Share

Adakah anda seorang yang patriotik?

Salam,


Sempena kemerdekaan esok, entry ini dibuat untuk ‘scan’ diri masing-masing sama ada kita ni jadi rakyat yang patriotik atau tidak. Kadang-kadang kita tidak perasan yang sebenarnya kita ni patriotik tetapi tidak mahu mengaku disebabkan.... malulah kononnya! Jom kita tengok adakah kita memiliki salah satu ciri-ciri ini


1) Mengutuk rumah yang tidak mengibar jalur gemilang


Masa jalan-jalan, terpandang rumah yang tidak kibarkan jalur gemilang, ada tercakap sesuatu 'ishh, napelah tak kibar jalur gemilang ni?' seolah marah pada tuan rumah yang tak kibarkan bendera. Walaupun diri sendiri tak kibar, tapi marah dengan orang yang tak kibarkan, yup, korang termasuk dalam salah satu ciri orang yang patriotik. aku tak masuk dalam list ni ok. hehe



2) Copy paste hal berkaitan dengan Merdeka



Sekarang ni di facebook ramai yang share video iklan merdeka. terutamanya iklan petronas yang sememangnya stylo milo tu. Erk, walaupun pernah share, tapi tak nak mengaku diri tu patriotik ek. takpe, biar hati yang tentukan.




3) Pakai baju berunsur jalur gemilang


Masa nak jalan jalan, keluar beli baju raya, sarung baju yang ada unsur warna bendera Malaysia. Heh, walaupun malu dikatakan patriotik, tapi pernah pakai benda macam ni, memang korang patriotik secara tidak langsung




4) Menonton rancangan sempena kemerdekaan walaupun sudah berulang kali melihatnya



Hari-hari nak dekat merdeka ni, televisyen sibuklah duk tayang rancangan berunsur merdeka ni. bagi yang kaki tengok tv ni, tengok je cerita yang selalu ditayang ni tanpa jemu, welcome to the patriotic citizen club!



5) Tidur mengingau menyebut Merdeka



Yang ni paling teruk, mengingau pun sebut merdeka. Memang rakyat terdahulu yang menuntut kemerdekaan pun kalah kalau macam ni!




Selamat Hari Merdeka kepada semua pembaca joegrimjow =)


pss : Dont show off your patriotism, just show what often you do as a good Malaysian

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

43 ulasan:

izee berkata...

hahaa besh2x!! semangat patriotik!!

joegrimjow berkata...

@izee

cepat btol komen
hoho

APi berkata...

macam kawan aqu dulu ngigau teruk..
tengah tidur boleh nyanyi lagu negaraku samapai abes..
mula2 seram gak..
last2 nak pecah perut gelak..

wannurfazrini berkata...

cerita leftenan adnan tu ada plot baru eh ? hahahahahaa

fikah mus berkata...

patriotik dalam hati, boleh??

suka part pss tu.

Dyna Yvonne berkata...

epy merdeka day~
>_<

[z@ck] berkata...

terbaik la joe!
nak like byk2 kali tapi tak boleh pulak..hehehe..
happy independence day too Malaysia!

Tanpa Nama berkata...

klau luaran je patriotik - letak bendera, pegi dataran smbut merdeka etc. tapi jiwa x patriotik buat pe kan kan?

ade certain org dgr lagu Negaraku pun buat bodoh je. tgk Jalur Gemilang jatuh atas lantai pun buat bodoh je jugak.

gadisBunga™ berkata...

rasanya kite patriotik...(semalam tgk muvi Hati Malaya boleh nangis...)

niknurizzati berkata...

sopannya joe tido
:D

joegrimjow berkata...

@fikah mus

boleh2. diri sendiri punya diri, bak kata org putih, live life fullest

joegrimjow berkata...

@[z@ck]

yeah2. happy independence day

Zinedine Zaiddin berkata...

Bab leftenen adnan tu xleh blah..ada plak plot berubah tiap2 tahun. hahaha

Tanpa Nama berkata...

salam.

wahh, menarik blog nie..=)
kelakar pulak point last skali tu..tido pun mengigau merdeka..
btw, filem hati malaya pun best jugak. kalo feeling boleh menitis air mata..huhu

salam kenal..jln2 kat sini.=)

Hizami Li berkata...

aku tak patriotik sgt.
jujur.
:)

Jard The Great berkata...

syukur dok mesia.. and thats patriotik enuf for me.

