. takdelah sehari je dapat kumpul beribu2 follower, takdenya. jadi, memang sabar tu penting. Kat atas tu aku ada sebut follow 5-6 orang sehari, tak ramai ke nanti? okeh, untuk ramai ke tak yang kita follow, tengok no 3 kat bawah nanti ni ek.



Lagi satu cara nak tambah follower adalah dengan website kat bawah atas ni. Twiends namanya. Aku biasa jugak guna tapi tak best jugak sebab kat sana orang dah follow kita akan unfollow kita balik pada bila-bila masa. sangat tidak best. Lagipun follow orang kita tak kenal sape-sape ni, syoknya jadi hilang. Tapi kalau nak cuba, bolehlah try. register apa yang patut dan mulalah menambah follower kat sana.




3) Manage follower dan orang yang di follow

Helizahelmi tak follow pon aku :(


Website kat atas ni namanya manageflitter. Sangat cool okeh. Yang paling aku suka ialah kita boleh check siapa yang follow kita. Ada jugak spesis manusia ni, die follow kita, dia bagitau kat kita. lepas tu kita followlah die balik. tup2, esok dia dah unfollow kita balik. keh keh keh. orang macam ni kita boleh check kat website atas ni. 

Selain tu, ada account yang kita follow tapi tak aktif pun boleh tengok. dah 2-3 bulan tak update, buat apa nak follow orang tu lagi kan. Jadi, unfollow je lah. Memang banyak kemudahan kat website tu, kalau upgrade kat pro account, lagi banyak faedah. Aku punya free je, memang aku selalu pergi situ, barulah boleh sentiasa check follower kita macam mana

Macam yang biasa aku buat, lepas je aku follow beberapa orang yang tak kenal dalam sehari, dah bgtau dieorang, dan 2-3 hari lepas tu dieorang tak follow balik, maka unfollow je lah dieorang. keh keh keh, senang sajo. kalau dieorang follow, korang pun follow balik, win win situation lah =)



4) Manfaatkan followfriday



Sebut pasal 'bagitau yang kita follow dia' tu, ada caranya. takdelah jadi macam ni 'saya dah follow @joegrimjow, followlah saya balik okeh' haha, tu cara budak tadika tak cukup umur tu. Sangat tidak malu. Hehe. caranya senang, pada hari jumaat, memang terkenal dengan FF atau FollowFriday. Masa nilah kita sebut orang yang kita follow tu. dengan guna hashtag FollowFriday, mention nama orang yang kita follow dan sebutlah beberapa hal pasal dia

Contoh
@joegrimjow - blogger yang suka update pasal politik sejak kebelakangan ni. Saya dah follow dia 

Haaa, kan tak nampak tu kita suruh orang tu follow dia. hehe. kalau macam aku, orang dah bgtau macam tu, memah aku akan follow balik. Lagipun tak ramai yang kita follow ni, tak meriahlah timeline =)



5) Buat duit dengan twitter




Banyak cara sebenarnya. Tapi aku bagi 2 je lah ye. yang pertama kat atas ni. Churp-churp. Bila follower korang dah cecah 200-300, baik join benda ni. free je. macam aku, dah cash out dan memang dieorang dah bagi dah. baru je dapat duit tu. at least kita tak membazir masa kan. dapatlah jugak duit walaupun sikit. SILA DAFTAR DISINI yang tak daftar lagi. ikut je step by step. senang sajo!



Yang kedua adalah sponsored tweets, yang ni pun aku dah cash out sebulan yang lepas. 10 usd, okey la tu. Memang bukan scam sebab aku dah dapat duit dari dieorang. Sekarang ni tengah tunggu cash out kali kedua. hoho, dah dapat, boleh buat contest lagi. SILA DAFTAR DISINI bagi yang belum daftar lagi okeh

Baca selanjutnya : buat duit dengan twitter



6) Rapatkan silaturrahim di twitter

Twitter ni satu cabang social networking jugak. Nak tak nak, memang sebab dibuat twitter ni adalah untuk berhubung. jadi, takde hubungan di twitter, tak payah buat pun takpe. ada beberapa cara nak rapatkan silatur rahim ni

  • Mention - dengan @ korang boleh seakan berchating. Gunalah selalu tapi jangan terlalu kerap. kalau macam nak tanya tu, tanya jangan segan
  • RT - selalulah RT (retweet) link atau kata2 yang indah (cess, ada jugak?) dari orang lain. what u give u get back. bila dah kita RT orang tu, orang tu akan RT kita balik
  • D - Kalau ada soalan privacy, guna D. jangan guna @. Bila dah D tu, maknanya akan masuk dalam direct message. Cuma orang tu je bleh baca. tapi pastikan orang tu follow kita baru boleh dia baca. tak follow, guna @ je lah

Cuma perlu ingat, twitter ni macam social networking lain, jangan spend masa banyak sangat. Boleh buat ketagih okeh yang baru-baru tu. heh, beringat-ingatlah, jangan sampai kerja tak buat sebab nak bertwitter. Jumpa orang personal beribu2 kali lagi ok dari bertwitter je di twitter ni


******

Okeh, itu saje. Kalau rasa berguna, jangan lupa share (like pon dah kire share) dan kalau ada pape nak tambah, sila komen. Last sekali, jangan lupa follow @joegrimjow di twitter okeh (klik link ini)


pss : esok bukak booth sepagi sepetang di hospital kota bharu. jemput datang yang kat kota bharu. wohoo!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

21 ulasan:

Amiera Zulkefli berkata...

abg joe,
tak blh nk sign up pun klout tuh?

Tunsha Ayunie berkata...

terus bookmark! tQ jojoes!

Alan Rizque berkata...

Tip yang follow friday tu best..nak kena cuba ni..

joegrimjow berkata...

@Amiera Zulkefli

ok je, cube skali lg

joegrimjow berkata...

@☼ r A t U ● t U r Q u o i S e ☼

oho
thx u =)

joegrimjow berkata...

@Alan Rizque

slamat ber-followfriday

Marhaen Kacak berkata...

walaupun dah lama berblogging tetap aku x dapat tackle cara nak aplikasikan twitter..

thanx for tips bro joe..

Artikel Panas 'Melayu Pendatang?': Orang Melayu Mesti Baca!!!!

Admiral Hafiz berkata...

artikel yang sangat menarik berkenaan twitter!

terbaikla joe!

Entry Terkini: Contest Mencari Calon Isteri Admiral hafiz

joegrimjow berkata...

@Marhaen Kacak

sama2
bleh try yg ni okeh

joegrimjow berkata...

@Admiral Hafiz

hoho
thx u

Afra Yuri berkata...

thanks for the info! :D

Zikri Husaini berkata...

aku dah paham2 sikitlah... twitter nie 2nd social networking aku, selepas fb...

Neyra Shazeyra berkata...

NICE joe. :p aku malas da buat churp2 hahahaa . teringin nak dapat cheque ketiga

pepatungbiru berkata...

nape ak ni tak brminat lgsung dgn dunia social networking ni ea?? FB tu je la yg ada.tu pun aku prefer blogwalking dr facebooking..ngaaaa.. buta IT kah ak..ahahaha.. @.@>

joegrimjow berkata...

@Afra Yuri

welcome
=)

joegrimjow berkata...

@Zikri Husaini

skrg ni ku pon same
fb n twitter je
yg lain xtersempat

joegrimjow berkata...

@neyra shazeyra

ketiga dah?
pergh
hebat2

joegrimjow berkata...

@pepatungbiru

ada gak yg guna fb tuk cari traffic =)

z berkata...

twitter pon merangkak lagi..huhu

z a k w a n berkata...

nk share eh

shandye. berkata...

tak dinafikan aku mmg guna twitter utk buat hebahan kalau ada entri baru. twitter tu plak aku connect ke fb so aku update blog, automatically twitter terupdate, begitu juga dgn fb. so traffic alhamdulillah byk la jugak.

walopun tak sebanyak blog ko. aceeewah...

anyways... thanks for sharing the tips. ngee...

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW