Sabtu, 29 Januari 2011

Alam kahwin (4) : Tips untuk perempuan

Petang-petang tadi menonton rancangan al-kulliyah, boleh pulak layan sampai satu jam. Biasanya rancangan agama camtu paling lama boleh tahan setengah jam je. Mungkin kerana pembawaan ustaz tadi seronok, sebab tu boleh melekat. Tambah pulak topik yang dibincangkan adalah Kahwin Muda, haaa, lagilah berminat!

heh, gatai bebeno!

Ok, ni nak kongsi tips mengenai selepas kahwin, Bagaimana mahu mengekalkan rumahtangga selepas berkahwin hanya untuk perempuan. Part laki nantilah akan menyusul


1) Telinga



Memang lelaki ni dikurniakan 2 telinga, perempuan pun sama. Jadi bila balik kerja katakan, si isteri duk pot pet pot pet ngadu benda ni ngadu benda tu, memang tak boleh tahan lah! Telingan suami kena jaga, jangan sumbat telinga kiteorang ni dengan pot pet pot pet, sumbat dengan bisikan kasih sayang tu takpelah!

heh, gatai sungguh!


2) Hidung


Haaa, ni lagi satu. Dulu sebelum kahwin, mak oi nak dating tu 40 kaki dah bau minyak wanginya. Harum semerbak perfume dolce gavana (ada ke?) tapi bila dah kahwin, mentang-mentang tak payah dah nak pikat-pikat, bau kalah belut! kekeke, bukan apa, sibuk masak sup belut sampai lupa nak basuh tangan lah ni kerjanya ni kan? tak bolehlah macam tu, suami ni memang sukakan bau haruman, perempuan pun kan? jadi, jagalah hidung pasangan anda dengan ‘tak berbau’ busuk sangat kat rumah tu



3) Mata


Haaa, mata lelaki ni memang akan terpikat dengan benda yang elok-elok. Bagi perempuan yang dah kahwin, kalau suami tu kerja ajak pergi shopping complek tu, kena cermin diri sendiri dulu. Ya lah, laki ni bukannya minat window shopping, minat eye shopping je. Pasaraya tu begitu banyak gadis hot-hot untuk tatapan. Nak tengok bini, ting gas pun kalah. wahaa, main kasar =)

Jaga mata ni maksudnya, pandangan suami tu bila tengok kita tu, muka takdelah selalu comot je, badan takdelah terlampau gemuk. semua tu kena jaga, barulah suami akan sentiasa akan pandang isteri dengan pandangan yang ikhlas.

at least suami bila pandang isteri dia akan kata dalam hati

‘lawanya bini aku, badan macam kerengga!!’

takdelah bila pandang isteri dalam hati kata

‘senyum je lah, tong gas pun tong gas je lah....’

selamat beramal. Jangan lupa soh mak korang baca ni ya. badan nak lawa solid macam anak dara, kenalah buat appointment dengan joegrimjow. wahaaa =)


pss : part laki lagi hebat!

Khamis, 27 Januari 2011

Surat untuk joegrimjow : Merampas bini orang



********

Kepada saudara Lie,

Wooo, bahaya sangat ni kes hati frust sebab perempuan idaman kahwin dengan orang lain ni. Sama macam kes Nur Kasih tu la ni, camne si abang terpaksa melupakan si Nur kerana adiknya. Tapi happy ending jugak sebab si abang dapat isteri yang comel jugak akhirnya!

mengarut pulak!

ok, dalam kes ni, saya memang takde pengalaman, tapi boleh cakap dari segi logik. Kalau sebut pasal cinta Lie dengan perempuan tu, memang sangat mendalamlah kan sebabnya walaupun perempuan tu dah kahwin, tapi masih mencintainya. Tapi dalam kes ni, cinta tu saya istilah sebagai cinta songsang - songsang sebab perempuan tu dah jadi milik orang lain dan perbuatan mencintai perempuan itu adalah sia-sia. Mengharap sesuatu yang tak pasti - fuh, sangat penat pengharapan tu!

jadi, pandangan saya, baiklah Lie cari perempuan-perempuan lain. Banyak lagi kot perempuan yang comel-comel kat luar tu. Saya ramai kawan blog yang solo-solo lagi. nak saya promote dalam blog? hehe, melampau pulak kan?

Nak tanya - siapa perempuan yang Lie minat tu?


*********




*********


tak dapet den nak nolong!

Gadis pink semuanya lawa-lawa

Ada orang kata, alam yang paling best adalah alam belajar atau bahasa lainnya alam Universiti. Betul ke?

Ada orang kata, alam pekerjaan paling TIDAK best. Tertekan, duit tak cukup dan tak cukup masa. Betul ke?

Aku pulak terbalik - walaupun duit takdelah banyak sangat sejak kerja ni, tapi SANGAT SERONOK


Lidah sampai terjelir keluar. kekeke

Semalam pergi bukak booth kat KPTM Kampus kejururawatan. wah wah. jururawat. Ulang sekali lagi, jururawat. begitu ramai gadis yang comel lote. hehe. macam mana tak SANGAT SERONOK kan? lain kali nak pergi bukak booth kat tempat jururawat lagilah. kekeke. Ayat yang paling aku suka apabila tunjuk gambar montel dulu

'yo ko ni gambar abe? gemoknyoohhh duluuuu, srupo teddy bear!!'


Nak join?
=)


Rabu, 26 Januari 2011

Ana Raffali dan Joegrimjow - Tolong ingatkan aku

Pada suatu hari, ketika joegrimjow sibuk makan-makan menikmati hidangan di depan mata, ana rafali menghampirinya.. seraya berkata....


Gaban sibuk dengan urusan mencari rezeki - tak update tu paham-paham lah ye. Tolong ingatkan aku kalau terlupa nak update blog, boleh? agagaaga


nota kaki : dulu ada minat dengan seorang perempuan bernama ana. hihik. tapi sekarang dah ada JOANA wahaa!!

Ahad, 23 Januari 2011

Tips temujanji istimewa untuk Lelaki sahaja (Ilustrasi gambar)

Temujanji atau bahasa glamernya adalah dating adalah perkara biasa berlaku kepada para remaja muda mudi. Kebiasaannya pasangan yang dating dengan lelaki pada kali pertama akan menentukan hala tuju hubungan mereka seterusnya. Kalau first date dah tunggang-langgang, jangan harap 2nd date akan ada harapan untuk berdating dengan orang yang sama.

Kali ini joegrimjow akan membawakan pembaca lelaki blog ini kepada skill atau tips yang tidak terdapat dipasaran!

Disclaimer : tips ini hanya akan jadi jika dilakukan. Pengalaman yang diambil adalah pengalaman peribadi penulis. Kegagalan untuk mencapai tahap kepuasan kemuncak adalah diluar kuatkuasa penulis!


Jom kita baca, tips temujanji istimewa untuk lelaki sahaja!


1-Bangun pagi dengan azam yang kuat



Seharusnya selepas sahaja bangun pagi, si lelaki perlulah menanam keazaman yang kuat bahawa hari ini adalah hari penting - hari bertemu dengan dia. seharusnya waktu selepas bangun itu, fikiran kena tenang, jangan terlalu runsing!


2-Mulakan senaman ringkas




Senaman di awal pagi akan menjamin kesegaran sepanjang hari. Ambil masa 20-30 minit untuk lakukan aktiviti ringkas supaya kekal aktif pada hari tersebut


3-Mandi dengan jiwa tenang




Jangan lupa, hari temujanji perlulah mandi dengan sabun yang wangi. Kalau tak pernah guna pencuci muka, masa nilah nak gunanya. gigi jangan lupa gosok, lelaki busuk siapa yang mahu??


4-Guna pakaian yang sesuai




Pemilihan pakaian sangat penting. Jangan terlalu ringkas dan jangan terlalu formal. Pakai pakaian yang kena dengan jiwa. Pemilihan warna pula, elok berpakaian hijau muda sebab warna itu mampu menaikkan semangat cinta membara


5-Datang awal




Sudah pasti, jangan terlalu lewat. Siapa yang sukakan lewat ha?


Ok, itu sahaja tips temujanji istimewa untuk lelaki, Pastikan anda ikutinya, barulah hari jumaat anda akan ceria selalu. Temujanji dengan Dia - tiada yang lagi penting!!!




Selamat berhari Jumaat - solat jumaat tak semalam? hehe


pss : internet takde, entry ni sepatutnya publish semalam. :(

Jumaat, 21 Januari 2011

Blog akan berubah wajah - byond everything!!!

Baru sampai ke rumah di Kelantan, bukak email, ada email cinta dari xinxian nuffnang. wahaa, menang contest untuk review astro byond! Sekarang akan dapat free Astro PVR set dan a free 1 year’s subscription untuk direview. Gila gaban la takleh review handphone kena review astro. kekeke, terima je lah!



Nak cerita sikit pasal contest ni, ada 2 stage. Stage pertama yang mana blogger dikehendaki mengomen entry ini dan 10 pengomen terbaik akan mara ke pusingan kedua. Tarikh tutup untuk stage pertama adalah 13/1/2011 dan kalau korang tengok komen aku kat bawah ni




12/1/2011 - 10.34 malam!!!

haha, tinggal beberapa jam lagi nak habis baru masuk. Nak buat macam mana, tak teringat nak tulis. Nasib baik malam tu stalk site nuffnang dan terus tulis komen. heh, bangga jugak la boleh jadi 10 review ni. Sekarang 10 blogger yang terpilih akan mereview dan review terbaik akan menang hadiah....



3D/2N getaway to Sutera Harbour in Kota Kinabalu!


Tahu-tahu je nuffnang ni nak bagi hadiah honeymoon kat aku. kekeke. bulan 7 ke Gold Coast, mungkin hadiah ni kalau menang pergi bulan 6 la kot. wahaa =) 



AKAN BERUBAH WAJAH

seperti tajuk kat atas tu, kalau blog ni duk banyak cerita pasal astro byond je, paham-paham la ye. tak berubah banyak, berubah sikit je. hehe. Ok, wish me luck!!!


pss : plan honeymoon, plan kawennya bile?? jeng jeng jeng

Khamis, 20 Januari 2011

Perhatian kepada pelajar UNIVERSITI/KOLEJ

Nota awal : ini adalah iklan dari joegrimjow. sekian

Prolog : 
Dalam apa-apa bisnes, sangat penting untuk korang tahu marketing. 2 entiti paling penting dalam marketing adalah PRODUK dan juga PEMBELI. Kalau korang dapat kuasai dan sangat mahir dalam 2 benda ini, korang akan berjaya lebih dari orang biasa

(mintak ampun mel amek gamba ko. haha)


Gambar pompuan kat atas ini namanya amalina peter. Aku kenal dia sejak tahun 2008 lagi. Lelaki kat tepi itu adalah suami dia. Budak tu anak kesayangan dieorang. Umur pasangan ni? nak masuk 25 tahun sorag dan sebaya dengan aku suami dia tu. Pelajar di UIA Kuantan. Kenapa aku tampal gambar mereka suami isteri, sebab aku rasa dia adalah contoh terbaik untuk pelajar University yang bijak mencari peluang. Dia mempunyai produk nutrisi terbaik di dunia dan dia tahu memikat hati pembeli. Sebab itu, diusia 24-25 tahun pun tak sampai lagi ni, dia dah miliki 2 benda yang sangat penting dalam kehidupan yang dicari-cari oleh sesiapa sahaja. Keluarga dan juga kewangan!

blog amalina peter dan suami. aceceeh

******

Tamat prolog

Bunyi serius je eh? ye, memang serius! Ok, tu cerita amalina peter. Cerita aku pulak, takdelah sehebat dia. Tapi aku impikan satu kehidupan yang bahagia bila aku sudah tua nanti. Aku mahu bergelar jutawan sebelum 25 tahun dan bergelar billionair sebelum 31 tahun. Misi ni aku selalu sebut dalam doa 5 kali sehari aku solat dan untuk menentukan sama ada aku boleh atau tidak, sudah pasti usaha aku dan berkat dariNya yang akan tentukan!!


Aku dah decide, habis saja aku belajar, aku akan beli sebuah kereta. Alhamdulillah sebab aku belajar di UK, kereta sana murah-murah! Walaupun murah, nak tak nak aku perlukan juga duit untuk proses bayar cukai, shipping dan hal-hal lain berkaitan. Dalam masa kurang dari 3 tahun, kalau aku nak harapkan duit berjimat dari MARA - memang haram aku tak dapat! Jadi, apa yang aku pilih? Bekerja!