Hazzy Ishak berkata...

esok merdeka tapi kat sini sibuk menganyam ketupat, siap gantung penuh opis pulak tu.

erkkkk

btw, selamat menyambut hari kemerdekaan ke 53

pacifist berkata...

salam ziarah di bln penuh keberkatan.moga thn ini lbh baik dr thn sebelumnya.
setiap manusia dilahirkan merdeka sejak fitrah kejadian,ttp bukan bebas sebebasnya,ttp bebas yg mempunyai batas/hak.datangnya islam membebaskan manusia drp penghambaan sesama manusia.dgn pelbagai ideologi dicipta utk menyesat dan mengikat manusia.manusia itu bebas bila mereka menjadi 'hamba' Allah.bknkah kita sering berdoa agar 'title' 'hamba' diterima oleh ALLAH.ttp jika sesama manusia,kita cuba membebaskan dr penghambaan.ttp jiwa hamba sesama manusia masih wujud hingga kini,masakan negara yg merdeka masih terikat dgn isme2(fahaman) tinggalan penjajah dan merasakan tinggalan penjajah itu masih terbaik utk negara.sifat inferior complex masih menebal walaupun penjajah telah pergi.ini yg disukai penjajah,meneruskan legasi peninggalan penjajah @ gelaran yg diberi kpd mereka ini adalah "budak-budak british/inggeris/barat"
-salam kemerdekaan yg hakiki
-kita masih dlm proses memerdekakan minda
-keluar dr penghambaan sesama manusia kpd penghambaan kpd Al-Khaliq

Farihah Ahmad berkata...

aku... patriotik xtunjuk. *konon sungguh.

Ruby berkata...

selamat hari merdeka, joe!
stuju dgn smngt patriotik ni tak perlu tunjuk2...hehe

syahirul berkata...

gambar last tu mcm ensem aje.. krooohhhhhh.. gyahahahhaha~

salam merdeka...

zool berkata...

bila citer pasal patriotik lupa nak bawa jalur gemilang ari tu.. huhuhuhuhu..

joegrimjow berkata...

@zool

haah, camne leh lupa ni. huhu

joegrimjow berkata...

@RUBY

tunjuk pada diri sendiri je, baru betul

joegrimjow berkata...

@pacifist

panjang ucapan ni

Syima Syaz berkata...

saya mengaku...saya semangat patriotik.kat kereta dah letak bendera, kat rumah ayah dah letak bendera...pastu ayah ke ulu ke hilir pakai baju Bx...eh...ade kene mengena ke?hehehe

joegrimjow berkata...

@Syima Syaz

dalam facebook bleh nampak. hoho
=)

FIFIEY LYCHEE MARATION berkata...

selamat memerdekan diri anda dr sebarang penjajahan:)

selamat hari merdeka malaysia!

syahrilhafiz berkata...

haha gitu pun ada ke..
mengigau..nasib tak maimai..
btw salam kemerdekaan bro..

noorafzan.blogspot.com berkata...

MERDEKA..
Kete saya ada bendera..
dan umahpun kibar bendera.
patriotiklah saya =)

Unknown berkata...

yg nomor satu tuh plg xley blahh...(terasa pown ader gk...gyahahahaaa)

joegrimjow berkata...

@FIFIEY LYCHEE MARATION
slamat merdeka juga

cikNiarun berkata...

haha..joe.if sampai tahap dido ngigaukan Merdeka memang wa salute lu abes la.ape2 pon..

Salam Merdeka from Gadismental~

ENCIK TIKUS berkata...

comel jea kau tido

joegrimjow berkata...

@nurain

happy merdeka jugak

QeeS berkata...

totally agree! dont show off ur patriotism..

Akulah Aqilah Itu berkata...

yg tidow tu takleh blah.. =)

Akulah Aqilah Itu berkata...

yg tidow tu takleh blah.. =)

ZACK ENTRY berkata...

salam merdeka joe..=)

arrizz berkata...

haha lawak a mengigau pasal merdeka lak..anyway, salam kemerdekaan..:)

joegrimjow berkata...

@arrizz

salam merdeka juga

azahrohaizah berkata...

Salam merdeka joe,

hayatilah 1Mlaysia Menjana Transformasi..

( comey jer budak yg tido ngigau tu..heheh)

Tanpa Nama berkata...

hehe,, sampai tidur pun sebut merdeka. betul betul semangat patriotisma ni. apa2 pun salam merdeka dan selamat berpuasa. :)

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW