Share

Program Imam Muda - Anak luar nikah yang tidak kesudahan

Salam,


Baru sahaja habis menonton Imam Muda (im). Review dalam episod pertama sudah ditulis dalam entry ini. Kali ini bekesempatan untuk menonton habis episod kedua program realiti tv kali ini. Jom kita layan dulu episod kedua. Terima kasih yang upload!

credit : website rasmi Imam Muda


















Tema : Kelahiran


Sentuh sikit bab tema sebab ada isu yang menarik yang ingin diketengahkan. Persoalan mengenai kelahiran pada program ini ada menyentuh soal anak luar nikah. Pernah dengar dalam satu ceramah yang mana ada ustaz yang mendakwa, kejadian buang anak ini hanya berlaku di Malaysia je. ye ke? Tak tahulah sahih ke tidak. Tapi untuk fakta 'banyaknya' anak yang dibuang itu di negara kita, memang tak dapat kita sangkal lagi kebenarannya


Jangan hampiri zina


Indahnya islam, ayat dalam alquran yang digunakan adalah 'jangan hampiri' ayat ni selalu kita dengar dan selalu sebut pun. 'la takrobu zina' jangan hampiri zina walhal budak budak kecil pun pandai sebut ayat semudah ni. Tapi itulah realitinya 'kita'..... penghayatan untuk kearah ini sangat kurang. Perkara yang mendekatkan dengan zina ni begitu luas di mata kita. Internet, shopping complex dan macam macam lagi. Macam mana untuk atasi masalah zina kalau sentiasa dihidang dengan juadah zina ini?


Kat sini (sheffield)


Tadi masa nak pergi berdemo, ada jalan satu taman. Sebab sekarang musim Summer, pakaian mat saleh kat sini memang tak ingat dunia. Tadi ada ternampak 2 orang gadis yang berjemur. dua dua comel! tapi lepas tu duk cium cium. aiyook. lesbian! Entah kenapa walaupun 'dugaan' banyak, tapi rasa macam jauh je nak buat zina. Mungkin ini berkat doa mak kot? lagi satu, kalau sesuatu tempat itu nak amalkan islam itu susah, hati kita akan rasa lebih dekat denganNya. ok, ini teori aku je.


Ishh, dah jauh sangat terpesong ni. Point apa yang aku nak cerita pun aku tak nampak. Cuma mahu mengingatkan diri sendiri dan juga pembaca, jangan sesekali dekati diri kita dengan zina. Sentiasa berdoa agar kita diteguhkan iman untuk mengatasi segala mehnah dunia ini. Awak doa untuk saya, saya doa untuk awak. ok?


Tiada penyingkiran


Berbalik semula kepada im, tiada penyingkiran lagi minggu ini. hoho, maka legelah kesemua peserta. ok lah tu, boleh tingkatkan lagi mutu persembahan. nak jadi imam dunia 'pelik' sekarang ni susah, segala cabaran kena atasi dengan betul2. semoga berjaya kepada semua peserta


pss : esok mahu tunjuk sesuatu. jeng jeng jeng ;)



Ucapan wakil student Malaysia masa demo tengahari tadi





Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

15 ulasan:

Nur Safina Izwani berkata...

yes , suka suka program ni . btw salam ukhuwah fillah :)

joegrimjow berkata...

jumaat nanti akan ada la kot penyingkiran
;)

iman berkata...

imam ni pemimpin

kalau nak jadi pemimpin tapi tak leh jadi imam, baik lupakan hasrat nak jadi pemimpin

camana plak dgn pemimpin yg tak reti nak jadi imam? letak jawatan lg baik

joegrimjow berkata...

pedassssss

Dyna Yvonne berkata...

kesedaran diri sendiri lebih baek~

rhapsody LiN berkata...

x pernah try lg tgk citer imam muda ni..

wHoSeNa berkata...

sokong teori kamu...kite akan lg rs mendalami Islam jika dikwasan minoriti..ukhuwah lg sgt kuat...;))

inniakhofullah berkata...

sokong iman.

kalau mcm tu,kite pilih pemimpin buat realiti show jugak la ye?huhuhuhu

pemimpin adalah imam.imam kene tahu usuludin,fekah dan tasawuf.jangan pilih pemimpin yang tak tahu mnaa yang halal dan haram.

bumi ni hak allah.ikut je suruhan Dia.nak ke taknak buat je...

Allah tak suruh kita buat undang-undang sendiri.sumer ada dalam quran dan hadis..Dia jadikan manusia ,Dia jadikan peraturan kpdkita juga untuk hidup.

barulah akidah terjaga.

justeru,pilih pemimpin betul2..kalau xtaw nak pilih..xyah libatkan diri

joegrimjow berkata...

lin, kena la tengok

joegrimjow berkata...

erma, lebih melihat rancangan ini kepada promosi 'islam' kepada hardcore realiti tv

nurfaizshaidan berkata...

tak berpeluang ag nak tgok =) insyaAllah nnt akan tengok gak. hehe. byk gak respons positif.

tepianmuara berkata...

"awak doa untuk saya, saya doa untuk awak."

yang ni bukan rasuah kan??
hak..gurau2.

joegrimjow berkata...

kekeke
bkan kot
;)

Munsyi berkata...

setuju ngan rancangan cmni. tp bekesempatan nk tgk lg. huhu

joegrimjow berkata...

kene tengok munsyi
tak rugi

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW