Ahad, 16 Januari 2011

Pencarian Imam Muda Musim kedua Bermula!

Assalamualaikum!

Pencarian Imam Muda musim kedua sudah bermula! Baru-baru ini majlis pelancaran Iman Muda Musim kedua telah dilancarkan. Program realiti tv ini bukan sahaja mendapat liputan dari dalam negara, bahkan juga ada media antarabangsa menyiarkannya. Masej dakwah yang diterapkan dalam Program Iman Muda ini adalah sangat-sangat diperlukan oleh negara kita yang ketandusan rancangan berbentuk keagamaan




Boleh baca disini untuk review setiap episod



Untuk musim kedua ini, penyertaan dibuka kepada peserta antarabangsa dan sudah pasti menjanjikan hiburan keagaaman terbaik untuk santapan seisi keluarga. Syarat untuk menjadi Iman Muda ini juga sangat mudah dan sesiapa sahaja yang ingin belajar lebih dalam bidang keagamaan, disinilah tempatnya!

Untuk sesi ujibakat, anda boleh ikutinya di


  • 22 – 23 Jan 2011: Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru, Johor
  • 28 – 29 Jan 2011: Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan
  • 11 – 12 Feb 2011: Masjid Zaher, Alor Setar, Kedah
  • 19 – 20 Feb 2011: Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, Pahang
  • 26 – 27 Feb 2011: Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah
  • 05 – 06 Mac 2011: Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur


Kepada yang berminat, jangan lupa untuk ke sesi ujibakat di tempat anda. Jadikan program ini untuk memantapkan lagi ilmu dalam bidang agama dan berdakwah dalam skop yang lebih luas! 


pss : kalau aku nak masuk, agak-agaknya terpilih ke tak? jadi tukang review pun dah best, inikan pula peserta. wah wah!

16 ulasan:

  1. try la joe! boleh anta video mendapat khusyuk dalam solat..hehe

    BalasPadam
  2. jgn malu jgn segan..join jer der...

    BalasPadam
  3. hai awak..
    salam perkenalan dari mamat..
    mamat pun dah join..

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.