Selasa, 18 Januari 2011

Nak buat apa dengan RM 86 400?

Aku ada satu game nak main dengan korang. Game ni sangat seronok sebab ia libatkan duit. Eh, sudah pasti bukan aku nak bagi duit, tapi game ni lebih menjurus kepada duit. Siapa yang tak mahu kan duit? Ok, game ini sangat mudah - Nak buat apa dengan RM 86 400?

RM 86 400

Korang kena buat bank akaun, terpulanglah nak buat akaun maybank ke, cimb bank ke (cina india melayu bank - 1malaysia betol!) bank rakyat ke, ataupun BSN. Terpulang kat korang. Lepas tu, no akaun bank tu korang bagi kat aku supaya TIAP-TIAP hari aku akan masukkan RM 86 400 ke dalam akaun korang. Ulang sekali lagi - tiap2 hari

Syarat

Bukan senang bodoh camtu je aku nak bagi kat korang, ada syarat dia. Syarat dia 2 je


  • Pertama - dalam tiap-tiap hari, korang perlu habiskan RM 86 400 tu, jangan terlebih jangan terkurang!
  • Kedua - Duit RM 86 400 tu anytime sahaja aku boleh hentikan pemberian dia. ANYTIME!

So, game ini sangat mudah kan? Walaupun mudah, sebelum korang proceed kepada ayat-ayat seterusnya, baik korang fikir dulu Nak buat apa dengan RM 86 400? Heh, macam best kan game ni. Korang kena fikir dulu, baru game ni akan jadi best. Jom sama-sama fikir =)






*******

Dah fikir dah?

Best kan kalau memang betul RM 86 400 akan masuk ke dalam akaun hari-hari! Best kalau benda ni jadi realiti!

*******


IANYANYA ADALAH REALITI!!!

yeahh, apa yang korang cuba bayangkan nak buat apa dengan RM 86 400 tu, memang ia adalah realiti. Sememangnya tiap-tiap hari korang bangun, memang akan ada 86 400 saat. Katakan korang bangun pada pukul 6.30 pagi, pergi kerja, balik kerja, makan, tidur, esok korang bangun pada pukul 6.30 pagi jugak, memang jumlah waktunya RM 86 400!!

Game ini ada syarat dan memang syarat itu juga sama dengan realiti seharian korang ada 86 400 saat. Syarat pertama, korang kena habiskan. Yuppp, nak tak nak memang korang akan lalui 86 400 saat dalam seharian. Nak atau tidak, begitulah masa diperuntukkan kepada kita. SEMUA SAMA. tak kira PM ke, seorang artis ke, seorang blogger ke, pengayuh beca ke, penyanyi terkenal ke, SEMUA SAMA - PUNYAI 86 400 saat dalam sehari

Syarat kedua - ANYTIME sahaja akan habis. Begitu juga dengan kehidupan korang, anytime sahaja korang akan diberhentikan pemberian 86 400 saat itu. Bagaimana? Apabila korang dicabut nyawanya! yup, kita tidak tahu bila mana kita akan mati, bagaimana, bila - itu semua bukan ketentuan kita, itu adalah ketentuan dariNya

Kejar masa sekarang!

Allah dah bersumpah demi masa. Sememangnya kita tidak sedar, masa itu sangat berharga. Dari satu saat, ke satu saat. begitu sahaja masa berlalu. Contoh sekarang, korang baca entry ni, berapa saatkah masa diambil dan agak-agaknya berbaloikah untuk habiskan beberapa ratus saat tu untuk baca entry ini. Jika korang rasa berbaloi, jangn lupa untuk kongsi dengan orang tersayang =)

selamat tidak membazir masa!


pss : entry psyko. terkesan tak?

45 ulasan:

  1. Owh, alhamdulillah..betol2..
    tapi..
    Joe, nak RM86,400 betol2 please? huhu...

    BalasPadam
  2. ingatkan MLM tadi. HAHAA

    BalasPadam
  3. AIGOOOOOOOOO....
    TERTIPU SUDAH NI...
    =D

    BalasPadam
  4. lah, aku ingtkan duit betol, apepon games ni macam best..

    BLOG GEMPAKZ SIOT

    BalasPadam
  5. hampir nk tekan butang close sbb ingtkan MLM tadi... hehe
    terkesan jugak la...:P

    BalasPadam
  6. Salam, hehehe pyscho yg sgt berkesan... tiba2 curious dan terkejut dekat...
    "IANYANYA ADALAH REALITI!!!"...
    rupa2nya ade maksud mendalam...
    nice entry...

    My recent post ►Motivasi : Tips Tingkatkan Motivasi Bekerja

    BalasPadam
  7. huaaahh~

    kakutnye saye..86400 banyak tu..tapi tetap boleh habis kan~

    BalasPadam
  8. insaf baca entri ni bro
    sayu hati
    betapa berharga masa yang kita ada tapi kebanyakannya digunakan untuk perkara yang sia2
    thanx bro

    BalasPadam
  9. nice joe..brilliantt!!
    ktew kene hargai wak2 yang ade..

    BalasPadam
  10. serius shit aku ingat nak promote masuk MLM...haha

    BalasPadam
  11. yup.. ngatkan promote masuk mlm gak. mn de duit jatuh dr langit senang mcm tu.. haha.. but it's true.. demi masa. sesungguhnya manusia itu dalam kerugiaan... but in away to avoid it. hargailah masa. entry ni x rugi di baca. as a reminder untuk semua.

    BalasPadam
  12. aduiii..dh semangat dh nak masuk contest.

    mmg boleh jd ahli psikologi.
    tahniah!

    BalasPadam
  13. aku ingat ko buat bisnes baru. kalau ko bg betol, hari2 aku beli kereta, beli rumah beli habib jewels hahah

    BalasPadam
  14. terbaek dari ladang dan lautan dalam punya game nie!!! hahaha...

    BalasPadam
  15. kiasan entri yang sangat menarik,.dah baca sampai habis baru faham maksud disebaliknya.

    BalasPadam
  16. Alaaaa...x best laaa...ingat RM86400 betol2 tadik..hahahhaa...

    kalo betol syok gak..kaya eden..hahhaaa

    meh laaa singah blog eden ni..hehee
    http://ezniey.blogspot.com/

    BalasPadam
  17. nasib baik tak rugi masa aku bace..^^

    BalasPadam
  18. dah siap kira guna calculate kalau sebulan dpt berapa juta.

    alih2 tertipu...


    merajuk setahun. XD

    BalasPadam
  19. kihkih baik punya ending. 86400 yee

    BalasPadam
  20. thumbs up! memg pysko habis! igtkan herbalife nk bg ke ap ke..heheh

    BalasPadam
  21. besttttttttttttttnya!leh shopping!haha

    BalasPadam
  22. yer sgt terkesan ! wohoooo~

    terima kasih.

    kalau lah betul u nk bg RM86 400 tu...i dh tahu dh ape nak beli..;p~

    BalasPadam
  23. grr..mati2 igtkan game nk soh abeskan duit tu..kalau la betul, dah bersusun list dalam kepala ni...haha

    BalasPadam
  24. terkesan sudah..
    hehe

    thanks!
    =)

    BalasPadam
  25. memang berbaloi untuk aku habiskan masa baca entri ni..

    BalasPadam
  26. lor ingtkan nak kasi RM86 400..hehe
    pape pon nice entry berbaloi2 bace..mase itu emas..!

    BalasPadam
  27. wah satu entry yg cukup bernas... betul gak.. kite nak tanak benda tu akan habis.... kalau kite gunakan baik.. baiklah jadinya.. kalau salah gune... salah la jadinya

    BalasPadam
  28. ingat betul dapat duit laju2 je klik..mata duitan betullah..Tapi betullah..banyak bazir masa hari ni..okla nak keluar blog ni cepat2 gak..

    BalasPadam
  29. hampehh! dah beriya tunggu duit jatuh gedebuk!
    hampaaaaa weh :'( haha

    BalasPadam
  30. sentap sekejap..ahahaha.. tapi sangat bagus la game nih.. insaf sungguh! :P

    BalasPadam
  31. RM86400. Rasanya jangan kita habiskan lagu tu ja duit tu. Baik kita labur duit tu kat masjid tang mana kita dan masa bang. Leh wat bekal balik kampung bertiang seri terpancang atas tanah :-)

    BalasPadam
  32. ish..mmg x bleh k abis la klo dlm 1 hari...da la aku ni seorg yg jimat crmat..hahaha


    Segmen Baru; Dapat Jawab Teka Teki, Aku Promote Blog Korang

    BalasPadam
  33. salam, entri yang kreatif dan berpengajaran...

    BalasPadam
  34. siyus tertipuuu.
    kehkhekeh.
    mmg suke saiko orang erk joe?
    mak limah lagi hari tuh.:P

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.