Jumaat, 14 Januari 2011

Social Network Gathering - Updated!

Social Network Gathering adalah perhimpunan ilmiah berbentuk santai yang terbesar yang akan diadakan oleh kumpulan persendirian yang tidak mempunyai apa-apa faedah selain kepuasan untuk berjumpa dan bersosial di dunia nyata.
Dunia maya kepada dunia realiti – misi Social Network Gathering!

Tarikh yang dipilih adalah pada 22/1/2011 - kurang dari 10 hari lagi!!



Terpaksa ditunda

Tarikh yang sudah ditetapkan ini terpaksa ditunda atas kekangan-kekangan tertentu. Faktor yang dilihat menyumbang kepada penundaan tarikh ini adalah dari segi sponsor. Disebabkan anggaran yang akan ikuti Gathering ini adalah antara 500-1000 orang, sudah tentu belanjawan yang besar terpaksa digunakan. Beruntung kerana memiliki Kerajaan yang prihatin kepada belianya - Hasil perbincangan dengan orang atasan, peruntukan akan diberikan sekiranya mematuhi beberapa syarat. Syarat pertama yang perlu dipatuhi adalah menubuhkan persatuan!

Jadi, untuk mewujudkan suasana yang kondusif dalam penggunaan internet, sudah sampai masanya untuk menubuhkan persatuan yang khusus kepada laman social - tak kira facebook, twitter atau blog. InsyaAllah dengan kerjasama dari semua pihak -blogger, facebooker ataupun tweeple, perhimpunan terbesar ini dapat diadakan.

Tarikh untuk gathering ini akan diumumkan kemudian!

Bagi yang berminat untuk menjadi AJK (crew) dalam perhimpunan ini, sila hantar 1) Nama penuh 2) No untuk dihubungi 3) Pengalaman dan 4) jawatan yang mahu disandang kepada joegrimjow@gmail.com. Antara jawatan yang ada adalah

  • crew makanan
  • crew sponsor 
  • crew booth 
  • crew keselamatan
  • crew activity 
  • crew publisity
  • crew protocol

Proses tapisan crew ini akan dibuat dan penghantaran email tidak menandakan anda sudah dipilih sehingga diberitahu anda sudah menjadi sebahagian dari crew melalui email!


Sama-samalah membangunkan industri social network ini bersama - Malaysia boleh!!

24 ulasan:

  1. anon insyaallah akan pergi jugaakkkkk..huhu

    BalasPadam
  2. ok joe, memandangkan aku seorang yang aktif... maka aku nak bernaung dibawak Krew Aktiviti...
    Joe kalu daftar dibawah Belia Malaysia, sekurang2nya 8 orang ahli persatuan, akn terus dapat Budget RM3000 (tak silap angka) untuk setup management... aku ada gak kable nie...

    BalasPadam
  3. tunda eh...
    ok2

    t update la ble lg eh


    Admiral Hafiz Official Website: Admiral'z Legacy

    BalasPadam
  4. @Admiral Hafiz


    cool ! insyaAllah aku akan dtg =) tak pernah join join ni hehe..salu tgk di sebalik tabir je ngeh3


    ENTRI MANTAP & MELETOZZ :
    # Awek Leggings Ketat Seksi #
    # Sikap Cuai Bawa Padah !#
    # Teks Ucapan Paling Sempoi !#

    BalasPadam
  5. Joe, please update laju2 bila tarik sebenar ea? Senang nak pergi, boleh plan awal2 =)

    BalasPadam
  6. yeay...
    post yg sy tunggu2...
    haha...

    thks...
    and good luck...

    BalasPadam
  7. oo tak taulah pulak..tgk masa cam free ajer..

    BalasPadam
  8. insyallah kalo free kty join..

    malaysia boleh .

    BalasPadam
  9. aik..siap ada tapisan lagi

    BalasPadam
  10. insyaallah.. mcm gath gb dulu.. xde aral sure join..

    BalasPadam
  11. menariknyaa...hurm...nk offer jd crew, tp takut x dpt bg komitmen. so, menyokong dari jauh je la :) hopefully dpt attend :)

    BalasPadam
  12. fuh.. harapnyalah boleh join. macam menarik. kebetulan aku balik msia pada tarikh tersebut! nak snagat jumpa joegrimjow ni!!! hehehhe..

    p/s ; jadi crew pun menarik jugak!

    BalasPadam
  13. macam best jer jadi crew makanan..ngeh3 :)

    BalasPadam
  14. please please jgn bwt time chinese new year.. byk program time chinese new year nnt.~ huhu.

    BalasPadam
  15. joe, nk buat bila ni?
    kat mano?
    kawe nk join jugok

    BalasPadam
  16. bro kalau boleh kasi tarikh gantian cepat2 nnt ramai la den boleh bawak kalau comfem awal2

    BalasPadam
  17. wah, 1000 orang! memang gile gempak!!!

    BalasPadam

ada kaca ada simen,
sudah baca bolehlah komen.