Kerja yang tidak membebankan bagi pelajar

Aku buat keputusan untuk kerja sebagai cleaner. bunyi macam hina tapi kat sana takde hinanya. Dalam sebulan, aku dapat extra 280 pound lebih dari orang lain. Kerja cuma 2 jam sehari! Kena percaya konsep, bila kerja lebih, akan dapat lebih. Sebab MARA tak bagi student dia kerja lebih dari 15 jam seminggu, aku kena cari peluang lain. Alhamdulillah juga, sebelum ke UK aku sudah bergelar supervisor dalam Herbalife, dan Herbalife perniagaan dia sudah berada di 74 buah negara, di UK aku juga buat Herbalife sebagai kerja kedua aku selain jadi cleaner


Hasil dia - berjaya bawa balik joana =)



Aku tak kata buat benda semua kat atas itu adalah mudah. Kalau aku nak bawak balik BMW 3 series, cukup aku kerja cleaner saja dah boleh. Tapi sebab aku decide nak bawak balik Joana, wang hantaran dia mahal skit, nak tak nak aku kena kerja lebih. Berbaloi sebab hasilnya memang aku dapat! Benda ni aku belajar dari Mark Hughes (pengasas Herbalife) kerja lebih - dapatlah lebih!


********


Ok, tamat cerita aku. Jom ke isi utama!

PELAJAR UNIVERSITY - memang di U adalah zaman paling best. Alhamdulillah, aku dah alami berada di IPTA, IPTS dan university luar negara juga aku pernah masuk. Pengalaman memang banyak! Apakah persamaan ketiga-tiga instituisi ini - MASA. ya, masa sangat banyak! Cuma final year saja aku rasa macam tak cukup masa. tapi tak cukup pun, sempat lagi main bowling + wayang + jalan2 keliling europe semua. 

Jom kita tengok, typical student Malaysia habiskan masa di zaman U
  • Hujung minggu keluar dengan kawan-kawan. habiskan duit skoler dan duit mak bapak
  • Petang2 takde kelas, tidur. Kadang2 ada kelas pun seronok tidur dalam bilik
  • Malam-malam lepas study, bukak facebook, twitter, chatting. Kadang2 masa study pun bedal internet semua
  • Balik rumah - 'mak, nak duit, duit skoler/ptptn dah habis'

Kan? tak semua tapi ramai (aku suka ayat ni)

Kenapa aku tulis entry ini, adalah untuk sediakan satu peluang kepada korang untuk BERUBAH. Yang sangat best, perubahan ini adalah diluar imaginasi korang. Korang ingat amalina peter ada termimpi dia boleh dapat gaji RM 10 ribu sebulan walaupun masih belajar? Korang ingat aku boleh termimpi nak bawak joana pulang ke Malaysia walaupun cuma belajar 2 tahun lebih sahaja disana?  Tak, benda ini berlaku diluar imaginasi kiteorang!


Mesti ni MLM - Tak nak lah!!

Kalau korang anti-MLM macam si aidid, peluang yang aku nak kongsikan ini adalah paling sesuai. Herbalife sangat sesuai untuk orang yang anti-MLM. Herbalife ni apa? bukan MLM ke? nanti aku cerita


Pencinta MLM

Kalau korang adalah pencinta MLM, semua MLM korang sign up, dari ubat kurus hinggalah berus gigi, tak cukup dengan itu perniagaan di internet semua korang bedal, peluang yang aku nak kongsikan ini juga adalah terbaik bagi korang!


Anti-MLM pun sesuai, suka MLM pun sesuai, syarikat apa ni?

Herbalife bukan syarikat membuat duit semata-mata. Bila korang dah kerja, dah masuk ke alam pekerjaan, dah duduk di office berhawa dingin menghadap komputer, kena jumpa bos tiap-tiap hari, korang akan sedar, duit adalah bukan segala-galanya! Apa yang sangat penting - MASA. 


Kepada pelajar Universiti/kolej yang memang mempunyai sangat banyak masa terluang dan ingin menukarnya menjadi duit poket, peluang yang aku nak ceritakan ini adalah yang terbaik!

Apa yang perlu korang buat?
  • Tukar masa 2 jam sehari layan cerita korea untuk cari duit
  • Tukar masa berjam-jam online facebook, twitter, chatting untuk cari duit
  • Peruntukkan sejam ke 2 jam sehari masa terluang untuk cari duit poket lebih

senang kan?

Sistem yang aku nak kongsi ini bukannya sistem piramid MLM atau cari 2-3 kepala untuk rakan kongsi bisnes. tak tak dan tak. Kaedah yang aku nak kongsikan ini merupakan kaedah yang aku pakai semasa bergelar student. 


********
ILMU DAN EVENT

Korang mesti setuju kan kalau nak ilmu, kena belajar. Bila dah ada ilmu, peluang akan lebih cerah. Sama je dengan Herbalife, korang still kena belajar dari semasa ke semasa dan hadiri segala event untuk timba ilmu lagi luas.

Event terdekat dan terbesar




21 - 22hb September 2013 ni akan diadakan event Herbalife yang besar. Dipanggil Zero To Hero. Dari kosong, kepada yang luar biasa. Ingat, Herbalife ni bukanlah company magic, korang join, korang akan berjaya. Tak, koranglah yang menjadikan Herbalife tu magic! Aku dah hadiri 10 Zero to Hero. tahun lepas, memang sangat best. Event 2 hari 1 malam ni memang dari A sampai Z korang boleh belajar. Dari produknya sehinggalah cara nak menjualnya. Kat sana jugak korang boleh kumpul cerita, jumpa dengan pelbagai orang positif dalam hidup dan tangkaplah gambar banyak-banyak – kumpul cerita korang sendiri!

Tiket termasuk
  • 2 hari training secara detail (8 jam sehari)
  • 3x makan sehari
  • Gala dinner
  • Penginapan 2 hari 1 malam (kongsi 1 bilik 2 orang)

Francis and Marissa Taye

Guest Speaker kali ni adalah orang no 1 Herbalife di Singapore! Juga merupakan up up line aku. hehe. Tapi walaupun up up line, dieorang tak dapat apa-apa dari aku. Kan biasa kalau MLM ni korang dengar, duk atas makan yang duk bawak. Tak dalam Herbalife. Aku nak explain pun panjang pulak nanti, kita explain kat sana nanti ya.

Apa yang hebat mengenai 2 pasangan ini, mereka jadi Millionaire Team (Min RM 40K per month) hanya dalam masa 5 bulan! Ya, 5 bulan! Dan jadi president team (Min RM 80K above) hanya masa 36 bulan

Super cepat!

Yes, Herbalife offer you macam-macam. Nak cepat, nak lambat, nak sikit, nak banyak. Just attend and learn! Bagi korang yang betul-betul terdesak - terutama dari segi kewangan - aku percaya kisah Francis dan Marissa ni akan menyentuh hati korang sebab mereka berdua pun latar belakang orang yang susah. Sebab tu dieorang boleh laju dalam Herbalife, sebab punyai WHY yang GIANT!

Yang nak pergi, KENA BELI TIKET. Cut off date untuk beli tiket adalah pada 3 SEPTEMBER 201. Nak, call/msg aku di 0169640972. Hanya untuk yang serius nak ubah kehidupannya sahaja.

2013 ni harapnya korang dapat tunaikan impian korang dan bagi yang punyai masalah kewangan, punya usaha yang tak takut untuk kerja lebih masa, Herbalife adalah untuk korang. Aku bersyukur sangat-sangat kerana dapat kerja dalam company ni, FUN + SIMPLE!

ISI FORM NI UNTUK SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI HERBALIFE

pss : kalau makcik2 atau pakcik2 berminat, call (o169640972) je lah ataupun msg kat facebook, twitter. Mungkin ada peluang lain, mana lah tahu =)

Black Eyed Peace - InsyaAllah

Nampaknya selain Maher Zain, Black Eyed Peace pun nak guna kehebatan lirik sebagai penarik lagu. Tapi ada sesuatu yang tak kena sebab penggunaan InshaAllah dalam lagunya itu... korang boleh tengok dengar dan baca sendiri!


tekan play (minit ke 1.27)


berita awal dari fanpage ohmedia

So, apa pendapat korang?

InsyaAllah bermaksud 'dengan izin Allah'

  • Tak sesuai!!! mana boleh guna nama Allah main-main!
  • Sesuai!!! Barulah nama islam itu dikenali ramai
  • Biarlah... Why so serios?

meh nak dengar skit pendapat korang ni. Tengah tunggu 'orang serius' buat entry

Rabu, 19 Januari 2011

New Zodiac Sign - Kelahiran Ophiuchus

Dulu masa umur belasan tahun, kakak aku suka beli buku 'ala-ala' remaja ni. ala, yang banyak kat pasaran sekarang ni, Dewi, Remaja, Mangga dan macam-macam lagilah. Part yang mana aku paling minat baca adalah part ZODIAC. Kan dia ada yang cerita 'nasib' korang berdasarkan zodiac masing-masing. Gila aku percaya bulat-bulat sampaikan apa yang diceritakan dalam ruangan tu aku amek bulat-bulat! takde leper-leper dah!

Taurus atau Aries

Besday aku 20hb 4 - menjadi satu masalah sama ada aku ni zodiac taurus atau aries. Ada buku cakap 20 april tu taurus, ada buku ni cakap 20hb tu aries. Huh, sebab nak sedapkan hati - baca je dua-dua. mana yang lebih bagus aku ambik yang tu!

Taurus - bent on making money and getting the year off to a good head start with a touch of good fortune.

Umur dah semakin tua

Sebab duk belek-belek terlalu lama, baru aku perasan yang kajian zodiac tu semua selalu sebut pasal benda baik je. Kalau benda tak baik dia selit sangat sediki. Heh, nak tengok contoh


Taurus - anda sangat berbakat dalam bidang kepimpinan. Pastikan anak buah anda terjaga sebab taurus seorang yang garang. Dari segi kewangan, anda akan capai tahap kebebasan unggul pada tahun ini. Kesihatan anda berada di tahap yang luar biasa dengan penjagaan makanan yang betul

Haaa, macam mana tak percaya, memang sebijik sama. Anggap benda ni sebagai panduan hidup. kekeke


2011 - Zodiak Baru

Tahun ini, gempar satu dunia apabila zodiac baru muncul. Sebab utama tanda zodiak baru ini muncul adalah disebabkan graviti bulan yang menarik bumi semakin dekat. Apabila benda ini terjadi, maka allignment asal putaran bumi juga terpengaruh - lahirlah Ophiuchus!!


  • Capricorn: Jan. 20-Feb. 16.
  • Aquarius: Feb. 16-March 11.
  • Pisces: March 11-April 18.
  • Aries: April 18-May 13.
  • Taurus: May 13-June 21.
  • Gemini: June 21-July 20.
  • Cancer: July 20-Aug. 10.
  • Leo: Aug. 10-Sept. 16.
  • Virgo: Sept. 16-Oct. 30.
  • Libra: Oct. 30-Nov. 23.
  • Scorpio: Nov. 23-29.
  • Ophiuchus: Nov. 29-Dec. 17.
  • Sagittarius: Dec. 17-Jan. 20.
Entah camne lah rupa zodiak baru nanti

Komen aku pasal zodiak

12 ke 13 ke tanda zodiak ni - tak penting! agama pun larang tilik2 nasib ni! Yang penting bagaimana kita mencorakkan hidup kita ke arah yang lebih baik. Cuma perlu di highlight - graviti bulan tu yang menarik bumi. haaa, benda pelik-pelik kat dunia ni semakin lama semakin menjadi-jadi! be careful =)


pss : esok cuti thaipusam - yahuuu!!!

Amy Mastura dan Joegrimjow berduet!




Tempoh hari nyanyi dengan siti nurhaliza, kali ni dengan amy mastura pulak! Tapi kali ni puas hati sebab dapat naik pentas. Heh, malam tu hampir 4000 yang hadiri dinner spectacular Herbalife dan macam mana aku boleh sesat atas pentas - qualify VIP =)

Gambar Cik Amalina yang amek. kabur pun jadilah. Lain kali kena qualify bersama team, baru boleh suruh dieorang tangkap gambar banyak-banyak! Malam tu untuk VIP - Memang super best layanan diberikan. Meja aku ada 3 orang je awal-awalnya. haaa, memang melantak dengan banyak!

Plan seterusnya?

Ok, untuk korang yang buat Herbalife benda yang aku nak cerita ni sangat penting untuk memajukan lagi bisnes korang. Gunakan promotion yang Herbalife bagi untuk pecut bisnes korang dengan selaju-lajunya! Aku dah buat plan dan percaya dibawah ini aku akan dapat!

  • IPAD FREE (20 000 VP dalam bulan jan, feb dan march @ 6000 setiap bulan jan, feb dan march)
  • Party EXTRAVAGANZA Bangkok (7 500 VP pada bulan Jan)
  • VIP EXTRAVAGANZA Bangkok (10 000 VP pada bulan Jan)
  • FREE VACATION (all sponsored) ke GOLD COAST (60 000 accumulated bulan sep 10 hingga june 11)


Dream BIG

Dah 2 hari aku mimpi pasal Gold Coast ni, tak peduli bulan ni kena buat 10 000 VP jugak! Bila kejar Gold Coast, pasti yang lain semua senang je nak dapat. so, start dream BIG!! Kalau tak percaya korang boleh pergi sana - BORROW MY EYES!! jom sama-sama ke Gold Coast!!



Thank u Amy Mastura, walaupun 5 saat je nyanyi 'nanananaaaaaa' =) 
thank u herbalife =)

pss : dah beli tiket ke extravaganza, korang dah beli? nanti kite mintak dato ronnie panggil yuna plak. hihik

Selasa, 18 Januari 2011

Nak buat apa dengan RM 86 400?

Aku ada satu game nak main dengan korang. Game ni sangat seronok sebab ia libatkan duit. Eh, sudah pasti bukan aku nak bagi duit, tapi game ni lebih menjurus kepada duit. Siapa yang tak mahu kan duit? Ok, game ini sangat mudah - Nak buat apa dengan RM 86 400?

RM 86 400

Korang kena buat bank akaun, terpulanglah nak buat akaun maybank ke, cimb bank ke (cina india melayu bank - 1malaysia betol!) bank rakyat ke, ataupun BSN. Terpulang kat korang. Lepas tu, no akaun bank tu korang bagi kat aku supaya TIAP-TIAP hari aku akan masukkan RM 86 400 ke dalam akaun korang. Ulang sekali lagi - tiap2 hari

Syarat

Bukan senang bodoh camtu je aku nak bagi kat korang, ada syarat dia. Syarat dia 2 je


  • Pertama - dalam tiap-tiap hari, korang perlu habiskan RM 86 400 tu, jangan terlebih jangan terkurang!
  • Kedua - Duit RM 86 400 tu anytime sahaja aku boleh hentikan pemberian dia. ANYTIME!

So, game ini sangat mudah kan? Walaupun mudah, sebelum korang proceed kepada ayat-ayat seterusnya, baik korang fikir dulu Nak buat apa dengan RM 86 400? Heh, macam best kan game ni. Korang kena fikir dulu, baru game ni akan jadi best. Jom sama-sama fikir =)






*******

Dah fikir dah?

Best kan kalau memang betul RM 86 400 akan masuk ke dalam akaun hari-hari! Best kalau benda ni jadi realiti!

*******


IANYANYA ADALAH REALITI!!!

yeahh, apa yang korang cuba bayangkan nak buat apa dengan RM 86 400 tu, memang ia adalah realiti. Sememangnya tiap-tiap hari korang bangun, memang akan ada 86 400 saat. Katakan korang bangun pada pukul 6.30 pagi, pergi kerja, balik kerja, makan, tidur, esok korang bangun pada pukul 6.30 pagi jugak, memang jumlah waktunya RM 86 400!!

Game ini ada syarat dan memang syarat itu juga sama dengan realiti seharian korang ada 86 400 saat. Syarat pertama, korang kena habiskan. Yuppp, nak tak nak memang korang akan lalui 86 400 saat dalam seharian. Nak atau tidak, begitulah masa diperuntukkan kepada kita. SEMUA SAMA. tak kira PM ke, seorang artis ke, seorang blogger ke, pengayuh beca ke, penyanyi terkenal ke, SEMUA SAMA - PUNYAI 86 400 saat dalam sehari

Syarat kedua - ANYTIME sahaja akan habis. Begitu juga dengan kehidupan korang, anytime sahaja korang akan diberhentikan pemberian 86 400 saat itu. Bagaimana? Apabila korang dicabut nyawanya! yup, kita tidak tahu bila mana kita akan mati, bagaimana, bila - itu semua bukan ketentuan kita, itu adalah ketentuan dariNya

Kejar masa sekarang!

Allah dah bersumpah demi masa. Sememangnya kita tidak sedar, masa itu sangat berharga. Dari satu saat, ke satu saat. begitu sahaja masa berlalu. Contoh sekarang, korang baca entry ni, berapa saatkah masa diambil dan agak-agaknya berbaloikah untuk habiskan beberapa ratus saat tu untuk baca entry ini. Jika korang rasa berbaloi, jangn lupa untuk kongsi dengan orang tersayang =)

selamat tidak membazir masa!


pss : entry psyko. terkesan tak?

Isnin, 17 Januari 2011

Taktik terbaru budak menangis untuk merogol dan merompak

Pagi-pagi hujung minggu sudah pasti ramai yang bersiap sedia untuk keluar menghabiskan masa bersama dengan keluarga ataupun insan tersayang. Kebiasaannya yang tinggal di luar bandar, pengankutan utama adalah motosikal ataupun jalan kaki dan kemudian menaiki bas ke bandar. Bagi yang tinggal di bandar, kereta ataupun kenderaan awam seperti LRT, KTM dan bas menjadi medium utama

Tidak lupa juga yang berkereta!

Dapat message PEMBERITAHUAN dari pihak polis pagi tadi yang mengatakan ada sindiket terbaru yang sedang berleluasa di banda-bandar. Sindiket yang mana modus operandinya menggunakan budak dan aku gelarkannya SINDIKET BUDAK PURPLE (Suka hati je bagi nama)


Budak yang comel tapi dipergunakan - kejam!


Cara sindiket ni beroperasi adalah - semasa anda bawa kenderaan, tak kira berseorangan, berdua aataupun keluarga, akan jumpa budak yang menangis ditepi jalan. Sudah pasti sebagai masyarakat yang prihatin, kita akan berhenti untuk menolong. Budak ini memberi alamat kepada kita untuk membawa dia ke 'rumah'nya. Apabila kita sudah sampai ke rumah itu, akan ada 'geng-geng' yang lebih tua dan berbadan besar yang tunggu untuk merompak. Malang kalau berseorangan mungkin dirogol

Tak kira lelaki ataupun perempuan!

Ngeri kan?

Jadi, pagi-pagi ni sama-samalah kita beringat sebelum kena. Jangan biarkan diri kita kena dengan sindiket seperti ini. Cadangan dari pihak polis - bawa mana-mana budak yang kononna tersesat itu kepada pihak polis. Biar mereka yang selesaikan hal seterusnya!

sama-samalah beringat

Ahad, 16 Januari 2011

Pencarian Imam Muda Musim kedua Bermula!

Assalamualaikum!

Pencarian Imam Muda musim kedua sudah bermula! Baru-baru ini majlis pelancaran Iman Muda Musim kedua telah dilancarkan. Program realiti tv ini bukan sahaja mendapat liputan dari dalam negara, bahkan juga ada media antarabangsa menyiarkannya. Masej dakwah yang diterapkan dalam Program Iman Muda ini adalah sangat-sangat diperlukan oleh negara kita yang ketandusan rancangan berbentuk keagamaan




Boleh baca disini untuk review setiap episod



Untuk musim kedua ini, penyertaan dibuka kepada peserta antarabangsa dan sudah pasti menjanjikan hiburan keagaaman terbaik untuk santapan seisi keluarga. Syarat untuk menjadi Iman Muda ini juga sangat mudah dan sesiapa sahaja yang ingin belajar lebih dalam bidang keagamaan, disinilah tempatnya!

Untuk sesi ujibakat, anda boleh ikutinya di


  • 22 – 23 Jan 2011: Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru, Johor
  • 28 – 29 Jan 2011: Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan
  • 11 – 12 Feb 2011: Masjid Zaher, Alor Setar, Kedah
  • 19 – 20 Feb 2011: Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, Pahang
  • 26 – 27 Feb 2011: Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah
  • 05 – 06 Mac 2011: Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur


Kepada yang berminat, jangan lupa untuk ke sesi ujibakat di tempat anda. Jadikan program ini untuk memantapkan lagi ilmu dalam bidang agama dan berdakwah dalam skop yang lebih luas! 


pss : kalau aku nak masuk, agak-agaknya terpilih ke tak? jadi tukang review pun dah best, inikan pula peserta. wah wah!

Sabtu, 15 Januari 2011

Blogger Gathering Nuffnang di Kelantan?

Terkejut terima email dari Nuffnang yang bertajuk 'Hello Nuffnangers in Kelantan' yang baru diterima tengahari tadi. Berdebar nak baca, ye lah kot-kot nuffnang bermurah hati nak bagi task apa-apa kan? Rupa-rupanya email dibawah yang aku dapat


*****

Dear Nuffnanger,

Hello there, and we hope the year of 2011 has been good to you so far! :D

As you know, we don't just allow you to serve banner ads on your blog here at Nuffnang; our aim is to build the blogging community in general as well. We do have plenty of activities for bloggers in the Klang Valley, but unfortunately we haven't had the chance to have any in the state of Kelantan before.

As such, we'd like to explore the possibility of organising blogger gatherings in Kelantan, but we'd like to ask you all a few questions before that to see what you'd like!

If you have a few minutes to spare, please do head on over to this page and answer a few survey questions about events, as it'll help us greatly in understanding you all better. The survey is anonymous, and all data collected will be kept private and confidential. Who knows, you might be seeing some 
Nuffies in your city in the coming months :)

Thank you and have a nice day!

Cheers,
Teoh Xinxian
Blogger Relations
Nuffnang Sdn. Bhd.

******




Bagi yang tak tahu apa kejadahnya nuffnang ni, korang boleh baca kat sini apa itu Nuffnang. Aku tak banyak join event Nuffnang, antara faktornya adalah sebab jauh. Ye lah, biasanya dieorang buat event kat area KL dan juga Selangor je. Jadi, kali ini mereka nak turun ke tempat-tempat bukan KL dan Lembah Klang pulak. WAAHAAA, peluang terbaik ni!

Pengalaman aku join event nuffnang ni, memang happening! Dulu DiGi buat event dah memang sangat meriah. Memang sangat berharap dieorang akan turun ke kawasan selain dari KL dan juga Lembah Klang. Apa lagi, jom jawab survey ni dan kemungkinan mereka akan turun ke Kelantan!!


(klik link)


Macam assobiyah plak ye? kekeke. jom isi cepat! paksa! hehe


pss : tadi jumpa dengan orang turun 60 kg! perghh!!!

Antara 6 - Respon pembaca

AMARAN : entry ini banyak link, klik untuk lebih memahami!


Walaa! Dah sampai di putrajaya! Kira hebat jugak entry Antara 6 ni, part 1 ditulis di kota bharu, part 1 ditulis di putrajaya. Merentas negara gitu. aceceeh. Ok, sangat terharu dengan jawapan dan pandangan masing-masing yang diberikan di komen entry ini. Tak sangka macam-macam jawapan ada dan baca pagi ni, nak tergelak ada, tersenyum sendiri ada, macam-macam adalah! Ada yang buat entry pun ada cam dia ni

Ok, jom kita tengok pandangan yang aku rasa semua sangat bagus tapi ada 2-3 yang menarik untuk dikongsi


Komen dari tuan din yang agak lucu - RICH





ok, yang ahmad syahmi ni pun boleh tahan jugak lawak dia - GENIUS




Suka ayat last dari cik min ni 'Tapi if I were really given 6 choices, I would definitely pick none for I'll work hard insyallah to earn anything I want even if that means breaking over and over again' terasa termotivasi gitu. wah2





Dan ini yang pilih HEALTH, dari nadhirah




Banyak lagi dan korang boleh baca sendiri di ruangan komen ni - memang macam-macam jawapan ada. Aku tengok yang mendapat pilihan teramai adalah HEALTH dan GENIUS. Wah wah, takde pun yang pilih nak femes! Haha, jadi aku nak jadi femes lah =)


Kenapa femes?

Kalau aku dah femes, dah sah sah akan banyak syarikat nutrisi seperti herbalife mahukan aku jadi model dieorang. Macam dieorang taja messi - boleh jadi sihat. Kalau dah femes, dah sah sah aku nak mintak sponsor pape senang je dapat - bleh jadi kaya. Femes juga akan buatkan aku terkenal dan semua genius-genius nak bekerja dengan aku, sibuk nak pasarkan barangan genius mereka sebab dah tahu aku femes dan bleh jual kejap je. produk kecantikan dari slimming center hinggalah ke pembuangan lemak akan sibuk taja aku untuk jadi duta kecantikan dieorang

hehe, amacam? tak nak pilih femes?


*******

Oklah, aku nak share dengan korang satu benda penting dalam hidup - WHY. Untung kita jadi orang islam sebab dah siap-siap Tuhan bagitau kat kita tujuan kita hidup di atas muka bumi ni adalah untuk 'beribadah kepada Dia' Konsep ibadah tu bukan di atas tikar sembahyang semata-mata, ia merangkumi pekerjaan kita, gaya hidup seharian kita dan apa sahaja yang kita lakukan perlua - HANYA untuk dia. 

Sukses dalam hidup ni sangat susah - sebab itu ramai yang gagal dalam hidup mereka. Kalau tak gagal pun, yang paling elok - hidup sederhana!

Aku dulu sibuk fikir - macam manalah nak sukses ni. Kalau zaman SPM, sibuklah fikir macam mana nak score a, masa tu dahlah MLM score a takde lagi, kalau tak boleh joinT dan score a dengan mudah (lalala) Masuk zaman Matrik pulak, ada pilihanraya untuk jadi yang dipertua JPP, sibuk pulak fikir macam mana cara nak meraih undi - perlu ke ketuk pintu sorang-sorang suruh semua undi aku? Zaman dah kerja ni, fikir lagi bagaimana aku nak jadi kaya supaya majlis kahwin nanti boleh ajak semua blogger datang. kena banyak bajet tu!

Nak berjaya - selalu kita fikir HOW, bagaimana!

Tapi, apa yang aku belajar dari mak cik Susan Peterson ni, dia kata, nak berjaya, jangan fikir bagaimana, jangan tanya HOW. Yang perlu difokuskan adalah - WHY, Kenapa perlu berjaya


*******

Kalau zaman SPM aku tahu kenapa aku kena berjaya sebab nak blaja kat oversea - konpem aku akan strggle tiap2 malam!

Kalau zaman Matrik aku tahu aku kena jadi YDP untuk senang masa aku kerja nanti - konpem aku akan raih jugak undi dari pintu ke pintu, tampal poster sorang2!

Kalau zaman kerja aku tahu kenapa aku kena jadi kaya untuk senang di hari tua - konpem aku akan buat kerja tanpa kira penat lelah

********

Semakin besar WHY kita, semakin kita tak peduli HOW kita akan buat. setuju?


pss : Apa kaitan dengan 6 kata kunci kat atas ni? korang boleh kaitkan sendiri kan. Selamat hari jumaat dan selamat bersolat jumaat

Jumaat, 14 Januari 2011

Social Network Gathering - Updated!

Social Network Gathering adalah perhimpunan ilmiah berbentuk santai yang terbesar yang akan diadakan oleh kumpulan persendirian yang tidak mempunyai apa-apa faedah selain kepuasan untuk berjumpa dan bersosial di dunia nyata.
Dunia maya kepada dunia realiti – misi Social Network Gathering!

Tarikh yang dipilih adalah pada 22/1/2011 - kurang dari 10 hari lagi!!



Terpaksa ditunda

Tarikh yang sudah ditetapkan ini terpaksa ditunda atas kekangan-kekangan tertentu. Faktor yang dilihat menyumbang kepada penundaan tarikh ini adalah dari segi sponsor. Disebabkan anggaran yang akan ikuti Gathering ini adalah antara 500-1000 orang, sudah tentu belanjawan yang besar terpaksa digunakan. Beruntung kerana memiliki Kerajaan yang prihatin kepada belianya - Hasil perbincangan dengan orang atasan, peruntukan akan diberikan sekiranya mematuhi beberapa syarat. Syarat pertama yang perlu dipatuhi adalah menubuhkan persatuan!

Jadi, untuk mewujudkan suasana yang kondusif dalam penggunaan internet, sudah sampai masanya untuk menubuhkan persatuan yang khusus kepada laman social - tak kira facebook, twitter atau blog. InsyaAllah dengan kerjasama dari semua pihak -blogger, facebooker ataupun tweeple, perhimpunan terbesar ini dapat diadakan.

Tarikh untuk gathering ini akan diumumkan kemudian!

Bagi yang berminat untuk menjadi AJK (crew) dalam perhimpunan ini, sila hantar 1) Nama penuh 2) No untuk dihubungi 3) Pengalaman dan 4) jawatan yang mahu disandang kepada joegrimjow@gmail.com. Antara jawatan yang ada adalah

  • crew makanan
  • crew sponsor 
  • crew booth 
  • crew keselamatan
  • crew activity 
  • crew publisity
  • crew protocol

Proses tapisan crew ini akan dibuat dan penghantaran email tidak menandakan anda sudah dipilih sehingga diberitahu anda sudah menjadi sebahagian dari crew melalui email!


Sama-samalah membangunkan industri social network ini bersama - Malaysia boleh!!

Khamis, 13 Januari 2011

Antara 6 - mana satu pilihan?

Malam ni akan bergerak ke Putrajaya. Kali ke 2 minggu ni turun naik ke Putrajaya. Haishh, kalau bukan sebab bisnes, memang takkan turun dah. Penat travel jauh-jauh ni. Fikirkan soal kerja, nak tak nak kena pergi jugak! 

Tadi terdengar radio - entah siaran apa tapi dalam BI ada kupas satu topik yang menarik. Menganai WHAT WILL U PICK. Dia ada bagi 6 kata kunci dan mana satu yang pendengar akan pilih. Aku just dengar part awal - sebab bawk kereta laju macam ribut, tak sempat pendengar call dah sampai rumah. jadi tak tahu mana pilihan orang

Terbawa ke blog!!




Jadi, aku nak tanya pendapat korang, antara 6 kata kunci ni, mana satu korang pilih dan kenapa (hanya satu). Kalau rajin, tinggal di komen kat bawah ni. Pagi esok aku sampai putrajaya, bleh la baca sambil-sambil hirup shake. heh, ok? jadi, 6 kata kunci ni, mana satu korang pilih


  • Beautiful
  • Anonymous
  • Rich
  • Famous
  • Health
  • Genius


Ok, jangan lupa tulis kat bahagian komen apa dan kenapa eh. Yang terbaik komen aku akan letak kat next entry bersama backlink blog korang. Traffic percuma tu =) Jom berkongsi apa yang korang pilih!!


pss : fasha sandha.... hihihik =)

Najib Razak dan Anwar Ibrahim berdebat - Kelebihan kepada rakyat!

Reformasi-reformasi-reformasi

Heh! Tiba-tiba semangat Anwar pulak kan. Ok, sebelum tulis panjang, aku sangat suka nak ulas pilihanraya di UK  yang sangat terbuka. Aku pernah cerita yang wakil rakyat city Sheffield boleh datang ke masjid (dia bukan islam) untuk membentangkan 'Apa yang mereka boleh lakukan' jika mereka pegang sesuatu kawasan itu. Memang best dan masing-masing dari parti politik melemparkan hujah dan ketika itu di masjid, walaupun minoriti kami orang islam, tapi rasa sangat diberi perhatian oleh mereka - taktik meraih undi? mungkin

Sebelum nak membuang undi pula, ada siaran perdana perdebatan antara ketua-ketua parti politik. Siaran ini disiarkan di arus perdana di waktu perdana. Ketika ini, ketua-ketua parti politik akan dilontarkan hujah oleh pengerusi dan ada juga soalan dari penonton yang terdiri dari pelbagai golongan, pekerja professional, pelajar mahupun surirumah. Memang KETERBUKAAN itu sangat realistik!

Boleh dibuat di Malaysia?

Persoalan ini memang aku tak boleh jawab sebab aku ni bukan penganalisis politik mahupun kawan baik Farid Kamil, eh silap, Farid Ridzwan. Tapi yang aku boleh jamin, jika benda ini diimplementasikan di Malaysia, sudah pasti kita akan mendapat satu kerajaan yang betul-betul terbaik! Semasa pilihanraya, parti-parti politik, tak kira kerajaan ataupun pembangkang, sudah pasti akan menyajikan rakyat dengan pelbagai 'kemudahan' dan kemudahan inilah yang kita cari - tak kira parti yang memerintah ataupun parti yang membangkang

Anwar cabar Najib

Sumber Malaysiakini

Tertarik juga dengan cabaran Anwar yang berani dengan mencabar PM kita untuk berdebat. Aku ikut juga benda ni di Twitter tapi sekadar ikut je lah. Katanya kalau parti pembangkang menang dalam pilihanraya 13 nanti TOL AKAN DIMANSUHKAN dan ELAUN GURU DINAIKKAN. Bunyi memang macam gila tapi aku pasti sebagai rakyat, kita mahukan benda seumpama ini. Boleh atau tidak dilaksanakan, sebab itu perdebatan ini aku rasa sangat wajar dibuat!

Najib seharusnya sedar, kuasa parti pembangkang bukan seperti dulu lagi, mereka memang sangat berpengaruh sekarang. Kalau menolak pada zaman Mahathir dulu oklah sebab boleh buat alasan yang nak berdebat dengan perti yang tak kuat, apa faedah? Tapi senario dah berbeza, jika perdebatan ini ditolak, orang akan nampak PM seperti melarikan diri

kalau aku, aku nampak macam tu lah!

Pendapat korang?

Aku tahu yang rata-rata pembaca blog aku ni masih student. Student biasalah, tak minat berpolitik. Ok, ini bukan soal politik ini soal mentadbir negara. Aku selalu dengar orang cakap, akan hancur musnah negara kalau bertukar kerajaan. heh, UK dah tukar kerajaan tak hancur-hancur pun. Banyak lagi negara lain yang bertukar kerajaan tak hancur-hancur pon. Ni mentaliti kebanyakan kita je. Aku nak jugak dengar, bagaimana modus operandi Anuar yang nak hapuskan tol seperti yang diperkatakan tu. Korang tak nak dengar ke?

jom mintak PM kita berdebat dengan dia nak? twit je dia - ada orang kata tu bukan dia jaga, takpelah, at least kita dah bagi idea pun dah ok dah. Jom twit beramai-ramai =)

Kami mahu @najibrazak berdebat dengan @anwaribrahim demi kepentingan rakyat!


pss : kalau kj ganti kan, jadi lain pulak ye tak?

Rabu, 12 Januari 2011

TanyaNajib - Antara soalan dengan perli

Tahniah pada DS Najib sebab menjadi PM pertama di Malaysia gunakan Social network untuk berhubung dengan rakyat jelata. Erk, dulu social network macam facebook dan twitter ni mana ada kan, patut lah boleh jadi yang pertama! Apa-apa pun, ini langkah bijak jika ia inisiatif dari PM sendiri dan langkah membodohkan rakyat jika PM tak baca pon msg/twit yang di hantar

Ok, kali ini mahu share dengan korang yang tak sempat ikuti timeline tanyanajib di twitter yang mana soalan-soalannya pelbagai - ada yang menyindir, ada yang perli, ada yang mahukan penjelasan detail pun ada. Jom kita tengok


ada yang tanyakan pasal pembunuhan beng hock!



Tak lupa juga soalan lucu menggamit hati




Haa, cabaran dari ketua pembangkan ni ditanya balik




Tak lupa juga yang terpikat dengan gambar bibir PM, siap tanya lagi pakai apa




lawak ada dimana-mana




Ini aduan rakyat yang munasabah ni




ehh, soalan ni pun boleh?




aceceeh, bodek2 jangan lupa ya




*tertelan air liur nak jawab*




betol!!



setakat ni, ini yang TERBAIK!!




lol, ada jugak soalan macam ni





Memang ada yang berbentuk soalan yang inginkan penjelasan, tapi hashtag tanyanajib ni lebih kepada perli/kutuk PM sendiri. Heh, mentaliti orang kita atau memang dah tahu soalan2 takkan dijawab sendiri oleh dia, jadi main perli2 je lah?


Tengoklah apa kesudahan dia lepas ni


nota kaki : tentu hot kalau Najib berdebat dengan Anuar nanti =)