Share

Joegrimjow sayangkan Malaysia!



Entry yang penuh perasaan, harap baca dengan hati terbuka



Tergerak untuk menulis entry begini setelah membaca komen dari kak syima (kenalan lama blog ni) tentang entry joegrimjow tak kreatif? entry sedih bercampur gembira. Dia ada komen yang agak membuka mataku untuk menerangkan kedudukan sebenar blog ini di mata dia dan pembaca-pembaca lain yang lebih suka senyap (silent reader)



(klik untuk lebih jelas)



Mula-mula ku mulakan dengan pertanyaan. Yang mana satu entry hentam kerajaan? ku pun tak tahu yang mana. adakah entry bung ini? atau adakah entry judi yang berepisod-episod (episod 1, episod 2 dan episod 3 -klik untuk baca lanjut-) rasanya itu bukan hentam kerajaan, dan memang saat entry itu ditulis, niat untuk hentam kerajaan tiada!


Buat apa nak hentam?


Memang tiada signifikan untuk hentam kerajaan. Lagipun ada pegawai MSD yang baca blog ini, ku pun pernah bagi link blog ini kepada tuan pengarah MSD dan ada juga bagi link kepada PM kita supaya baca cetusan idea anak muda ini. jadi, kalau nak hentam kerajaan kat blog ni, memang menggali kubur sendiri. biasiswa mungkin akan ditarik.


Isu semasa


Semua entry yang ku tulis terutama perkaitan politik adalah mengenai isu semasa. Dan semua itu adalah normal bagi pandangan mata masyarakat dan ku pun adalah salah seorang entiti dalam kehidupan kemasyarakatan. Mungkin agak keras, itu adalah 'skill' menulis, ada yang suka dan ada yang tak suka juga normal. Cuma perkataan 'hentam kerajaan' ku tak boleh terima :(


Bagaimana ibu bapa besarkan anak?


kalau anak buat salah, contoh si anak curi duit si ayah dalam poket untuk beli sticker digimon, kalau si ayah dapat tahu, apa patut si ayah lakukan.
1) Buat tak tahu sebab sayangkan anak
2) Pukul anak supaya bagi pengajaran sebab sayangkan anak,
3) Pukul + terajang + sepak anak sebab sayangkan anak


Sama juga tindakan yang aku tulis dalam blog ini, menifestasi kecintaan aku kepada Malaysia! cuma aku guna kaedah kedua, tidak mahu dikatakan dayus sebab pilih cara pertama dan tidak mahu dikata ekstrim dengan cara ketiga.


Rasuah rasuah rasuah


Entah korang sedar atau tidak yang index rasuah negara merudum. Corruption Perception Index (CPI) negara merudum. Maksud CPI ini adalah dari segi pencegahan. yang paling tinggi paling elok. jadi rankingnya no 1 paling baik dan no 180 paling teruk. Malaysia? tahun 2008 di ranking 47, tahun 2009 (terbaru) di ranking 56. apakah?? Walhal pelbagai langkah telah diumumkan oleh kerajaan untuk mencegah rasuah daripada berlaku dan hasilnya, bertambah padah


baca sini untuk memahami CPI



Bukanlah semua pemimpin memakan rasuah, tapi dengan peningkatan rasuah di malaysia, jelas yang kegiatan rasuah ini masih terus berleluasa. Ada orang kata, apa tugas kita selaku orang kecil di kalangan masyarakat, betul orang kecil, tapi takkan kita mahu biarkan benda ini berlaku tanpa membuat sesuatu. Sebab itu kebanyakan entry aku berunsur politik ni pedas bagi sesetengah orang, sebab sedih melihat keadaan Malaysia yang semakin tenat.


Tampil dengan berblog


Suara kecil inilah yang menulis isu2 yang tidak ramai kita ketahui. Mungkin orang kata, rasuah ni bukan tugas kita, tugas pemimpin tapi sedarlah, dengan rasuah negara akan tergadai walhal boleh terjual negara ke negara asing! (tak mustahil berlaku) Jadi, untuk isu-isu semasa, blogger kena tampil untuk memberi penjelasan sebaik mungkin agar pembaca dapat menerima informasi yang sebetulnya, yang kadang kadang di sembunyikan oleh media


Dah salah, kena mengaku dan perbaiki. kan?


ok, itu sahaja sedikit sesi luahan perasaan. Aku bukan benci Malaysia, sangat cintakan tanah tumpah airku ini. Tidak mahu tergadai, tidak mahu dicemari, tidak mahu terus dimalukan di arena antarabangsa.



Sekurang2nya kalau awet hot mat saleh tanya, where u come from? aku cakap malaysia, dia dengan bangga eloborate Malaysia dengan pelbagai keindahan yang aku sendiri pun tak tahu. takdelah bila aku cakap malaysia, dia cakap where is it? aku teraksa cakap near singapore, barulah dia i know Singapore such a nice bla bla bla ...kiddin2 ;)


apa2 pun,
JOEGRIMJOW SAYANGKAN MALAYSIA!!!

-gambar semasa all england-



pss : CPI tu Singapore di tangga ke 3 paling baik dan Somalia adalah paling teruk.

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

33 ulasan:

Adziim berkata...

Yang hentam tu sangat2 tersirat agaknya.....atas pemahaman pembaca. Contoh part judi...aku tak rasa hentam kerajaan tapi memang kenyataan rakyat tak suka. Ada la sikit "kepedasan" kena kat kerajaan tu. Mungkin itu yang dianggap hentam kerajaan.

Komen kak Syima tu, aku rasa sngt la jujur. Memang true reader blog Joe.

joegrimjow berkata...

yup
tu pasal ku balas dengan satu entry untuk dia

reader camni yg ingatkan kita time kite alpa atau terpesong dengan penulisan

iman berkata...

i think its good enough that Malaysia have anak muda like you who still care about her. If all and everyone are just as plain not-to-bother like me. Well its not that i dont bother, i just fade up. Datang UK, being like local British and fair enough just saying BYE2 to the home country. Its not that Malaysia is too bad, but when u find out u have a better life in term of politic etc here, then why shud you bother staying in a country which dont offer all those?

ok entry-clearance: Malaysia is not that bad, but it have spaces for improvement. its not about how lacking it is, but its about how it accept critics.

but maybe people goes like-ish asyik critic je.there are plenty of good things but what good does it make to be a kipas angin?

iman berkata...

*her referring to Malaysia

-opss panjang.sorry

kawie2020 berkata...

Blog adalah wadah untuk kita menyatakan perasaan kita terhadap sesuatu isu.

Kalaulah pandangan kita itu tidak sehaluan dengan mana2 pihak, bukanlah itu bererti bahawa kita menentang mereka.

Pemimpin malaysia mestilah berjiwa besar dalam menerima kritikan mahupun cadangan penambahbaikan untuk semua...

Namun begitu kita juga janganlah berjiwa kecil dan terus membuat apa2 kesimpulan dengan cepat apabila pandangan kita tidak diterima...

berprasangka baiklah kepada semua.. rakan, keluarga, kerajaan, mana2 organisasi mahupun awek kita...

bukankah itu yg dituntut oleh islam?

joegrimjow berkata...

yup, mesti terbuka sentiasa

hakimfaridzul berkata...

saya juga sayangkan malaysia!!!huhuhuhu

tapi joe, kadang2 aku suka gak ko nye idea, ko nye ayat bercerita tentang semua itu.

nway, masing2 ada cara tersendiri. tapi itu pendapat pembaca anda!

yang baik ko amik la, yang tak, its up to you!

Zinedine Zaiddin berkata...

Nak memerintah, kena sentiasa ada pembaharuan, baru la pemerintahan maju ke depan. tp mcm mana nak buat pembaharuan kalau xde benchmarking?

daripada teguran, nasihat itu la kita dapat buat benchmarking, sbb kita tau tang mana yg kureng, tang mana yg perlu diperbaiki.

wallahualam

Ibu Ammar berkata...

ermm, joe.

ko memang tulis atas sudut pemikiran sendiri, tapi pembaca mungkin menilai dari perspektif yg berbeza, biasalah tu.

niat ko tu dah bagus. cuma persembahannya walaupun mungkin ko dah buat yg terbaik, tapi still. pembaca sendiri ada hak menilai. nak tak nak, kita kena trima, dan mungkin leh upgrade penulisan di masa akan datang.

Chaiiyyok2!

joegrimjow berkata...

mmg kena upgrade tulisan lagi
;)

nabilpotter berkata...

ak pon sayang Malaysia!!..huhu

MOFASAD berkata...

ko mai malaysia aku sambut dengan acara tarian bogel ok...

Syima Syaz berkata...

haha!

thanks joe,well sorry to say..ayat 'hentam kerajaan' tu memang agak kasar...

this is truely came from my heart.saya tak benci joe, dan takde pernah ada bad perception kat joe.i like the way u are..cume maybe pahaman tulis lain2 kot...

sorry sebab agak lantang!

Cheer!

Sufi Asri berkata...

aku 100% setuju dgn Mohd Adziim. (komen pertama sekali). Serius 100 % sokong..

joegrimjow berkata...

tarian bogel?? apakah?? huhu

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

ah Joe!

kamu tetap bagus!

izuddinrahim berkata...

sokong kau joe..kita cakap sebab kita sayang..kan?

rizal jabai berkata...

penulisan santai tapi penuh dgn fakta dan isu semasa itu adalah gaya penulisan kamu yg tersendiri..
bila bace,org yg tak tau pape mcm aku nih..tau la sdikit sebanyak dr info dan maklumat yg kamu kongsikan dlm penulisan kamu..


good job i like :)

FA.SA'A berkata...

such a nice advice yang joe dapat! msti syima tu pembaca tegar blog joe. ambik sbg pengajaran! tak semestinya ape yang kita pikir org lain boleh pikir benda yang same kan??

btw suke giler kat blog joe nih! penulisan yg sngatttt2 kreatif dan info berguna!!

p/s : bes nye dpt g all england tuh!! :D

Ann berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ann berkata...

bila menegur kerajaan dikatakan menghentam kerajaan...jd mcm mana nk tegur kerajaan tnpa dikatakan menghentam?

blog aku lhir pun sbb nk waktu tu geram apa yg blaku pd politik malaysia smp kene tegur ngn member2 jgn tlampau berani..

joegrimjow berkata...

salah ayat tu
beselah penggunaan ayag kadng2 boleh salah
;)

muhammadthoriq berkata...

gego!
=)

Perempuan Kalis Peluru berkata...

satu je yang aku boleh comment::
hak kebebasan bersuara

stakat ni aku xpernah lagi baca entry2 kau yg xbest..semua best2..
keep it up, okay~

kita manusia biasa..ada turun naek. ye tak?

joegrimjow berkata...

yup
of coz macam roda katakan

thx u

Ahmad Tajuddin berkata...

mungkin kita boleh nilai kebenaran kata2 ni:
A patriot must always be ready to defend his country against his government. - Edward Abbey

The most dangerous man, to any government, is the man who is able to think things out for himself, without regard to the prevailing superstitions and taboos. Almost invariably he comes to the conclusion that the government he lives under is dishonest, insane and intolerable, and so, if he is romantic, he tries to change it. And if he is not romantic personally, he is apt to spread discontent among those who are. - H. L. Mencken (1880-1956)

mungkin kita perlu selidik semula apakah yang dimaksudkan dengan KRITIK???
anak muda pemangkin kepada REVOLUSI,apakah kita nak menafikan???

tubelawak berkata...

samalah kita.. aku pun tulis entry "hentam kerajaan" jugak.. ahahaha.. peace no war...

tubelawak.blogspot

joegrimjow berkata...

jgn main hentam je
bahaya dan kurang faedah
;)

.Cik Nana. berkata...

berape lame lagi kt UK?sheffield best ke? :)

Sharinginfoz berkata...

siapa tak sayangkan malaysia kan penuh dengan keamanan dan kesejahteraan, bila pi overseas baru kita tahu yang malaysia is the best place. cuma boleh diperbaiki lagi kan

Kaitan Jumlah Entry and Pelawat

FTN berkata...

joe, aku suka entri ni. pada aku, tak nampak di mana hang menghentam. it's more like menegur dengan berhemah to me.

aku pun sayang Malaysia. Sebab duit rakyat Malaysia juga aku dapat biasiswa 7 tahun dulu. Sebab duit rakyat Malaysia aku dapat ke luar negara.

joe, aku link blog kamu ya!

Jard The Great berkata...

hehe... nk komen panjang.. tp tibe2 tak jadi bile bc komen2 di sini.

nways.. di mana bumi ku pihak.. malaysia tetap nombor satu di hatiku

Blog Eazy Izzuddin berkata...

love Malaysia too!
xD

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW