Share

Tips untuk buat Vlog yang best

Sejak kebelakangan ni, blogger asyik duk cakap pasal vlog vlog vlog. Lepas vlog, vlog lagi kemudian vlog lagi, vlog sampai sudah. Apakah vlog ni sebenarnya? Vlog ni macam korang berblog tapi menggunakan video. Kire korang bercakap dengan video camera dan publish di internet melalui youtube, facebook atau apa-apa medium seumpamanya


Kenapa heboh pasal vlog?


Mengikut pengamatan aku, kebanyakan orang mula cakap pasal vlog ni sejak cikgu shida (Klik sini untuk baca 153 komen mengenai cikgu shida) buat miming suara dia kat youtube yang agak banyak dapat hit. Walaupun itu bukan vlog tetapi hanya buat gerak gaya semata-mata, orang masih kata itu vlog. kenapa? entah lah. Lepas tu muncul pula 1tube.my yang merupakan website untuk upload video-video kat internet secara percuma. Lagilah banyak orang cakap pasal vlog ni dan kemuncaknya orang nak ada vlog sendiri lepas tengok anwarhadi punya vlog. hahaha. lucu + terhibur katanya. gelak-gelak. Aku tak cakap korang, tapi cakap kat diri sendiri. kekeke (nak jaga hati yang terasa la ni)


Masa kat UK dulu, aku memang suka tengok vlog-vlog ni dan memang susah nak jumpa vlog, eh, bukan susah memang tak jumpa pun vlog yang betul-betul berkualiti yang setanding atau lebih hebat dari vlogger yang otai dari luar sana tu. Tapi TOP NOTCH pada anwar hadi sebab dia telah membuang paradigma ini dengan menghasilkan vlog yang sangat bermutu (aku rasalah, pendapat sendiri)


Tips dari aku

Walaupun aku bukan vlogger, nak jugak bagi tips kat korang yang baru nak berjinak-jinak ni. Walaupun aku dah hasilkan 3 vlog aku sendiri dan kesemuanya aku rasa FAILED (boleh check kat sini), itu tak menghalang aku untuk bagi tips. hehe, lantak lah, dah blog aku kan? keh keh keh. Jom kita tengok dan baca tips dari seorang penggemar vlog!!! (aku lah tu)


1) Video camera yang bagus


Sekarang ni video cam kat pasaran bersepah. Nak buat Vlog, perlulah korang ada video cam sendiri yang berkualiti. Maksud berkualiti tu, boleh rekod dalam HD (High Definition) Kat pasaran sekarang ada yang murah-murah, dalam 700-800 dah boleh dapat. Nak lagi bagus kualiti dia, belilah slr yang boleh rakam video. tu pon klu ada duit la. Bagi yang ada laptop webcamnya lawa, boleh guna webcam je nak rakam semua. Macbook punya webcam lawa. hehe. promote macbook skit



2) Software editing yang cool



Macam video cam jugak, software untuk edit blog jugak bersepah-sepah. Dari free sampailah berbayar beratus usd semua ada. Nak 3D supaya orang tengok pun terkujut pun ada. Tapi aku cadangkan, tak payah nak gempak-gempak sangat, cukup sekadar boleh taruk subtitle, cut-cut video dengan mudah dan juga boleh taruk gambar atau double-video pun dah cukup dah. Banyak sangat menu sampai tak guna semua pun buat rugi je. Aku suka pakai camtasia



3) Ada topik yang menarik


Kualiti satu vlog juga bergantung pada topik yang nak disampaikan. Kalau nak dapat hit beratus setakat cite pasal diri sendiri ok lah, tetapi nak dapat hit sampai beribu dan berpuluh ribu, kenalah ada topik yang akan buat orang nak share je video kite tu. Barulah orang akan terpikat!



4) Diri sendiri kena bersedia


Elemen paling penting adalah diri sendiri. Heh, sebab kalau buat vlog ni, orang akan tengok kita. Bila tengok diri kita, menarik atau tidak vlog itu orang akan tengok melalui apa yang kita buat dan cuba sampaikan. Orang tengok kita sebab nak ENJOY dan INFO. bagi 2 benda ni dalam vlog, dah cukup dah



********

Itu saja dulu tips yang aku boleh kongsi dengan korang. Nantikan lagi tips-tips yang entah berguna atau tidak ni di episod-episod mendatang. Tapi kan, aku rasa vlog kat Malaysia ni takkan dapat sambutan sangat... sebabnya....









Internet macam siput sedut!!! so bila dah internet kat Malaysia laju, kita sama-sama buat vlog berjemaah ok


pss : For thing to change we must to change!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

45 ulasan:

Ujang9897 berkata...

terbaik bro.....thanks

Fina Fento berkata...

berminat dengan dunia vlogging ni lepas tengok dave days dengan ijustine. best best.

tp belum ada kekuatan nak buat T_T tengah gain self-confidence..wahh gitu :P

http://fentomatte.blogspot.com

Marhaen Kacak berkata...

jom kita berjemaah yeop..:P

Artikel Panas : Generasi Melayu Baru Yang Buta Sejarah, Di Mana Silap Kita?

suffer8zine berkata...

aku belum cukup yakin lagi nk buat vblog ni bro

Terkini : 700 Ribu Kondom Hilang

TiKa LEh berkata...

suka video anwarhadi..best dan berkesan..

encHIx laNDax berkata...

ya!anwar hadi best!!terbaik! dapat aku blaja english!hee

joegrimjow berkata...

@Ujang9897

sama2

joegrimjow berkata...

@Fina Fento

lepas ni boleh la buat2
;)

joegrimjow berkata...

@Marhaen Kacak

jom2
hehe
lepas internet dah ok r

joegrimjow berkata...

@suffer8zine

kena build up lagi nanti
;)

joegrimjow berkata...

@TiKa LEh

sangat best kan?

joegrimjow berkata...

@encHIx laNDax

kata cikgu tesl
=)

etomyam berkata...

satu benda baru, nak kena coba jugak ni, harapnya teknologi tak terlalu canggih utk aku hehe

Jard The Great berkata...

aku nak buat dokumentari... hehehe. pastuh nak harumkan nama di persada dunia dlm bidang ini

joegrimjow berkata...

@etomyam

konpem ok nye
xde la tinggi sangat

joegrimjow berkata...

@Jard The Great

nak joiiiinnn

n a s r i z a k w a n berkata...

oooo baru gua tahu apa tu blog.
thanks abe joe

n a s r i z a k w a n berkata...

eh blog pulok doh. veeloog lah. hahaha

g0m0k9enDek berkata...

x nak buat.. xnakkk.. malu~ huhuhu~

Eazy Izzuddin berkata...

hehe
terbaik...
;)
try2

sarah mohamad berkata...

tak pernah pun buat video pastu letak dalam blog . tak ngetii . hihi . tapi nak try :)

joegrimjow berkata...

@n a s r i z a k w a n

blog or vlog?
hehe

joegrimjow berkata...

@g0m0k9enDek

malu2 kucing ke?
hoho

joegrimjow berkata...

@Eazy Izzuddin

eazy bile lagi?

joegrimjow berkata...

@sarah mohamad

try2 nanti gtau la camne

lyndadyana berkata...

inianwarhadi suka2 nyewww.. huhu

Gieyana berkata...

betui2..internet mmg slow gilerrr...:D

APi berkata...

internet slow memang mainkan peranan untuk menekan butang pangkah..
sekian..

Wan Gerrard berkata...

internet slow, jd vlag je memanjang :P

Melz berkata...

vlog anwar hadi memang aku salute abes..

aku tengah improve lagi video2 aku nie.. huhu..

izwanyusof berkata...

nak wt vlog kena muke tebal.. haha

joegrimjow berkata...

@Gieyana

kena duk kat uk
ehehe

xbersyuko langsung kan?

joegrimjow berkata...

@APi

sangat like

joegrimjow berkata...

@Melz

sama2 la melz
hehe

joegrimjow berkata...

@izwanyusof

kena sapu bedak tebal2
hehe

Nizam berkata...

sekali tengok best vlog ni..but kalao fikir nanti nk stream lama-lama tu... internet dah la slow kan... hehe

asmadi berkata...

best gak ada Vlog ni tapi kena kreatif baru ada org mau tgk kan :)

KiD berkata...

vlog? nak bikin tapi mesti ramai yang malu2.. hehehee.. tu yang ramai pakai topeng kut.. ekekeke..
streaming downloading memang salah satu sebab laa org berjanggut nak menunggu lagi2 kalo ada yang pakai 384kbps atau 1515.. hehehhe

Eh, abe Joe nak tiket WAYANG GSC FREE tak? join laa Contest Tiket Wayang dari Blogger Shakiddo
Contest Pertama Kid nih.. Join laaa ek!

joegrimjow berkata...

@Nizam

sebab tu ada kesimpulan cam plg bawah tu
;)

joegrimjow berkata...

@KiD

bleh je nak join ni
hoho

Tanpa Nama berkata...

dia creatip kan?hehe

Zala Wajik berkata...

youtuber Malaysian ~ woahhhhh

azizan4444 berkata...

nice entri bro..tp aku masih x paham dgn vlog ni.hehe

Tanpa Nama berkata...

vlog nih sbnrnye ap..

SAKINAHnajihah berkata...

bce psal vlog
terus teringat inianwarhadi
cool :)

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW