Share

setengahari menambah kalori

malam ni bertolak ke seremban. may be tak dapat nak online macam duk rumah. jadi, terimlah entry yang tak seberapa lepas ni. jangan risau, ku dah wat schedule entry dah.


dulu 2 kali sehari


untuk esok sampai la ke selasa ni, sekali sehari je. dah penat menaip dah semalam. setiap pukul 12 tengahari. akan keluarlah entry baruku.

~~~~



pasal moknoh, dia merupakan atuk sedaraku. macam mana ya, kiranya nenek ku sebelah bapaku dengan mokboh adalah adik beradik. haa, dapat? lebih kurang la, nenek sedara


semalam ke rumahnya. dah lama dia suruh kerumahnya di besut. "joe balik ni oyak ko mok noh, nok masok banyok suruh make" tu la ayat yang dia selalu guna. kebetulan semalam free, ok la, pergi saja. lagipun dah lama tak jumpa nenek kegemaranku itu. hehe


semalam ku bagitau yang dia akan masak nasi dagang, rupanya silap. nasi lain yang dia masakkan. nasi dagang mok noh adalah terbaik, cukup lengkap dia masakkan. memang cukup best!


ok, kita tengok gambar-gambar masakannya. yang paling best ape? hanya ku yang lelaki besar sikit yang makan. lain semua perempuan, 3 orang akakku, ibuku, dan kak moh je. jadi?? ku la yang makan banyak!!! hehe


ni lah mok noh



jeruk mame



ikan tawar



teghesek



sotong rebus



ayam goreng



udang merah



macam biasa lah kan


2000 calories. haha


~~~~~


sebab nak bagi sesuatu, ambik beberapa fakta menarik ni

1-nama anak sedara popaye adalah, peepeye,poopeye, pipeye dan pupeye
2-konsonan yang selalu ada dalam english adalah R S T L N dan E
3-hanya jerung merupakan spesis ikan yang boleh kelip kedua2 mata
4-antara bahan untuk buat chewing gum adalah rubber
5-manusia ada 2 jentina, cendawan ada 36 000 jentina
6-parrot tak boleh makan coklat sebab coklat adalah racun kepadanya
7-perkataan yang paling panjang adalah pneumonoultramicroscopicsilicovolcanoconiosis


okes, tu je. nanti ketemu lagi!


nota kaki : doa perjalanan selamat





Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

banyak benda di awal pagi!!


menjadi bapa kepada anak sememangnya tugas yang sukar. tambahan pula kalau si bapa tunggal. isteri meninggal ataupun isteri dilarikan orang. ishh, harap tak menjadi
kepadaku seperti ini di kemudian hari!!




~~~~


macam biasa, entry di awal pagi tak boleh nak berat-barat. masalah kepada kaum kerabat nanti. ada satu perkara nak share, dan harap yang membaca takde la buat lagi selepas ini


word verification


dah pernah post pasal ni dulu. tapi sekarang ni ada lagi satu yang lebih annoying dari word verification. apa dia?


gambar bawah ni halaman biasa kalau dah tekan post comment, dia keluarla benda ni




lepas tu type la sumthng. ye la, dah baca, takkan tak komen.





lepas komen, haaa, kluar benda ni. kalau tengok, tak boleh nak scroll down pon yang ruangan word verification tu




jadi macam mana? off je la. ishhh. kalau stakat tulis word yang merepek2, ok la jugak, ni siap kene scroll2 lagi ni. yang penatnya, tak boleh nak scroll pon ada!


jadi.
off je la word verification kat bahagian setting
selesai cerita


~~~~


terima kasih kat saudara luth, yang bagitau pasal camne nak letak widget networksblogs kat sini. memang penat ku mencari, akhirnya berjaya jugak dengan bantuan dia. hehe, thanks ya, siap add kat ym lagi bersungguh nak bgtau. nanti ku promote blogmu yang sudah glamer itu di blogku ini.


sesi soal jawab widget ni, klik sini


eh, dah terpromote. hehe. sebenarnya ku tak dapat lagi 'pengesahan' autor untuk blogku. kene ada 10 orang sahkan baru boleh. patut la tak jumpa-jumpa. sekarang ni ku dah start baca blog-blog baru di facebook, sebabnya cepat dan mudah.


pernah terjadi yang bila ku post je entry baru, sejam lepas tu baru muncul di google reader. jadi, lepas ni boleh la cuba baca blog di facebook plak ek. nak tau camne? tanye lah luth. haha. dia otai bab ni. yang ada facebook, bolehlah followku ya. ni widget dia kat bawah, kat sidebar pon ada. jangan segan2 follow



~~~~


sekarang tengah bersiap nak ke jerteh. makan nasi dagang special kat sana. masakan mok noh. heeee. rindu padanya, nanti ku buat entry pasal dia. cukup setakat ni tau yang moknoh cukup hebat.... cukup hebat masak nasi dagang!!!


malam ni bertolak ke seremban. sampai pagi sabtu terus ke kl. ada hal nak satelkan disana. ku di kl minggu ni! ahad di timesquare. tapi tak lama la, selasa dah balik ke kelantan. setakat ni dah buat date dengan beberapa orang blogger. nanti gtau la ek sape lagu nak jumpa, no kan dah ada. hoho


~~~~~


hari jumaat lagi, pesta ibadah bermula. sambil layan blog, bukak la apa-apa yang menyedapkan telinga (bacaan al-quran la) biasanya selalu hawa telinga dengan lagu, tak salah kalau nak ubah kepada bacaan quran. tenang ku cakap! orang kelantan cakap...

acu
cub0
try
test

hehe

selamat berpesta!!
klik play, pastu buat la blogwalking ya.


Listen to Quran





nota kaki : harap tak makan banyak nasi dagang nanti...




Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

3 kawan

3 sekawan sejak di tadika lagi, nelson mandela,thomas alva adison dan goodyear. mereka bertiga merupakan 3 kawan sehati sejiwa. berkongsi cita-cita di usia kecil


nelson mandela=NM
thomas alva adison=TAA
goodyear=GY




1900an

NM : hellooo. petang ni kita nak main apa ek?
TAA: masak-masak joom
GY : alaa, buhsan la, main la mainan lain pulak


NM : any suggestion? tak tahu...
TAA: kita kongsi cita-cita nak. nanti besar nak jadi apa
GY : hehe, ok ok. nelson, ko start dulu sebab ko kulit hitam


NM : eh eh, suka hati je ko. hurm... aku nak jadi perdana menteri
TAA: wahh, hebatnya kau. aku nak jadi saintis tersohor
GY : alaa, aku baru nak jadi saintis, tak pe la, aku jadi pakar getah


NM : macam-macam la korang ni. janji kita kena jadikan cita-cita satu realiti
TAA: ok, kita janji semua
GY : baiklahh. satu lagi, jangan sesekali putus asa!

NM : ok
TAA: ok
GY : set




1920an

mereka berjumpa lagi setelah tamat di uni masing-masing


NM : hei saintis. lama tak jumpa
TAA: haha, belom lagi la. eh goodyear. apsal ko dah jadi semakin hitam?
GY :

NM : tu la mengata aku sangat dulu. padan muka. adison, camne dengan projek ko?
TAA: susah la... banyak sangat cabaran dia...
GY : eh eh eh. kan kita dah janji takkan menyerah kalah. janji masa kita tadika lagi!

NM : betol cakap goodyear. napanya adison?
TAA: aku dah bertungkus lumus dah. macam-macam dah aku buat. tapi satu habuk pon takde hasil lagi ni
GY : samalah macam aku pon. susah sangat nak cari formula getah aku ni...

NM : aku pon sama... tak ramai yang sukakan aku. macam mana nak jadi PM kalau kat u pon aku dipulaukan
TAA: macam mana ni? boleh ke kita laksanakan cita2 kita ni?
GY : yakin boleh je!

NM : ok, kita yakin boleh ok
TAA: ok
GY : set




1930an

adison telah berjumpa dengan goodyear

TAA: Hei getah. sihat?
GY : cheesedale btol panggil aku getah. mestilah

TAA: haha, lama tak dengar khabar nelson. dia pergi mana
GY : ko tak baca paper ke?

TAA: nape?
GY : dia ditangkap! kuat sangat usaha dia buat nak jadi perdana menteri

TAA: wahh. ye ke? dah berapa lama dah?
GY : dah 7 tahun dah sekarang

TAA: lama jugak! ko apa cerita? macam mana dengan getah ko?
GY : macam tu la jugak. positif je aku. esok nak hantar research aku yang ke seratus berapa entah ke kilang


TAA: wahh, banyaknya!
GY : ye la. susah. bukan senang nak carikan formula getah untuk sesuaikan dengan tayar kereta ni. ko ape cerita?

TAA: masih sama. formula bateri aku gagal lagi
GY : gagal lagi?

TAA: ni dah kali ke berapa aku try. masih gagal
GY : hurmm. sama la kita


TAA: tak pe, kita kan dah janji. takkan putus asa
GY : betol3

TAA: nelson pon tengah mencuba disana
GY : ya, kita teruskan saja!




1950an

mereka berjumpa setelah lama berpisah. ketiga-tiga bertemu di kedai kopi


NM : wahh, lama tak jumpa korang
TAA: aku rindu ko la nelson
GY : aku pon. bila ko dibebaskan?

NM : baru je. 25 tahun jugak la dalam penjara
TAA: 25 tahun. lamanya!!
GY : memang la lama. kita pon dah 50 lebih dah


NM : tua dah ya kita ni. so, macam mana progress?
TAA: aku masih sama. bateri aku tak menjadi-jadi lagi ni...
GY : aku pon, getah entah kemana, hidup aku entah kemana..


NM : haha. aku pon masih sama. cuma terima kasih kat korang
TAA: kenapa?

NM : dengan kita tanam azam dari kecil la, aku masih boleh survive. walaupun suku abad di penjara, aku masih mahu jadi perdana menteri lagi. tak mahu berputus asa
TAA: bagus nya ko. aku pon dah hampir terlupa. yang penting jangan putus asa
GY : betol3

NM : 5 tahun lagi kita jumpa. pastikan kita semua dah kecapi impian masing!
TAA: haha, gaya dah ada dah macam perdana menteri. ok, jumpa 5 tahun lagi!
GY : ok, set!!




Nelson Mandela menjadi perdana menteri Afrika Selatan selepas hampir suku abad dipenjarakan






tomas alva adison berjaya mencipta bateri nikel-ferum-kadmium selepas menghabiskan banyak usia berpuluh-puluh tahun



goodyear mencuba pelbagai cara dan mengambil masa berpuluh tahun juga untuk menghasilkan tayar getah yang berkualiti (tak jumpa gambo die)



persamaan yang mereka buat?

tak mudah putus asa!


nota kaki : bulan ni tak sempat achieve rm 5 000, rm 3k je. jangan putus asa, bulan ogos ni buat betol2!


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

alamak !!

cakap soal televisyen, berada di rumah kat kelantan boleh kira berapa minit ku menonton tv. bukan sebab rancangan tak bagus, ataupun masa takde, tapi sebabkan keadaan tv yang amat menyedihkan.

3 tv

semuanya rosak. ish ish. entah la, ku balik je mesti semua tv rosak. ada satu je tv yang paling kecik ok, tu pon kaler tak berapa nak ada. rancangan yang ditonton? manjalara

haha

sebabnya manjalara pukul 6-7 (entah) waktu bersama dengan keluarga. jadi sambil-sambil tonton televisyen, berbual-bual la apa yang patut. kan best macam tu.

pasal Alamak


Alamak will be aired on the 5th August 2009, Astro Ria ( Channel 104 ), 9.30pm. Promo iklan dah dikeluarkan kat Astro Ria few days back and will be up till the actual show start.


tak pasal-pasal ade review plak dalam blog





best ke tak kene tengok sendiri. ku pun tak tahulah sempat ke tak nak tengok, tv rosak katakan.






rancangan ni pun pernah di review dalam berita harian, ni link dia


Maklumlah, apabila sesebuah konsep baru diperkenalkan,
ia agak sukar untuk diterima. Selalunya, orang ramai lebih suka
mengambil sikap tunggu dan lihat dulu,
barulah mereka menerima jika ia menepati
kehendak peminat.baca selanjutnya


ok, tu je la kot. 5hb ni 1st episode. sampai 13 episode. harap-harap lah rancangan ni rancangan yang best, kalau tak best, mesti orang kutuk-kutuk blogku sebab promote rancangan yang tak best. haha.


~~~~~

siapa tahu?

macam mana nak pasang widget yang pasal network blog kat facebook? tak jumpa dia nye embaded code. gitau la yang tahu


nak buat top commentor ikut bulan. mana nak cari widget tu?


basuh berak budak tanpa guna tangan. ishhh.... xkan nak gune berus sabut...

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Umar Bin Khattab

kisah rekaan, diambil dari buku 55 petua orang berjaya. diolah sesuka hati olehku. biarlah, kan ini blogku! lalala~




~~~~~


dalam satu rancangan talk show terkemuka, yang purata menontonnya adalah 44 juta orang, joegrimjow menjadi tetamu jemputan. joegrimjow merupakan usahawan berjaya yang memiliki lebih 1000 buah restoran sihat di seluruh dunia. pembukaan yang ke 1001 minggu depan, di kampung halamannya sendiri


bukan setakat cemerlang di arena perniagaan, keluarganya juga berjaya! kesemua anak-anaknya 5 orang merupakan jutawan di usia muda! kali ini pengacara rancangan itu mahu merongkai rahsia disebalik kejayaannya!


pengacara : terima kasih kerana menghadiri talk show ini
joegrimjow: ye ye, sama-sama. terima kasih jemput saya


pengacara : wow, tahun lepas telah tersenarai top 3 orang terkaya di dunia!
joegrimjow: haha, syukur syukur. tak tersengaja


pengacara : wah wah. sudah pasti orang ramai mahu mendengar rahsia dari seorang yang muda macam saudara
joegrimjow: takde lah muda, saya dah berumur 50 tahun dah


pengacara : 50 tahun.. kejap kejap(membelek kertas)...wahh, betul. tapi nampak muda! apa rahsianya?
joegrimjow: ni nak tanya rahsia yang mana ni? kaya ke muda? hehe


pengacara : oowh, kenakan saya ya. 2 2 la
joegrimjow: awet muda, kene jaga kesihatan. jaga pemakanan


pengacara : tips yang memang dah jemu kita dengar
joegrimjow: sebab jemu tak buat. sebab tak buat jadi tak muda


pengacara : haha, betul betul
joegrimjow: orang yang hebat mengikut formula yang hebat


pengacara : haha, betul betul
joegrimjow: hehe


pengacara : jadi saudara, kita balik kepada topik kita hari ini. macam mana jadi kaya? anak-anak semua berjaya. fuuh, mantap-mantap
joegrimjow: hasil pertolongan isteri


pengacara : ha?
joegrimjow: ye, bisnes ni banyak pancaroba, banyak masalah, banyak mehnah, dan kita akan sentiasa down. isterilah tempat kita mengadu


pengacara : wah, jadi isteri saudara satu kepala la?
joegrimjow: ye, satu kepala dengan saya. hehe


pengacara : ok, 1000 buah restoran sihat. fuuh, banyak betul. macam mana saudara lakukannya? sempat uruskan 1000... banyak tu
joegrimjow: itu dinamakan duplikasi


pengacara : maksud?
joegrimjow: saya bukak satu restoran, saya latih satu orang


pengacara : jadi?
joegrimjow: part latih orang ni part yang susah. ok, contoh saya bukak restoran ini dengan cara yang betul. sambil itu saya melatih seorang supaya buat seperti yang saya lakukan. maknanya saya dah bukak 2 buah restoran


pengacara : aik, saudara silap, saudara baru bukak 1 je
joegrimjow: ye, bukak satu, dan orang yang saya latih tu akan bukak satu lagi nanti


pengacara : ooh. begitu ke?
joegrimjow: lepas tu, bulan ke2, saya latih bukak lagi satu restoran dan latih lagi sorang, orang yang saya latih tadi pon akan buat perkara sama


pengacara : maknanya bulan ke2..... dah buka 6 buah restoran?
joegrimjow: haa, pandai pun. setrusnya macam tu la, bulan ke3 dah jadi 13 buah dan sampai la sekarang.


pengacara : wah wah, hebat btol formula ni!
joegrimjow: ni bukan formula saya. formula orang dulu-dulu


pengacara : dulu-dulu?
joegrimjow: ya lah, ni zaman khalifah Umar bin Khattab . cuba kita tengok balik, macam mana agak-agaknya boleh mengembangkan empayar islam. dalam masa yang sama, kegiatan dakwah yang dijalankannya juga hebat. mana mampu dia jalankan sorang-sorang


pengacara : ok ok.
joegrimjow: kita tengok zaman dahulu, mana ada telefon, internet macam kita. tetapi empayar islam menjalar dari Habsyah ke Mesir, dari Damsyik ke Parsi. cukup hebat! Umar bin Khattab menggunakan kaedah latihan dan pendidikan untuk melahirkan orang sepertinya, menduplikasikan dirinya


pengacara : ok ok, saya dapat. hebat kan kuasa duplikasi ni
joegrimjow: tapi kene beringat, petua ni mesti kena dengan diri kita. kalau kita tidak memilki attitude yang hebat, sudah pasti orang yang kita duplicate akan jadi sama macam kita. jadi, kita sendiri kene jadi hebat dulu!


pengacara : oowh, macam tu. tahniah sekali lagi saudara. lepas ni apa plan?
joegrimjow: entahlah. mungkin melancong. bisnes tak perlu tension-tension. kene ada masa untuk kepuasan diri. itu dipanggail kepuasan berbisnes


pengacara : nampaknya saya pon kene start berbisnes
joegrimjow: haha, up to u ok.


pengacara : nampaknya kita dah kesuntukan masa, terima kasih kera perkongsian yang hebat
joegrimjow: yaa, sama-sama. no worries



kat atas boleh jadi realiti. sesiapa pun boleh berjaya. yang penting, usaha kena
maksimum dan hanya kita yang tahu sama ada dapat tak kita kecapi,
sebabnya kita yang melakukan usaha itu


nota kaki : ini entry TERLAMA ku karang.



Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

proses yang memenatkan-contest

ooh, ini bukan entry pasal peraduan ke apa, ni adalah entry pasal contestku yang lepas. contest baru, tunggulah time betul-betul tak sibuk!


~~~~~


akhirnya dapat juga ku mengepos hadiah kepada pemenang CONTESTKU yang berlangsung bulan 4 lalu


bulan 4??


ye, baru sekarang ku boleh pos hadiah. hahaha. sungguh lewat dan sungguh kurang ajar disitu. ishhh, billionan kemaafan ku pohon kepada pemenang-pemenang


nasihat kepada si pencipta peraduan


1-pastikan bersistematik
2-jangan terlalu ghairah mahu buat peraduan
3-hadiah kenalah hantar awal
4-pastikan diri tidak sibuk!
(semua kat atas ditujukan kat diri sendiri!)



-entah macam mana nak horizontalkan gambar pun ku tak tahu-



memang ku ingat senang nak bagi hadiah, rupanya bukan senang! dah buat barulah tahu betapa susahnya buat peraduan ni! lain kali akan lebih bersistematik!


esok sampai


itu jaminan pos ekspress, tunggu je la ek. setakat ni, hanya eazy dan cik farah yang dah dapat, sebabnya jumpa sendiri dengan dieorang berdua, boleh la terus bagi. yang lain, memang tak terjumpa pun lagi


jom tengok balik entry pemenang, ada masa, bacalah entry mereka. memang best!





dan kesemua 10 saguhati

cik capiqa
http://capiqalicious.blogspot.com/2009/05/cinta-untuk-joe.html


cik zack
http://zacksygfaiz.blogspot.com/2009/04/moga-tenang-di-sana.html


cik lin
http://rhapsodyae.blogspot.com/2009/04/cerita-lagi.html


encik nasri
http://mohdnasri.blogspot.com/2008/10/about-me.html


cik eazy
http://eazy-izzuddin.blogspot.com/2009/05/terlalu-istimewa-contest.html


cik xuen
http://cranberrylust.blogspot.com/2009/05/mother-and-recipe-for-love-daddy-and.html


cik jard
http://ignorantbrat.blogspot.com/2009/05/missing-7-years-part-1.html


cik farah
http://fralyana.blogspot.com/2009/05/kenangan-cinta-pertama.html


encik blackskin
http://heartofblackness.blogspot.com/2009/05/aku-berterima-kasih-special-entry-for.html


cik alis!!!!
http://alismysara.blogspot.com/2009/05/eiffel-tower-itu-takkan-pernah-berubah.html


dan jumlah penyertaan yang ku terima, 53! memang di luar jangkaan,
terima kasih atas sambutan.

kalaulah ku dah kaya-raya. akan ku bagi hadiah kepada semua!
apakan daya, belum lagi, doa-doala ku kaya ya


terima kasih semua!!

1-http://sweetdarling79.com/2009/05/08/kisah-memori-kamu-yang-kamu-ingat-contest/

2-http://nahartini.blogspot.com/2009/05/re-new-entry-untuk-contest-joe.html

3-http://theroozu.blogspot.com/2009/04/contest-diumumkan-macam-mana-pertama.html

4-http://noridayumz.blogspot.com/2009/05/contest-kucing-itu-memilukan-hati-saya.html


5-http://nurfarhanaabdullah.blogspot.com/2009/05/mamat-gula-gula-mentransformasi-diriku.html

6-http://jockojourney.blogspot.com/2009/05/entry-for-contest-kenangan-aku.html

7-http://izzi-income.blogspot.com/2009/04/suatu-amanah.html

8-http://musicgraphy.blogspot.com/2009/05/based-on-true-story.html

9-http://lili-precious.blogspot.com/2009/05/dalam-lipatan-memori.html


10-http://tuntungkita.blogspot.com/2009/05/skuba.html

11-http://seindah-pelangi-pagi.blogspot.com/2009/04/universitisek-rendah.html

12-http://dilahdilot.blogspot.com/2009/05/hati-hati-nanti-terlepas-lg.html

13-http://gadismawarhitam.blogspot.com/2009/05/contest.html

14-http://merepeksematamata.blogspot.com/2009/05/aku-jadi-sedih.html

15-http://hanyauntukcontest.blogspot.com/2009/05/syarat-untuk-contest-ni-kata-encik-joe.html

16-http://capiqalicious.blogspot.com/2009/05/cinta-untuk-joe.html

17-http://gigagurlz.blogspot.com/2009/05/kerna-20-mei-begitu-bermakna-sticky.html

18-http://zacksygfaiz.blogspot.com/2009/04/moga-tenang-di-sana.html

19-http://mummyaeesh.blogspot.com/2009/05/makhappy-mothers-day.html

20-http://mohdnasri.blogspot.com/2008/10/about-me.html

21-http://halizazulkefly.blogspot.com/2009/05/contest-by-joegrimjow.html

22-http://www.khairilafzalrozali.com/2009/05/model-iklan.html

23-http://hurulaini.net/power-rangers-reunion/

24-http://milimilo.blogspot.com/2009/05/its-all-about-journey-of-my-life.html

25-http://duniamu-duniaku.blogspot.com/2009/05/kerana-terlalu-mengada2.html

26-http://cranberrylust.blogspot.com/2009/05/mother-and-recipe-for-love-daddy-and.html

27-http://eazy-izzuddin.blogspot.com/2009/05/terlalu-istimewa-contest.html

28-http://ignorantbrat.blogspot.com/2009/05/missing-7-years-part-1.html

29-http://princessredbloodsnow.blogspot.com/2009/05/ciuman-yang-terakhir-joegrimjows.html

30-http://turunaik.blogspot.com/2008/12/kisah-benar-episodxxl.html

31-http://fralyana.blogspot.com/2009/05/kenangan-cinta-pertama.html

32-http://hasnulefendi.blogspot.com/2009/05/entri-contest-utk-joegrimjow-aku-mangsa.html

33-http://nurilahi.blogspot.com/2009/05/kisah-dahulu.html

34-http://katahatidarty.blogspot.com/2009/04/anak-dara-dan-teruna-ditangkap-membuat.html


35-http://heartofblackness.blogspot.com/2009/05/aku-berterima-kasih-special-entry-for.html

36-http://bard87.blogspot.com/2009/05/saat-terakhir-bersama-mu.html


37-http://rhapsodyae.blogspot.com/2009/04/cerita-lagi.html


38-http://alismysara.blogspot.com/2009/05/eiffel-tower-itu-takkan-pernah-berubah.html

39-http://doushite-akutieka.blogspot.com/2009/05/dedicated-to-grim.html

40-http://jangan-bukak.blogspot.com/2009/05/kisah-aku-dan-ayahku.html

41-http://pinkinpink18.blogspot.com/2009/05/kali-pertama.html

42-http://jlaakimster.blogspot.com/2009/05/contest-for-joegrimjow.html

43-http://afifzainuddin.blogspot.com/2009/05/joegrimjow-contest-t-shirt-mu-untuk.html

44-http://myasefia.blogspot.com/2009/05/kenangan-semasa-form-1.html

45-http://yanadzul.blogspot.com/2009/05/sayang-mama-danish.html

46-http://emylizasharida.blogspot.com/2009/05/contest-from-joe.html


47-http://www.masviona.com/2009/05/warkah-untuk-anakanda.html


48-http://halizazulkefly.blogspot.com/2009/05/cikgu-ain.html

49-http://pimplestory.blogspot.com/2009/05/saya-bukan-peminat-man-u-tapi-saya.html


50-http://inquell.blogspot.com/2009/05/1-may-2003.html

51-http://shweetpwincess89.blogspot.com/2009/05/pom-nak-joint-contest-joegrimjow.html

52-http://aizatbest.blogspot.com/2009/05/entri-contest-blog-joegrimjow.html

53-http://miszbeauty.blogspot.com/2009/05/1st-time-contest-contest-from.html



nota kaki : penat semalaman, esok bergumbira!!!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

hakikat h1n1 di blog

tadi ada seseorang msg bgtau yang kini UPM plak ditutup seminggu. ishh, macam dah semakin teruk plak kes H1N1 ni, tak tau bila akan berhenti


kalau dah peringkat 6, maknanya dah semakin banyak menular di seluruh dunia. malaysia kita tak terkecuali. dan u tempatan tak terkecuali terkena tempiasnya


tanggungjawab sosial


kuarantin kalau disyakki sememangnya satu pengorbanan yang cukup besar. ye la, berkurung menjauhi dari orang, memeng kehidupan yang bohsan dan memenatkan


penat tinggal berseorangan. masa ku baru sampai dari korea, ada program alumni di sekolah 3 hari selepas itu. pihak sekolah tak tahu pon yang ku baru balik dari korea dan ku memang menyorokkan rahsia yang ku pergi sana


ya la, kalau bgtau, penat la ku datang dari kelantan ke pahang untukj adakan program. tak dapat nak join bersama. sebenarnya nilah tanggungjawab sosial, kalau rasa kemungkinan ada dijangkiti, sepatutnya pandai-pandailah kuarantin


nasib baik takde kes. hehe, kalau lah ada, ku lah yang membawa virus itu ke sekolah. nasib baik jugak!


jaga kebersihan


sebab penularan virus ini cukup mudah, jadi langkah pencegahan kene lah diambil dengan terperinci dan berhati-hati. yang paling utama, jaga kebersihan, badan atau pun tempat tinggal


sabun kene sentiasa digunakan, nak taknak, kena. tambah-tambah lagi kalau bergaul di tempat ramai orang. sememangnya kena jaga kebersihan dengan betul-betul. gunalah apa jenis sabun pon, yang penting bersih!



prihatin


entah ku yang dah keberapa tulis entry pasal H1N1 ni. maknanya bloggers pon prihatin dengan gejala ini. baguslah, jadi rakyat yang prihatin, sama-sama saling memperingati antara satu sama lain


jangkitan melalui blog!!


pernah terfikir yang virus ini boleh dijangkiti melalui blog? haha, kalau kita online dan orang itu ada H1N1, kita akan dapat sama virus itu. nasib baik tak boleh dan mustahil! kalau tak, kene la jadi macam ni nak berBLOG pon...







nota kaki : bulan ni dah dapat hampir rm 3ribu. alhamdulillah

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

cerita benar kot

cerita 1


penulis novel terkenal, sinclair lewis, dikehendaki memberi satu lecture kepada sekumpulan pelajar pintar mengenai bagaimana dia menjadi penulis novel terkenal. masa diberikan penganjur, adalah sejam.

dia memulakan lecturenya dengan menanyakan satu soalan kepada pelajar

"siapa yang benar-benar mahu menjadi penulis novel terkenal?"

semua pelajar di dewan itu mengankat tangan

"nasihat saya, balik rumah dan tulis"

dia meninggalkan dewan kemuadiannya




cerita 2

seorang guru menjelaskan kepada muridnya

"di dunia ini tiada yang baik dan tiada yang buruk, yang membezakannya adalah bila kita berfikir akan kesan yang dibuat"

murid-muridnya meminta penjelasan lanjut.

"contohnya orang kuat beribadah 24 jam sehari, 7 hari seminggu amat hebat ketika menjalankan ibadahnya. dalam masa yang sama, jirannya hampir mati kebuluran tanpa dia pedulikan"




cerita 3


seorang budak nakal mengambil sebiji telur helang dan meletakkannya di dalam sarang burung belatuk. setelah telur helang itu menetas, dia dibesarkan di dalam keluarga burung belatuk

hari-hari melakukan kerja yang sama seperti keluarga burung belatuk yang lain, mematuk pokok, makan cacing-cacing, sama seperti ahli keluarga burung belatuk yang lain

setalah helang tadi menjadi tua, dia ternampak akan sekumpulan burung yang cukup hebat terbang di angkasa raya. mengayunkan sayap mereka dan bebas berterbangan.

helang bertanya kepada ketua burung belatuk

"hebatnya burung itu. apakah ia?"

ketua burung menjawab

"helang. tapi jangan imiginasi lebih-lebih, kamu tak dapat jadi seperti mereka"

helang tadi mendengar dan patuh. akhirnya dia mati bersama keluarga burung belatuk yang lain


~~~~~

sebab tajuk yang ku tulis ada perkataan KOT, berapa orang yang baca cerita kat atas?
berapa orang yang sudah baca ini baru scoll up balik untuk baca cerita diatas

tanya diri sendiri


peranan tajuk


dalam berblog. tambahan lagi blog amatur, tajuk mainkan peranan. ia membuat pembaca mahu membaca atau tidak mahu membaca entry anda. kalau tajuk ala kadar, yang baca juga ala kadar. pilih tajuk yang sesuai dan jangan keterlaluan. boleh menarik minat pembaca lain


ragu-ragu


dulu ku ingat cikgu marah kepadaku sebab mengeluarkan perkataan 'kot' katanya itu jawapan orang tak yakin! orang yang tidak bermotivasi, tiada keyakinan diri. habis diri ini dibedal. dah sampai peringkat sekarang, baru percaya akan katanya. buang perkataan 'kot' dan yakinlah apa yang anda cakapkan!


nota kaki : cerita 1 - 3kat atas bukan ku yang reka, tapi orang lain. 'power of reading'


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

membebel-bebel di waktu malam

orang kita memang glamer kalau berhimpun adakan makan-makan. ku tidak terkecuali sebabnya ku pon termasuk orang kita. mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung (macam tak sesuai je peribahasa ni)


2 malam lepas kami dijemput oleh keluarga akak iparku yang kedua untuk makan-makan. tmpat di restoran syam, kota bharu. ok lah, suasana sesuai untuk makan-makan ni. boleh la menjamu selera yang sememangnya berselera ni.


ok lah, sebab dah tangkap gambar, layan je la gambar.














~~~~

hantar abangku tadi ke airport sultan ismail. dia balik kg sebab memang dah lama tak balik kg. kene la jengok2 orang kg, barulah orang tak mengata 'agah'. macam biasa, ku memecut laju kereta di perjalanan malam yang sunyi sepi (dah start dah)


memang tak sah!


agak pelik dengan cara pemanduan orang kat sini. tak tahu apa puncanya, kalau ku drive, mesti tak sah kalau tak jumpa kejadian pelik 2 3 kali. malam tadi tak terkecuali mengalami peristiwa pelik!


peristiwa 1



(memerlukan daya imiginasi tinggi)
elok je bawak kereta, tiba di satu persimpangan trafic light. jadi kereta semua agak perlahan. kebetulan trafic light itu ada 2 lane, ku ambil di lane kiri. bila lampu hijau, kereta mula bergerak. pelik sebab lane ku tak bergerak sangat berbanding dengan lane sebelah kanan. jadi ku 'curi' lane sebelah kanan. kot-kot ada kereta yang kehabisan minyak ke apa


yang mengejutkan

rupa-rupanya menjadikan lane kiri tak sangat bergerak, disebabkan seorang dewasa (linkungan 30an) mahu melintas jalan. ok, kalau nenek ke, orang buta ke, orang mengandung ke, mahu lintas jalan ok la jugak. ni yang segar bugar. kalau nenek ke, orang buta ke, sudah pasti lintas ketika merah, bukan hijaun, ni yang muda, lintas ketika hijau


yang pelik lagi


kereta bagi jalan. berhenti untuk orang melintas. ku lihat kereta pertama pemandunya perempuan, kereta dibelakang pun bengang, ke3 ke4 ke5 yang belakang asyik duk hon. dan perempuan itu slumber berhenti.


ishhh, dapat bayangkan tak? kalau tak, nasihatku kepada pemandu perempuan( bukan kesemua, ada yang expert pon) jangan lah bertimbang rasa sangat. ada masa kita KENE bertimbang rasa, ada masa TAK BOLEH bertimbang rasa. traffic jam cik puan oii!


peristiwa 2

yang ni lagi pelik, tak mahu cite lah, buat sakit hati je!


kenderaan bermotosikal


ayah memang melarang kami adik beradik menunggang motosikal. kesannya, kami sekeluarga tak pandai bawak motosikal. pelik kan? tiada yang pelik dari benar-benar belaka. kalau orang mahu ku bawak motor, ku memang surender. tak reti. sempat belajar secara curi-curi dulu, sekarang dah tak ingat dah.


ada satu nasihat. tolonglah PASANG lampu ketika malam. ishh, susah, nak nak lagi ketika malam. tambah hujan pulak. memang confirm tak nampak! jangan jadi alasan nak pergi surau, bawak moto takde lampu takpe. kang tak pasal-pasal eksiden (nauzubillah) sebab lampu motor takde.


~~~~

nota kaki : rasa diri dah semakin tua, asyik merepek je memanjang. ishh, macam golongan tua pulak rasanya. dah dah, tak mahu bebel dah. kalau boleh kurangkan takpe jugak, ni cakap angin je. harap yang baca boleh sampaikan, tak pun buat, panjangnya nota kaki ni. haha




Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

temanilah nenek

pagi semalam ku teman nenek tersayang ke hospital. ada temujanji dengan doktor. setiap 4 bulan sekali, begitulah rutinnya. kebetulan ku ada di kampung, cucu ni la yang kene hantar


nenek tersayang


nenek ku ni la satu-satunya nenek yang masih ada. nenek sebelah ayah ku dah tiada, atuk dua-dua dah tiada. jadi, tinggal nenek ku ni je tempat bermadu kasih. nenek ku panggil 'mok'


di pulau chondong, jarak rumah kami 22.3 km (memang betol ok). hari minggu memang kami akan melawat mok di kampung. nak hilangkan rasa rindu dia. dia tinggal sorang-sorang di sana


bukan tak mahu diajak, cuma sememangnya dia tak mahu meninggalkan rumahnya. memang susah, entah kenapa. mungkin inilah perasaan orang tua, suka tinggal dirumah sendiri dari rumah orang lain.


kencing manis


ya, dia menghidap kencing manis. bukannya teruk sangat sampai kene belah kaki, tapi agak tinggi untuk perempuan seusia dengannya. semalam adalah temujanji dan doktor telah naikkan dos kepadanya


perihal ubat, sememangnya langkah terakhir setelah kena. kene telan macam-macam ubat. sebab itu penting GILA kita menjaga kesihatan. siapa cakap kesihatan itu murah? dah kene penyakit, barulah tahu betapa MAHALnya nilai menjaga kesihatan kita


sebelum baca dialog yang terdengar kat hospital, layan gambar dulu kejap. mana-mana dialog tak paham boleh tinggal di ruangan komen ek











si a: kencing manih ko?
mok : hooh. ado temujanji hari ni


si a: ooh. ambo buah pingge jah. kecing manih keno tunggu sano rasonyo
mok : oo, yo ko? takpo, ambo pon tak tahu jugok. cucu ambo tahu la kot


si a: oo. de tuo-tuo ni gak, mace-mace nyakit maghi
mok : yo la. ambo ni ado blako. buoh pingge jah takdop lagi ni


si a: nasib baik la. kalu jadi sghupo ambo ni, susoh la. mesin mahal
mok : dialisih?


si a: hooh. mahal la. nasib baik khajae. tak dop la bebe sangat
mok : ambo pon, duk tele ubak banyok la. ishh. ni keno tunggu doktor lamo plop


si a: beso la tu dokto paka
mok : yo la, kito wak ado nyakit ni la keno duk tunggu dio


si a: ok la, ambo gi sano dulu
mok : oo..


nota kaki : bagi kat luar sana yang viseral fat tinggi, jaga-jaga lah kesihatan ya. nanti dah tua-tua nanti, boley la temani cucu ke luar negeri,hawaii ke, prague ke, best skit, ni takde la cucu yang teman bawak ke hospital hujung minggu

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

hukum alam

ramai yang antara kita akan mengalami perkara ini.


masa baru dilahirkan, mata susah nak bukak
bayi katakan, nak buat camne
dah besar sikit, jalan guna 4 kaki merangkak
dah besar lagi, sudah pandai berjalan
dah pandai berlari-lari
masuk sekolah tadika
mak hantar bawak bekalan
ayah hantar ke sekolah
lepas tu sekolah rendah
balik sekolah tak lekat kat rumah
asyik main je
masuk sekolah menengah
baru nak ingat belajar
spm penting katakan
dah lulus spm, sambung belajar lagi
ambik diploma
degree
lepas tu kerja
kahwin
main-main dengan bini
bulan madu hari-hari
tunggu kelahiran anak
dah dapat anak girang gembira
habis satu kampung tahu
habis satu bandar tahu
anak dah besar
kita sudah tua
sambut cucu
jaga cucu kat rumah
badan pun dah tak berapa sihat
dah tua katakan
mula beli tongkat
skrg dah ada 3 kaki dah
tak larat jalan
pakai kerusi roda
dah ada 4 kaki dah
macam masa merangkak dulu
lepas tu makan pun dah tak boleh
kene orang suap
perangai jadi macam budak-budak
last sekali
naik van jenazah untuk ditanam
masuk kubur
putus la nyawa


apa akan jadi kepada blog kita kalau kita meninggal secara mengejut?
macam mana orang lain nak tahu kita meninggal?
siapa yang nak tulis entry yang mengatakan kita sudah meninggal?
sedangkan pswd kita hanya kita yang tahu?



tu kalau pasal blog
kalau pasal amal?
cukup ke tak ek nak masuk syurga?


~sigh~


nota kaki : entah napa asyik fikir pasal mati...



Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

chef berkain pelikat

kain pelikat memang sinonim dengan orang melayu, dipakai di waktu malam dan juga untuk sembahyang. hebat pasal kain pelikat ni!


kalau diriku, sememangnya suka dengan memakai kain pelikat ini, dah la 'bebas' tak 'ketat' rasa diri ini ibarat burung, terbang bebas ke angkasa.


apakah??


kalau di sana pun, ku juga suka memakai kai pelikat. cuma tak pergi ke luar dari rumah je. sejuk. nanti beku! dah biasa dengan iklim khalitustiwa, buat la macam burung belatuk, jangan la buat macam penguin!


ada seorang seniorku, semasa dinner pakaian tradisional, dia hanya memakai kain pelikat dengan singlet. kesannya, ramai mat saleh bergambar dengan dia. hurmm, boleh tiru nanti


ok, takde kaitan apa sebenarnya dengan chef. ada beberapa gambar proses membuat pie semalam. ya, semalam dinner hanya pie. jangan salah faham, cuma ubah diet. kenyang jugak!


layan gambar
















yang membuatnya?
sudah pasti yang berkain pelikat





walaupun rupa pie takde, tapi sedap dia boleh tahan. hehe. mahu try? datang lah ke kelantan. jemput-jemput



nota kaki : kat sana nanti boleh la masak pie, asyik nasi je manjang

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

awie dan ah chong


ah chong dan awie merupakan peniaga jubin. masing-masing memiliki kedai di kota bharu. kedai ah chong memiliki keistimewaan tersendiri, kedai awie pula mempunyai tarikan tersendiri.


joegrimjow merupakan seorang pengguna jubin yang berjaya. lantai di rumahnya selalu rosak dek kerana anak-anaknya selalu berman gusti. nak tak nak, dia terpaksa menukar lantai di rumahnya dengan menggunakan jubin berkualiti tinggi


di kedai awie

die bergerak ke kota bharu pukul 8 stengah. sesampai di kedai awie pukul 9. tapi kedai awie tak dibuka lagi. ishh, orang ni nak meniaga ke tak? getus hatinya. dia kemudian ke kedai ah chong pula



di kedai ah chong

kedai itu telah dibuka. dia masuk kekedai nak menyapa ah chong


joegrimjow : boss, awal bukak kedai
ah chong : hehe, mana ada awal. dah pukul 9 dah. kedai bukak pukul 8stengah lagi


joegrimjow : ooh, ye ke? ada jubin lawa?
ah chong : hai, rosak lagi ke?


joegrimjow : biasa la boss, anak buas-buas
ah chong : ikut ayah dia la tu


joegrimjow : haha, ayah dia tak buas. mak dia yang buas. ikut mak kot
ah chong : hehe, ok ok, ada ada. ni ha, terbaik punya jubin


joegrimjow : mana-mana?
ah chong : ni, grade a punya. lu nasib baik woo, barang baru sampai, suka boleh angkut terus


joegrimjow : memang nak angkut terus pon. brape ni?
ah chong : 7 ringgit satu. lu nak brape?


joegrimjow : bagilah murah2. custemer tetap ni. 50 kaki, bape kene angkut?
ah chong : ok ok, kira kejap... lu kene angkut 100 keping. bagi murah la, 6.80


joegrimjow : 20 sen je? ishh, bagi la murah lagi
ah chong : hurm... 6.50 je la, harga kawan ni.


joegrimjow : 6 ringgit je la, senang
ah chong : woo, tarak bole. takda untung woo


joegrimjow : ala bos, bagi la murah2
ah chong : tak bole tak bole, gua pon meniaga jugak woo


joegrimjow : ok ok, nak pegi survey kedai awie plak
ah chong : ok ok, same price je.


joegrimjow : kedai awie dulu ek
ah chong : ok....


joegrimjow terus ke kedai awie. pukul 10 lebih kurang sampai disana, kedai baru nak buka. 10suku, joegrimjow masuk kekedai awie


joegrimjow : assalamualaikum boss
awie : wsalam. masuk2. lama dah tak tengok ni


joegrimjow : sebuk la sikit skrg. lewat bukak kedai
awie : masalah kat umah tadi. anak sakit perut


joegrimjow : anak sakit perut, bapak dia pulak lewat bukak kedai?
awie : haha. nak ape boss?


joegrimjow : jubin. ada stok?
awie : yang baik punya ada la. yang bese2 kene tempah la. esok lusa baru sampai


joegrimjow : memang nak yang baik punya pon
awie : ok ok, ni ha, grade a punya. barang baru


joegrimjow : sama ngan ah chong je..
awie : ooo, kedai saya lagi murah. 7 ringgit je


joegrimjow : ah chong bagi 6.50 je
awie : waaah, ye ke? murahnya! tak bley bagi la boss. tarak untung.


joegrimjow : dah tu brapa bole bagi?
awie : hurmmm. kalau lebih 100, bagi 6.70


joegrimjow : wooh, mahal tu. 6 ringgit je la
awie : wowowow! tak boleh tak boleh. 6.70 harga mati


joegrimjow : ish... tak mao la. kedai ah chong 6.50 je
awie : tak mau beli, beli kedai sana la!


joegrimjow : wahh, marah nampak
awie : tak marah, bagitau


joegrimjow : ok la, beli kedai ah chong...


joegrimjow membuat keputusan untuk beli barang di kedai ah chong sebab perbezaan harga. tiba-tiba awie memanggil balik


awie : boss, boleh la 6.50


joegrimjow : aik, tadi cakap tak dapat. dah nak pergi dah ni
awie : boleh la, tolong kawan


joegrimjow : tolong kawan apanya. harga sama je. lagipon pergi kedai ah chong dulu tadi
awie : ala, boss tolong la sama melayu


joegrimjow : ha?
awie : ye la, sama melayu, kita pakat2 la tolong. naikkan sikit ekonomi melayu


joegrimjow : aik?
awie : ah chong da banyak da custemer. saya ni, kurang sikit


joegrimjow : haa, dah tau kurang, kedai bukak lewat, custemer layan pon nak tak nak je. patut la custemer lari
awie : hehehe, boley la bos, harga sama dengn ah chong. tolong melayu..


joegrimjow : tak mahu! ah chong pon rakyat malaysia, dia pon ada hak. lain la ko jual 6.40, aku angkut
awie : ooo, gini la. tak mau tolong bangsa sendiri!


joegrimjow : ha?
awie : dah dah, pergi la kedai ah chong tu


joegrimjow : ha?
awie : pergi!


joegrimjow pergi dengan perasaan pelik. kene marah plak aku, kata hatinya. akhirnya, dia beli di kedai ah chong


ah chong seronok mengira duit
awie sehari bengang dengan joegrimjow


joegrimjow?
menukar jubin untuk anak2nya bermain gusti lagi



nota kaki : tak de sapa boleh ubah sikap kita selain diri kita sendiri!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

ibuku di awal pagi

baru balik dari kota bharu. fuuh, penat betol. sebab kene update jugak pagi ni, ku tulis la sikit. satu perkara yang buat ku senyum simpul.


oleh sebab ku malas nak translate, tukar terus ke bahasa yang difahami


joe : lapar la plak, nak makan nasi balik ni
makku: makan la balik ni. jangan pantang kuat sangat


joe : mi amek minum shake habis dah ke pagi ni?
makku: dah dah. habis dah tadi. tapi lapar plak ni


joe : kalau dah minum shake, jngn makan dah pagi ni. tunggu tengahari. baru la turun berat tu
makku: ye la ye la


sampai dirumah, lebih kurang pukul 10 setengah pagi.


joe : kak moh, nasi tadi ada lagi?
kak moh : ada, amek la, bawah saji


joe : joe makan kejap lagi. amek barang dalam kete kejap
kak moh : iye lah


selepas punggah barang dibeli dalam kete, ku terus ke dapur. bukak saji, ku tengok nasi bungkus dah takde


joe : kak moh, mana nasi nye?
kak moh : (buat isyarat tutup mulut)
makku: kak moh dah makan dah tu. dia kongsi dengan orang


joe : aik, tadi baru suruh dia simpan sikit
makku: dia kongsi la tu dengan orang lain. tak beli nasi lebih ke?


joe : dah bgtau ngan kak moh, nak kongsi dengan dia
makku: dah habis dah, nak buat macam mana


joe : mi makan ke?
makku: (tak jawab soklan)


joe : mi makan ni, ishh, kan joe dah bgtau, tunggu tengahari baru makan
makku: (pandang ke tempat lain)


joe : (senyum)
makku: (pura-pura tak nampak ku)



paham? haha, tak paham takpe, ku senyum je tulis entry ni. dah macam kerang busuk dah asyik senyum dari tadi. haha

sebenarnya makku tengah buat program diet. coach dia? sudah pasti la anak dia. masa timbang ibuku, badan dia memang banyak masalah. sebab itu ku kene tegas sikit. terpaksa menjadi coach yang skima!

viseral fat-10 (bad)
fat - 40++% (obese)
air - 42% (sepatutnya perempuan normal 50% keatas)
umur badan - 72 (umur sebenar 61)


tu antara yang ku timbang. jadi mahu jadikan ibuku model terbaik, mestilah coach betol2. pagi2 ku akan buat sarapan untuk dia. tengahari dia akan makan nasi dan malam ku buat lagi dinner untuk dia. anak soleh betol ku ni kan? hehe


selalu jugak ku nasihat kat dia, sebabnya dia suka makan. kadang-kadang ter'marah' sebab kalori yang dibakar terlampau rendah (1123kcal), jadi die kene follow the program betol2. baru lah kesannya akan dapat dilihat.


10 kg


itulah targetku sebelum pulang ke uk nanti. ada 2 bulan lagi, bukan untuk apa, tapi untuk kesihatan diri dia jugak! doakan supaya ibuku berjaya! ibuku target 15,kg tapi ku just target 10kg je, kesian kuat sangat.


nota kaki : dah 4 hari dia jalankan program, hari ini terkantoi denganku. takpelah, buat-buat tak nampak.

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

buku tentang berlin

ini kisah benar. ku harap entry ini mampu memberi sedikit inspirasi kepada yang memerlukan. tambah-tambah lagi bacaan sebelum tido








ada sebuah buku yang merupakan antara buku yang ku laburkan menggunakan duit sendiri. pasal berlin. masa ku beli buku ini adalah semasa mahu interview tajaan jpa ke luar negeri. ketika itu ku mengambil keputusan untuk memilih 'germany engineering'


german memang kaya dengan sumber teknologi. ku memilihnya supaya ku dapat mengambil seberapa banyak ilmu untuk dibuat bekalan bekerja nanti. semangat pelajar lepasan spm ketika itun sememangnya sukar dibendung, ku terjebak sama. mahu menempatkan diri disana!


buku itu ku beli dengan duit sendiri. duit yang disimpan sedikit-sedikit. harap buku ini banyak membantu semasa interview nanti. perasaan bila membaca buku ini seolah-olah diriku sudah berada di german, menyambung pelajaran disana!


tahu dengan result ku yang tak seberapa, ku pasti buat elok-elok semasa interview nanti. setiap isi kandungan dalam buku itu kubaca dengan teliti. kalau cukup masa untuk hafal, sememangnya ku akan hafal. apakan daya masa tidak ada


german, german, german


hanya negara itu yang bermain di otakku, ku dah tetapkan arah tujuanku, selepas ini, ku akan belajar disana! nak taknak, ku akan paksa diriku supaya boleh menjejak kaki kesana nanti!


semasa hari interview, semua pelajar yang memilih jpa lebih kurang 1000 orang. tu yang berada di kelantan sahaja. tak campur lagi dengan lain-lain negeri. orang semakin ramai, semangatky semakin berkobar untuk mendapatkannya. GERMAN, tunggu ku!


masuk ke dewan interview, penemuduga itu menanya pelbagai soalan. sesi pertama adalah english, sesi kedua adalah bahasa melayu. nasib baik yang english hanya tanya pasal peribadi, dan yang melayu tanya soalan yang susah. jadi ku menjawab dengan penuh yakin


ku rasa tempat temuduga itu aku yang punya!


bercakap tak ingat dunia. kakak ku pesan, jangan bolot semua, bagi peluang kepada yang lain, ku ikut. masukkan juga kepentingan belajar di negara german, ku ikut. dan banyak lagi panduan dari kakakku ku ikut. (akak ku ptd, banyak la pengalaman dia)


ingat lagi satu soalan yang ditanya, soalan ku duga!
kenapa memilih ke german


memang soalan itu ku berlatih jawapannya. apa lagi, memang ku pulun habis-habisan. orang sebelumku tergagap-gagap ditanya apa keistimewaan german, ku dengan yakin menjawab itu dan ini. sampaikan ku rasa banyak mata memandangku.


setelah selesai


seorang ahli penemuduga memanggilku.

dia : belajar sekolah mana dulu?
aku : sbpi kuantan

dia : ooh, asrama penuh?
aku : haah

dia : banyak ek research buat
aku : semangat nak belajar kat german cik, biasala

dia : bagus la macam tu. emm.... kalau tengok result kamu ni, susah sikit nak pergi, harap dapat cover dengan sesi temuduga tadi. excellent job! tak dapat jangan frust pulak ek, banyak lagi peluang
aku : ok (senyum bangga)


ayat "tak dapat jangan frust pulak" memang sampai sekarang ku ingat. sebabnya, masa tengok keputusan melalui online, untuk tajaan itu, ku tak dapat. gagal. cuba lagi lain kali.


frust?

memang ku frust. macam orang mati bini kot. ku dah berusaha, dah tetapkan fokus mahu belajar disana, last-last tak dapat. dapat tak bayangkan ke'frust'an ku dulu? memang ku ambil masa untuk bangun semula....hanya doa ku panjatkan



sekarang?

alhamdulillah. tak dapat belajar disana pun, melawat pun jadi lah. tahun lepas dah pergi france, tahun ni mahu ke venice dan prague, tahun depan mahu ke berlin! kenapa? sebab u sekarang belajar di uk, kat sheffield. pergi ke tempat-tempat itu hanya rm 300 ke rm 400 saje


kuasa doa


memang sekarang baru ku percaya akan kuasa doa ini. jangan berhenti akan berdoa. selalu ku berdoa supaya dapat ke luar negara, terutamanya sebelah eropah. seingat masa di tingkatan 4, umur 16 tahun. allah makbulkan doa itu masa umur 20 tahun. apa-apa pun, syukur alhamdulillah


di dunia ini tiada yang mustahil. jika kita wujudkan sesuatu benda 'mustahil' untuk dikecapi, sudah pasti kita takkan dapat perolehnya. jika kita anggap benda yang 'mustahil' itu mampu kita kecapi, pasti benda itu kita akan perolehi!


belajar melalui pengalaman
cikgu yang terbaik!


nota kaki : hari jumaat, sama-sama berdoa untuk kesejahteraan orang lain... tak terkecuali rakan-rakan bloggers



Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

aku dan bisnes!!

akhirnya sudah siap!!


website bisnesku telah siap. ini merupakan cubaan kedua ku membuat website. haha, bangga la kan, seorang lelaki yang tak kenal domain dan hosting, boleh buat website sendiri. terima kasih kepada webs, kerana memberi platform yang mudah untuk amatur sepertiku membuat website sendiri! terjawab sudah yang menanya ku buat apa untuk kurus, bisnes apa ku buat. baca jangan tak baca.


boleh melihat disini hasil kerjaku


semalam mahu beli domain, tapi sebab tak boleh transfer, tak jadi nak beli. beli melalui webs, agak mahal, jadi ku tangguhkan dulu. tak pe, yang penting isi dalam tu mapu memberi manfaat kepada yang membacanya.


widget atas


merupakan BMI checker. haaa, anda boleh cek dimana BMI anda sekarang. skalanya dibawah

under weight < 19
Normal weight 19–24,9
Over weight 25–29,9
Obesity I 30–34,9
Obesity II 35–39,9
Obesity III ≥ 40

masukkan ketinggian, berat badan. dan sesuaikan hasilnya dengan skala diatas. kalau dah overweight, anda merupakan penyumbang kepada 43.1 % rakyat malaysia dewasa yang overweight.


bangga!!


hampir separuh rakyat malaysia dewasa yang overweight. patut la kalau jalan-jalan, mesti tengok orang yang "sihat" dengan orang yang ok hampir sama.


kalau tengok 2 orang berjalan
satu gemuk
satu ok


itulah malaysia ku cintai. cuba lah jalan-jalan, anda pun akan perasan jugak!


aku dan bisnes


ku masih lagi seorang full time student, komitmen pada pelajar merpakan prioritiku. oleh sebab pembaca blog ku ni juga terdiri dari budak2 sekolah, ku terpaksa katakan sesuatu disini supaya tak mempengaruhi mereka!


tertarik dengan istilah 'money is not everything, but something' melalui perniagaan ini, ku bukan saja dapat duit, tapi dapat benda lain yang lebih banyak faedahnya.


soft skill
kenalan
berjalan-jalan


bila kita ceburi diri kita dalam satu perniagaan, itu menandakan kita melatih diri kita akan fokus dan komitmen pada sesuatu. belajar cakap denga orang, menjaga hubungan dengan custemer, melatih orang menjadi seperti kita, pandai membahagi masa dan banyak lagi kemahiran yang boleh developt! sebab itu ku join bisnes!


kata ayah kawanku (sekarang dah gaji 60 k sebulan)


" now you are still student, so focus what are u doing right now. when u have free time,
holiday for example, u can doing herbalife. when u r doing herbalife, focus what u r doing.
right now u r building your future, find custemer, find people who interested in bisnes,
after u grad, u can choose, wheather u want to work by using your degree or
keep doing herbalife"



kebetulan tengah cuti, jadi ku mesti focus dengan apa yang ku buat sekarang. alhamdulillah, duit bulan ni saja dah hampir 2000, dapat ramai kenalan, berjumpa dengan orang yang hebat-hebat, berjalan ke korea dan bakal ke taiwan bulan 9 ni, itu kalau kita fokus. kita akan dapat apa yang kita mahukan.


balik ke sheffield, ku tahu ku juga perlu fokus. fokus dengan pelajaran. terima kasih kepada bisnes ini yang mengajar ku erti fokus.


jangan lupa ke website bisnesku!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

update!!-Uitm machang

Skrg lat uitm machang

Ada brite menarik nak diceritakan

Nanti balik update


~~~~

ok, berita baik adalah ku gembira

sebab?

ramai student kat sana cantik-cantik woooh

indah sungguh suasana

ok, dah

terima kasih menunggu

lalala~

~~~~~~


permainan hidup



teringat lagi masa di matrx mlaka dulu, ku pernah wakili kolej untuk program anak angkat di kedah. 20 lebih kot wakil dari setiap koleh matrikulasi ditempatkan ke setiap rumah keluarga angkat


bagiku itu satu perjalanan yang baik, yang mana ku tak pernah ada keluarga angkat sebelum ini. inilah masanya diriku berpeluang mempunyai keluarga angkat. best atau tidak, kene alaminya sendiri dahulu


merancang aktiviti


5 hari di rumah keluarga angkat, ku ditempatkan di kampung parit teropong (ingat lagi nama kampung tu!) bersama rakan-rakan yang lain. sebab lama sangat di kampung, kami anak-anak angkat berbincang untuk adakan aktiviti untuk anak-anak kampung disana


pelbagai aktiviti kami rancang dan paling penting, setiap aktiviti yang kami lakukan mestilah mempunyai peraturannya yang tersendiri. dengan peraturan segala aktiviti akan berjalan dengan lancar dan tanpa gangguan


rules


setiap permainan mempunyai peraturan. kalau kita memahami peraturan setiap permainan, permainan itu akan menjadi lebih seronok sebabnya kita faham akan peraturannya. contoh?


bola keranjang


memang sukan ini kurang popular di kalangan masyarakat melayu berbanding cina. dulu ku memang tak minat, tapi disebabkan menonton 'slam dunk' ku belajar istilah, 3 second, 3 point, slam dunk, dunk, running dan macam-macam lagi. bila mahu belajar lebih, macam seronok pulak


dengan memahami peraturan permainan bola keranjang, ku mula meminati sukan ini dan menjadi hobi kepadaku. bermain di petang hari bersama rakan yang lain. memang kenangan terindah


itu sebagai contoh.


banyak permainan yang kita tak rasa seronok bermain, sebabnya kita tak tahu akan peraturan. dulu ku main hoki, hanya pukul-pukul dengan kayu hoki, keesokkannya, dah tak mahu main. sebabnya tak tahu apa yang ku main. sudah sudah, pasukan ku kalah. tak best!


cuba kita faham akan peraturan, pasti game itu akan menjadi lebih seronok!


percaturan hidup


ku hanya beranalogi sebentar tadi, sebenarnya mahu bercerita pasal permainan hidup. sedar atau tidak, hidup kita juga ibarat permainan, yang mana mempunyai peraturan atau 'rules' yang tersendiri.


yang membezakan ku dengan yang berjaya sekarang, mereka faham akan peraturan hidup, dan ku masih lagi dalam proses mahu memahami peraturan permainan kehidupan ini. jika benar-benatr faham, tak mustahil ku juga boleh berjaya


rajin itu perkara luar biasa, malas adalah perkara biasa


ini adalah salah satu rules hidup. sudah pasti yang luar biasa akan berjaya dan yang biasa, berjaya pun mengambil masa yang lama untuk berjaya. senangkan kalau kita benar-benar faham akan permainan ini, faham akan selok belok peraturan permainan ini.


banyak definisi rajin sebenarnya, itu tertakluk kepada individu masing-masing. yang perlu tahu, kalau rajin, sudah pasti kejayaan yang akan diperoleh. jadi boleh tak kita salahkan takdir kenapa aku tidak berjaya? tak boleh, nehi mehebubba!


rasanya panjang pulak menulis. entahlah, kebelakangan ini rajin pulak tanganku menaip. mungkin ada satu petanda? entah la.... harap-harap lain kali kalau diri ku membaca entry ini, ia memberi semangat kepadaku


semangat untuk terus menjadi rajin


faham akan peraturan kehidupan ini


seterusnya mengukir sebuah kejayaan


nota kaki : entry di tulis diwaktu happy, jadi panjang la pulak

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

orang yang tak percayakan tuhan

entry dulu ku ada menyebut pasal gerhana matahari. dapatkah anda melihatnya? jangan tanyaku, yang penting ku telag mencuba untuk melihat. dapat atau tidak, itu perkara lain.


probabiliti


manusia hanya boleh meneka fenomena ini boleh berlaku atau tidak. tapi ada satu kuasa lagi yang menentukan sama ada fenomena ini boleh berlaku atau tidak. dan kuasa ini sudah pasti datangnya dari kuasa pencipta


atas fahaman masing-masing, kepercayaan masing-masing, agama masing-masing, sudah pasti kita percaya yang fenomena ini adalah dari kuasa-nya. tiada kuasa manusia yang boleh memastikan ia berlaku. tidak sama sekali!


golongan atheist


golongan ini tidak percayakan agama. sedar atau tidak, sebenarnya fahaman ini sudah semakin menular di kalangan kita. agama kristian misalnya sedang berperang dengan penganutnya yang semakin ramai untuk mempercayai fahaman ini


orang ni ku tak kenal


mungkin di malaysia tidak keterlaluan, tapi tak mustahil akan berlaku. kalau di universitiku, agak terkejut dengan sifat keterbukaan pihak universiti yang membenarkan kelab ini ditubuhkan, atas naungan universiti


masa ku mendaftar SMSA (persatuan malaysia disana) nama mereka sudah tertera di data universiti. walhal masa ku mendaftar adalah antara persatuan yang awal mendaftar. maknanya sudah lama persatuan ini didaftarkan


kerja gila


jangan terkejut sebabnya ahli kelab ini bertambah dari semasa ke semasa. ahli persatuan ini bergerak aktif dan membuat kerja gila untuk mengembangkan kelab mereka. meletakkan jiwa meraka di dalam persatuan. satu etika yang kita tidak praktikkan


research dieorang mantap


pernah ku berbual dengan seorang chinese malaysian yang 'bersetuju' akan fahaman ini. katanya, ayahnya kristian, maknya budha, atuknya takde agama, jadi dia memilih untuk percaya akan fahaman ini. baginya, walaupun agama campur-campur, dia masih lagi hidup dan tiada kuasa yang mencabut nyawanya pun.


panjang lebar dia bagi penerangan, sebab tak cukup ilmu, ku hanya balas dengan senyuman. harap dia gembira akan fahaman yang dia pegang


kenapa?


di malaysia, memang ada yang keluar islam dan memeluk agama khayalan. agama dari langit lain. yang pelik, penganut-penganut agama ini bukannya dari berpendidikan rendah, ada yang doktor, ada yang peguam, usahawan berjaya pun ada. tapi masih terjerat dengan 'nabi' atau 'wali' palsu ini


inilah kepentingan ilmu. bukan sahaja ilmu duniawi, tapi juga ilmu akhirat. ku akui yang diriku tak banyak lagi, dan ku memang akan kalah kalau berbahas dengan golongan-golongan ini. sebab apa? tiada ilmu yang cukup


kalau lah


ayah pin datang kepadaku dan promote tentang apa yang dia buat

apa yang boleh ku lakukan?

dengar?
lihat?

dan

percaya?

nauzubillah. jangan cakap sedap mulut saja ayah pin tu gila, kalau anda berada di tempat yang pernah di ajarnya, terpikat mesti ada!


jadi apa perlu dibuat?


belajar tentang agama. selalu kaitkan fenomena alam dengan kebesaran-Nya. ku bukan mahu menjadi ustaz ke apa, ini cuma untuk kuatkan imam kita. percaya akan kekuasaan-Nya, nescaya perkara-perkara mengarut takkan berlaku keatas diri kita


ramai yang rasa agama ini tidak best. perkara kuno. yang membelakangkan nilai agama pun ada. apakah kesannya? allahuallam...


nota kaki : banyak blog yang memaparkan tentang agama, selalu menziarahi blog pun, ziarah la blog ustaz-ustaz ni sekali sekala.

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

gerhanakah matahari

kalau ikutkan jangkaan, gerhana matahari paling lama boleh dilihat adalah hari ini. fenomena alam ini cukup unik dan amat rugi kalau-kalu kita tak melihatnya dengan mata kita sendiri.


ku bangun awal


bangun sahaja pagi ini, ku cuba untuk melihat di dada langit. kot-kot boleh melihat fenomena ini di awal pagi. sebab hujan di pagi ini, awan menutup permukaan langit, matahari sukar dilihat


mungkin tengahari nanti akan dapat ku melihat. sapalah yang tahu kan. kene terus mencuba, mencuba dan terus mencuba. barulah perasaan tatkala melihat gerhana matahari itu akan menjadi suatu kenikmatan


bulan lindung matahari


bulan kecik. tapi dalam satu ketika, ia dapat melindungi matahari yang besar. menutup cahaya matahari untuk seketika. walaupun sekejap, tapi memang dapat dan memang berlaku. hebat kan?


kat manusia pun boleh berlaku. akan ada satu ketika, yang kecik boleh mengatasi yang besar. tak kira dari segi saiz, ataupun dari segi pangkat. sama-sama beringat ya




oleh sebab hari ini tekun akan mahu melihat gerhana matahari, hanya video sempat ku postkan. layan je la apa yang boleh dilayan!




nota kaki : tak dapat tengok live, yang ni pun jadi la

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW