Share

Sejauh mana perempuan mata duitan boleh bertahan?

Dalam entry dont judge blogger by his/her blog lepas, salah seorang blogger yang aku ada sebut adalah syahirul. Kenapa aku bangkitkan nama dia pada entry ini ada 2 sebab. Pertama dia mengingatkan aku kembali ‘tugas’ seorang blogger untuk mengelakkan pencabulan bahasa daripada berlaku. Heh, pencabulan bahasa ni macam kita mengaku kita menulis BM tetapi sejauh mana perkataan dalam entry kita ada menggunakan bahasa melayu yang betul, boleh disangkal oleh cikgu BM . Aku akui yang kebanyakan entry aku ada menggunakan bahasa yang tiada pun dalam kamus dewan dan kadang-kadang bercampur dengan BI. Memang kalau fikir tulis dengan gaya ‘nerd’ macam dia tu, pembaca akan cepat bosan, tetapi dengan gaya bahasa macam tu kita terelak dari menjadi penjenayah bahasa dalam diam


Contoh mudah

Kalau pk dunia ini mahu kiamat, memang kita akan tobat terus


pk dan tobat. Memang tiada dalam kamus dewan. Sebab dunia blog ni bebas siapa pun nak baca, ada budak yang baru nak ambil PMR tahun ni dia tulis dalam karangan dia perkataan ‘tobat’ atau ‘pk’ dan sebab tu markah dia jadi kurang seterusnya menghancurkan harapan dia untuk dapat semua A, dapat 1 B, Bahasa melayu dapat B sebab ada perkataan ‘tobat’. Walaupun benda ini mikro, tapi tak mustahil untuk berlaku. kan?


Sebab itulah sama-sama kita cuba sedikit sebanyak mengubah cara penulisan kita. Tak banyak terus, sikit-sikit cukup.


Kedua adalah jumlah ‘like’ dalam page facebook dia. WoW! Banyak ok. Dia ni kalau diikutkan lebih lama aku dalam buat ‘page fan’ ni, tapi jumlah like kat ‘page’ dia dah cecah 7 ribu. Memang kena belajar macam mana ni nak buat dari dia. Salah satu sebab aku kesan adalah dia selalu ‘upload’ video yang menarik untuk ditonton. Contohnya video kat bawah ni







sila tekan play



Hahaha, baru nak masuk tajuk sebenarnya ya puan puan dan tuan tuan =)


Kalau korang tak tekan lagi play, baik korang tekan dulu. Dengar sambil baca entry aku ni pun layan jugak. Berkenaan dengan gadis yang mata duitan ni. Heh, gadis-gadis di luar sana yang bermata duitan, bolehlah anggap entry ini khas abang joegrimjow bagi kat korang. ekeke


******


Cara mengatasi hormon mata duitan

Sesungguhnya tiada lagi penemuan sains tentang kewujudan ini. Sama ada sifat mata duitan ini sudah sendiri ada dalam diri, atau dimangkinkan oleh beberapa faktor, tidak dapat lagi dijelaskan dengan sains. Cara ini amat pratikal untuk mengurangkan sifat mata duitan anda. Ditujukan khas kepada bekas tunang abang burger dalam video atas



1) Kasih sayang lebih bermakna dari duit

Biasanya lelaki yang berduit banyak ini kalau dia pikat anda dengan mempamerkan duit, maknanya dia memang tidak akan memberikan kasih sayang yang lebih kepada diri anda. Lain kalau lelaki berduit, tetapi pikat dengan nilai dalam diri, itu boleh ‘consider’ lagi.



2) Cermin diri, aku kaya atau miskin

Kalau diri tu tak berapa nak baik, maksud tak baik tu sendiri mahu pahamlah, eh, tak faham ke? ok, maksud tak berapa nak baik ni, cari pasangan untuk kahwin hanya harap nak duit semata-mata, jangan pelik jika usia kahwin tu takkan lama. Ni abang joegrimjow cakap ni berdasarkan pengalaman. ooh, bukan abang yang cerai-ceraikan orang, abang tak kawin lagi, tetapi tengok orang di luar sana yang ternyata kalau kahwin sebab duit, takkan kekal lama. Carilah yang sesuai dengan diri sendiri


******


Zaidi dan zainab sudah bertunang. Disaat mereka mahu berbincang soal hubungan seterusnya, iaitu berkahwin, zainab telah di’tackle’ oleh seorang jutawan power root yang baru memenangi hadiah utama sejuta ringgit. Ini membuatkan perbincangan soal perkahwinan bertukar menjadi perbincangan soal CLASH!


zainab : sampai sini saja hubungan kita
zaidi : kenapa nab... kenapa


zainab : awak.... tak kaya!
zaidi : kenapa kaya menjadi ukuran? saya kaya dengan wajah yang cantik, tidak cukup lagikah?


zainab : kaya muka tak boleh nak bagi saya makan. saya mahu kaya yang boleh bagi saya makan sedap sedap
zaidi : jangan nab, mana saya nak letak muka saya ni nab kat orang kampung


zainab : ahhh, peduli hapa haku!
zaidi : ooohhh nabbbb


Zaidi yang kecewa dengan perangai zainab itu terus menghubungi joegrimjowfm. Satu rancangan radio yang akan menyatukan pasangan pasangan yang menghadapi masalah dalam hubungan cinta

zaidi : abang joegrimjow. tolong saya. saya cintakan zainab
joegrimjow : rilek, abg akan tolong. ok, abg call dulu ya


kring kring

joegrimjow : hello. zainab ada?
zainab : ya, saya cakap


joegrimjow : ilove u zainab
zainab : woooot. tiba tiba cakap i love u. sape ni?


joegrimjow : saya anak tan sri **** saya dah lama minat kat awak
zainab : erm... awak kaya tak?


joegrimjow : mestilah! blog saya pun nuffnang bayar 6 angka tau!
zainab : 6 angka????


joegrimjow : mestilah. tak caya? meh saya send gambar
zainab : ok...




joegrimjow : dah caye?
zainab : wow! hebat. anak tan sri lagi, anak kesayangan nuffnang lagi. ok, approve


joegrimjow : hangiiiittttt!
zainab : erkk?

joegrimjow : haha, saya joegrimjow. dejay radio joegrimjowfm
zainab : apa!!!


joegrimjow : ya, zaidi di talian bersama saya sekarang
zainab : erkkk

joegrimjow : ok zaidi, saya serahkan kepada awak
zaidi : baru saya tahu selama ini cinta awak pada saya hanya duit semata-mata. tak sangka begitu senang awak menerima cinta lelaki disebabkan duit. tak sangka saya zainab....
zainab : zaidi....

zaidi : hari ni jugak saya jumpa parents awak mintak putus pertunangan ini. saya tak mahu kahwin dengan orang mata duitan!
zainab : ooohh dem! no no


zaidi : terima kasih abang dejay joegrimjow. kerana dirimu, diriku bermakna
joegrimjow : no worries.

menamatkan talian




ada masalah hubungan?
mahu tahu pasangan anda setia atau tidak?
jangan call Xfm
call lah joegrimjowfm di talian 0169640972

waka waka eh eh


pss : thank u nuffnang. 1st check diterima. berapa angka tu jangan percaya ok =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

44 ulasan:

Amieynna Amin berkata...

salam ramadhan..
kalau jd mata duitan..
mmg xkan puas dgn kekayaan..
nice idea kenalan girl tu..
heheheee

aizatshafiq berkata...

dah baca kena la komen...
hehehehe...

brape frequency radio joegrimjow?..
tak pernah jumpe pun...
hahahaha...

joegrimjow berkata...

@MX

memang kena call terus ke talian tu untuk tahu. ekeke

Adziim berkata...

haha~ joe nape sjak akhir2 ni ko bnyk iklan nombor suh call psl masalah cinta2 ni?

joegrimjow berkata...

@Mohd Adziim

kebanyakan mereka call tanya pasal herbalife. tu yg nak bagi banyak2 kat org tu. ekeke

Jard The Great berkata...

waaaaaaaaaaa... terpamer lagi number telefon.. ahahaha...... *sambil check henfon, ok da save sbg "pakar masalah rumah tangga".

tunggu ku kawen dan ade masalah.. aku calling2 k.

joegrimjow berkata...

@Jard The Great

sebelom pon boleh
ekeke

et berkata...

eheh.dahsat.
harap2 tak tergolong.

oh2,ade num tel.nak kol sekarang jugak.keh3. ^^

Tanpa Nama berkata...

hai:)
macam mana ekk dari matrik pun dpt fly ?
tiba tiba lari topik

Tanpa Nama berkata...

guarantee is what a woman want.ur advert at the bottom, kindly tell us how can we figure out either the guy is loyal or not?

thanks :)

joegrimjow berkata...

@Anonymous

dah cite entry lepas2
usha2 balik
=)

joegrimjow berkata...

@Anonymous

trust your heart
wah wah
=)

full answer by call
=)

Cahaya Yang Riang Gembira berkata...

Duit tak disangkal penting.. Tapi perkahwinan membuka pintu rezeki kan.. Anak pun dah satu rezeki.. Heehee..

Teringat kisah seseorang di zaman nabi muhammad yang tiada wang tapi nabi tetap suruh dia kahwin.. Sebab rezeki itu akan dtang..

Hidup senang or hidup bahagia? Hehe.. Pilih jangan tak pilih.. Dua2 boleh? Ekeke.. :p

Unknown berkata...

sakit perut baca~

Tanpa Nama berkata...

usha balik entri lepas ?
huyohhhhh.
thx

joegrimjow berkata...

@alinac lover

erk, sampai masuk tandas ke?

devoted lily♥ berkata...

hahaha..
tak boleh blah siap ada joefm lg..

btw joe,
money is not everything,
but everything needs money...

nak beli herbalife nak bg kurus suami terpesona pon...duit jugak kan?=p

Unknown berkata...

xkemana kalo cinta dibeli nan duit
pasti akan nyesal gadis itu bile da kene tepek kat dahi diewh tgk ex tunang diewh bgn t
huhu

baru taw mane lgt n bumi
karma will be around :)

Murni Alfathunnisa berkata...

yes..heard @xfm before..aduii..perempuan tu..riak bebenor..
memang tak dinafikan duit tu penting untuk meneruskan kehidupan, tapi berpada-pada la...huhu

Khairul berkata...

Ala, aku baru je nak post pasal rakaman ni. :(

joegrimjow berkata...

@devoted lily♥

nak beli herbalife kenalah cakap2 dngn joegrimjowfm tu
wah wah

joegrimjow berkata...

@Mr K

huhu
cepat ku skit

nadz ruslan berkata...

kalau nawaitu tu betul, duit tak jadi masalah..

nawaitu awal2 dah salah. hekz.. T_T

Amoi berkata...

let me tell u something the ugly truth at here.

SEMUA PEREMPUAN akan memilih seorang lelaki yang ada kewangan yang stabil, masa depan yang cerah benderang dan berdasarkan kematangan seorang lelaki.

tipu lah perempuan tak nak jenis laki macam tu. kwangan yang stabil menjamin masa depan rumah tangga. cukup untuk sara bini dan anak-anak. kematangan sebab lelaki tu bakal menjadi ketua keluarga nanti.

kalau laki tu sampai mengadu kat radio I assume laki tu tak matang langsung utk handle his probs. memalukan kedua pihak adalah. bergaduh dlm radio.LMAO.

lelaki macam ni mudah menangis untuk seorang perempuan.

ENCIK TIKUS berkata...

kalau aku kena macam nie. aku dah bakar dah stesen radio kau joe.

Unknown berkata...

salam..fasal perempuan nk putus tunang tu fasal duit n maki hamun laki tu mmg extreme la..
tapi bila fikir balik kwl jual burger je pompuan tu nk makan ape nnt?. lain kali cari la yg padan yg boleh kasi nafkah zahir n batin..bkn batin je..klw dah tau org tu jual burger yg ko terhegeh2 nk tunang ngn org tu nape..

mmg duit x dapat beli kebahagiaan tapi duit dpt bagi salah satu kebahagiaan..renung2 kan dan selamat beramal.

qilamahadi berkata...

hurmm
kalau rasa tk mampu lagi jngnlah kawin dulu
kawin ni bkn bnd mudah

nati bila da kawin tnggungjawab makin besar
nati sah sah lahh dapat anak unless hurmm ermm mandul
nati nak sara anak lagi bini pun
patu msti kena beli pampers susu anak itu ini blablabla
so kenalahh prepare awal awal
kalau nak kawin dgn anak dara orang
muahahhah
:D

kuyam berkata...

aik,apsal video tu leper semacam?ke xboleh kalau buka guna chrome?

joegrimjow berkata...

@amoi

amoi kena dengar apa yg perempuan tu cakap kat radio dulu baru tahu perempuan tu jenis apa

joegrimjow berkata...

@azzura

abah kawan ada je penjual burger hidup sampai skrg
;)

joegrimjow berkata...

@~kuyam~

memang senagaja dilaperkan

eqbalzack berkata...

abg eq pernah terkena...

tobat lepas ni mengaku miskin je...hehe

En iLHAM berkata...

pergh memang hampeh la minah tu
buat malu kaum jer
berani gile cakap macam tu
kecik ati abang ramly burger
jutawan kot
huhu

Tanpa Nama berkata...

likes this !

Nadiene berkata...

terbaik bro!

piNky LuCiA berkata...

hmm.. macam2 hal dunia..

Amoi berkata...

@joegrimjow aku dah dengar banyak kali ok apa pmpn tu ckp kat radio sana. fikir aku tulis ikut suka hati tanpa usul periksa ka?

chillax sudah bila ada pmpn ckp macam tu. yeah. she kinda rude. well. aku pernah cakap something kat sorang laki sampai dia nangis depan aku. manja gila. hati tak kental langsung.

but. that guy must prove to her, what she said is totally wrong. bukan dok mengadu kat radio and bergaduh kat sana. nampak sgt laki tu manja sangat. LOL

lelaki macam tu tak akan maju ye. sebab laki yang pernah aku maki dulu tak pernah show any improvement until now. apatah lagi laki yang mengadu kat radio ni.LOLOLOLOLOL.

akuzle ayu berkata...

kak pon raso JGJ neh sesuai jadik dj hok buleh perbaiki hubungan berbanding ngan BL yg kununnyer bole jadik 'jaksa pendamai' utk 2 org yg bermasalah dlm hubungan. BL tuh plaks bole kutuk2 awek tuh...mcm bagus!! cuma pesanan dari kak, pok joe neh kalo tensen x leh selesai masaloh ore, jange dok iklan2 jual HL pulops deh? ehehehe...

p/s: byk sungguh 'topic' dlm n3 joe harineh... migrane kak baco...huhuhuhu

akuzle ayu berkata...

amoi,

akak pon rasa si Samad tuh ckp jer nk berubah... tp gaya ckpnyer pon memain... mcm gaya bebudak n x mtg langsung... jom kiter cabar BL g tgk Si Samad tuh btui2 dh berubah ker x... ckp byk pon x guner... akak bg situasi, kalo ko dh kawen then dpt ank, then ank ko sakit... ko x der keter... ati kebapakan ko tak tersentuh ker kalo ko nk bwk ank ko yg sakit tuh naik moto?? pk yer 'Samad2' yg berterabur kt luar sna tuh... sory, joe... komen ngalahkan n3...ehehehhe

joegrimjow berkata...

@amoi

hehe, pendapat masing2. at least tolak dengan sopan, tak payah nak kutuk orang. kan lagi bagus. hoho

syahirul berkata...

aku tak suka pompuan tu sbb dia kurang ajar dan cara cakap dia poyo gile.. gedik tol..

kalo taknak, tolak sopan2 dah le.. yg laki tu lak sampai stesen radio dibawaknya. entahla...

erm aku tak taw ni rekaan ke or betul.. ada ke x.fm?

pilotHans berkata...

wakakakka...mmg entry terbaik laa..haha.....leh kaitkan ngan nuffnang ko..wakkaka...aku pun br dengar clip ni kt JK smalam ke kelmarin....mmg lawak laa....tp mmg natural..mmg gaya real laa ....

cheers

Farah-Izzaty berkata...

bila duit menjadi ukuran.. macam tu la.. *sigh*

Ibu Ammar berkata...

kalau sorang lelaki boleh mewahkan sorang pempuan dgn duit dia, maknanya dia juga boleh mewahkan berpuluh lagi wanita lain untuk kepuasan dia.


no.no. tentunya aku taknak lelaki macam itu.

kewangan cukup kalau mampu menjana ekonomi. bukan hanya tahu menghabiskan harta pusaka. :p

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW