Share

Imam muda : Sembelih sembelih sembelih

Review minggu Pertama sini
Review minggu Kedua sini
Review minggu Ketiga sini


Review minggu ke4 dan ke5 tidak sempat buat disebabkan oleh 'kelembapan' internet di rumah + masa yang tidak mengizinkan. Kali ini terus buat review untuk minggu Keenam terus. Ada penyingkiran untuk minggu ke 5 iaitu imam muda syakir. Jom layan video di youtube dulu






















Tema : Penyembelihan secara Islam


Menarik kali ini tema yang dipilih oleh mudir iaitu penyembelihan. Tak ramai yang tahu akan keistimewaan penyembelihan ni dan tak ramai yg tahu cara nak sembelih. ok, ramai yg tahu tapi berapa ramai yg pernah sembelih? aku? haha, tak pernah! Ingat dulu kalau ada burung yang mahu disembelih, pasti suruh mak aku yang sembelih, aku? tak beranii. hehe, tapi tu dulu, tengok la dah besar dah ni, kena kuatkan semangat skit!


Tugasan


Kali ini kesemua imam muda diberi seekor ayam seorang untuk disembelih. Yang pertama memang menggeletar skit, biasalah pertama katakan, tapi overall penyembelihan bak kata pegawai JAWI, semua lulus. Ok lah tu, takde yang pengsan. hehe


Mereka juga di suruh untuk membuat serbuan ke beberapa premis penyembelihan untuk melihat sendiri lulus atau tidak tempat itu untuk diberi sijil halal. Kadang kadang, dah bagi sijil halal untuk sembelihan pun, tapi ada jugak yang main kotor dengan tak menjaga kebersihan tempat penyembelihan dengan betul. Main dengan manusia ni, mcam macam kerenah!


Keistimewaan penyembelihan cara islam


Kita tahu yang sembelihan tu adalah cara islam, tapi tak ramai yg tahu keistimewaan atau kenapa disuruh sembelih. Kenapa takde dalam islam renjatan elektrik ke, cucuk dengan ubat ke, selam dalam air ke, kenapa?? Sebabnya, cara sembelihan ini adalah cara yang paling tidak sakit kepada haiwan. tengok, comel dan sempurananya kan Islam kita ni, sampaikan Haiwan yang mahu disembelih pun agama kita titik beratkan!


Memang aku ada buat assignment pasal penyembelihan ni, beza antara renjatan elektrik semua tu, memang cara tu menyakitkan binatang. Cara sembelihan juga adalah yang terbaik. Padahal benda ni alquran dah cakap 1400 tahun dulu, sains baru saja dapat buktikan. Huh, memang terbaik la!


Penyingkiran di minggu ke6

Setelah Abe Syara dan Syakir telah disingkirkan di pusingan sebelum ini, kali ini ada juga penyingkiran yang dilakukan. Ok, mahu komen skit pasal penyingkiran ni. Bagi aku, better ada penyingkiran. Kenapa, sebab ini adalah perencah untuk menjadikan rancangan ini terus diminati dan tidak kelihatan statik. Bukan tidak mahu memberi peluang kepada imam muda ni untuk belajar, tetapi penyingkiran ini akan membuatkan mereka lebih menonjolkan bakat masing masing. Ok, siapakah yang disingkirkan?



siapakah yang akan disingkirkan?


Miril disingkirkan. Hoho, terkejut jugak sebab miril ni antara peserta fevret yang akan menang, tai boleh lihat dia punya 'mood' dalam episod ni agak menurun, mungkin sebab tu kot disingkirkan. Apa2 pun, perjuangan menjadi leader ni bukan dalam rancangan sahaja, banyak lagi peluang dan ruang untuk terus memperbaiki diri, Tahniah kepada semua peserta yang masih kekal!



Pengalaman mengerikan di Thailand


Mahu share skit cerita aku semasa di Bangkok untuk menghadiri event Herbalife. Sebab aku beli tiket terawal sehari, jadi aku berpisah dengan team aku. Aku pergi awal ke Bangkok dengan seorang diri! Ya, seorang diri! Sampai disana, memang kagum dengan kedai seven eleven yang cukup banyak, apa lagi, terus masuk kesana untuk beli sandwich. Tengok2 sandwich, sebab terlalu lapar, ambil je tuna. Tuna ikan kan? so boleh la makan. lepas makan sikit, rasa macam semacam je... tengok baik baik bungkusan dia, ada terselit tulisan yang sangat kecik

'tuna with two p**k slices'


ok, tak nak cerita, meloyakan!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

15 ulasan:

Matjoe berkata...

fuhh, x sengaja xpe bro

Tanpa Nama berkata...

rezeki, boleh gak merasa....
hahaha... pikir balik memang geli, sebab minda kita dari dulu di set pork/pig tu haram dan jijik.

joegrimjow berkata...

mmg benda tu sangat jijik, nasib baik sempat buang balik. huhu

mirachantek berkata...

okeh lagi.
kawan ku dulu selamba jadah makan pau babi. tapi tak sengaja beli la...

doyah berkata...

ngaa..sajeje an buat tulisan kecik3~~ whuuu..nak beli kena bawak kanta pmbesar.besarkan sume tulisan kecik.ngehehehe

nora berkata...

hik3~

pe,tak sengaja kan?


xlayan citer ni,kat rumah tak ada astro tapi ada astri


T_T

joegrimjow berkata...

nynaa, erkk, kena samak ek?

joegrimjow berkata...

doyah, mmg sngaja dikecikkan
huhuu

Ana berkata...

ish2...
len kali hati2..siam bukan negara islam..tmbah2 lg bangkok.

yg bgusnya siam brbanding mlasia adalah...kalau makanan yang ade halal, memang confirm halal dan tak perlu diragui...ni orang siam sndiri oyat...baguskan

kalu kat malaysia..
logo halal ade je tapi masih lagi syubhah!!

Tanpa Nama berkata...

rasanya peserta imam muda walaupun dah tersingkir boleh join pelajaran tuh. kan kan kan? ke saya yang salah? HAHA

Hizami Li berkata...

great review.
sokong jugak dgn pandangan bro ttg penyingkiran tu/
:D

joegrimjow berkata...

hizami, apa lagi, buat r review jugak =)

Jom Masak Channel berkata...

uhuhu..dah pena rasa la ek..sedap ke tak? haha yucks...

tp takpe,tak sengaja..tu la lain kali kena hati2 beli mknn...

joegrimjow berkata...

sangat yuckkks

yayanlalah berkata...

huh..
xpyh cite pnjg2
mmg boleh muntah la org bce

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW